Assalamualaikum.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
MASJID 76 - MASJID AL HUSSAIN
MASJID 76 - MASJID AL HUSSAIN
🔵Salah satu tarikan di Kuala Perlis adalah sebuah masjid terapung iaitu Masjid Al Hussain ini.
🔵Saya kongsi di sini maklumat tentang masjid ini dari website Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).
Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis merupakan suatu binaan masjid terapung yang dibina berhampiran Jeti Kuala Perlis, Kuala Perlis, Perlis, Malaysia. Masjid ini telah dibina di tepi pantai Kuala Perlis menghadap laut Selat Melaka. Ia telah dibina hasil sumbangan seorang ahli perniagaan, Tan Sri Mohd. Ariffin Yusuf. Abang kepada Tan Sri Mohd. Ariffin, Datuk Dr. Mohd. Hussain meninggal dunia pada tahun 1999 sebelum sempat dia menunaikan hajat untuk membina sebuah masjid. Oleh kerana itulah selepas siap dibina, masjid itu dinamakan sempena nama abangnya itu.
![]() |
Ciri luaran utama Masjid Al-Hussain ialah kubahnya yang berwarna kuning keemasan beserta motif biru yang sinonim dengan warna rasmi negeri Perlis. |
Resort tropika moden ialah tema seni bina yang ditonjolkan menerusi sentuhan artistik pada masjid itu. Konsep tersebut telah diterjemahkan pada laman dan suasana santai menerusi persekitaran masjid tersebut. Menariknya Masjid yang menjadi ikon baru Kuala Perlis itu telah diilhamkan Raja Muda Perlis, iaitu Tuanku Syed Faizuddin Putra Syed Sirajuddin Jamalulail.
🔵Masjid terapung tersebut juga memiliki menara puncak berkembar berbentuk heksagon atau segi enam pertama di dunia.
🔵Pembinaannya merupakan simbolik bahawa semua manusia berasal daripada Adam dan Hawa.
Bagi mewujudkan sentuhan alami yang diadaptasikan oleh faktor persekitarannya yang berlatar-belakangkan pantai dan lautan, dinding masjid tidak dicat sebaliknya sekadar menggunakan batu-batuan jenis koral, kuartz, granit, marmar dan pebbles.
Tiga batang pokok kurma yang didatangkan khas dari Tanah Arab menyuntik elemen Asia Barat di laman masjid.
🔵Jom kita masuk ke dalam masjid ini.
🔵Di depan masjid ini ada Dataran Masjid tempat untuk jemaah berehat.
🔵Untuk masuk ke ruang dalam masjid, ada sebuah jambatan sepanjang 50 meter yang menghubungkan daratan dan bangunan masjid untuk jemaah/pelawat lalui.
🔵Jubin corak geometri yang cantik menghiasi lantai jambatan ini.
🔵Tempat berwudhu.
🔵Di pintu masuk ke ruang solat ada tertera Surah al-Jumu’ah Ayat 9.
🔵Ruang solat bahagian luar dewan utama solat.
🔵Pada bahagian atas tertera ayat-ayat suci Al Quran dan Rukun Islam dalam 5 bahasa.
🔵Dari jambatan masuk ke masjid kita juga boleh lihat pemandangan Selat Melaka.
🔵Seterusnya kami ke Dataran Masjid.
🔵Ada Kiosk Al Hussain.
🔵Ke anjung tinjau ini.
Pemandangan dari sini adalah sangat indah sekali.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment