Assalamualaikum.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
MASJID 17 - MASJID MUHAMMADI - KOTA BHARU
MASJID 18 - MASJID NEGERI - NEGERI SEMBILAN
MASJID 19 - MASJID SRI SENDAYAN
MASJID 20 - MASJID TENGKU TENGAH ZAHARAH - KUALA TERENGGANU
MASJID 17 - MASJID MUHAMMADI - KOTA BHARU
🔵 Masjid Muhammadi Kota Bharu adalah merupakan masjid negeri yang terletak di tengah-tengah Bandar Kota Bharu. Kedudukannya di tengah-tengah bandar Kota Bharu telah menjadikan Masjid Muhammadi dikenali dan dikunjungi oleh segenap lapisan masyarakat.
🔵 Masjid Muhammadi merupakan masjid yang terkenal di Malaysia secara amnya, dan secara khususnya di Kelantan. Ia merupakan Masjid Negeri dan terletak di Kota Bharu. Ia juga dipanggil sebagai "Masjid Besar" di kalangan sesetengah rakyat Kelantan.
🔵 Nama Masjid Muhammadi diambil sempena nama Sultan Muhammad IV yang sangat berjasa kepada Negeri Kelantan
🔵Pada asalnya masjid ini diberi nama sebagai Masjid Besar Kota Bharu. Masjid ini mempunyai latar belakang sejarahnya yang tersendiri bermula sejak awal pembinaannya hingga ke hari ini.
🔵Masjid ini telah dibina pada tahun 1867 pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad II (1830 - 1886) dengan menggunakan kayu-kayu yang terpilih.
🔵 Masjid ini asalnya ialah sebuah masjid kayu yang terletak di pinggir Sungai Budor, Seberang Paloh, sebelum dipindahkan dari tapak asalnya kerana ancaman banjir yang sering melanda.
🔵 Tidak terdapat sumber sahih yang menyatakan tarikh sebenar masjid ini mula dibina, tetapi ianya dipercayai telah wujud semenjak zaman pemerintahan Sultan Muhammad II yang memerintah Kelantan pada 1837 hingga Oktober 1886.
🔵 Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa masjid ini telah dibina lebih awal lagi, iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad I antara tahun 1801 hingga 1837.
🔵 Pada tahun 1921, sebuah bangunan baru (bangunan konkrit) mulai dibina bagi menggantikan bangunan kayu yang sedia ada.
🔵 Istiadat peletakan batu asas masjid ini telah disempurnakan oleh Baginda Al-Sultan Ismail Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad IV pada 21hb. Ogos 1922.
🔵 Luas dewan sembahyang masjid baru ini ialah 116 x 62 kaki tidak termasuk ruang serambi kiri dan kanan yang masing-masing berukuran lebar 20 kaki.
🔵 Luas keseluruhan bangunan Masjid ini ialah 10,600 kaki persegi serta mempunyai empat buah menara yang setiap satunya setinggi 70 kaki.
🔵 Sebuah daripada menara ini dihiasi dengan empat buah jam besar yang dapat dilihat dari keempat-empat penjuru masjid ini.
🔵 Sebanyak RM360 ribu telah dibelanjakan oleh MAIK bagi membiayai kos pembinaan bangunan baru yang dianggarkan dapat menampung seramai 2,400 orang ahli jemaah dalam satu masa.
🔵 Masjid ini mula dibuka dengan rasminya pada hari Jumaat 31 Julai 1931 oleh Baginda Sultan Ismail Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad IV.
🔵 Pada hari tersebut Masjid Besar telah dimasyhurkan dengan nama baru iaitu “Masjid Muhammadi”, Kota Bharu, mengambil sempena nama Sultan Muhammad IV.
🔵 Masjid Muhammadi yang terletak di pusat bandar ini menjadi pilihan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sehingga digelar sebagai ‘serambi ilmu’ baginda.
🔵 Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa masjid itu menjadi tempat utama baginda untuk menunaikan solat lima waktu secara berjemaah dan mengikuti kuliah ilmu sekiranya baginda tiada urusan di tempat lain.
🔵 Meskipun tempat bersemayam baginda di Istana Telipot juga berdekatan dengan sebuah masjid besar, namun Masjid Muhammadi dan ahli kariahnya cukup bertuah kerana menerima kedatangan seorang raja hampir setiap hari.
🔵 Sultan Kelantan mempunyai bilik khas di bahagian hadapan kiri dewan solat utama yang menjadi tempat baginda beristirehat sebelum tiba waktu solat dan membaca serta menghafaz ayat-ayat suci Al-Quran bersama imam-imam bertugas.
🔵 Peranan Masjid Muhammadi di dalam penyebaran dan pendidikan Islam di Kelantan amatlah istimewa.
🔵 Di sinilah beberapa ulama besar Negeri Kelantan telah mengajar pelbagai ilmu agama.
🔵 Di antaranya ialah Tuan Taba (1840-1891), Haji Wan Ali Kutan (1837-1912) dan Tok Kenali (1868-1933).
🔵 Sistem pengajaran di masjid ini mempunyai persamaan dengan pengajaran di Masjidil Haram, Makkah di mana pelajar akan ke Makkah untuk menyambung pelajaran mereka setelah tamat pengajian di masjid ini.
🔵Masjid ini menjadi pusat penyebaran ilmu agama yang masyhur di Nusantara sehingga Kelantan dikenali sebagai "Serambi Mekah".
MASJID 18 - MASJID NEGERI - NEGERI SEMBILAN
🔵Masjid Negeri, Negeri Sembilan (atau Masjid Negeri, Seremban) merupakan masjid negeri yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan. Ia telah dibina pada tahun 1966 di atas tapak yang telah dikurniakan oleh kerajaan negeri.
🔵Memandangkan Negeri Sembilan pada masa itu belum mempunyai masjid negeri, maka kerajaan Negeri Sembilan di bawah pempinan YAB Tan Sri Dr. Mohd Said bin Muhammad, Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu telah bersetuju supaya Masjid Negeri dibina di kawasan seluas lebih kurang 2 hektar bagi menggantikan Masjid Jamek Bandar Seremban yang tidak dapat menampung para jemaah yang semakin bertambah.
🔵Masjid ini telah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Besar of Negeri Sembilan, Almarhum Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, pada hari Jumaat, Pada 24 November 1967
🔵Rekabentuk Masjid Negeri yang dibina pada tahun 1967 ini begitu simbolik. Rekabentuk masjid ini sangat unik dan menarik dimana ia merupakan senibina moden bercampur elemen tradisional iaitu senibina Minangkabau.
🔵Sembilan tiang, sembilan ruang dan sembilan anjung tambahan yang dibina menggambarkan struktur politik negeri dimana Negeri Sembilan yang satu ketika mempunyai 9 daerah pentadbiran.
🔵Bumbung masjid dibina daripada konkrit bertulang yang dibentuk daripada 9 corong runcing yang apabila dicantumkan akan menjadi sebuah payung yang mempunyai ukuran rentangan 100 kali dari kiri ke kanan.
🔵Masjid ini mempunyai 3 aras.
🔹Aras pertama: bilik air, bilik wuduk, bilik kuliah, Perpustakaan Islam dan Pejabat Pentadbiran Masjid.
🔹Aras kedua: dewan solat utama dan juga ruang solat sisi.
🔹Aras ketiga: ruang solat tambahan yang terletak di setiap diameter dewan solat utama serta ruang legar di setiap sisi.
MASJID 19 - MASJID SRI SENDAYAN
🔵Bangunan kanan adalah bangunan Dewan Serbaguna dan yang kiri pula adalah bangunan Pejabat Pentadbiran, Perpustakaan, Madrasah, tempat wuduk, tempat pengurusan jenazah dan tandas.
🔵Inilah Masjid Sri Sendayan yang cukup indah sekali.
🔹Masjid Sri Sendayan merupakan sebuah masjid yang terletak di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.
🔹Masjid ini merupakan salah sebuah masjid tercantik di Malaysia dan selalu menerima lawatan pengunjung luar serta pelancong.
🔹Mula dibina pada tahun 2015 dan dirasmikan pada 20 September 2019, masjid ini mampu menampung sehingga 5000 jemaah pada satu-satu masa.
🔹Masjid ini telah diwakafkan oleh tokoh perbankan, Tan Sri Abdul Rashid bin Hussain (pengasas syarikat perbankan Kumpulan RHB) dan telah menelan belanja kira-kira RM100 juta.
🔵Kepelbagaian warisan dan kesenian dalam tradisi Islam ini diraikan melalui pemilihan dan proses yang teliti untuk setiap elemen dalam pembinaan masjid ini. Gabungan ini telah mencipta keharominian yang menghasilkan suasana indah dan ketenangan.
🔵Masjid ini mempunyai sebuah kubah utama dan tiga kubah kecil di bahagian laluan hadapan. Selain itu terdapat juga 2 menara di bahagian hadapan masjid.
🔵Tempat berwuduk dengan reka bentuk bumbung pohon tamar.
🔵Terletak dalam kawasan seluas 4.5 hektar, masjid ini dibina dengan tiga dewan solat besar.
🔵Dewan solat utamanya boleh memuatkan seramai 3,000 orang jemaah sementara dewan solat kedua dengan 800 orang jemaah dan dewan solat wanita dengan 800 orang jemaah.
🔵Pintu masuk utama membawa pelawat ke dalam ruang gerbang berkubah tiga.
🔵Keindahan tiang-tiang tinggi yang menyokong gerbang ini memberikan masjid ini a sense of magnificence and grandeur.
🔵Bahagian dalam tiga kubah gerbang ini turut dihias cantik dengan design geometri Islam dan ukiran motif tumbuh-tumbuhan.
🔵Ketiga-tiga kubah ini juga dilengkapi dengan chandeliers dengan reka bentuk mirip chandeliers di masjid-masjid bersejarah di timur tengah.
🔵Such intricate and impeccable designs, which I personally feel as excellent and admirable efforts of bringing the exquisite timeless Islamic designs and patterns to evolve and flourish to more modern narratives that harmoniously infuse the classical and the contemporary while being absolutely mindful and vigilant of and honouring the essential concepts of the classical Islamic arts and designs.
🔵Beautiful classically designed copper chandelier with embellishments and Syahadah engravings.
🔵Cornice siling dengan reka bentuk geometri Islam dan motif tumbuhan yang begitu mempesonakan.
🔵Terukir Dua Kalimah Syahadah pada chandeliers di masjid ini.
🔵Selepas melalui ruang bawah gerbang berkubah tiga tadi, pelawat akan masuk ke ruang konservatori yang luas berbumbung kaca telus ini pula.
🔵Walau pun ketika itu cuaca sedang panas di luar, namun di ruang ini suasana cukup nyaman sekali.
🔵Lapisan pemantul haba matahari dipasang pada bahagian atas panel kaca bumbung untuk memantulkan haba matahari sebelum ia memasuki ke dalam konservatori. Ia adalah telus untuk membiarkan cahaya masuk dan mengurangkan silau.
🔵Ruang ini dikelilingi oleh gerbang atau arches yang tinggi dan indah.
🔵Gerbang adalah salah satu ciri seni bina Islam yang paling tersendiri dan terdapat di hampir setiap jenis bangunan. Secara simbolik, ia membawa kita menuju ke ruang dalaman.
🔵Arkitek Islam banyak meminjam daripada reka bentuk Yunani dan Rom untuk reka bentuk gerbang dan pintu tetapi kemudian telah menghasilkan satu siri bentuk gerbang Islam yang tersendiri.
🔵Masjid terawal adalah halaman terbuka yang dikelilingi oleh arked, atau deretan gerbang.
🔵Ini akhirnya berkembang menjadi dewan hypostyle, atau ruang dengan beberapa tiang.
🔵Dalam seni bina Islam, deretan gerbang ini melambangkan pembahagian antara ruang suci dan sekular.
🔵Di ruang ini kelihatan ada disediakan kerusi dan meja mungkin untuk tujuan acara-acara seperti Mesyuarat, Program Fardhu A’in dan Ilmiah dan Majlis Akad Nikah beserta jamuan.
🔵Pintu-pintu masuk ke dalam Dewan Solat Utama.
🔵Ini ruang antara pintu masuk utama dan Dewan Solat Utama.
🔵Ruang ini cukup luas dan boleh memuatkan ramai jemaah dengan selesa.
🔵Hiasan siling 'central cornice' ini dibuat dari kayu keras (hardwood) yang tahan lama dengan reka bentuk geometri Islam, yang pada pandangan mata saya sangatlah indah sekali.
🔵Terdapat elemen berulang dalam seni Islam, seperti penggunaan reka bentuk bunga atau tumbuh-tumbuhan geometri dalam ulangan yang dikenali sebagai arabesque.
🔵Arabesque dalam seni Islam sering digunakan untuk melambangkan sifat Tuhan yang transenden, tidak dapat dibahagikan dan tidak terhingga.
🔵Ruang ini turut dihiasi dengan chandeliers dan hiasan siling geometri.
🔵Tiga jenis hiasan seni Islam ialah kaligrafi, arabesque dan corak geometri.
🔵Dalam seni Islam, corak geometri ialah reka bentuk artistik yang rumit yang dibuat dengan mengulang, menjalin dan menggabungkan bentuk geometri asas iaitu bulatan, segi empat sama, bintang dan poligon berbilang sisi yang dibuat dalam tatasusunan yang besar.
🔵Up close, the brass chandelier adorn with the Islamic oath and creed looks so exquisite.
🔵Sudut siling di ruang ini turut dihiasi dengan ayat-ayat suci Al Quran.
🔵Kaligrafi Islam secara tradisinya adalah di dalam bahasa Arab, mengekalkan skrip dan bahasa Arab asal dalam mana al-Quran diturunkan.
🔵Kaligrafi Islam juga dikenali sebagai kaligrafi Arab atas sebab ini.
🔵Dalam bahasa Arab, ia dipanggil khatt, berasal daripada perkataan "garisan," "reka bentuk," atau "pembinaan."
🔵Tan Sri Abd Rashid sangat prihatin tentang reka bentuk masjid ini dan akan memeriksa dan memantau setiap butiran dengan teliti.
🔵Inilah Dewan Solat Utama Masjid Sri Sendayan. Cukup indah sekali.
🔵Rekaan dalaman masjid ini diilhamkan oleh Tuan Haji Zailan Yusop yang merupakan kontraktor interior.
🔵Banyak factor telah dipertimbangkan untuk projek pembinaan masjid ini oleh Tuan Haji Zailan dan pasukannya, termasuk juga oleh Tan Sri Abd Rashid sendiri.
🔵Setiap sudut masjid ini mempunyai sentuhan peribadi beliau.
🔵Kos pembinaan asal masjid ini sebenarnya pada awalnya tidak mencecah RM50 juta. Namun Tan Sri Abd Rashid sendiri telah menambahkannya menjadi RM100 juta kerana beliau berhasrat untuk melakukan yang terbaik.
![]() |
Beberapa bahan binaan masjid ini telah diterbangkan dari Mesir, Turki, Dubai dan Maghribi. |
🔵Khususnya, penggunaan kubah bulat dapat mengubah ruang solat menjadi lebih terang dan selesa.
🔵Suasana ini dapat dipertingkatkan dengan penggunaan banyak tingkap-tingkap pada kubah, yang membolehkan cahaya semula jadi memancar melaluinya dan mencipta kesan pencahayaan pada siling kubah, serta menonjolkan bahagian-bahagian permukaan dalaman yang berbeza.
🔵Dalam situasi kubah ini, kesan pencahayaan sebegitu menjadikan keindahan warna emas pada dalaman kubah ini kelihatan jadi lebih terserlah dan gemilang.
🔵Bahagian dalam puncak kubah utama ini dihias dengan ayat-ayat suci Al Quran surah Al-Ikhlāṣ (Surah ke-112 dalam al-Quran - penyataan ringkas tauhid dan keesaan mutlak Allah) yang kaligrafinya dibuat membulat mengelilingi sudut puncak kubah yang memegang chandelier utama masjid ini.
🔵Cukup indah sekali chandelier ini. Reka bentuknya mirip chandelier yang kami pernah nampak di masjid-masjid di Turki dan Mesir. Pada lingkaran bulat chandelier ini ada tertulis Syahadah لا إله إلا الله محمد رسول الله.
🔵Di siling pada ruang-ruang sisi kiri dan kanan dewan solat utama ini turut dihiasi dengan chandeliers yang cantik bersaiz lebih kecil dari chandelier utama. Pada chandeliers ini turut di ukir Syahadah لا إله إلا الله محمد رسول الله.
🔵Di bahagian atas ini pula adalah ruang solat untuk wanita.
🔵Di kedua-dua belah mihrab terdapat dua niche yang di bahagian atasnya ada salah satu bentuk hiasan dalaman seni bina Islam yang dipanggil Muqarnas vault atau juga dikenali sebagai honeycomb vaulting.
🔵Bahagian dalam puncak kubah utama ini dihias dengan ayat-ayat suci Al Quran surah Al-Ikhlāṣ (Surah ke-112 dalam al-Quran - penyataan ringkas tauhid dan keesaan mutlak Allah) yang kaligrafinya dibuat membulat mengelilingi sudut puncak kubah yang memegang chandelier utama masjid ini.
🔵Hiasan muqarnas bersaiz besar turut digunakan sebagai hiasan di sudut-sudut bumbung bawah kubah.
🔵The grandeur reminded me of the magnificence of mosques in Türkiye and Egypt.
🔵Design gerbang mihrab yang ada persamaan dengan gerbang-gerbang interior Masjid Nabawi, Madinah.
🔵Tiang-tiang juga dihias indah dengan reka bentuk tiang indented segi empat yang bahagian bawahnya dijadikan tempat meletakkan Al Quran. Dan pastinya saiz indent tersebut mestilah bertepatan dengan saiz Al Quran tersebut.
🔵Bahagian atas tiang-tiang dalam Dewan Solat Utama ini juga dihias indah dengan ukiran motif tumbuh-tumbuhan yang pada mata mata saya kelihatan seperti seni ukiran tradisional Melayu. Mungkin designer masjid ini ingin menerapkan juga unsur-unsur kesenian negara kita dalam satu infusion yang harmoni.🔵Kebanyakan seni bina dalaman masjid ini ditempah khas termasuk ukiran kayu pada dinding di dewan solat, penggunaan saduran berwarna emas, tulisan khat serta penggunaan dinding berjubin berhampiran mimbar.
MASJID 20 - MASJID TENGKU TENGAH ZAHARAH - KUALA TERENGGANU
🔵Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikenali sebagai Masjid Terapung.
🔵Masjid ini dinamakan sempena nama bonda Al-Marhum Sultan Terengganu Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah iaitu Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja.
🔵Masjid ini dibina di atas air di muara Sungai Ibai yang sekaligus menjadikan masjid terapung yang terulung di Malaysia.
🔵Masjid yang mula dibina pada September 1991 dan siap pertengahan Januari 1994 bernilai RM6.997 juta yang dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya direkabentuk oleh YAM Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, dari Seni Bahri dengan menampilkan ciri-ciri tamadun Islam dan gabungan senibina tempatan.
🔵Keluasan 1,372 meter persegi dan menara setinggi 30 meter, sebuah kubah besar dan lima wakaf serta di kelilingi air sedalam 1.5 meter ini mampu menampung jemaah sehingga 1,000 orang yang menempatkan dewan solat lelaki di bahagian bawah manakala wanita di bahagian atas.
🔵Masjid ini terletak 4 km dari pusat bandar Kuala Terengganu. Kedudukannya yang strategik di tepi Jalan Sultan Mahmud memudahkan pengunjung dan musafir singgah untuk menunaikan ibadah serta berehat.
🔵Pereka bentuk masjid yang indah ini telah diilhamkan oleh salah seorang kerabat diraja Terengganu, Yang Mulia Raja Bahrain Shah, iaitu seorang arkitek yang berkaliber.
🔵Yang Mulia Raja Dato’ Kamarul Bahrin adalah seorang arkitek yang terkenal dengan kepakarannya dalam seni bina Melayu Terengganu.
🔵Beliau cukup dikenali sebagai jurubina yang menghasilkan Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung), Muzium Negeri Terengganu dan Istana Melawati (Putrajaya).
🔵Masjid ini bercirikan tamadun Islam terdahulu, berdasarkan kepada reka bentuk masjid yang terdapat di zaman Othmaniah. Masjid ini bukan sahaja indah dari segi reka bentuknya tetapi hiasan dalaman dan persekitarannya turut mampu memukau pandangan.
🔵Senibina masjid ini menggabungkan pengaruh moden dan 'Moor'. Pembinaan masjid ini dibuat dengan penggunaan batu marmar, seramik dan bomanit.
🔵Terletak dan dibina di atas pelantar konkrit bertetulang yang didirikan di sebelah barat laut lagun, masjid ini dihubungkan melalui dua jambatan dari bahagian utara dan selatan tempat letak kereta awam.
🔵Di sebelah Timur Laut, menara yang diilhamkan oleh Mamluk yang menjulang tinggi berdiri dengan gerbang ladam yang dipengaruhi Moor dilihat pada pembukaan setiap empat peringkatnya.
🔵Masjid ini ada menyediakan kemudahan lain seperti bilik diraja, perpustakaan kecil, bilik dan pejabat imam, stor, tempat wuduk dan kawasan letak kereta yang boleh menampung lebih 400 kenderaan.
🔵Selain struktur yang terapung, keunikan Masjid Terapung juga terletak pada keindahan dalaman yang menakjubkan.
🔵Arah kiblat ditandakan dengan sebuah mimbar di tengah-tengah masjid.
🔵Cinding dihiasi dengan seni kaligrafi Islam yang indah, memberikan suasana tenang kepada jemaah semasa menunaikan ibadah.
Sumber: www.discoveryterengganu.com
🔵"Gabungan hiasan taman, warna langit yang membiru, kilauan cahaya matahari dari permukaan air yang mengelilingi masjid, serta tiupan angin dari Laut China Selatan menjadikan masjid ini tempat yang paling nyaman dan mendamaikan. Keagungan syiar Islam tercermin dengan indah dalam bentuk tamadun yang terus berkembang, memberikan makna mendalam kepada keindahan dan ketenangan yang ditawarkan oleh masjid ini".
Sumber: www.discoveryterengganu.com
🔵"Dengan keindahan seni bina dan lokasinya yang unik, Masjid Terapung bukan sahaja menjadi pusat ibadah tetapi juga mercu tanda yang membanggakan bagi masyarakat tempatan. Keanggunan dan keagungan masjid ini tidak akan pernah pudar, menjadikannya destinasi menarik bagi pelancong dari seluruh dunia".
🔵"Masjid Tengku Tengah Zaharah terus menjadi kebanggaan negeri Terengganu dan Malaysia. Ia memikat hati pengunjung dengan keindahan dan ketenangan yang ditawarkannya. Seni bina yang menawan dan suasana yang damai menjadikannya tempat yang wajib dikunjungi oleh sesiapa sahaja yang berkunjung ke Kuala Terengganu".
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment