Assalamualaikum.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
MASJID 28 - MASJID IMAM AL BUSIRI - ALEXANDRIA - MESIR
MASJID 29 - MASJID NABI DANIEL - ALEXANDRIA - MESIR
MASJID 30 - MASJID AL AZHAR - KAHERAH - MESIR
MASJID 31 - MASJID AL HUSSEIN - KAHERAH - MESIR
MASJID 32 - MASJID AL NASIR MOHAMMAD IBN QALAUN - KAHERAH - MESIR
MASJID IMAM AL BUSIRI - ALEXANDRIA - MESIR
🔵Masjid Imam Al Busiri.
🔵Pintu masuk ke Masjid Imam Al Busiri.
🔵Makam dan Masjid Imam Al Busiri di daerah Anfushi di Alexandria ini telah dibaikpulih dengan bantuan para penaung tempatan.
🔵Kedua-dua masjid dan makam ini kembali mempunyai peranan penting dalam kehidupan kota Alexandria disamping menarik ramai pengunjung dari seluruh dunia.
🔵Struktur sekarang ini pada asalnya ujud sejak tahun 1863 bila Muhammed Said Pasha, anak lelaki gabenor Mesir/Albania yang terkenal iaitu Muhammad Ali Pasha, menaja rekonstruksi lengkap struktur yang sudah tua itu.
🔵Pengubahsuaian lanjut berlaku pada 1889 di bawah Tawfiq khedive, dan sekali lagi pada akhir 1990-an.
🔵Penyair Mesir Imam al-Busiri dianggap sebagai pengarang puisi yang paling terkenal yang memuji Nabi Muhammad ﷺ iaitu Qasidah Al-Burdah Busiri.
مَوْلايَ صَلِّ وَسَلِّـمْ دَائِمـاً أَبـَـدًا
عَلى حَبِيْبِـكَ خَيْــرِ الْخَلْقِ كُلِّهِـمِ
Wahai Tuhanku ! Selawat dan salam sudi Engkau limpahkan kepada
kekasih Mu sentiasa selamanya sebaik-baik makhluk yang Engkau ciptakan
🔵Masjid ini terkenal dengan kaligrafi muralnya yang indah, yang merangkumi 94 ayat puisi terkenal al-Burdah yang ditulis dalam skrip ta'liq.
🔵Terdapat juga beberapa inskripsi Al-Qur'an yang penting oleh calligrapher Abd al-Ghaffar al-Duri.
🔵Seperti kebanyakkan masjid bersejarah di Mesir, di dalam masjid ini juga ada telaga lama.
🔵Di bahagian mihrab dan minbar.
🔵Seni binanya adalah dari inspirasi Uthmaniyyah, dengan tiga kubah besar dan sebuah halaman dengan air pancut/tempat berwuduq.
🔵Ini pula ialah bilik makam Imam AL Busiri.
MASJID NABI DANIEL - ALEXANDRIA - MESIR
🔵Masjid Nabi Daniel.
🔵Perkarangan depan Masjid Nabi Daniel.
🔵Suasana di dalam Masjid Nabi Daniel.
🔵Masuk ke dalam bilik makam.
🔵Masjid Nabi Daniel di Alexandria menjadi tumpuan pengunjung kerana di sini terdapat makam Nabi Allah Daniel dan Luqman Al Hakim.
🔵Kedua-dua makam ini terletak di dalam sebuah bilik di bawah tanah di masjid ini.
🔵Nabi Daniel adalah seorang Nabi Allah yang tidak termasuk dalam senarai 25 orang Rasul yang wajib kita imani. Walau pun begitu, ahli sejarah Islam dan mufassirin mengatakan bahawa beliau termasuk nabi yang pernah hidup dan meninggal di Mesir. Seorang Nabi yang diutus oleh Allah swt kepada Bani Israil.
Kisah mengenai Nabi-nabi yang tidak dicerita di dalam Al Quran ini terkandung di dalam Surah Al Ghafir (40) : Ayat 78:
"Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus beberapa Rasul sebelummu; di antara mereka ada yang Kami ceritakan perihalnya kepadamu, dan ada pula di antaranya yang tidak Kami ceritakan kepada kamu. Dan tidaklah harus bagi seseorang Rasul membawa sesuatu keterangan atau menunjukkan sesuatu mukjizat melainkan dengan izin Allah; (maka janganlah diingkari apa yang dibawa oleh Rasul) kerana apabila datang perintah Allah (menimpakan azab) diputuskan hukum dengan adil; pada saat itu rugilah orang-orang yang berpegang kepada perkara yang salah."
🔵Luqman Al Hakim pula adalah seorang insan mulia yang namanya diabadikan pada Surah Luqman di dalam Al Quran.
🔵Pemandangan tangga turun ke bawah yang menuju ke Makam Nabi Allah Daniel dan Luqman Al Hakim.
🔵Makam Nabi Allah Daniel dan Luqman Al Hakim.
MASJID AL AZHAR - KAHERAH - MESIR
🔵Masjid Al Azhar yang terletak di kampus Universiti Al Azhar yang terkenal sebagai pusat pengajian Islam yang tersohor di dunia.
🔵Pintu masuk ke Masjid Al Azhar.
🔵Sebut sahaja nama al-Azhar, pasti ramai yang mengenalinya sebagai sebuah Universiti Islam terkenal di dunia berlokasi di Mesir.
🔵Pusat pengajian ini diasaskan di sebuah masjid yang bernama Masjid al-Azhar sewaktu zaman pemerintahan Dinasti Fatimiyyah di Mesir pada abad ke-10 Masihi.
🔵Masjid ini dibina oleh pemerintah Dinasti Fatimiyyah yang bernama Khalifah al-Mu’izzli Din Allah selepas beliau menakluki Mesir.
🔵Pemandangan courtyard di dalam Masjid Al Azhar.
🔵Halaman dalaman berturap marmar ini ditambah semasa tempoh pemerintahan Fatimid.
🔵Masjid al-Azhar ini ada beberapa minarets.
🔵Dari kiri: menara berkembar Qansah al-Ghuri dan menara Qaytbay.
🔵Di belakang kubah itu pula ialah menara Aqbaghawiyya.
🔵Dari courtyard ini pelawat dapat menyaksikan keindahan senibina masjid Al Azhar ini yang merupakan hasil percampuran seni dan budaya pelbagai dinasti Islam.
🔵Pertama kali masjid ini digunakan untuk bersolat jemaah ialah pada tahun 972 Masihi. Pada tahun 989 Masihi, ia juga menjadi pusat pembelajaran teologi.
🔵Pada awal abad ke 16 Masihi dinasti Uthmaniyah berjaya menakluki Mesir.
🔵Sejak itu peranan Masjid al-Azhar ini sebagai sebuah pusat pengajian terkenal Islam semakin berkembang.
🔵Semasa pemerintahan Uthmaniyah, ramai penuntut dari seluruh wilayah jajahan Uthmaniyah dan wilayah Islam lain termasuk dari alam Melayu datang ke Masjid al-Azhar untuk mempelajari ilmu Islam seperti Fikah dan Tauhid.
🔵Masjid al-Azhar ini ada beberapa menara yang menarik yang dibina/ditambah oleh beberapa sultan di masa pemerintahan mereka.
🔵Terdapat lampu-lampu kaca besar yang cantik dengan design yang simple di siling masjid ini.
🔵Kebiasaannya, lampu-lampu begini dibuat atas perintah sultan untuk kegunaan di masjid, madrasah (sekolah al-Quran), makam, hospice dan bangunan awam lain terutama ketika zaman pemerintahan Kerajaan Mamluk di Mesir pada abad ke 14.
🔵Selepas Masjid ‘Amr, al-Askar dan Ibnu Tulun, masjid ini merupakan masjid jamek yang keempat dibina.
🔵Masjid Jamek refers to masjid utama, atau masjid besar yang terdapat dalam sesuatu kawasan.
🔵Universiti Al Azhar yang terkenal sebagai pusat pengajian Islam Sunnah Wal Jamaah yang terkemuka di dunia ini sebenarnya bermula sebagai sebuah pusat pengajian Syiah.
🔵Asalnya Masjid Al Azhar (yang merupakan asal usul Universiti Al Azhar ini) didirikan oleh Kerajaan Fathimiah yang memegang fahaman Syiah.
🔵Nama Al Azhar pula berasal dari perkataan Zahra' yang merupakan gelaran kepada puteri Rasullullah saw Fatimah Az Zahra' yang bermaksud bercahaya dan berkilauan.
🔵Namun Allah swt tidak mengizinkan fahaman Syiah menguasai bumi Mesir.
🔵Lalu ditakdirkan Sultan Salahuddin Al Ayubi yang berpegang kepada fahaman Sunnah Wal Jamaah menakluk bumi Mesir dan menyingkirkan fahaman Syiah dari bumi Anbiya ini.
🔵Bermula dari saat itu sehingga kini, Universiti Al Azhar menjadi pusat pengajian Islam mengikut fahaman Sunnah Wal Jamaah dan semua pengajian dari aliran Syiah tidak lagi dibenarkan.
🔵Sebelum sistem kuliah dan peperiksaan sekarang diperkenalkan, semua pembelajaran di Al Azhar dikendalikan secara Halaqah.
🔵Pengajar-pengajar kebanyakannya terdiri dari keturunan Arab. Jadi pelajar-pelajar yang datang dari seluruh dunia ada ketikanya sukar memahami ilmu yang diajarkan kerana pengetahuan Bahasa Arab mereka agak terhad.
🔵Masjid ini terkenal dengan menara berkembar ini yang dibina oleh Sultan Qansah al-Ghuri pada 1509.
🔵Seperti masjid-masjid lain yang kami lawat di Kaherah ini, masjid Al-Azhar ini juga mempunyai inner courtyard dan juga kawasan berbumbung di keliling dataran.
🔵Di masjid ini koridor berbumbung ini selain digunakan sebagai ruang bersolat, ia juga digunakan para penuntut dan pengajar semasa sesi pembelajaran.
🔵Disebabkan perkara inilah ketika itu ada ruang-ruang pengajian yang dinamakan Ruwaq (bermaksud: Anjung) disediakan di Courtyard Masjid Al Azhar.
🔵Di Ruwaq-Ruwaq ini tok-tok guru dari pelbagai bangsa yang tinggi pengetahuan Bahasa Arab mereka akan membantu memberi penjelasan kepada pelajar-pelajar yang sebangsa dengan mereka.
🔵Kerana itulah terdapat Ruwaq Magharibah (Maghribi), Ruwaq Syawam (Syam), Ruwaq Atrak (Turki) dan sebagainya.
🔵Ada juga beberapa Ruwaq lain seperti Ruwaq Sinni (China) yang terletak di luar bangunan masjid walaupun mereka masih dinaungi oleh Masjid Al Azhar.
🔵Untuk penuntut-penuntut dari Asia Tenggara ada sebuah Ruwaq disediakan.
🔵Ruwaq ini dikenali sebagai Ruwaq Jawi kerana pelajar-pelajar dari Asia Tenggara ketika itu semuanya dianggap datang dari Pulau Jawa.
🔵Ruwaq Jawi ketika itu terletak betul-betul di bawah Mimbar Khutbah di Courtyard ini.
🔵Ruwaq-Ruwaq ini walau bagaimanapun tidak lagi berfungsi selepas sistem kuliah dan peperiksaan diperkenalkan di Universiti Al Azhar.
🔵Namun Ruwaq Jawi masih wujud di bawah naungan Kedutaan Besar Malaysia di Cairo dengan kerjasama dari Universiti Al Azhar sendiri. Cuma ia kini tidak lagi terletak di dalam masjid.
🔵Di sebelah kiri di pintu masuk masjid ini sedang ada majlis Halaqah.
🔵Masjid Al Azhar terkenal dengan tradisi pengajaran ilmu yang dinamakan Halaqah.
🔵Halaqah bermaksud berkumpul pada waktu tertentu untuk mempelajari dan mendalami agama Islam.
MASJID AL HUSSEIN - KAHERAH - MESIR
🔵Kelihatan menara Masjid al-Hussein.
🔵Masjid Al Hussein yang dibina pada 1154 terletak di kawasan bazar paling sibuk di Cairo yang bernama Khan Al Khalili.
🔵Ia dinamakan Masjid Al Hussein sempena makam milik cucu Rasullullah SAW, Imam Hussein bin Ali bin Abu Talib yang berada di dalamnya.
🔵Makam Saidina Hussein ini sebenarnya hanya menguburkan kepala beliau sementara jasad Saidina Hussein dikebumikan di Karbala, Iraq.
🔵Pihak berkuasa di Mesir setiap tahun mengambil langkah-langkah meningkatkan tahap keselamatan semasa perayaan budaya "Mawlid Al-Hussein" untuk menghindari sebarang pertempuran antara Salafi, Syiah dan Sufi.
🔵Perayaan "Mawlid Al-Hussein" ini adalah bertujuan untuk memperingati kelahiran cucu nabi Muhammad SAW.
🔵Pemandangan di ruang solat utama Masjid Al Hussein.
🔵Makam Imam Hussein dari bahagian lelaki.
🔵Ketika Saidina Husein bin Ali, cucu Rasullullah dan keluarganya berniat berangkat ke Kufah, beberapa orang sahabat mencegahnya, termasuk Abdullah Bin Abbas.
🔵Kufah adalah tempat para penyokong Ali bin Abi Talib, dan penduduknya meminta Husein datang dan tinggal di sana.
🔵Ibnu Abbas dengan pandangan hatinya yang tajam berkata kepada Husein, "Janganlah engkau lakukan itu! Sesungguhnya aku mempunyai firasat yang engkau akan dibunuh di tengah-tengah isteri dan anak-anak perempuanmu, sebagaimana Uman (bin Affan) dibunuh!"
🔵Namun mungkin telah menjadi jalannya takdir Allah, Husein tetap berangkat ke sana. Ibnu Abbas, Ibnu Umar, Jabir bin Abdullah dan beberapa sahabat lainnya mengiringi pemergiannya dengan deraian air mata.
🔵Ketika mereka telah sampai di wilayah Iraq, tetapi belum sempat sampai ke Kufah, tepatnya di Padang Karbala, mereka ditahan oleh pasukan yang dikirim oleh Ubaidillah bin Ziyad atas perintah Khalifah Yazid bin Muawiyah.
🔵4,000 anggota pasukan itu menyerang dan membunuh rombongan Husein bin Ali yang hanya berjumlah kira-kira 80 orang, yang sebahagiannya terdiri dari wanita dan kanak-kanak.
🔵Peristiwa itu yang berlaku tepat seperti yang 'dilihat' oleh Abdullah Bin Abbas berlaku pada Hari Asyura, tanggal 10 Muharram.
🔵Sewaktu jenazah-jenazah dikumpul untuk dikebumikan, sudah tak dapat lagi dikenali yang mana satu jasad milik Imam Hussein.
🔵Maka jasad Imam Hussein dimakamkan di Padang Karbala bersama para pengikut beliau.
🔵Kepala Imam Hussein dibawa ke Mesir oleh adik beliau yang bernama Zainab.
🔵Dikatakan bahawa Masjid Umayyad di Damsyik juga mendakwa kepala Hussein dikebumikan di sana.
🔵Kematian Hussein di Karbala, Iraq, menimbulkan keretakan antara cabang Sunni dan Syiah Islam.
MASJID AL NASIR MOHAMMAD IBN QALAUN - KAHERAH - MESIR
🔵Masjid Sultan Al-Nasir Muhammad ibn Qala'un adalah masjid awal abad ke-14 di Citadel, Kaherah, Mesir.
🔵Ia dibina oleh sultan Mamluk Al-Nasir Muhammad pada 1318 sebagai masjid kerajaan Citadel, di mana sultan-sultan Cairo melakukan solat Jumaat mereka.
🔵Masjid ini terletak di seberang jalan dari akses halaman ke Masjid Muhammad Ali Pasha.
🔵Masjid ini berbentuk empat segi seperti di dalam foto pelan di bawah.
🔵Masjid ini pada asasnya rupanya adalah serupa seperti pada 1300-an walaupun banyak pembaikan telah dibuat. Ia dibuka kepada orang ramai dan sering dikunjungi oleh pelancong.
🔵Pintu masuk ke masjid.
🔵Dalam renovasi 1335, masjid ini telah ditambah ketinggiannya, bumbungnya dibina semula dan kubah kayu yang dihias dengan jubin hijau telah ditambah.
🔵Selama berabad-abad masjid ini dianggap masjid paling hebat di Kaherah sehingga kubah hijaunya runtuh pada abad ke 16.
🔵Pelan masjid ini terdiri daripada sebuah halaman yang dikelilingi oleh empat kawasan berbumbung, yang terdiri daripada barisan tiang-tiang, membentuk sisi-sisi halaman yang cukup menarik.
🔵Kawasan berbumbung yang terbesar terletak di bahagian sebelah timur (arah kiblat).
🔵Senibina di bahagian dalam masjid ini juga ada persamaan dengan Masjid Córdoba di Sepanyol dan Masjid Umayyad di Damsyik.
🔵Dikatakan ruang solat di masjid ini boleh memuatkan 5,000 orang jemaah.
🔵Bahagian berbumbung masjid ini dihiasi dengan lampu-lampu gantung yang sangat classic looking.
🔵Ciri-ciri yang paling menarik dan unik di masjid ini adalah dua menaranya.
🔵Yang pertama diletakkan di barat laut diarahkan ke kawasan ketenteraan di bahagian barat. Menara yang kedua berlokasi di sudut tenggara masjid, mengarah ke kawasan awam (istana kesultanan) di bahagian selatan benteng.
🔵Ini bahagian mihrab masjid ini. Betul-betul di atas bahagian ini adalah kedudukan dome hijau tadi.
🔵Pengunjung boleh lihat sendiri bagaimana masjid ini pernah satu ketika dulu merupakan sebuah masjid yang hebat.
🔵Di bahagian atas di dalam masjid ini dihiasi dengan mosaik kaca.
🔵Sultan Nasir adalah Sultan Kaherah yang terakhir yang menggunakan hiasan seperti ini dalam pembinaan masjid.
🔵Mungkin sesuatu yang unik dalam sejarah, dana untuk membina masjid ini telah tidak melebihi kos sebenarnya.
🔵Dana ini kemudiannya digunakan untuk membeli lebih banyak tanah dan kedai untuk menyokong masjid menjadikannya salah satu institusi paling kaya di bandar.
🔵Di dalam masjid, dinding yang disokong oleh tiang-tiang mempunyai barisan tingkap yang melengkung yang memberi ciri khas bangunan.
🔵Tingkap-tingkap ini mungkin telah ditambah semasa bumbung masjid ini ditinggikan.
🔵Bukaan tingkap-tingkap ini membantu mengurangkan kesan tujahan yang disokong oleh tiang-tiang gerbang, menerangkan bahagian dalam berbumbung masjid dan juga sebagai hiasan.
🔵Minbar masjid yang penuh dengan ukiran yang menarik.
🔵Lokasi dome hijau.
🔵Ukiran motif geometri dan tumbuhan digunakan.
🔵Sekitar 1318, setelah masjid ini selesai dibina, Sultan al-Nasir menggunakannya untuk mengerjakan solat hariannya.
🔵Mihrab yang penuh dengan hiasan marmar dan ukiran.
🔵Kedua-dua kestabilan kewangan dan prestij Sultan Nasir sendiri telah menjadikan masjid ini tempat yang sesuai untuk bekerja.
🔵Untuk menentukan siapa yang akan mendapat pekerjaan itu, Sultan Nasir memanggil mengadap semua muezzin, pendakwah dan ahli-ahli agama untuk hadir dan mengajar.
🔵Oleh itu, Sultan Nasir telah dapat para pemimpin dan ilmuan agama yang terbaik untuk berkhidmat di masjidnya.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment