Wednesday, March 5, 2025

RAMADAN SERIES 2025 - MASJID & PUSAT ISLAM - MASJID 05, 06, 07 & 08

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

MASJID 05 - MASJID AL KHAIRIAH - MASJID 1000 DOA - PULAU PANGKOR
MASJID 06 - MASJID AL SYUHADA KEM TERENDAK - MELAKA
MASJID 07 - MASJID AT TAQWA - SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
MASJID 08 - MASJID TOH PUAN BESAR HATIJAH BATU GAJAH PERAK

MASJID 05 - MASJID AL KHAIRIAH - MASJID 1000 DOA - PULAU PANGKOR

🔵Masjid Al-Khairiah atau lebih dikenali sebagai Masjid Seribu Doa atau Masjid Cina terletaknya di Sungai Pinang Kecil, Pulau Pangkor.
🔵Kedudukan masjid ini yang dikelilingi komuniti masyarakat Cina membuatkan idea reka bentuk dan hiasan dalaman masjid ini menggabungkan motif oriental dan unsur ketimuran dari negara China. 
🔵Masjid ini diserlahkan lagi dengan ukiran dan tulisan doa-doa dari Qur’an dan hadith di setiap sudut.

🔵Gerbang masjid dilihat dari dalam kawasan masjid.

🔵Masjid Al-Khairiah Pulau Pangkor.

🔵Dari luar, bangunan masjid ini kelihatan unik kerana dindingnya dihiasi dengan kaligrafi Arab. Tambahan pula reka bentuk binaan di sekelilingnya, termasuk atap, pintu gerbang dan pagar mirip seperti tokong masyarakat Cina.

🔵Idea asal pembinaan masjid ini adalah dari bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
🔵Jika dilihat dari luar, ia kelihatan seperti tokong sehingga ramai pelancong kerap bertanya sama ada ini tokong atau masjid.

🔵Pada tahun 1926, telah dibina masjid lama dengan struktur kayu di tapak ini oleh masyarakat setempat ketika itu yang terdiri daripada orang Melayu, Cina Muslim dan India Muslim.

🔵Masjid ini dibina semula pada tahun 1946 dengan dinding bata. Oleh kerana kawasan ini kini dihuni oleh masyarakat berbangsa Cina, konsep reka bentuk dan hiasan dalamannya menjadi lebih tertumpu kepada motif oriental.

🔵Masjid ini kini berada di bawah pengawasan Jabatan Kerja Raya Perak dan Daerah Manjung serta Pejabat Daerah Manjung.

🔵Dewan solat adalah seluas lebih 7,250 kaki persegi dan mampu memuatkan lebih daripada 500 jemaah.

🔵Jabatan Agama Islam dan Jabatan Mufti Negeri Perak telah mengesahkan kaligrafi yang terdapat pada masjid ini.

🔵Yayasan Restu bertanggungjawab ke atas keseluruhan pembinaan masjid ini, termasuk pemilihan ayat, motif, warna dan susun atur reka bentuk hiasan dalaman.

🔵Bagi pembinaan masjid ini, Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor, Shah Alam, adalah lokasi di mana pelbagai proses dilakukan termasuk penyelidikan dan pembangunan, reka bentuk, penulisan kaligrafi, susun atur hiasan dalaman, pembuatan dan pemasangan jubin.


🔵Karpet di ruang solat utama yang sangat indah ini dibuat di Türkiye.

🔵Keseluruhan kaligrafi di masjid ini menggabungkan doa daripada ayat al-Quran, hadis Nabi Muhammad SAW, dan doa daripada ulama terkenal.
🔵Di tiang masjid ini, Asma' al-Husna ditulis dalam kaligrafi Cina.
🔵Sesetengah reka bentuk di Masjid al-Khairiah ini menggabungkan elemen ketimuran China dan ciri negeri Perak dalam bentuk hiasan.




🔵Kaligrafi indah yang menghiasi bahagian dalam dan luar masjid adalah hasil kerja khat tempatan yang mahir dari Yayasan Restu. 
🔵Ia digabungkan ke bahagian dalam dengan motif botani dan reka bentuk geometri yang berasal dari negeri Perak. 
🔵Motif-motif itu mendapat inspirasi dari Masjid NiuJie di China, terutamanya Chinese Peony dan Apple Blossom.

🔵Pelawat boleh masuk ke ruang solat utama untuk melihat dengan lebih dekat keindahan gabungan motif oriental dan kaligrafi doa.
🔵Pelancong yang bukan Islam juga dibenarkan masuk, dan pihak masjid ada menyediakan jubah khas untuk mereka.










MASJID 06 - MASJID AL SYUHADA KEM TERENDAK - MELAKA

Masjid Al Shuhada atau juga dikenali sebagai Masjid Kem Terendak, merupakan sebuah masjid yang terletak di No. 2 Jalan Sejahtera, 76200 Melaka.


🔵Masjid As Syuhada Kem Terendak, Sungai Udang Melaka atau lebih dikenali sebagai Masjid Kem Terendak.

🔵Masjid ini mempunyai ahli jamaah yang ramai dari kalangan anggota tentera yang ditempatkan bertugas di Kem Terendak, pesara-pesara tentera dan ahli kariah di kalangan penduduk awam di sekitar Kem Terendak.

🔵Masjid ini dibina pada tahun 1989, namun disebabkan masalah kewangan menyebabkan pembinaan masjid ditangguh beberapa tahun. 
🔵Akhirnya pembinaan dapat diteruskan setelah mendapat peruntukan kewangan yang telah diluluskan oleh Allahyarham Tun Abdul Ghafar bin Baba melalui dana Kerajaan Persekutuan yang ketika itu selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia. 

🔵Sebelum penubuhan masjid ini, warga Kem Terendak menggunakan sebuah gereja Khatolik yang dipindah milik dan diubah suai untuk digunakan sebagai masjid yang terletak di dalam kawasan Kem Terendak.

🔵Masjid ini bercirikan rekabentuk Islam-China menggambarkan kedatangan dan pengaruh China di Melaka ketika zaman pemerinthan Kesultanan Melayu Melaka.




🔵Masjid ini dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka pada 20 April 2000. Masjid dibina dengan kos keseluruhan RM 3.12 juta.




🔵Pada 9 Zulhijjah tahun 1420 Hijrah bersamaan 15 Mac 2000, azan dan solat Asar jemaah pertama dimulakan di masjid ini. 



















MASJID 07 - MASJID AT TAQWA - SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

🔵Masjid At Taqwa (Masjid kariah paroi) telah dibina pada tahun 1959. Pengasasnya adalah penduduk setempat. 

🔵Tapak masjid ini telah dikurniakan oleh kerajaan negeri.

🔵Masjid ini pernah dibaiki dan dinaik taraf pada tahun 1983, 1985, dan 1991. 

🔵Di atas keperihatinan kerajaan negeri, masjid ini telah dibina semula di tapak yang sama mulai Disember 2008 dengan kos RM7.7 juta dan telah siap sepenuhnya pada tahun 2011. 

🔵Semasa di awal masjid ini dibina, ia hanya mampu menampung seramai 250 orang jemaah tetapi setelah diubahsuai ia mampu menampung jumlah seramai 1,000 orang jemaah untuk satu-satu masa. 

🔵Masjid ini menjadi pusat pengurusan, pemantauan dan mengawal selia tiga buah kawasan tanah perkuburan dan lima belas buah surau.






MASJID 08 - MASJID TOH PUAN BESAR HATIJAH BATU GAJAH, PERAK

Ini pula adalah Masjid Toh Puan Besar Hatijah beralamat di Kampung Serani, 30200 Batu Gajah, Perak Darul Ridzuan.



Maklumat berikut adalah www.perak.gov.my.
🔵Pada 30 Jun 2014, DYMM Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menyempurnakan wasiat Almarhum ayahanda baginda, DYMM Paduka Seri Sultan Azlah Muhibuddin Shah Al- Maghfur-Lah bagi merasmikan Masjid Toh Puan Besar Hatijah sempena Ramadhan 1435 Hijrah.

🔵Manusia boleh merancang, Allah Subhanahu Wata’ala juga yang Maha mengetahui serta menentukan segala-galanya. DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah mangkat pada 28 Mei 2014. Almarhum tidak sempat untuk bersolat di masjid yang telah dibina semula ini. Almarhum telah meninggalkan wasiat agar masjid ini dirasmikan sempena Ramadhan 1435 Hijrah, dan majlis berbuka puasa pertama Sultan bersama rakyat pada tahun ini hendaklah diadakan di masjid ini.” titah baginda sempena Majlis Perasmian Masjid Toh Puan Besar Hatijah dan majlis berbuka puasa bersama rakyat di masjid berkenaan.

🔵Rumah Allah ini diperkenankan oleh Almarhum dinamakan Masjid Toh Puan Besar Hatijah, melambangkan satu pengabadian penghargaan seorang putera kepada seorang bonda. Sebagai pengabadian ingatan kasih sayang Almarhum kepada seorang kakanda, Dewan Serba Guna masjid ini telah diperkenankan oleh Almarhum dinamakan Dewan Raja Baharum Baha’uddin Shah.” titah baginda lagi.

🔵Masjid yang telah dibina sejak tahun 1930-an ini, dahulunya diperbuat daripada kayu dan telah dibina semula berasaskan batu bata sekitar tahun 1970-an sebelum Almarhum DYMM Sultan Azlan Muhibbuddin Shah menitahkan agar masjid ini dibina semula pada akhir tahun 2006. Masjid Toh Puan Besar Hatijah sebelum ini dikenali sebagai Masjid Daerah Batu Gajah dan masjid ini merupakan masjid pertama dirasmikan DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Perak ke-35.











🔵Design stained glass ini menggunakan Islamic geometric pattern 8 Fold Rozette Tilin.















🔵Beautiful marbles with hibiscus flower motif.




🔵Dinding tepi main prayer hall dihias dengan jubin dengan corak motif bunga tulip.

🔵Motif bunga tulip ini ada digunakan dalam Ruestem-Pasa Mosque, Istanbul, Türkiye.






Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment