Assalamualaikum.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
MASJID 57 - MASJIDHUR RAHMAAN JUM'AAH MOSQUE - SRI LANKA
MASJID 58 - SHAIKH USMAN WALIYULLAH SHRINE AND MASJID - SRI LANKA
MASJID 57 - MASJIDHUR RAHMAAN JUM'AAH MOSQUE - SRI LANKA
🔵Semasa percutian kami di Sri Lanka, kami sempat bersolat di sebuah masjid di sana. Namanya Masjidhur Rahmaan Jum'aah Mosque yang terletak di Ganethenne, Hingula.
🔵Masjid ini juga mempunyai senibina yang cantik.
🔵Kata Terence (tour guide kami), semua rumah ibadah di Sri Lanka dibina atas pembiayaan dari masyarakat setempat.
🔵Kerajaan Sri Lanka tidak memberikan bantuan untuk membina rumah-rumah ibadah bagi mana-mana agama pun, termasuklah agama Buddha.
🔵Suasana di dalam masjid di Sri Lanka adalah lebih kurang sama sahaja seperi masjid-masjid di Malaysia.
🔵Ruang solat utama.
MASJID 58 - SHAIKH USMAN WALIYULLAH SHRINE AND MASJID - SRI LANKA
🔵Menurut Shane, pemandu tuk tuk dan tour guide kami di Sri Lanka, Shaikh Usman Waliyullah Shrine & Masjid adalah sebuah masjid yang di dalamnya ada sebuah shrine (makam) seorang wali Allah.
🔵Makam ini tambah Shane lagi dilawati oleh pelbagai penganut agama to pay respect to the shrine and pray to it.
🔵Nama masjid ni ialah Shaikh Usman Waliyullah Shrine and Masjid. Masjid ini juga dikenali sebagai Dewatagaha mosque.
🔵Sudah berusia 150 tahun. Ada yang kata 200 tahun.
🔵Di perkarangan masjid yang banyak sungguh burung merpati.
🔵Saya baca memang ada dibina sebuah pigeon house di dalam kawasan masjid ini.
🔵Di tepi pagar ada mangkuk ini yang berisi abu dari bakaran incense oleh penganut agama Buddha yang datang melawat makan Shaik Usman.
🔵Kami diminta menyerahkan kasut-kasut kami kepada pak cik ini sebelum masuk ke dalam masjid.
🔵Pada pagar metal ni ada beberapa simpulan kain yang telah ditulis di dalamnya permintaan dan hajat ditujukan kepada makam Shaik Usman.
🔵Ritual begini adalah sesuatu yang biasa dilakukan oleh penganut agama bukan Islam di Sri Lanka.
🔵Pak cik ini menyambut kami bila kami mula sampai tadi. Terus dia bercakap dalam bahasa Melayu dengan kami. Terkejut juga kami walaupun sudah tahu memang ada orang Melayu di Sri Lanka. Tak sangka pula kami akan bertemu dengan seorang.
🔵Pak cik ini kata dia berketurunan Melayu Sri Lanka dan keluarga dia datang ke Sri Lanka pada masa zaman perang. Tapi agak susah nak faham Melayu dia.
🔵Terdapat lampu minyak dengan hiasan bulan sabit dan bintang di atasnya.
🔵Minyak dituang dan lampu ini dinyalakan sambil pengunjung berdoa.
🔵Itulah makan Shaik Usman.
🔵Kami kemudian dibawa oleh pak cik tadi ke bahagian dalam dan berjumpa dengan muazzin masjid ini yang kemudiannya membawa kami berjumpa Iman masjid.
🔵Kami berbual-bual seketika dan kemudian dibawa ke makam Shaik Usman.
🔵Inilah makan Shaik Usman yang telah dianggap keramat oleh penduduk tempatan dari pelbagai penganut agama di Sri Lanka. Saya pun menyedekahkan Al-Fatihah.
🔵Oh ya, wanita tidak dibenarkan masuk ke bahagian ini jadi isteri saya hanya di luar looking in through a glass window.
🔵Nama penuh Shaikh Usman ialah Seyedina as-Sheikh Usman Siddique Ibn Ahdurrahman, yang dikatakan telah datang ke Ceylon dari Arafat, Arabia dan dia telah melawat Adam's Peak dan makam Dafter Jailani (Rock Cave Mosque - meditation centre of Islam's greatest saint Qutub Mohiyaddin Abdul Cader Jailani who mediated selama lebih 10 tahun) di Balangoda, and later resided in what was later known as Cinnamon Gardens.
🔵Mengikut lagenda, sekitar tahun 1800an ada seorang wanita Sinhalese yang sedang membawa sebelanga minyak telah tersadung akar pokok lalu belanganya jatuh dan pecah dan minyak tertumpah.
🔵Kerana kesedihan yang amat kerana punca rezeki telah hilang, wanita itu menangis sampai tertidur.
🔵Dia dikejutkan dengan satu suara menyuruhnya supaya jangan bersedih. Suara itu adalah dari seorang lelaki berjubah hijau yang dikatakan adalah Shaik Usman.
🔵Lelaki itu pun menyuruh wanita tadi untuk pergi dapatkan belanga baru. Lelaki itu kemudian menekan kakinya ke tanah dan minyak pun keluar dan belanga itu pun dipenuhi.
🔵Lelaki itu juga menyuruh wanita itu memberitahu kejadian itu pada semua pelanggan Islam dia. Later, makam untuk Shaik Usman dan masjid dibina.
🔵Dari apa yang saya baca, disebabkan penganut agama-agama lain (Hindus, Buddhists and Christians) juga dibenarkan ke situ untuk berdoa dan meminta dari makam Shaik, jadi bila mereka dapat apa yang dihajat, ada antara mereka yang memberi sumbangan dalam bentuk wang kepada pihak masjid sebagai tanda berterima kasih.
🔵Mengikut cerita, telah ada usaha untuk membesarkan masjid, pelan dibuat dan ramai yang menderma.
🔵Tapi projek ini telah dihentikan kerana the chief trustee telah bermimpi dia dilarang oleh Shaik Usman menyentuh wang yang telah diderma orang itu.
🔵Bila ditanya kenapa, the trustee kata, "Lihat apa akan terjadi bila diangkat bundle ni". Bila diangkat dengan tongkat dia, terkeluar blood and matter dari duit itu. "Duit ini adalah kotor dan didapati dengan cara haram. Jangan dibina masjid dengannya".
🔵Kejadian ini sebagai tanda mengatakan duit yang 'kotor' tidak boleh digunakan oleh pihak masjid dan tidak boleh digunakan sebagai cara untuk membersihkan diri si penderma dari dosa.
Wallahu a’lam...
🔵Bersama saya ketika itu ialah lelaki ini dan anak dia yang berdoa dan meletakkan kalungan bunga di atas makam dengan dibantu oleh staff masjid.
🔵Selepas itu kami masuk semula ke bahagian ini dan berdoa dengan doa dibacakan oleh muazzin tadi.
🔵Selesai berdoa, the Imam suggested that kami beri sedekah kepada muazzin.
🔵Beberapa lagi bekas untuk membakar incense sticks.
🔵Ini adalah lelaki tadi bersama anak dan isteri sedang menolong anak mereka mencurah minyak kelapa pada lampu minyak.
🔵Ada seorang wanita Islam bertudung labuh (staff masjid) yang bantu keluarga ini dengan memberi penerangan dan mengajar apa yang patut dibuat dan bagaimana cara yang betul untuk melakukan ritual ini.
🔵Pure white coconut oil.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment