Assalamualaikum.
Seterusnya dari Songdo Sky Park, kami dibawa Sarah (our tour guide) ke Gamcheon Culture Village yang merupakan salah satu tarikan pelancong yang popular di Busan City.
Sudah senja masa itu.
Busan, bandar kedua terbesar di Korea Selatan, terkenal dengan geografi berbukit, termasuk perkampungan lereng bukit, gunung dan tebing yang indah.
🔵Perkampungan lereng bukit di Busan merupakan landskap unik yang boleh dilihat di seluruh pusat bandar.
🔵Beberapa kampung ini merupakan destinasi pelancongan yang popular dengan pemandangan laut dan pelabuhan yang hebat.
🔵Di Busan satu ketika dahulu pernah terdapat ramai migran yang membina 'cardboard cities' di atas bukit curam semasa era pertumbuhan perindustrian dan ekonomi bandar ini antara tahun 1960-an dan 1980-an.
Ini ketika di persimpangan jalan Gamcheon-ro dan Wonyang-ro. Kelihatan Gamcheon Central Church - A community of service established as a home church. The home church aims to restore the New Testament church.
Kelihatan juga serombong asap lama ini. Saya fikir itu mungkin chimney bekas peninggalan kilang-kilang yang satu ketika dahulu pesat beroperasi di kawasan ini. Tapi bukan, ia adalah chimney for bathouses.
🔵Terdapat banyak serombong rumah mandian di kawasan bandar, terutamanya di kawasan pusat bandar lama (old downtown).
🔵Apabila pembangunan ekonomi bermula dengan pesat sekitar tahun 1970-an, rumah mandian mula dibuka satu demi satu di kompleks perindustrian dan kawasan bandar yang mempunyai populasi yang ramai.
🔵Sebab mengapa serombong asap setinggi itu perlu dibina adalah kerana kod bangunan yang memerlukannya sekurang-kurangnya 20 meter tinggi untuk mengelakkan pencemaran udara.
🔵Kira-kira 20 hingga 30 tahun yang lalu, ketika penggunaan rumah mandi sedang rancak, bahan api yang digunakan untuk memanaskan air ialah kayu atau minyak 'bunk C' murah. Itulah sebabnya serombong asap dibina lebih tinggi untuk menghantar bahan atmosfera (atmospheric substances) ke langit.
🔵Serombong asap lama ini bukan sahaja berfungsi untuk bathhouse tetapi juga sebagai penunjuk arah dan grounding untuk petir.
🔵Dahulu lawatan mingguan ke "mogyoktang" (rumah mandi awam) adalah sebahagian daripada kehidupan Korea. Pada pagi hujung minggu, hampir separuh daripada penduduk kejiranan berada di rumah mandian.
🔵Walau bagaimanapun, apabila zaman dan gaya hidup telah berubah, lawatan ke rumah-rumah mandian awam tidak lagi menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian mereka, dan pemandangan serombong mandian menjadi rare di kawasan bandar.
🔵Apabila bilik mandi dibina ke dalam rumah dan juga jjimjilbangs dan spa muncul, jumlah rumah-rumah mandi awam itu secara beransur-ansur berkurangan dan ditutup satu demi satu.
🔹Jjimjilbang - ialah rumah-rumah mandian Korea atau kompleks spa yang menawarkan sauna, tab mandi panas dan kemudahan kesihatan lain.
🔵Rumah mandi awam moden yang pertama di Seoul, yang diketahui telah dibuka pada tahun 1925, menandakan permulaan zaman keemasan untuk mandi awam yang berterusan sehingga 1970-an. Peningkatan populariti pangsapuri dengan bilik mandi peribadi mula mengubah trend ini.
🔵Rumah mandian awam di Korea memuncak pada Mac 2004, dengan hampir 10,000 pertubuhan beroperasi di seluruh negara, menurut tinjauan Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan 2023. Sejak itu, bilangannya semakin berkurangan, dengan wabak COVID-19 mempercepatkan trend ini. Sepanjang tiga tahun lalu antara 2020 dan 2022, hampir 730 rumah mandian di seluruh negara telah ditutup.
🔵Walaupun terdapat kira-kira 700 rumah mandian berdaftar di Busan sekarang, dianggarkan hanya sekitar 500 yang benar-benar beroperasi. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa tempat mandi awam telah menjadi sinonim dengan bandar Busan.
🔵Kini kebanyakkan serombong asap itu sudah sangat berusia dan menimbulkan potensi bahaya kepada penduduk yang tinggal di sekitarnya akibat bencana alam seperti taufan, hujan lebat dan angin kencang.
🔵Ada juga yang mengatakan bahawa serombong-serombong asap usang itu merosakkan pemandangan bandar.
🔵Kos perobohan serombong asap ini sangat tinggi, kira-kira 20 hingga 30 juta won.
🔵Memandangkan penggunaan rumah-rumah mandian awam sudah lama menjadi gaya hidup penduduk dan merupakan satu ciri penting kebudayaan, maka ada yang mengatakan sudah tiba masanya langkah-langkah dibuat untuk rumah-rumah mandian awam itu berevolusi dan menyesuaikannya dengan zaman moden dan menjadi sesuatu yang baharu dan menarik. Sama seperti kedai gunting rambut tradisional telah berkembang menjadi salun rambut, diharap rumah-rumah mandian awam boleh berubah menjadi ruang baharu dengan ciri unik.
🔵Dengan perubahan zaman, ikatan antara jiran kelihatan semakin lemah dan salah satu cara pemulihan komuniti dapat dilakukan dengan menggunakan rumah mandian tempatan sebagai hab. Ia untuk mengubah definisi rumah mandian bukan sahaja sebagai tempat mencuci tetapi juga sebagai ruang 'penyembuhan' (healing) di mana orang ramai boleh berhubung antara satu sama lain dan mencari ketenangan.
Haaa... panjang benar pulak cerita pasal bathhouses... hihi 😁. I just find it absolutely fascinating when it comes to aspects of how and what life was like back then as they tell so much about a place, even if it was, in this scenario, just about bathhouses. The history, the evolution and its inevitable disappearance.
Meneruskan perjalanan ke Gamcheon Culture Village.
Kami pun tiba dia Gamcheon Culture Village. Ini pemandangan perkampungan itu yang cukup indah sekali yang dirakam dari jalan Okcheon-ro. Kebetulan masa kami sampai di sini sedang sunset. Lagilah cantik.
Pemandangan yang cantik dengan bangunan dan rumah-rumah pelbagai warna, ditambah pula dengan cahaya lampu-lampu yang mengindahkan lagi suasana village ini.
🔵Busan, bandar pelabuhan terbesar di negara ini adalah salah satu destinasi pelancongan paling popular kerana pantainya yang cantik.
🔵Walau bagaimanapun, teras identiti dan budayanya ialah gunung yang merangkumi 70% daripada geografi bandar di mana lebih separuh daripada 3.4 juta penduduknya tinggal.
🔵Menurut ramai cendekiawan Korea, Busan adalah tempat cultural melting pot Korea.
🔵Kampung pergunungannya telah menjadi tempat tinggal kepada berjuta-juta pendatang Korea yang berhijrah dari seluruh negara, termasuk pelarian Perang Korea dari Korea Utara dan pekerja asing.
🔵Selepas meletusnya Perang Korea, pada 29 Jun 1950, gelombang pertama orang yang dipindahkan turun ke bandar selatan ini dengan kereta api.
🔵Dipenuhi dengan pelarian perang, kereta api tiba di stesen Busan. Satu-satunya bandar yang tidak ditakluki oleh tentera Korea Utara dan yang kemudiannya menjadi tempat perlindungan bagi mereka yang melarikan diri daripada komunis, menjadikan penduduk bandar itu meningkat daripada 480,000 orang pada 1945 kepada lebih sejuta.
🔵Bandar pelabuhan ini telah menjadi nadi kepada perindustrian dan pertumbuhan ekonomi negara antara tahun 1960-an dan 1980-an, menarik berjuta-juta pendatang dari seluruh negara untuk mendapatkan pekerjaan dalam sektor pembuatan.
🔵Bandar pelabuhan ini mempunyai industri intensif buruh yang berkembang pesat seperti tekstil, kerja berkaitan papan lapis dan kasut.
🔵Makin lama jumlah penduduk bandar ini telah meningkat kepada lebih daripada tiga juta orang menjelang 1979, serupa dengan 3.4 juta penduduk Busan hari ini.
🔵Walau bagaimanapun, bandar ini tidak mempunyai ruang bandar yang mencukupi untuk menyediakan perumahan bagi menampung populasi yang semakin meningkat.
🔵Sememangnya tidak dapat dielakkan bila para pendatang mula membina tempat tinggal mereka di kawasan pergunungan yang berhampiran dengan kompleks industri dan membina bandar kadbod (cardboard cities) di atas bukit-bukit curam.
🔵Di kampung-kampung pergunungan yang penuh sesak dengan rumah yang bersambung-sambung, setiap saat kehidupan penduduknya adalah perjuangan untuk terus hidup.
🔵Mereka perlu sentiasa tergesa-gesa dan mendahului satu sama lain untuk mendapatkan semangkuk air yang boleh diminum dari perigi atau menggunakan tandas kongsi di hujung jalan yang curam.
🔵Ketika mereka mencari jalan keluar dari kekejaman akibat peperangan di bandar ini, kebimbangan utama mereka adalah untuk melindungi keluarga mereka.
🔵Paling penting, mereka tidak mahu 'menurunkan' kemiskinan dan kesusahan hidup yang mereka alami kepada generasi akan datang. Mereka telah melalui cukup kesengsaraan dan kesusahan dan sangat ingin menamatkan kitaran kemiskinan di penghujungnya.
🔵Kampung ini kini telah dipulihkan dan dipertingkatkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini untuk dijadikan tarikan pelancong.
🔵Dibina di lereng gunung yang curam, kampung itu telah digelar "Korea's Santorini" dan "Machu Picchu of Busan".
🔵Busan ini ialah salah satu daripada lima bandar hab pelancongan wilayah negara yang ditetapkan oleh Ministry of Culture, Sports and Tourism dan Korea Tourism Organization pada tahun 2020, bersama-sama dengan Gangneung di Wilayah Gangwon, Jeonju di Wilayah Jeolla Utara, Mokpo di Wilayah Jeolla Selatan dan Andong di Wilayah Gyeongsang Utara.
🔵Kampung Gamcheon ini telah dibina pada tahun 1920-an dan 1930-an apabila pentadbiran bandar Busan ketika itu memutuskan untuk menempatkan semula penduduk kelas pekerja ke kawasan terpencil dari pelabuhan, namun cukup hampir untuk menyediakan tenaga buruh.
🔵Di tengah-tengah pemulihan pasca perang pada tahun 1955, kira-kira 800 keluarga berpindah ke kampung itu, menyumbang kepada pertumbuhan komuniti agama yang dikenali sebagai Taegeukdo, cabang Jeungsanisme.
🔵Gamcheon asalnya hanya satu daerah pada tahun 1950, kini ada sembilan. Pada tahun 70-an hanya terdapat rumah yang diperbuat daripada kayu. Pada akhir tahun 80-an dan awal 90-an, jumlah ahli keluarga mula bertambah sehingga mereka membina rumah dua tingkat. Namun begitu, kampung itu berdepan dengan kemiskinan yang berterusan dan keadaan hidup yang daif.
🔵And I would like to share how easy it was to capture the sceneries with low light conditions and produce lively, colorful, well balanced exposure and brightness and sharp images using the handphone.
🔵As a former user of dslr cameras, I must say the whole process/experience has become so much less cumbersome when using the handphone with its nifty and easy to use features.
🔵The handphone essentially does everything for me and all I have to concern myself with was the composition 😃.
🔵And, obviously, carrying a handphone is so much more lighter compared to my usual 5 kg bag of dslr camera, 3 lenses and batteries 😅.
🔵Sarah, our tour guide, merasa frust sebab kami berada di sini bukan waktu siang/hari cerah kerana kata dia pada waktu itu pemandangan perkampungan ini adalah lebih jelas dan cantik. Tapi pada saya, kami sampai di lookout point ini tepat pada masanya iaitu masa tengah sunset 😃.
🔵Kami faham kenapa Sarah rasa begitu kerana sebagai seorang pemandu pelancong, tentunya dia ingin pastikan kami dapat mengalami the full experience.
🔵Since pada kami Sarah adalah pangkat 'auntie', maka kami cubalah redakan rasa resah dia tu and told her it was ok and we really enjoy the amazing view. In a way, kami rasa gembira la dapat tour guide yang begitu ambil berat tentang 'kebahagian' kami 😄.
Melihat Gamcheon Culture Village ini mengingatkan saya pada pemandangan-pemandangan yang lebih kurang serupa semasa percutian-percutian kami yang lalu. Here are some of them.
Lake Como, Italy.
South Korea's Gamcheon Culture Village.
🔵Sebelum mula berjalan dalam Gamcheon Culture Village ini, kami singgah sebentar di Village Information Center untuk mendapatkan phamplets tentang kampung budaya ini. Below is the said phamplet that we got from the center. It was not free, tak ingat berapa harganya tapi tak la mahal. Hasil jualan peta ini digunakan untuk pengurusan dan pemeliharaan kampung budaya ini.
🔵Kami juga diberitahu yang pada waktu itu kampung budaya ini sudah pun tutup as most shop, museums and galleries were already close. However, we can still enter the village and have a leisurely stroll and enjoy the views.
🔵We were also advised to 'be quiet' as this is a 'living' cultural village i.e ada orang yang tinggal di sini.
🔵Visitor's Manner: Please speak in a soft voice to avoid causing any distrubances to the village residents and refrain from taking pictures in ways that infringe on their privacy.
Ok, jom kita explore Gamcheon Culture Village ini on foot. Kami masuk ikut jalan Gamnae-2-ro. Walaupun sudah closing time, kelihatan masih ada lagi pelancong lain seperti kami jalan-jalan di sini.
Little Museum.
It is a space where you can experience memories of old life and modern culture as old photos and hosehold items collected by residents are displayed by theme. In addition, you can look at the process of creating Gamcheon Culture Village from the 2009 Village Art Project, which made the current Gamcheon Culture Village.
Gamcheon Arirang - Jeon Migyeng.
Reorganizes the sceneries of Gamcheon Culture Village to accentuate the geographical features and history.
People and Birds - Jeon Yeongjin
Sometimes want to fly like a bird, forgetting about all mundane things.
🔵Perkampungan Budaya Gamcheon, yang terletak di Daerah Saha di barat Busan, telah ditubuhkan pada penghujung abad ke-20 untuk menyelesaikan masalah penempatan bahagian masyarakat yang miskin ke kawasan baharu atas perintah Pentadbiran Bandar Busan.
🔵Pada tahun 1950, dengan bermulanya Perang Korea, ramai pelarian mencari perlindungan di kampung ini, dan sejak itu, jumlah penduduknya semakin meningkat setiap hari.
🔵Kekurangan ruang, pertambahan penduduk, dan kemiskinan yang berterusan di kawasan ini menghalang penduduk barunya untuk membina rumah-rumah yang selesa dan berasingan.
🔵Akibatnya, rumah-rumah kayu setinggan dibina satu demi satu di atas bumbung-bumbung rumah-rumah terdahulu.
🔵Pembinaan-pembinaan ini, yang digabungkan dengan lokasinya di cerun-cerun curam lembah, telah mengubah bentuk keseluruhan Gamcheon dan mencipta bentuk seperti labirin, yang dianggap bagai satu rahmat terselindung yang menyebabkan kampung setinggan itu mendapat gelaran Busan's Machu Picchu dan Korea’s Santorini.
🔵Apabila trend pertumbuhan penduduk kampung ini meningkat, infrastruktur yang tidak mencukupi dan keadaan ekonomi yang buruk menjadi lebih ketara.
🔵Dalam situasi ini, Gamcheon, sebelum menjadi tempat perlindungan bagi pelarian dan gelandangan, adalah pada asalnya merupakan kawasan yang mundur di Busan, yang, selain penampilannya yang tidak menyenangkan, sedang bergelut dengan banyak masalah dan memerlukan perhatian segera.
About the street art:
Fish swimming through the alley - JinYeongseop
Expresses all that as communication venues for villagers. The movement of fish makes the space full of vitality.
🔵Selepas sembilan dekad telah berlalu sejak pembentukan Gamcheon, tahun 2010 menjadi titik perubahan dalam sejarah dan kehidupan kampung ini. Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Korea Selatan telah meminta artis-artis terkemuka, pelajar-pelajar seni dan penduduk kampung untuk bekerjasama dengan organisasi ini untuk membaiki, merenovasi dan mengubah Gamcheon menjadi salah satu pusat pelancongan Busan.
🔵Projek pembinaan semula ini bukan sahaja membawa kepada penciptaan banyak pekerjaan untuk penduduk kampung dan menyelamatkan mereka daripada keadaan ekonomi yang teruk, tapi ia juga telah membawa kehidupan baru ke kampung ini.
🔵Semasa beberapa peringkat pembinaan semula, rumah-rumah kampung yang musnah dan rosak telah digantikan dengan rumah-rumah dengan warna-warna pastel yang terang, jalan cobblestone telah diganti, dan mural-mural yang cantik juga telah dilukis di dinding-dinding sekitar kampung ini.
🔵Selain itu, kedai-kedai cenderamata, muzium, galeri seni, bengkel pengeluaran kraftangan, kafe dan restoran menggantikan rumah-rumah usang yang ditinggalkan oleh penduduk kampung.
🔵Dengan semua perubahan ini, imej sebuah kampung budaya yang indah dan berwarna-warni terbentuk menarik ramai kunjungan pelancong.
🔵Hasil usaha Pembangunan kampung budaya ini juga membuatkan Gamcheon menerima gelaran "model of urban renewal."
This is a popular photo spot for fans of the South Korean boy band BTS, as it depicts all seven members of the group.
Ada mural dinding dengan kata-kata indah dalam bahasa Korea dan Perancis dan mural kucing-kucing comel.
🔵너는 나에게 이 세상에 단 하나뿐인 존재가 되는거고 나도 너에게 세상에 하나뿐인 존재가 되는 거야.
You become the only being in this world to me, and I become the only being in the world to you.
🔵Tu seras pour moi unique au monde. Je serai pour toi unique au monde.
You will be unique to me in the world. I will be unique in the world for you.
A mural depicting a scene reminiscent of "The Little Prince," featuring a character resembling the prince and a whimsical townscape.
🔵Ketika era peningkatan perindustrian, penduduk Gamcheon mencecah hampir 30,000 orang, tetapi selepas itu kebanyakan penduduknya berpindah ke bandar lain, dan populasinya menurun kepada 8,000. Mereka adalah populasi yang semakin tua, terdiri daripada 24% daripada orang yang berumur lebih dari 65 tahun.
🔵Banyak rumah-rumah terbengkalai, yang bersama-sama dengan kekurangan infrastruktur asas (bekalan air, sistem pembetung, dll.), memberikannya gambaran yang buruk, diancam bakal hilang keujudannya dan kepentingannya sama sekali dalam tempoh terdekat ketika itu.
🔵Pada tahun 2010, Kerajaan tempatan Saha-gu, dengan kerjasama perancang bandar, artis dan penduduk, mempunyai idea untuk menjana semula kawasan itu dan menarik pelancongan, memilih pembangunan mampan yang akan mengekalkan ciri-ciri unik dan nilai seninya.
🔵Bagi melaksanakan proses pembaharuan bandar ini, sebuah Majlis Penduduk telah ditubuhkan untuk mempromosikan kualiti hidup di kampung ini dan mencari penyelesaian kepada masalah yang timbul.
🔵Dengan membentuk beberapa kumpulan kerja yang berbeza, penduduk di kampung ini terlibat dalam pelbagai usaha seperti pembaikan rumah, membuka perniagaan tempatan, mempromosikan kampung, penjagaan dan pembersihan jalan, dsb.
🔵Berbagai usaha projek besar dibuat dalam pengubahsuaian untuk menambah baik infrastruktur (tembok penahan, air paip dan sistem kumbahan, penurapan jalan, kawasan parkir, dll.).
🔵Para artis dan penduduk juga membaiki rumah orang tua yang berpendapatan rendah, serta mengubah suai rumah-rumah terbiar untuk memberi mereka kegunaan komuniti baru seperti dijadikan muzium, galeri seni, dll. Oleh itu, sebagai contoh, sebuah rumah awam lama telah menjadi pusat komuniti di mana pelbagai aktiviti kebudayaan dan pendidikan dianjurkan.
🔵Perkampungan Budaya Gamcheon ini terletak di gunung CheonmaSan yang terletak di timur ke Saha-Gu, Busan.
🔵Ia berlokasi di cerun-cerun yang curam sehingga pemandangan dan landskap unik mereka telah menyumbang dengan ketara kepada reputasi mereka yang terkenal sebagai tempat tarikan pelancong.
🔵Pada masa yang sama, pembukaan perniagaan kampung dirangsang: kedai, kafe, restoran, galeri, bengkel kraf, hotel, dll juga dilakukan.
🔵Aktiviti-aktiviti komersil ini mewujudkan pekerjaan dan menjana pendapatan bagi penduduk, sebahagian daripadanya disalurkan kembali ke dalam masyarakat dengan cara yang berbeza seperti pengagihan makanan, penganjuran perayaan dan acara, pembaikan rumah, dll.
🔵Untuk meningkatkan kapasiti penduduk dan pengurusan, penduduk kampung ditawarkan kursus-kursus komuniti seperti pengurusan perniagaan dan teknik jualan atau penciptaan bengkel kraf untuk kraf tempatan, dsb.
🔵Tambahan pula, para sukarelawan turut dilatih untuk memberi khidmat lawatan berpandu kepada pelancong dan merangsang rasa ingin tahu dan kreativiti kanak-kanak di kawasan unik ini melalui inisiatif " Growing through Art ".
🔵Selain itu, turut dibuat arca-arca dan mural-mural oleh artis dan penduduk untuk menghias jalan-jalan sempit di kampung ini.
This is a 'Fortune-Telling Carriage' or 'Fortune Telling Vending Machine' or "fortune carriage" or "fortune wagon." Ia menilik nasib tapi menggunakan vending machine instead of shaman.
Di Korea 'bomoh' dipanggil 'shaman'. Mereka adalah tukang tilik. 'Saju', atau 'tilik nasib', adalah kebiasaan dalam budaya Korea yang telah berakar umbi dalam agama suku kuno.
🔵SAJU Fortune Teller ialah model GPT khusus yang direka untuk menawarkan cerapan tentang nasib dan takdir seseorang berdasarkan amalan tradisional Korea (Four Pillars of Destiny).
🔵Model ini mengumpul maklumat asas daripada pengguna, seperti tarikh lahir, masa dan jantina mereka, untuk mengira 'Four Pillars of Destiny' mereka dan menyediakan bacaan peribadi.
🔵Tujuan reka bentuk di sebalik SAJU Fortune Teller adalah untuk menggabungkan amalan ramalan nasib tradisional Korea dengan teknologi moden, memberikan pengguna bukan sahaja cerapan tentang masa depan mereka tetapi juga mencipta azimat unik untuk membimbing mereka.
🔵Contoh senario melibatkan pengguna yang mencari panduan tentang prospek kerjaya mereka. Selepas memberikan maklumat peribadi mereka, mereka menerima bacaan yang menunjukkan nasib umum tahun yang akan datang dan nasihat khusus yang berkaitan dengan kemajuan kerjaya.
🔵Selepas itu, pengguna boleh meminta azimat yang direka untuk meningkatkan nasib kerjaya mereka, menerima azimat yang diwakili secara visual yang menampilkan haiwan berdasarkan tahun kelahiran mereka.
We came upon another look-out point with amazing view of Gamcheon Culture Village and Busan city with Cheonmasan mountain peak.
🔵Pelbagai tona warna rumah, lebih daripada 40 karya seni yang dipamerkan, kedai kraf, galeri seni dan kafe, bersama-sama dengan pengaturcaraan festival budaya yang berbeza dan penyertaan penduduk dalam pemulihan, penjagaan dan promosi kampung, semua itu memberikan tarikan yang unik pada kampung budaya ini.
🔵Pada tahun 2015, Gamcheon telah dikunjungi oleh lebih daripada 1,400,000 orang, mengubahnya daripada kawasan terpinggir yang miskin kepada sebuah perkampungan budaya dan dinamik yang penuh dengan kehidupan.
🔵'Peringkat Perancangan' pemulihan kampung Gamcheon ini bermula sekitar sebelum tahun 2009 iaitu tempoh di mana pihak perbandaran mula melihat betapa seriusnya kemerosotan kampung ini dan cuba memperkenalkan projek memulihara kampung.
🔵Kerana fakta-fakta seperti 1) jumlah penduduk di kampung ini semakin berkurangan secara berterusan sejak tahun 1990-an; 2) lokasinya berdekatan dengan pusat bandar lama dan kawasan Pelabuhan Utara; dan 3) tahap umum infrastruktur yang lemah dan ketinggalan, pihak perbandaran telah mempertimbangkan untuk melaksanakan projek pemulihan jenis ‘pembangunan semula melalui perobohan’ (redevelopment by demolition) untuk kampung tersebut.
🔵Tetapi idea itu tidak dilaksanakan kerana cabaran topografi dengan cerun yang terlalu curam serta tentangan kuat oleh penduduk. Pada masa itu, bagaimanapun, terdapat beberapa pemaju dan penduduk kampung ini sendiri yang mula memberi tumpuan kepada imej kampung yang dipanggil 'the place where time stopped’.
🔵'Peringkat Permulaan' pula berlaku dari pertengahan 2009 hingga akhir 2010, iaitu tempoh apabila peringkat awal pemuliharaan kampung ini telah dimulakan.
🔵Hala tuju pembangunan semula itu telah bertukar daripada cara 'perobohan' kepada cara pemulihan jenis 'pemuliharaan dan penjanaan semula'.
🔵Projek-projek seperti ‘2009 Village Art Decoration' dan ‘Project Miro-Miro' telah berjaya dilancarkan di kampung ini.
🔵Melalui projek ‘2009 Village Art Decoration’, Gamcheon 2-Dong telah dipilih sebagai tempat yang memenangi anugerah, yang dipanggil 'Dreaming of Busan's Machu Picchu', di mana lebih daripada 10 karya-karya seni arca dan plastik terkenal telah dipasang di seluruh kampung ini.
🔵 ‘Project Miro-Miro’ pula meminjam enam buah rumah-rumah kosong di kampung ini untuk mempamerkan lukisan-lukisan terkenal dan menghiasi dinding mereka dengan lukisan mural profesional. Projek-projek ini sememangnya memainkan peranan penting dalam menghidupkan kampung ini pada masa itu.
🔵 ‘Peringkat Penstabilan' pula berlaku dari akhir tahun 2010 hingga awal tahun 2013, yang merupakan tempoh apabila imej Gamcheon Culture Village sebagai tempat tarikan pelancongan telah mula kukuh.
🔵 Semasa 'Peringkat Pengembangan' pula (dari tahun 2013 dan seterusnya) sebilangan besar pelancong domestik dan asing mula datang melawat kampung ini. Pada peringkat ini, para artis dan pembangun profesional memberi penekanan khusus pada hiasan artistik di seluruh kampung ini, contohnya, dengan membeli rumah kosong untuk memasang karya seni berkualiti dan meletakkan arca dan seni plastik yang indah di puncak bukit tertinggi di kampung ini.
Ini satu lagi art installation.
Little Prince and Fennec Fox - Na Inju.
Littel Prince and Fennec Fox, who left the star and came to the earth, arrive in Gamcheon Culture Village and look down at the village.
This is Dalgona cookie.
🔵This Squid Game Dalgona candy recipe or honeycomb candy was made popular in the Netflix series Squid Game, a game where the contestants need to separate the shape from the cookie.
🔵The cookie is also known as Ppopgi. Homemade Dalgona or homemade ppopgi is made with just two ingredients, baking soda, and sugar.
This is the Cheon Deok-su Well, where a young man named Cheon Deok-su was digging the well alone during a severe drought, but collapsed and died. However, his earnest wish was granted by heaven, and it rained, saving the village from the drought.
Dari sini kami pun berpatah balik ke entrance, laluan yang kami gunakan untuk memulakan jalan-jalan kami di Gamcheon Culture Village ini.
Another art installation.
Sweet Whispering of Dandelions - Shin Mugyeong (resident participant).
Expresses that the residents' hopeful message can be realized just as dandelions spores blown on the wind blossoms flowers.
Sebenarnya perkampungan budaya in sangat besar tapi tentulah kami yang sudah sampai lewat ke sini tidak sempat nak keliling the whole area. Inilah lebih kurang peta laluan jalan-jalan kami di Gamcheon Culture Village ini. Dari entrance di jalan Okcheon-ro, kami masuk ke kampung budaya ini di jalan Gamnae 2-ro dan terus berjalan hingga ke sampai di Gamcheon Culture Station dan patah balik dari situ.
Seterusnya Sarah akan bawa kami untuk makan malam.
To be continued.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment