Assalamualaikum.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
MASJID 26 - COLORFUL MOSQUE ATAU ŠARENA DŽAMIJA - TETOVO NORTH MACEDONIA
MASJID 27 - DŽAMIJA MALEZIJA - MASJID MALAYSIA TURBE - BOSNIA HERZEGOVINA
MASJID 26 - COLORFUL MOSQUE ATAU ŠARENA DŽAMIJA - TETOVO NORTH MACEDONIA
The Colourful Mosque
🔵The Colourful Mosque in the town centre, also known as Pasha's Mosque or Alaca Mosque, represents an excellent example of late Ottoman religious architecture in Macedonia.
🔵It is commonly believed that the mosque was originally built in late 15th century, however, in its present form, the mosque was built by Abdurrahman Pasha in 1838/39 (1254 AH).
🔵Forming an intimate urban dialog with the Bey's Konak and the Hammam built in the vicinity, the Colourful Mosque constitutes the centre of an Islamic architectural complex. Indeed, its covered dome together with the minaret, the fountain, the mausoleum and the wall enclosure have for centuries constituted the religious and the cultural profile of the city.
🔵What makes Tetova's Colourful Mosque unique is that all its exterior and interior walls are coveredwith frescos whose style was inspired by the late Italian Baroque.
🔵The Colorful Mosque atau Šarena Džamija (bahasa Croatia).
🔵Šarena Džamija, bermaksud 'decorated mosque' yang juga dipanggil 'Painted Mosque'.
🔵Ia adalah sebuah masjid yang terletak berhampiran Sungai Pena di Tetovo, Macedonia Utara.
🔵Ia adalah monumen budaya sejak abad ke-15, yang telah dinaik taraf dan dikembangkan pada abad ke-19.
🔵Nama-nama lain masjid ini adalah Larme Mosque (Xhamia e Larme - bahasa Albanian) dan Alaca Mosque (Alaca Camii in Turkish).
🔵Dalam komplek masjid ini terdapat bangunan masjid yang mempunyai dewan solat, anjung dan menara, bangunan makam dan laman.
🔵Masjid ini pada asalnya dibina pada tahun 1495. Pembinaan masjid-masjid pada masa itu selalunya dibiayai oleh sultan, beys atau pashas, tetapi Šarena Džamija dibiayai oleh dua saudara perempuan, Hurshide dan Mensure, dari Tetovo.
🔵Kemudian masjid ini dibina semula pada tahun 1838 oleh Abdurrahman Pasha, seorang peminat seni yang sangat menyukai Tetovo.
🔵Pada tahun 1991, komuniti Islam di Tetovo telah membina tembok di sekeliling masjid ini dalam gaya Uthmaniyyah klasik.
🔵Halaman depan Šarena Džamija ada sebuah "türbe" segi lapan yang menempatkan makam Hurshida dan Mensure, dua beradik perempuan yang membiayai pembinaan masjid pada tahun 1495.
🔵"Türbe" ini mewakili contoh ciri monumen sebuah makam dari zaman Uthmaniyyah, dibina pada abad ke-16.
🔵Sebagai sebahagian daripada kompleks masjid ini, makam yang berkonsep terbuka dengan rekabentuk dan dimensi yang harmoni ini menjadikan ia sebuah struktur bangunan yang tidak menonjol, malah ia melengkapkan persekitaran sekeliling kompleks.
🔵Makam Hurshida dan Mensure.
🔵Tidak seperti masjid lain pada zaman Uthmaniyyah Klasik, Masjid Šarena lebih bercirikan masjid tradisional di Anatolia, kerana ia dibina sebelum penaklukan Constantinople.
🔵Ia tidak mempunyai kubah yang merupakan reka bentuk standard masjid Uthmaniyyah.
🔵Bentuk dan hiasan seni bina yang dilihat hari ini telah dibuat pada separuh pertama abad ke-19 (1833/34), oleh Abdurahman Pasha.
🔵Dikatakan lebih daripada 30,000 biji telur telah digunakan untuk menyediakan cat dan glaze yang digunakan dalam membuat hiasan dinding luar dan dalam masjid yang rumit ini.
🔵Anjung masjid. Cantik dan detail sungguh hiasan/lukisan pada dinding dan siling serambi ini.
🔵Monumen budaya ini adalah sangat menarik kerana hiasannya fasadnya yang unik.
🔵Tidak seperti hiasan jubin seramik masjid Uthmaniyyah tradisional, Šarena Džamija mempunyai lukisan-lukisan bunga dan tumbuh-tumbuhan yang terang dan berwarna warni.
🔵Pada tahun 2010, pengubahsuaian lukisan luar telah disiapkan dan facade bangunan masjid ini telah dibina semula dan dipelihara pada tahun 2011.
🔵Tingkap masjid ini dipasang dengan grid kayu yang dipanggil mushebak.
🔵Monumen ini mewakili contoh yang representatif dan pencapaian artistik yang istimewa, dengan hiasan luaran dan dalaman yang khusus.
🔵Selama berabad-abad, masjid ini mengekalkan fungsi keagamaan, pendidikan dan budayanya.
🔵Sejarah pembinaan masjid ini ada terukir dalam rekod yang diukir pada kepingan marmar yang diletakkan di atas pintu masuknya.
🔵Pemandangan hijau Larme Park di sebelah masjid ini mententeramkan suasana dan menyejukkan mata.
🔵Hiasan yang kami nampak di luar tadi pun dah cantik sangat, yang di dalam ini lagilah hebat.
🔵Lukisan-lukisannya lebih sarat dan lebih 'mewah'. Sampai tak tahu bahagian mana yang hendak dilihat dulu.
🔵Essentially, masjid ini adalah bangunan empat persegi satu bilik dengan gabungan seni bina gaya binaan Baroque dan Neoclassical Uthmaniyyah dengan ruang solat yang agak luas dan ditutup dengan kubah.
🔵Masjid ini diterangi oleh candelier besar di bahagian tengah ruang solat yang dikelilingi oleh set lima chandelier yang lebih kecil.
🔵Mihrab, mimbar dan chandelier utama masjid.
🔵Ruang solat ini dihiasi cantik dengan chandeliers.
🔵Ia juga diterangi oleh 30 tingkap dengan 15 tingkap di bawah dan 15 tingkap lagi di atas.
🔵Setiap satu tingkap ada set bidai kayu yang dicat.
🔵Di tempat yang tiada tingkap, bidai 'palsu' telah dilukis pada dinding untuk memastikan simetri yang sempurna.
🔵Jelas sekali ciri yang membezakan masjid ini dengan masjid-masjid Uthmaniyyah lain adalah hiasan dalamannya yang dilukis.
🔵Abdurrahman Pasha menugaskan pakar-pakar berpengalaman dari Debar yang melukis hiasan-hiasan ini dengan cat minyak.
🔵Hiasan dinding dalaman (dan juga luaran) ini mencerminkan pelbagai motif geometri dan motif flora yang bernilai luar biasa.
🔵Mihrab yang nampaknya dibuat dari white marble atau batu putih, satu kontras visual yang bijak dengan dinding dan kubah yang sarat dengan hiasan. Ini mungkin dapat membantu jemaah untuk fokus.
🔵Di bahagian atas frame mihrab ini ada tertera nama Allah SWT.
🔵Di atas mihrab, pada dinding pula ada nama-nama 25 Rasul; Nabi Isa a.s, Nabi Muhammad SAW dan Nabi Adam a.s.
🔵Pada bahagian tengah mihrab pula ada tertera nama-nama Nabi Muhammad SAW dan Khulafa al-Rasyidin; Khalifah Abu Bakar as-Siddiq r.a, Khalifah Umar al-Khatab r.a, Khalifah Uthman bin Affan r.a dan Khalifah Ali bin Abu Talib r.a. Juga nama-nama Sayyidina Hassan r.a dan Sayyidina Hussein r.a.
🔵Selain hiasan geometri dan bunga serta tumbuh-tumbuhan, lukisan-lukisan landskap bandar dan bangunan-bangunan juga dapat kita lihat terutamanya pada bahagian dalam kubah dan pada penjuru siling.
🔵Mimbar masjid.
🔵Di panel atas dinding ada nama-nama Rasul; Nabi Yahya a.s, Nabi Zakaria a.s, Nabi Sulaiman a.s dan Nabi Harun a.s.
🔵Pada panel bawah ada nama-nama pada sahabat Nabi Muhammad SAW iaitu Hamzah r.a dan Abbas r.a
🔵Pada mimbar ini ada replika pintu Kaabah berwarna emas.
🔵Di sebelah kanan mimbar ada lukisan gambaran Makkah dan Kaabah, yang mungkin dilukis oleh artis tempatan yang telah menyaksikannya secara langsung semasa ziarahnya ke Makkah.
🔵Lukisan ini mungkin adalah satu-satunya gambaran seumpamanya di Balkan.
🔵Nama-nama 25 Rasul yang dapat dilihat dari sudut ini adalah: Nabi Ilyasa’ a.s, Nabi Yunus a.s, Nabi Ayub a.s, Nabi Yunus a.s dan Nabi Daud a.s.
🔵Nama-nama 25 Rasul yang dapat dilihat dari sudut ini pula adalah: Nabi Idris a.s, Nabi Nuh a.s, Nabi Ibrahim a.s, Nabi Ya’akub a.s, Nabi Salih a.s, Nabi Ismail a.s, Nabi Ishaq a.s, Nabi Hud a.s, Nabi Syu’aib a.s dan Nabi Luth a.s.
🔵Pada panel bawah pula adalah nama-nama sahabat Nabi Muhammad SAW: Thalhah bin Ubaidillah r.a, Sa’ad bin Abi Waqqash r.a, Abdurrahman bin Auf r.a, Abu Ubaidah bin Jarrah r.a dan Sa’id bin Zaid r.a.
🔵The beautiful central chandelier.
🔵Sesuatu yang unik yang saya nampak ialah dari dalam kelihatan seperti masjid ini ada kubah bulat tapi jika dilihat dari luar bumbung masjid ini adalah bumbung rata seperti bentuk rumah tradisional Ottoman.
🔵Terdapat lukisan 12 'medallions' dengan gambar-gambar bangunan atau pokok bunga berpasu.
🔵Lukisan-lukisan dalam masjid ini dibuat menggunakan teknik 'secco', di mana pigmen digabungkan dengan pengikat organik - dalam kes ini telur - dan digunakan terus pada plaster kering. Proses inilah yang boleh membantu lukisan bertahan di atas kayu selama berabad-abad.
🔵Hiasan dalaman yang dilukis menggunakan pelbagai palet warna-warna yang terang dengan teknik lukisan yang sangat jarang digunakan sebagai hiasan dalaman masjid menjadikannya karya seni bina Islam yang luar biasa.
🔵Terdapat juga beberapa balkoni berpagar kayu di ruang solat wanita di atas yang juga indah dihias dengan lukisan bermotifkan bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan.
🔵Pada dinding ini terdapat nama-nama Nabi Zulkifli a.s dan Nabi Yusuf a.s.
🔵Juga ada nama-nama yang disebut dalam Al Quran iaitu Zulkarnain, Imran dan Luqman.
🔵Di satu sudut masjid ini juga ada, if I'm not mistaken, an elegant French Morbier Clock. Pelik juga kenapa ada jam besar ini dalam masjid, dalam ruang solat.
🔵Saya baca jam jenis ini direka untuk berbunyi 2 kali, kali pertama tepat pada jam dan kali kedua setelah dua minit kemudian.
🔵Ada yang kata bunyi pertama ialah azan, dan yang kedua menandakan waktu untuk memulakan solat.
🔵Jadi mungkinlah kebolehan jam ini berbunyi dua kali digunakan untuk tujuan itu, setelah bunyi jam ini diselaraskan mengikut waktu solat.
🔵Di sudut ini juga ada sebuah mimbar kayu kecil, mungkin untuk kegunaan penceramah.
🔵Hiasan motif tumbuh-tumbuhan yang cantik.
🔵Dalaman masjid ini dilitupi dari kubah ke permaidani dengan corak-corak yang terang dan indah.
🔵Gaya kesenian bunga-bungaan, geometri dan arabesque menggantikan motif Islam yang biasa kita lihat dalam masjid-masjid lain.
🔵Kelihatannya warna-warna dominan yang digunakan dalam fresco ini adalah warna emas dan merah tanah.
MASJID 27 - DŽAMIJA MALEZIJA - MASJID MALAYSIA TURBE - BOSNIA HERZEGOVINA
🔵Ini Džamija Malezija yang bermaksud Masjid Malaysia yang terletak di Bosanska ulica di Turbe.
🔵Turbe ialah sebuah penempatan dalam perbandaran Travnik municipality, Federation of Bosnia and Herzegovina, Bosnia and Herzegovina. Nama itu berasal dari 'türbe' Turki.
🔵Design masjid ini nampak mirip masjid-masjid di Turki dengan minaret yang kurus tinggi.
🔵Pandangan tepi masjid.
🔵Ada 2 plak pada dinding luar masjid ini menyatakan 'Menara masjid Turba ini adalah hadiah dari rakyat dan kerajaan Malaysia kepada rakyat Bosnia dan Herzegovina'.
🔵Masjid ini siap dibina pada November 2003 bersamaan Ramadan 1424 Hijrah dan dirasmikan pada 01hb Jun 2005 oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.
🔵Pintu masuk masjid yang membawa jemaah terus ke tempat berwuduq. Air paipnya tersangatlah sejuk. Yang bagusnya, kebiasaan masjid-masjid di sini, di bilik berwuduq ada disediakan tuala-tuala kecil untuk kegunaan para jemaah.
🔵Suasana di dalam masjid.
🔵Ruang solat wanita di tingkat atas.
🔵Ada beberapa students yang baru lepas habis kelas agama yang dibuat di masjid ini di ground floor.
🔵Pemandangan ruang solat utama dari tingkat atas.
🔵Ini bilik kelas agama di Džamija Malezija. Masa kami sampai earlier, students baru selesai belajar. Hampir penuh kelas ini masa itu. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment