Monday, March 24, 2025

RAMADAN SERIES 2025 - MASJID & PUSAT ISLAM - MASJID 62 & 63

Assalamualaikum. 
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

MASJID 62 - TABACICA MOSQUE - MOSTAR - BOSNIA AND HERZEGOVINA
MASJID 63 - ZAGREB MOSQUE - CROATIA

MASJID 62 - TABACICA MOSQUE - MOSTAR - BOSNIA AND HERZEGOVINA

🔵Masjid ini namanya Tabačica mosque, sebuah masjid di bandar Mostar, Bosnia and Herzegovina.
🔵Juga dikenali sebagai Hadži-Kurtova džamija atau Hadži-Kurt's mosque atau Haji Kurt's mosque.

🔵Masjid ini dibina antara abad ke-16 dan ke-17, oleh Hajji Kurt, member of the ancient Mostar Kurt family.

🔵Berdiri di tebing kanan Sungai Neretva, kira-kira 100 meter dari Mostar Old Bridge, masjid ini dibina bersebelahan dengan kawasan 'Tabhana' yang merupakan kawasan tumpuan bengkel-bengkel pemprosesan kulit suatu ketika dahulu.

🔵Nama 'Tabačica' masjid ini datangnya dari jenis kerja di bengkel-bengkel ini iaitu dari  istilah 'Tabaci' yang bermaksud 'penyamak kulit'. 
🔵Dengan deretan kedai, restoran dan cafe serta lokasinya menjadikan masjid Tabačica antara yang paling kerap dikunjungi di Mostar.

🔵Masjid kecil yang indah ini mengalami kerosakan yang teruk semasa operasi ketenteraan pada 1992 dan 1993: menaranya musnah, bumbungnya runtuh dan anjung kayunya juga turut musnah. Begitu juga bahagian dalamannya. 
🔵Projek pemulihan dibuat dan masjid ini berjaya dipulihkan dan dirasmikan pada Jun 2000.


🔵Suasana di dalam Hadži-Kurt's mosque. 

🔵Mungkin lukisan-lukisan pada dinding dalam masjid ini adalah lukisan asal ketika masjid ini mula-mula dibina.


🔵Bahagian dalam kubah dibuat dan dihias dengan kayu dengan sususan yang sangat cantik sekali. 


🔵Anjung ruang solat wanita. 

🔵Such beautiful original paintings.

MASJID 63 - ZAGREB MOSQUE - CROATIA

🔵Ini Zagreb Central Mosque.
🔵Di masjid ini ada segala kemudahan sebuah central mosque dan juga ada restoran, yang makanannya sudah semestinya adalah halal. 
🔵Fyi, kira-kira 1.5% daripada penduduk di Croatia adalah beragama Islam.

🔵Zagreb Mosque adalah masjid terbesar di Croatia. 
🔵The Islamic Secondary School "Dr. Ahmed Smajlović" dan cultural centre beroperasi di dalam masjid. 

🔵Pembinaan masjid ini bermula pada tahun 1981 dan siap pada tahun 1987. 
🔵Sultan bin Muhammad Al-Qasimi, Emir Sharjah, menyumbangkan AS$2.5 juta untuk pembinaan masjid itu. The Emirate of Sharjah is one of the emirates of the United Arab Emirates.

🔵Pembinaan masjid dan pusat Islam di Trstik (Projek Perumahan Folnegovićev) ini telah siap dibina pada tahun 1987. Ia reka oleh 2 arkitek dari Sarajevo Džemal Čelić dan Mirza Gološ.

🔵Masjid ini dibina di atas kawasan seluas 10,000 meter persegi. Ia terdiri daripada beberapa unit: tempat ibadat dengan menara (ketinggian 51 meter), dan sekolah menengah agama Islam (madrasah), perpustakaan, premis sosial, bangunan pentadbiran, bahagian kediaman dan kemudahan lain.

🔵Walaupun dalaman dan luarannya mengekalkan corak dan kandungan tradisional, seni bina kompleks ini selaras dengan trend pembinaan moden.


🔵Tempat berwuduk.

🔵Ada beberapa peraturan yang perlu dipatuhi dipaparkan di entrance masuk ke dewan utama masjid.




🔵Ruang solat utama Zagreb Central Mosque.

🔵Kubah Zagreb central mosque dari luar dan dalam masjid.


🔵Ruang atas adalah tempat solat jemaah wanita.

🔵Pemandangan dari tempat solat wanita.



🔵Di Islamic Center ini ada satu bahagian pameran 'The First Zagreb Mosque 1944-1948'.

🔵Foto Zagreb Central Mosque dari udara.

🔵Antara peninggalan dari first Zagreb mosque yang dipamerkan di sini.

🔵Maklumat tentang sejarah Masjid Zagreb yang pertama.


🔵Foto lama ruang dalam Masjid Zagreb yang pertama. 

🔵Pada Ogos 1941 kerajaan Croatia membuat keputusan bahawa bangunan Home of Croatian Artists diubah dijadikan sebuah masjid. 
🔵Pembinaan tiga menara konkrit setinggi 45 meter dan air pancut luar telah siap dibina pada musim bunga tahun 1943.


🔵Pada April 1948, kerajaan Yugoslavia menutup masjid ini, dan mula merobohkan menara-menaranya, kerana dikatakan ia adalah "ideologicaly undesirable symbol of the past".






🔵The mihrab, mimbar and pulpits from the former mosque are also on display.






Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment