Saturday, March 15, 2025

RAMADAN SERIES 2025 - MASJID & PUSAT ISLAM - MASJID 38 & 39

Assalamualaikum. 
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

MASJID 38 - GRANDE MOSQUEE DE PARIS - FRANCE
MASJID 39 - GUILIN CHONGSHAN STREET MOSQUE - GUILIN CHINA

MASJID 38 - GRANDE MOSQUEE DE PARIS - FRANCE

🔵Grand Mosquee de Paris, juga dikenali sebagai Great Mosque of Paris atau ringkasnya Paris Mosque, terletak di arrondissement ke-5 di Paris. 


🔵Grand Mosquee de Paris merupakan salah satu masjid terbesar di Perancis. 
🔵Ia terdiri daripada dewan solat utama, taman luar, perpustakaan kecil, kedai cenderamata, bersama-sama dengan kafe dan restoran. 
🔵Secara keseluruhannya, masjid ini memainkan peranan penting dalam mempromosikan keterlihatan Islam dan umat Islam di Perancis. 
🔵Disiapkan pada tahun 1926, merupakan masjid tertua di metropolitan Perancis.
🔵Ia telah dirasmikan pada 16 Julai 1926, di hadapan Presiden Perancis Gaston Doumergue dan Sultan Yusef dari Maghribi.

🔵Grand Mosquee de Paris dibina di atas tapak bekas Hospital Amal (Hospital Pitié-Salpêtrière) dan bersebelahan dengan Jardin des plantes (sebuah taman Botanik). 
🔵Batu asas pertama pembinaan masjid ini telah diletakkan pada tahun 1922. 
🔵Kerja ini telah disiapkan oleh Robert Fournez, Maurice Mantout dan Charles Heubès berdasarkan rancangan oleh Maurice Tranchant de Lunel. 
🔵Masjid ini dibina mengikut gaya Moorish Revival, dan menaranya setinggi 33 meter.

🔵Diilhamkan oleh Masjid el-Qaraouyyîn di Fez, Maghribi (salah satu masjid terpenting di Maghribi dan salah satu yang tertua di dunia), semua program hiasan Paris Mosque, termasuk halaman, gerbang ladam, dan khususnya zellige (mosaic tilework), telah diamanahkan kepada tukang khusus dari Afrika Utara menggunakan bahan tradisional. 
🔵Menara setinggi 33 meter itu diilhamkan oleh Masjid Al-Zaytuna di Tunisia.

🔵Pintu masuk besar ke masjid ini dihiasi dengan motif bunga bergaya dalam gaya Islam yang paling tulen.

🔵Grande Mosquee de Paris ini meliputi kawasan seluas 7,500 meter persegi.

🔵Masjid ini boleh memuatkan sehingga 1,000 orang, dan membenarkan akses kepada wanita, dan menyediakan 'confessional rooms' serta akses untuk orang kurang upaya.

🔵Diinspirasikan oleh Alhambra di Granada, patio masjid ini dikelilingi oleh arked berukir.

🔵Zellige (mosaic tilework) yang begitu indah sekali.


🔵Dewan solat utama.



🔵Great Mosque of Paris terdiri daripada:
🔹Ruang solat yang hiasannya diilhamkan oleh banyak bahagian dunia Islam
🔹Sebuah madrasah (sekolah)
🔹Sebuah perpustakaan
🔹Sebuah bilik persidangan
🔹Taman Arab seluas 3,500 meter persegi
🔹Restoran, bilik teh, hammam dan kedai

🔵Great Mosque of Paris memainkan peranan penting dalam masyarakat sosial Perancis, mempromosikan keterlihatan Islam dan umat Islam.
🔵Masjid ini telah di assigned ke Algeria pada tahun 1957 oleh Menteri Luar Perancis. 
🔵Masjid Paris berfungsi sebagai masjid utama untuk masjid-masjid Perancis dan kini diketuai oleh mufti Dalil Boubakeur, yang telah berkhidmat sebagai rektor sejak 1992. 

🔵Pada tahun 1993 Institut Al-Ghazali telah diasaskan, sebuah seminari agama untuk latihan imam dan pendeta Muslim. 
🔵Pada tahun 1994, Charles Pasqua, ketika itu adalah Minister of the Interior in charge of Religion, memberikan pihak masjid ini kuasa untuk mengesahkan daging sebagai halal.

🔵Hari ini Great Mosque of Paris adalah masjid terbesar di Perancis dan yang ketiga terbesar di Eropah.
🔵Ia terletak di arondisemen ke-5 di Latin Quarter berhampiran Jardin des Plantes dan Institut de Monde Arabe. 
🔵Masjid ini merupakan destinasi pelancongan serta tempat solat, dan ia menawarkan lawatan berpandu. 
🔵Terdapat juga tempat mandi marmar Turki yang besar untuk pelawat.

🔵Masjid ini dibuka untuk pelancong setiap hari dalam setahun (kecuali hari Jumaat), di bahagian-bahagian luar bilik imam dan bilik untuk pengajaran, dan ruang yang disediakan untuk membaca Al-Quran, solat, dan meditasi oleh umat Islam.
🔵Masjid ini juga mempunyai restoran tradisional "Aux Portes de l'Orient" (At the Doors of the East) yang menyajikan masakan Maghreb seperti tagine dan couscous, bersama dengan bilik teh (menghidangkan teh pudina, loukoum, pastri, hookah). 
🔵Terdapat juga mandian Turki (khusus untuk wanita), kedai yang menjual kraf tradisional Arab, dan semua kemudahan ini dibuka sepanjang tahun kepada orang ramai.






MASJID 39 - GUILIN CHONGSHAN STREET MOSQUE - GUILIN CHINA

🔵Guilin Chongshan Street Mosque telah dibina pada 1735 pada tahun ke-13 pemerintahan Maharaja Yongzheng, dibesarkan pada 1849 pada tahun ke-14 pemerintahan Maharaja Jiaqing dan diubahsuai semasa pemerintahan Maharaja Daoguang (1821-1850) dan semasa Republik China (1912-1949).

🔵Pada masa ini, Guilin Chongshan Street Mosque meliputi kawasan seluas 2,000 meter persegi, masjid yang terbaik dipelihara dengan skala yang terbesar di Guilin. 
🔵Terdapat dewan solat, dewan kuliah, kemudahan berwuduk dan sebagainya.


🔵Senibinanya adalah gabungan gaya tradisional Cina dan gaya seni bina Islam. 
🔵Ada Kalimah Syahadat di pintu masuk ke Ruang Solat.


🔵Ruang solat utama. 
🔵Ia boleh memuatkan seramai 200 orang jemaah.

🔵Terdapat 12 tiang-tiang merah di dalam prayer hall ini.


🔵Guilin Chongshan Street Mosque dianggap sebagai tapak bersejarah dan budaya yang penting di bawah perlindungan. 
🔵Pada tahun 1982, Presiden Pakistan datang melawat masjid ini, menunaikan solat Jumaat, dan menyampaikan set lengkap kaset Al-Quran dan perakam kepada masjid. 
🔵Dia juga menanam empat pokok Tasong di hadapan pintu pagar masjid ini sebagai simbol persahabatan yang berkekalan antara umat Islam dan rakyat seluruh negara antara China dan Pakistan.









🔵Ada Al Quran yang diterjemah dalam bahasa China. 





Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment