Monday, September 26, 2022

KELLIE'S CASTLE & KELLAS HOUSE

   السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ  

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Seterusnya saya nak kongsi pula foto-foto lawatan kami di Kellie's Castle dalam siri blog entries tentang Batu Gajah saya ini. Pernah ada sekali kami lawat tempat ini dulu pada tahun 2006. 

16 years later kami ke castle ini lagi. Sekarang Kellie's Castle sudah di upgrade, bermula dengan projek arkeologi konservasi pada tahun 2000 dan pemuliharaan pada tahun 2011. Dari jalanraya boleh nampak ada ramai pengunjung di roof top castle ini. 

Kellie's Castle dan Kellas House (yellow building).

Welcome to Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak.




Ini resit untuk masuk ke Kellie's Castle. Ada caj RM5.00 untuk dewasa. Untuk parking di bahagian depan ini (Front Parking) cajnya RM2.00. Ada Back Parking, di situ parking percuma.

Kami ke sini pada hari Ahad around pukul 12 tengahari. Jadi tempat parking penuh. Mujur kebetulan ada kereta yang baru nak keluar masa kami sampai. Tapi jangan risau kerana ada tempat parking tambahan (Back Parking), cuma kena jalan jauh sikit untuk ke pintu masuk utama dari tempat Back Parking itu.

Landskap padang hijau tepi bukit di tebing sungai yang cantik lengkap dengan gazebo.

Ada kafeteria di sini. Ada digantung beberapa poster tentang Covid-19. 

Suasana di Kafeteria.



Juga ada kedai-kedai souvenir. 

Ada lukisan besar Kellie's Castle. Bolehlah duduk bergambar di tangga tu.


Papan maklumat tentang Sejarah Kellie's Castle.

Kellie's Castle history.



Kedai-kedai souvenir.

Ada tie dye t'shirts Kellie's Castle yang menarik.

'Compulsory' shot kalau ke Kellie's Castle 😃.
Sebuah istana pertama di tanah melayu ketika tempoh awal pemerintahan british

Untuk ke bangunan Kellie's Castle, semua pengunjung mesti lalu khemah ini untuk pemeriksaan tiket/resit. Pengunjung juga diminta untuk bergambar dengan green screen background. Kalau mahu fotonya boleh dibeli bila selesai lawatan.


Poster Tourism Perak.

Banyak sungguh tempat-tempat menarik di Perak. Kami belum pernah lagi lawat dan jalan-jalan di Taiping Bandar Warisan dan Bandar Diraja Kuala Kangsar.

Menyeberang sungai dengan jambatan untuk ke Kellie's Castle. 


Pemandangan Kellie's Castle yang cantik dari jambatan.

During its heyday, beginilah rupa bangunan Kellie's Castle mengikut pandangan artis. Ada juga saya baca, according to a Malaysian historian, pada menara kanan sekali dulu mungkin ada sebuah kubah di atasnya memandangkan istana ini mempunyai ciri-ciri binaan Moorish dan India.
Perbandingan Kellie's Castle sekarang dan ketika zaman gemilangnya (artist impression). Senibina istana ini mempunyai ciri campuran gaya eklektik Moorish Revival/Indo-Saracenic/Greco-Roman.

Ini Sungai Raya ke arah Barat Daya yang mengalir ke Sungai Kinta.  

Pemandangan Sungai Raya dari arah Timur Laut.

"On the banks of the Sungei Raia, and visible from a point a little beyond the third milestone on the road from Batu Gajah to Gopeng, stands a gigantic memorial to the whim of a once wealthy man". 
Book: Kellie's Castle by C.C.P Wilkins

Satu lagi foto 'compulsory' ketika melawat Kellie's Castle 😃.


Selepas kematian William Kellie-Smith pada tahun 1926, pembinaan istana ini telah terhenti. Dalam jangka masa lebih 100 ratus tahun kawasan sekeliling istana ini telah ditumbuhi hutan belukar dan istana ini menjadi bangunan terbiar. 

Tumbuhan hutan tumbuh meliar di sekitar bangunan istana.

Foto kiri: pemandangan menara istana dari bumbung istana.
Foto kanan: pemandangan dinding Kellas House dari bumbung istana.

Foto kiri: pemandangan menara istana dari bumbung istana.
Foto kanan: koridor istana di ground floor.

Setelah lama terbiar, pada tahun 2000, projek arkeologi konservasi telah dijalankan pada bangunan ini. Pada tahun 2011, kerajaan Negeri Perak melalui Jawatankuasa Pelancongan Negeri Perak telah menjalankan pemuliharaan dan kerja menaik taraf istana ini. Ia dilakukan di bawah Projek Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK 10) dengan kos mencecah lebih RM 5 juta.

Walaupun begitu lama terbiar, Kellie’s Castle tetap kukuh dan telah dapat 'diselamatkan' melalui proses konservasi. Pastinya proses ini mengguna pakai "Garis Panduan Konservasi Monumen dan Tapak Tanah Bersejarah di Malaysia" di mana 'Konservasi' didefinasikan sebagai "Konservasi dimaksudkan kepada kerja-kerja baikpulih yang mana cuba memulih semula monumen atau tapak tanah bersejarah kepada senibina dan bahan-bahan binaan yang sehampir mungkin dengan asal semasa mula-mula dibina".

Garis Panduan kerja-kerja Konservasi yang digunapakai dalam melaksanakan kerja-kerja konservasi monumen dan tapak tanah bersejarah di Malaysia adalah seperti berikut :
1. Penyelidikan: menjalankan penyelidikan sejarah dan struktur senibina
2. Kajian Konservasi: mengkaji lanskap, tapak tanah, alam sekitar dan bahan-bahan binaan yang digunakan.
3. Ekskavasi Arkeologi: mengesan struktur yang tertimbus, mengesan artifak-artifak arkeologi, mengenalpasti tapak berkenaan bebas daripada struktur dan artifak arkeologi.
4. Penyelidikan Pelan: menyediakan pelan struktur masa kini, pelan lokasi dan pelan cadangan pemuliharaan. 
5. Penyediaan Pelan Induk: menyediakan kertas kerja pemuliharaan dan pelan cadangan pemuliharaan.
Pendokumentasian: gambar berskala rekod kerja-kerja pemuliharaan.

Berikut adalah beberapa foto-foto perbandingan sebelum dan selepas pemuliharaan Kellie's Castle dan Kellas House.
Pemandangan Kellie's Castle dari Jalan Gopeng

Pemandangan facade depan istana

Ini di koridor Kellie's Castle di ground floor.

Menara istana yang bilik atas sekali dijadikan Bilik Tetamu.

Pemandangan ke arah menara istana dari roof top

Kellas House

Pemandangan Kellas House dari bumbung istana

Pemandangan Kellas House dari bumbung istana

Pemandangan Kellas House dari bumbung istana

Di Batu Gajah ada beberapa bangunan lama bersejarah yang dibina sekitar tahun 1800 dan 1930 dan tersenarai dalam 'List of British Colonial Buildings'. Salah satu bangunan ini adalah Kellie's Castle. Bangunan-bangunan lain yang termasuk dalam senarai ini adalah Hospital Batu Gajah, Kinta Prison dan Court House. 

Kellie's Castle yang merupakan salah satu aset pelancongan warisan dan sejarah negeri Perak, bukan sahaja menjadi tarikan pelancong malah turut juga dijadikan sebagai sebahagian daripada kajian sejarah oleh banyak pihak.

Masa ambil gambar istana ini saya perasan dinding tingkat 1 bangunan ini berwarna putih sedangkan dinding lainnya masih lagi exposed bricks. Adakah dicat putih masa pemuliharaan dibuat? Rasanya tentulah tidak kerana saya fikir tentulah mengecat begitu bukan cara konservasi aset warisan sebegini. Then saya baca, mengikut cerita seorang warga emas tempatan, ketika dia berusia kanak-kanak, dia bersama kawan-kawan pernah meredah hutan belukar di sekitar istana ini untuk melihat dengan lebih dekat lagi istana ini. Pada masa itu kata dia memang dinding itu berwarna putih. Jadi mungkin ketika pembinaan istana ini sedang dilakukan, William Kellie-Smith telah melakukan ujian cat putih pada bangunan ini.

Seperti di tempat-tempat tarikan pelancong lain, di sini juga ada pagar untuk 'Love Locks'. Kan sudah trend. 


Ini foto-foto 'Love Locks' yang saya pernah encounter di Penang Hill dan Kuala Terengganu.
Penang Hill

Kampung Cina, Kuala Terengganu

Ada info board. Jom baca.


Ada begitu banyak sumber informasi tentang Kellie's Castle yang kita boleh jumpa di internet. Essentially they are the same. Ini kerana kebanyakkan sumber asal maklumat tentang istana ini datangnya dari usaha Tan Sri Dato’ Haji Dr. Mubin Sheppard, seorang sejarawan, budayawan dan bekas pegawai tentera Malaysia. Beliau juga adalah bekas pengarah pertama Arkib Negara Malaysia dan editor 'Journal of Malayan Royal Asiatic Society'. 
Tan  Sri  Dato’  Dr.  Mubin Sheppard
(formerly known as Mervyn Cecil Frank Sheppard)
"Sumbangan beliau begitu  besar  dalam  mengumpulkan  segala  maklumat  mengenai  William  dan  istana  tersebut. Beliau mengambil inisiatif dengan menghubungi keluarga dan waris-waris William Kellie-Smith yang  berada  di  London.  Usaha  ini  dilakukan  selepas kedatangan  beliau  ke  Taiping  sebagai pembantu  residen  pada  tahun  1931. Maklumat-maklumat  yang  dikumpulkan  ini  seterusnya diterbitkan dalam bentuk dokumen rasmi kerajaan. Tanpa usaha yang diambil oleh beliau, sudah tentu kita tidak akan dapat menikmati sejarah kehidupan  Kellie-Smith  dan  Kellie’s  Castle  pada hari ini".
Author: Parameswari Krishnan

Kellie's Castle dibina di tepi Sungai Raya (Raia) untuk memberikan suasana nyaman di sekitar istana. Bagi tujuan yang sama, di belakang istana ini pernah ada sebuah tasik yang besar di mana William Kellie-Smith sering memancing ikan di tasik itu dengan menggunakan bot. Ikan-ikan yang ditangkap akan diberikan kepada pekerja-pekerja beliau.

Hmm... I think I'd much prefer the walls to be left as exposed bricks and not painted or plastered. Tapi dari segi melindungi bangunan istana ini dari elemen cuaca mungkin that may not be advisable. Mungkin pada zaman sekarang ada cara to protect the bricks, tapi tidak ketika istana ini sedang dibina.

Berdasarkan pada pelan dalaman Kellie's Castle yang ada dipamerkan di dalam bangunan istana ini, saya labelkan ruang-ruang dalamannya seperti dalam foto di bawah.

Di tingkat paling atas menara ini telah dijadikan Bilik Tetamu. Pemandangan 4 penjuru dari tingkap bilik itu adalah amazing.


Apa yang pengunjung boleh lihat ketika melawat tempat ini adalah bangunan istana yang tidak sempat disiapkan dengan sebahagian darinya telah pun runtuh. Curious nak tahu bagaimanakah agaknya rupa istana ini kalau ia sempat disiapkan sepenuhnya, saya pun carilah di internet artists impressions of how the castle would have look like. So I put both the impressions and the actual castle side by side for comparisons. And they look amazing!
Bottom left photo: sudut pandangan ke arah Kellas House, rumah yang diduduki oleh William Kellie-Smith dan keluarganya ketika Kellie's Castle dibina.

Pandangan-pandangan sisi

Pemandangan facade depan Kellie's Castle

Pandangan dari atas

Pemandangan di inner court yard

Pemandangan pintu masuk utama/parking/bangunan pelawat, Sungai Raya dan jambatan dari tebing bukit Kellie's Castle.


Di menara ini ada bilik-bilik yang dijadikan wine cellar, the bar lounge, lift shaft, linen room and two guest rooms.  

Dua tingkat paling atas menara ini telah dijadikan bilik-bilik tetamu. Rasanya sengaja dijadikan guest rooms to impress the guests kerana bilik-bilik itu mempunyai pemandangan empat penjuru dan juga kerana pemandangan-pemandangannya pula mengadap ke arah ladang dan estet besar milik William Kellie-Smith. To further impress the guests, William juga berusaha memasang lift di menara ini untuk membawa tetamu-tetamu ke bilik-bilik tetamu itu. Namun tiada lift dan hanya tinggal the shaft sahaja. Dikatakan kalau lift itu berjaya dipasang ia mungkin menjadi lift pertama yang dipasang Tanah Melayu ketika itu. 


Ini lokasi-lokasi wine cellar, the bar lounge, lift shaft, linen room and two guest rooms di menara istana ini.

Pemandangan Kellie's Castle dari taman di sebelah kiri bangunan istana.

Ada dibina gazebo/wakaf untuk pengunjung berteduh dan berehat.

Pemandangan Kellie's Castle dan Kellas House dari taman.

In perbandingan artist impression of the completed Kellie's Castle and Kellas House with the actual ones that we can see today. From the artist impression there was a roofed walkway with quarters that connects the castle (right) and Kellas House (left).

Ini bangunan Kellas House, or what's left of it. Di Batu Gajah pada tahun 1903, William dan Agnes yang baru sahaja berkahwin, telah menetap di sebuah banglo kayu di estet William yang digelar Kellas House, yang dinamakan sempena ladang keluarga William di Scotland iaitu "Easter Kellas". Estet ladang pokok getah beliau juga dinamakan 'Estet Kellas' dan syarikatnya pula bernama "Kellas Rubber Company". Ladang getah keduanya pula diberi nama 'Kinta Kellas Estate' dan ladang yang pertama ditukar nama ke 'Old Kellas Estate'. Seterusnya dalam usaha menggali bijih timah pula, syarikatnya diberi nama 'Kinta Kellas Tin Dredging Company'. 

Taman Kellie's Castle. Menurut C.C.P Wilkins, yang pernah menjadi Pengurus Estet Kellas, dalam bukunya bertajuk 'Kellie's Castle', diceritakan oleh salah seorang bekas pekerja William Kellie-Smith bernama Veeran yang taman Kellie's Castle ketika zaman gemilangnya adalah sangat indah sekali. 
"And talking of his garden, never again will there be one like it. I should know, for was I not one of forty gardeners whom he employed? There were oranges as large as coconuts, papayas and pine-apples and melons. Every known fruit was represented".
Begitulah penerangan yang diberikan Veeran kepada Wilkins tentang taman Kellie's Castle ketika itu.

Sebagai salah satu cara pemuliharaan dan konservasi, bangunan ini telah diperkukuhkan dengan tiang-tiang besi dan ditambah pula dengan tiang-tiang besi penahan.


Yang tinggal sekarang hanyalah runtuhan, namun warna kuning asal rumah ini masih boleh dilihat. Rumah ini hanya tinggal dinding sahaja kerana telah dibom Jepun ketika Perang Dunia Kedua.

Artist impression and the ruin.

Ini pula adalah bahagian Kuarters Pekerja Dapur dan Dapur.

Ada sebuah perigi, I think, di depan kuarters Pekerja ini. 

Pemandangan ke arah Kellie's Castle.

Kuarters Pekerja Dapur.


Laluan Ke Dapur. Sebelah kanan adalah Kuartes Pekerja Dapur.




Bahagian Dapur.

Stone stove.



Di court yard.

Ini ruang makan untuk Kellas House.

About the Dining Hall.


Luas sungguh ruang makan ini.


Mungkin di dataran tepi Rumah Kellas inilah (foto atas) tempat William dan Agnes bersocial dengan rakan-rakan mereka.
William Kellie-Smith (di kanan sekali) dan Agnes merupakan golongan social. Rumah agam mereka yang besar ketika itu menjadi pusat bersocial bagi peladang dan pentadbir kolonial yang kaya.



Sebahagian Kellas House dan Kellie's Castle.

Facade Kellas House yang mengadap ke Kellie's Castle.

Gaya binaan Kellas dan Kellie's Castle telah banyak menggunakan pengaruh Rom, Moor dan Indo-Sarasenik. Rekaannya menyertakan elemen-elemen sama seperti yang ada di bangunan Sultan Abdul Samad dan bangunan Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur, dengan lengkuk kasut kuda Mughal di pintu dan tingkap, kubah berbentuk bawang diperbuat dari tembaga dan friz neoklasik yang berhias.

Ini informasi tentang reka bentuk Indo-Sarasenik.

Pada peringkat awal, William Kellie-Smith dikatakan sukar mencari arkitek untuk membina rumah ini. Beliau juga tidak menjumpai rumah pengurus ladang lain yang menarik perhatiannya yang boleh dijadikan contoh. Akhirnya beliau menggunakan reka bentuk bangunan Ibu Pejabat Kerajaan di Kuala Lumpur, yang ketika itu dikenali sebagai 'Federal Secretariať’. 

Berkemungkinan Kellas House adalah antara rumah yang tercantik di Malaya ketika itu. Ia mungkin satu-satunya rumah agam Scotland yang pernah dibina dan masih ada kesan peninggalannya di Timur dunia.

Cerita tentang kemashyuran rumah ini telah sampai ke London dan disiarkan dalam akhbar ‘Financier' yang diterbitkan di London pada 15hb September 1911. Akhbar itu menyifatkan rumah ketua pengurus Ladang Kellas itu mungkin yang paling unik di seluruh Timur Jauh, baik dari segi bentuk mahupun besarnya.

Rumah Kellas, sebuah banglo kayu, serta bahagian tambahannya sebuah rumah agam bata.

Di bahagian atas yang ada pokok tumbuh itu adalah bilik air. Masih lagi terdapat kepingan batu marmar (jubin) di dinding bilik air itu.


Pandangan sisi bangunan Kellas House: artist impression and the ruins.


Bahagian Kellas House dalam foto ini ada dirakam dalam satu foto lama pekerja-pekerja di Kellas House ketika itu.

Bahagian Rumah Kellas seperti foto di atas ada dirakam dalam foto lama rumah ini.
Pemandu, orang gaji serta penjaga bagi anak-anak keluarga berpakaian seragam dan kemas bergambar di Rumah Kellas.  

Ada couple sedang berfoto style Murad Osmann. Adorable 😃.



Pandangan dari dalam Kellas House.



Diberitakan salah seorang cucu perempuan William Kellie-Smith, Frances Boston-Smith, pernah melawat Kellie's Castle ini. Semasa lawatan itu dia telah menyumbangkan beberapa gambar rumah agam pertama iaitu Kellas House kepada Pejabat Daerah Batu Gajah. Foto-foto ini dapat memberikan gambaran sebenar kelengkapan dalaman dan barangan koleksi yang ada di dalam Kellas House. Di bawah adalah foto-foto tersebut.



Bahagian luar dan dalam dinding ini telah diperkukuh dengan tiang-tiang besi untuk elak dari tumbang.

Ruang dalam 2 tingkat Kellas House.


The wall of the Kellas House were reinforced with steel beams on both sides. 

Pandangan dari ruang dalam Kellas House mengadap ke Kellie's Castle.











Continued with Part 02 in the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.  

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.