Assalamualaikum.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
MASJID 33 - MASJID AMRU AL AS - KAHERAH - MESIR
MASJID 34 - MASJID IBNU AITHOILAH AL-SAKANDARI - KAHERAH - MESIR
MASJID 35 - MASJID IBNU TULUN - KAHERAH - MESIR
MASJID 33 - MASJID AMRU AL AS - KAHERAH - MESIR
🔵Masjid Amru Al As.
🔵Masjid ini terletak di kawasan Fustat dengan beberapa gereja dan sebuah synagogue di sekitarnya.
🔵Jadi lokasi masjid ini dikatakan berada di tengah melting pot of culture and religions.
🔵Ben Ezra Synagogue tu adalah synagogue Yahudi yang tertua di Mesir.
🔵Siapakah Amru Al 'As. Beliau adalah seorang sahabat Rasulullah saw dan juga seorang panglima perang Islam yang telah membebaskan Mesir dari kekuasaan Rom.
🔵Sebagai mengenang jasa beliau, Khalifah Umar Bin Al Khattab telah memilih dan mengangkat beliau menjadi Gabenor Mesir.
🔵Masjid Amr ibn al-As yang juga dikenali sebagai Masjid Amr, pada asalnya dibina pada 641-642 AD, di pusat ibu kota Mesir yang baru diasaskan, iaitu Fustat.
🔵Struktur asal masjid ini adalah merupakan masjid pertama yang pernah dibina di Mesir dan seluruh Afrika.
🔵Masjid yang ada sekarang ini adalah masjid keempat terbesar di dunia Islam.
🔵Masjid ini juga dikenali sebagai Taj al-Jawamie (Crown of Mosques) yang menunjukkan kepentingannya di tanah Islam dan di Afrika khususnya.
🔵Juga dinamakan sebagai al-Jamie'al-Ateeq (the Ancient Mosque) yang merekodkan sejarahnya sebagai masjid pertama di Afrika dan masjid utama keempat selepas masjid Nabi di Madinah dan masjid Kufa dan Basrah.
🔵Juga dipanggil Masjid Ahl ar-Rayah (Mosque of Banner Holders) sebagai rujukan kepada banyak utusan Nabi saw yang membawa Banner Islam ke Mesir dan Afrika.
🔵Amr ibn al-As, dengan perintah Khalifah Umar, adalah jeneral Arab yang membebaskan Mesir dari Rom.
🔵Pada tahun 641, sebelum dia dan tenteranya menyerang ibu kota Iskandariah (di bahagian barat laut delta sungai Nil), Amr telah mendirikan khemahnya di sebelah timur Sungai Nil, di bahagian selatan delta.
🔵Mengikut cerita, tidak lama sebelum Amr berangkat ke pertempuran, seekor burung merpati bertelur di khemahnya.
🔵Apabila Amr kembali menang, dia perlu memilih tapak untuk ibu kota baru, kerana Khalifah Umar telah menetapkan bahawa ia tidak boleh berlokasi jauh dari Alexandria.
🔵Oleh itu, Amr mengisytiharkan lokasi merpati bertelur itu sebagai pusat bandar barunya, iaitu Fustat, atau Misr al-Fustat, "City of the Tents". Kemudian, Masjid Amr dibina di lokasi yang sama.
🔵Masjid Amr Al 'As yang asal berukuran panjang 28.9 meter dan lebar 17.4 meter, mempunyai 6 pintu masuk, berdinding mud bricks, bertiang batang pokok kurma, berlantaikan batu kerikil dengan beratapkan daun kurma kering.
🔵Arah Makkah dalam masjid asal ini tidak ditandakan oleh mihrab seperti masjid-masjid selepasnya. Ia ditandakan dengan 4 tiang-tiang yang dibina ke dalam dinding arah Kiblat.
🔵Proses pembangunan masjid yang asal dikatakan melibatkan 60 orang para sahabat Rasulullah saw. Mereka juga yang menentukan arah kiblat masjid ini.
🔵Di antara para sahabat yang turut serta dalam pembangunan awal masjid ini adalah Zubair bin Awam, alMiqdad, Ubadah Bin Shamat, Abu Darda, Abu Zar Al Gifari, Abu Bashrah, Mahmiyah bin Jaza’ Azzubaidi, dan Nabih bin Shawwab Al Bashra, ra, dan lain lain.
🔵Masjid Amru bin Al Ash dirasmikan dengan melaksanakan solat Jumaat pertama, pada 6 Muharram 21 H/17 Disember 642M.
🔵Disebabkan pembinaan semula yang sering berlaku, tiada lagi kesan struktur yang asal, tetapi Masjid yang dibina semula ini masih merupakan mercu tanda yang terkenal di kawasan Old Cairo.
🔵600 tahun sebelum Masjid Al-Azhar didirikan, Masjid Amru Al-'As telah menjadi pusat pendidikan Islam di Mesir.
🔵Para pengajarnya terdiri dari para sahabat Rasulullah saw. Ia boleh memuatkan lebih kurang 5,000 pelajar.
🔵Masjid Amr Ibn al-As menjadi universiti sebenar yang pertama, bukan sahaja di Mesir, tetapi juga di seluruh dunia. Ia pada asasnya menjadi pusat pengajaran dan pembelajaran.
🔵Masjid ini juga merangkumi banyak sekolah agama (Zawiya) yang menawarkan pengajaran berkelompok mengenai perundangan Islam.
🔵Tenaga pengajar sekolah-sekolah tersebut antaranya termasuk al-Imam al-Shafie, Magd al-Din Abu Ashbal, Taj al-Din Mohammed Ibn Bah'a al-Din dan lain-lain.
🔵Hari ini masjid ini bukan lagi sebuah pusat pembelajaran, tapi masih sering digunakan para pelajar Al-Azhar untuk belajar dan menghafal Al-Quran.
🔵Terdapat juga tempoh satu ketika dahulu di mana ia berfungsi sebagai "ziada" utama negara, yang pada dasarnya adalah mahkamah undang-undang.
🔵Masjid Amru Al-'As ialah sebuah masjid yang aktif. Ia sentiasa dikunjungi ramai jemaah yang datang beribadah setiap hari. Selain waktu solat, masjid ini dibuka untuk pelancong dan penziarah.
🔵Dataran ini open air dan berlantaikan marmar yang sejuk dipijak walau pun masa tengahari panas, seperti di Masjidil Haram di Makkah.
🔵Pada asasnya, masjid ini terdiri daripada sebuah dataran yang besar yang dikelilingi oleh 4 ruang berbumbung yang disokong oleh deretan tiang-tiang yang dibuat dari pelbagai jenis variasi batu seperti marmar dan purple porphyry.
🔵Masjid ini juga menjadi tumpuan orang ramai pada malam 27 Ramadan setiap tahun di mana malam itu dikatakan sangat hampir dengan Lailatul Qadar.
🔵Pada malam tersebut jumlah orang yang datang berjemaah tidak dapat ditampung oleh binaan masjid yang besar ini.
🔵Saf-saf solat akan melimpah-ruah sehingga hampir 1 km di luar masjid.
🔵Di dalamnya ada banyak kipas untuk memastikan aliran udara yang baik. Terdapat wooden beams dipasang pada 150 tiang-tiang marmar putih.
🔵Lantai masjid ini ditutup dengan karpet merah bercorak sejadah yang nampaknya agak usang.
🔵Dengan silingnya yang tinggi dan tingkap-tingkap berposisi tinggi, suasana dalam masjid ni jadi sejuk dan nyaman walau pun ketika itu cuaca di luar cukup panas.
🔵Ini salah satu tempat di mana para penceramah/ustaz memberikan ceramah mereka.
🔵Di beberapa tiang ada rak-rak untuk meletakkan Al Quran.
Renovasi-renovasi pada masjid ini yang dilakukan throughout the years:
🔵 Tahun 673 M: oleh Gabenor Maslama Ibn Mukhallad Al-ansari: diperluas dan ditambah dengan 4 menara di sudut masjid. Penambahan menara ini membolehkan panggilan azan didengar di setiap sudut bandar. Selepas itu masjid-masjid lain di Mesir juga kemudiannya melakukan yang sama.
🔵Tahun 698: oleh Gabenor Abd al-Aziz ibn Marwan: menambah extension masjid membesarkan lagi kawasan masjid.
🔵 Tahun 827: oleh Gabenor Abdullah Ibn Tahir: merenovasi dalaman masjid dengan arcade (lorong-lorong yang dibentuk dengan barisan tiang-tiang dengan arch diatasnya).
🔵 Tahun 1179: oleh Salahuddin Al-Ayyubi: dibina semula seluruh masjid selepas kebakaran (1169) untuk menghalang penaklukan tentera Salib.
🔵 Tahun 1300: oleh Amir Salar: memulihkan masjid selepas gempa bumi.
🔵 Tahun 1796: oleh Sultan Murad Bay: membina semula masjid kerana keuzuran struktur bangunan masjid.
🔵 Tahun 1875: sekali lagi dibina semula.
🔵 Tahun 1980: oleh Sultan Murad: masjid direnovasi di bahagian pintu masuk.
🔵Pada tahun 1169, bandar Fustat termasuk Masjid Amr Al 'As telah musnah dalam satu kebakaran atas perintah Shawar, wazir Mesir ketika itu, untuk menghalang bandar Fustat daripada ditakluk oleh Tentara Salib.
🔵Kebakaran besar ini berlaku selama 45 hari. Selepas Tentara Salib berjaya diusir, dan kawasan itu telah ditawan oleh tentera Nur al-Din, Salahuddin Al-Ayyubi mengambil kuasa, dan membina semula masjid ini pada tahun 1179.
🔵Dahulu Masjid Amr bukan sekadar tempat beribadat tetapi juga sebagai mahkamah untuk menyelesaikan perselisihan dalam hal-hal agama dan sivil.
🔵Selain itu, masjid ini juga menjadi tempat pengajaran agama, ilmu Al-Quran, perundangan dan hadis serta persuratan.
🔵Lampu kaca besar seperti ini dibuat atas perintah Sultan dan members of the court untuk kegunaan di masjid, madrasah (sekolah al-Quran), makam, hospice dan bangunan awam lain terutama ketika zaman pemerintahan Kerajaan Mamluk di Mesir pada abad ke 14.
🔵Pada lampu-lampu ini ada tertulis sebahagian dari Ayat 35 Surah An-Nur:
Yang bermaksud: ".....cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya....".
🔵Pemandangan lebih dekat tempat minum di tengah Courtyard.
🔵Di bahagian depan ruang solat. Ada sebuah mihrab yang cantik dengan hiasan warna emas.
🔵Di dinding kiblat masjid ini ada 3 mihrab bersama minbar dengan hiasan ukiran, ciri corak geometri dan kaligrafi yang berlainan.
🔵Antara unsur-unsur seni bina lama yang masih kekal dalam masjid ini adalah beberapa tingkap melengkung (arched windows).
🔵Ia dibina berkedudukan tinggi dengan bukaan luas untuk menyejukkan suasana di dalam masjid. Tingkap-tingkap ini tiada penutup tapi dihiasi dengan pagar ukiran kerawang berpola simetri.
🔵Ini mihrab kedua.
🔵Ukiran bermotif tumbuh-tumbuhan.
🔵Ada yang describe dalaman masjid ini sebagai 'forest of columns' sebab banyak sungguh tiang-tiang dalam masjid ini.
🔵Dengan siling yang tinggi dan tingkap yang sentiasa terbuka (tanpa penutup) menjadikan ruang dalam masjid ini nyaman dan tenang, sesuai sebagai tempat beribadat.
🔵Tingkap tinggi ini juga berfungsi untuk menerangi dalaman masjid.
🔵Di satu sudut di masjid ini terdapat sebuah perpustakaan.
🔵Dikatakan makam anak lelaki Amru Al-'As yang bernama Abdullah bin Amru Al-'As berada di sini.
🔵Disebabkan penempatan kubur ini pernah menjadi kontroversi, maka makam ini tidak diberi tanda. Tapi tetap dipercayai makam ini berada pada satu sudut perpustakaan ini.
🔵Oleh kerana hampir tidak ada struktur asal masjid ini pada hari ini, maka sukar untuk mengesahkan tarikh sebenar pembinaannya.
🔵Walau bagaimanapun, penemuan makam Abdullah bin Amru Al-'As ini membolehkan penyelidik mengesahkan usia asal masjid ini.
🔵Makam anak kepada Amru Al-'As yang bernama Abdullah dikatakan terletak di tiang di sebelah kiri perpustakaan ini.
🔵Perpustakaan ini hanya dibuka setahun sekali sahaja. Di dalam ada banyak kitab-kitab Islam lama yang sangat penting dan bersejarah.
🔵Rak bulat Al Quran di tiang masjid.
🔵Di dalam masjid ini ada sebuah telaga yang tidak lagi digunakan. Tak tahu apa sejarah sebenar telaga ini. Tapi berdasarkan pengalaman kami, masjid-masjid lama di Mesir memang selalu ada telaga seperti ini. Telaga ini dikatakan digali sendiri oleh Amru Al-'As.
🔵Telaga ini telah ditutup kini untuk mengelakkan perkara khurafat. Kalau diperhatikan ke dalam telaga ini, kelihatan duit-duit syiling yang dibuang ke dalamnya oleh pengunjung-pengunjung terdahulu.
🔵Kisah dongeng telaga ini kononnya jika seorang wanita bujang minum dari telaga ini, dia akan bertemu jodoh. Dan jika sudah berkahwin, dia akan mendapat anak. Jadi memang patutlah ia ditutup.
🔵Beautiful arches supported by rows upon rows of columns.
MASJID 34 - MASJID IBNU AITHOILAH AL-SAKANDARI - KAHERAH - MESIR
🔵Ini Masjid Ibnu Aithoilah Al-Sakandari (Sidi Ibn Ataa Allah Alsakandari Mosque) yang juga merupakan makam beliau.
🔵Ibnu Aithoilah Al-Sakandari adalah anak murid kepada Sheikh Abu Al Abbas Al Mursi.
🔵Nama sebenar Ibnu Athoilah Al-Sakandari ialah Ahmad Bin Athoilah Al-Sakandari.
🔵Beliau dibukakan lautan ilmu hikmah oleh Allah swt melalui kata-katanya yang berhikmah. Beliau adalah juga pengarang sebuah kitab yang masyhur yang bernama Syarah Hikam.
🔵Pemandangan di dalam masjid.
🔵Makam Ibnu Athoilah Al-Sakandari terletak di sebuah bilik di bucu masjid.
🔵Pemandangan ke dalam bilik yang menempatkan makam.
🔵Makam Ibnu Athoilah Al-Sakandari.
🔵Syekh Ibnu Atha'illah atau Syekh Ahmad ibnu Muhammad Ibnu Atha’illah As-Sakandari (lahir di Iskandariah (Mesir) pada 648 H/ 1250 M, dan meninggal di Kaherah pada 1309 M).
🔵Beliau adalah tokoh Tarekat Syadziliyah yang merupakan salah satu tarekat sufi terkemuka di dunia dan di Indonesia.
🔵Julukan Al-Iskandari atau As-Sakandari merujuk kepada kota kelahirannya.
"Meninggalkan dunia yang berlebihan akan menimbulkan hilangnya rasa syukur. Dan berlebih-lebihan dalam memanfaatkan dunia akan membawa kepada kezaliman. Manusia sebaiknya menggunakan nikmat Allah swt dengan sebaik-baiknya sesuai petunjuk Allah swt dan Rasul-Nya," kata Ibnu Atha'illah.
🔵Sebenarnya tidak hanya Ibnu Athoilah yang dimakamkan di kawasan ini. Di belakang masjid ada makam Kamal bin Hammam.
🔵Syeikh Kamal bin Hammam ini tercatit di dalam Kitab Jami’u Karamatil Aulia yang menceritakan tentang karamah para wali Allah.
MASJID 35 - MASJID IBNU TULUN - KAHERAH - MESIR
🔵Masjid Ibnu Tulun atau Masjid al-Maydan dibangunkan pada tahun 876-879M di masa pemerintahan Ahmad Ibn Tulun, penguasa pertama dari dinasti Ibnu Tulun yang berkuasa selama 135 tahun di Mesir.
🔵Masjid yang sudah berusia ratusan tahun ini menjadi salah sebuah peninggalan kegemilangan kerajaan Islam di Mesir.
🔵Ia juga adalah masjid kedua dibina di Mesir selepas Masjid Amru Al-'As.
🔵Ibn Tulun, General Turkic yang dihantar dari Dinasti Abbasid Baghdad pada abad ke-9, memerintah Mesir dan Syria sebagai Amir (gabenor).
🔵Pada tahun 868 ia mendapat kemerdekaan dari Abbasid dan membina Dinasti Tulunid sendiri.
🔵Dia kemudian membina ibu kota baru al-Qatai di pusat al-Fustat dan mendirikan Masjid Ibn Tulun dari 876 hingga 879.
🔵Al-Qatai telah dibakar pada awal abad ke-10 oleh tentera Dinasti Abbasid ketika penaklukan semula Mesir dan Masjid Ibnu Tulun ini adalah satu-satunya struktur yang masih ujud. Masjid Ibnu Tulun ini adalah masjid tertua yang masih ada di Kaherah.
🔵Warisan zaman al-Qatai yang tinggal hanyalah masjid ini, yang sangat penting untuk mempamerkan ciri-ciri masjid besar dari zaman awal Islam.
![]() |
Mosque of Ahmed Ibn Tulun: 263-265 A.H / 876-879A.D. |
🔵Berjalan masuk ke bangunan masjid melalui kawasan antara outer gate and dinding masjid yang dipanggil ziyada.
🔵Di antara tembok luar dan bangunan masjid ini (ziyada), ada sebuah muzium bernama Gayer Anderson Museum.
🔵Bangunan muzium ini adalah bekas kediaman Jeneral berbangsa Inggeris yang bernama RG John Gayer-Anderson.
🔵Jeneral Anderson beserta seluruh anggota keluarganya tinggal di sini sehingga tahun 1942.
🔵Terdapat info tentang Conservation Work yang dilakukan melalui Historic Cairo Project pada tahun 2000.
🔵Maklumat tentang kerja baik pulih ini ada dipaparkan pada boards ini di dalam masjid.
🔵Papan info ini menunjukkan lokasi 5 mihrab dalam masjid ini iaitu mihrab Siti Nafisa, mihrab Abbasid, mihrab Fatimid, mihrab Mustansir dan mihrab Lajin.
🔵Dipaparkan juga foto-foto dalaman Masjid Ibnu Tulun selepas kerja-kerja pemuliharaan.
🔵Ahmad ibn Tulun membina masjid ini di atas bukit Yashkur di al-Qatai' pada 263-5 A.H./876-9 A.D.
🔵Pada tahun 2000, Historic Cairo Project memulakan projek pemuliharaannya.
🔵Bangunan itu mempunyai banyak masalah pada tahap seni bina, struktur, persekitaran dan hiasan.
🔵Terdapat pelbagai fasa pemulihan dalam sejarahnya yang panjang.
🔵Projek ini bertujuan untuk memulihara masjid, memelihara keasliannya dan evolusi bersejarahnya.
🔵Falsafah utama ialah campur tangan yang minimum.
🔵Yang digunakan dalam dua konsep utama, kebolehrawatan semula dan keserasian.
🔵Untuk mencapai matlamat ini, fasa dokumentasi lengkap adalah asas kerja.
🔵Bukan sahaja dokumentasi seni bina tetapi juga analisis bahan serta penyiasatan tanah dan analisis struktur.
🔵Main problems faced the Mosque:
1. Deterioration of stucco windows and decoration.
2. Attack of sub-surface water caused walls deterioration due to salts in the raising water in the walls.
3. Deterioration of plaster and rendering due to salts.
4. Deterioration of masonry of the walls.
5. Deformation in the pillars due to soil expanding.
6. Cracks in the concreat roof.
7. Deformation in the dome of the Mihrab due to detrioration of its wooden beems.
8. Deterioration of the wooden Minbar.
9. Deterioration in the wooden ceiling due to the lack of the isolation in the roofs.
10. Deterioration of the stone flooring.
11. Many arches were rendered using cement based plaster.
🔵The Main Conservation Operation
1. Protecting the mosque from sub-surface water by open-pipe traps, and by injection of silicon base material in the lower part of the walls.
2. Replacing the cement base plaster with lime base plaster compatible with the original materials.
3. Cleaning the original rendering of the facades and preserving its current state.
4. Cleaning and restoring the stucco windows and decoration.
5. Injecting the walls by lime base injection to improve the behavior of the structure.
6. Cleaning and restoring the wooden elements and its decorations.
🔵Pemandangan dalam Masjid Ibnu Tulun.
🔵Tiang-tiang yang banyak dalam masjid ini is desccribed as 'Forest of Pillars'.
🔵Ada deretan tingkap-tingkap pada dinding masjid yang kedudukannya tinggi hampir ke siling bertujuan memberikan pengudaraan yang baik untuk dalaman masjid supaya nyaman sesuai sebagai tempat beribadat.
🔵Seperti masjid lain di Kaherah, Masjid Ibnu Tulun ini juga ada sebuah inner court yang besar.
🔵Dataran dalam Masjid Ibnu Tulun atau dipanggil 'sahn'.
🔵'Sahn' adalah 'halaman' dalam seni bina Islam. Kebanyakan masjid tradisional mempunyai central sahn besar, yang dikelilingi oleh riwaq atau arcade. Dalam reka bentuk Islam tradisional, kediaman dan kawasan perumahan juga boleh memiliki sahn persendirian.
🔵Masjid ini dibina dalam gaya Samarran dengan cara pembinaan Abbasiyah.
🔵Ia dibina dengan ruang berbumbung mengelilingi sebuah dataran dengan ruang bumbung terbesar berada di sisi kiblat, atau mengadap arah Makkah.
🔵Ada sebuah sabil (binaan water fountain) berkubah di tengah dataran yang dibina pada akhir abad ketiga belas oleh Mamluk Sultan Lajin menggantikan binaan yang asal.
🔵Selain dari menara berbentuk Masjid Samarra, binaan sabil yang berkubah tinggi ini juga diklasifikasikan sebagai menara masjid ini.
🔵Kerana Ibnu Tulun asalnya dari Bukhara di Asia Tengah dan telah dibesarkan dengan disiplin sebagai seorang askar di Samarra, dia telah banyak kali menggunakan Samarra sebagai model dalam pembangunan kota dan masjid di Mesir.
🔵Maka pembinaan Masjid Ibnu Tulun ini juga mencerminkan senibina dari Samarra.
🔵Reka bentuk masjid ini sangat mirip dengan Masjid Agung Samarra yang kini hanya tinggal runtuhan dan tidak lagi digunakan.
🔵Masjid ini juga ada sebuah menara yang unik. Kalau menara Masjid Al Nasir Mohammad ibn Qalaun dipengaruhi oleh seni bina Ilkhanid (Mongol) dan menara Masjid Muhammad Ali Pasha oleh Turki, menara Masjid Ibnu Tulun ini pula dipengaruhi oleh senibina Masjid Besar Samarra di Iraq.
🔵Uniknya menara ini adalah pada binaan tangganya yang melingkari bahagian luar menara dan bukannya di bahagian dalam.
🔵Fyi, menara yang ada sekarang ini bukanlah menara yang asal kerana telah dibina semula pada tahun 1296. Minaret yang asli telah terbakar.
🔵Masjid ini pernah digunakan oleh dinasti Fatimiyah untuk acara-acara selama bulan suci Ramadhan.
🔵Ia juga pernah dijadikan tempat persinggahan bagi para jemaah dari Afrika Utara ke Hijaz (Saudi Arabia) pada abad ke 12.
🔵Masjid ini dahulunya dibangunkan untuk menggantikan Masjid Amr Al 'As yang terlalu sempit untuk menampung tentera dan para pengikut Ibnu Tulun yang begitu ramai.
🔵Tingkap-tingkap yang dihiasi indah dengan ukiran bingkai bermotif tumbuh-tumbuhan dan jaring tingkap bermotif geometri.
🔵Hiasan dan ukiran yang sama juga dapat dilihat pada pillars and arches and the inner windows.
🔵Dikatakan walaupun binaan Masjid Ibnu Tulun ini besar dan megah, masjid ini kini sepi seolah-olah ditinggalkan.
🔵Ia tidak makmur dengan kehadiran jemaah seperti di masjid-masjid lain di Kaherah.
🔵Ada pendapat yang mengatakan hal ini terjadi kerana masjid ini dulu tidak dibina atas dasar takwa.
🔵Ia sebaliknya dibina untuk bermegah-megah dan ingin menandingi Masjid Al Azhar yang terkenal sebagai pusat pengajian Islam.
🔵Pengaruh senibina Moorish dari Andalusia juga dapat dilihat pada masjid ini kerana pada ketika itu ada ramai pendatang dari sana di Mesir. Mereka datang ke Mesir setelah diusir oleh penakluk Kristian pada tahun 1212-1260.
🔵Di bahagian ruang solat utama berbumbung ada mihrab dan minbar.
🔵Dinding mihrab masjid dihiasi dengan ukiran dari bahan plaster simen dan kayu pada bahagian atas dan mozek kaca pada bahagian bawah.
🔵Pada bahagian atas mihrab juga terpahat tulisan dua kalimah syahadah menggunakan gaya tulisan kaligrafi Kufi.
🔵Di atas di mihrab ini ada sebuah kubah besar. Reka bentuk dan hiasan pada bahagian dalam kubah ini adalah sangat cantik.
🔵Pada penggemar fotografi masjid ini memang la tempat yang best untuk spend time dan ambil gambar. A place for the perfect photography excursion I'd say, especially if one appreciates historic mosques and their beautiful architecture.
🔵Hamparan karpet yang kelihatan usang.
🔵Ini hiasan lampu yang tipikal dalam masjid-masjid yang dibina di Kaherah pada zaman pemerintahan Mamluk.
🔵Masa kami melawat Masjid Ibnu Tulun ini ada beberapa pelajar sedang melukis. Cikgu mereka pun ada bersama di situ.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment