Percutian diteruskan ke Istano Basa Pagaruyung.
Pintu gerbang masuk ke Istano Basa Pagaruyung sebuah istana yang terletak di kecamatan Tanjung Emas, kota Batusangkar, kabupaten Tanah Datar, Sumatera Barat. Istana ini merupakan objek wisata budaya yang terkenal di Sumatera Barat.
Isteri saya pernah melawat Istana ini sewaktu kunjungan pertamanya dulu pada tahun 1997. Dia masih ingat lagi bangunan istana ini sudah usang pada ketika itu. Seperti juga banyak istana Melayu yang lain (termasuk juga di Malaysia), bangunan ini dibina tidak menggunakan paku. Hanya kayu-kayu yang dipasak dengan begitu kukuh digunakan di dalam pembinaannya.
Inilah Istano Basa Pagaruyung pada tahun 1997, sebelum kebakaran. Foto diambil oleh isteri saya.
Saya ada beli VCD ni dari sebuah gerai di depan istana yang mengandungi informasi dan video tentang kebakaran dan pembanggunan kembali Istano Basa Pagaruyung selepas berlaku kebakaran. Jadi rasanya elok juga saya kongsikan di sini sebelum ke foto-foto yang saya ambil.
Sumber: wikipedia
Istano Basa yang berdiri sekarang sebenarnya adalah replika dari yang asli. Istano Basa asli terletak di atas bukit Batu Patah dan terbakar habis pada sebuah kerusuhan berdarah pada tahun 1804. Istana tersebut kemudian didirikan kembali namun kembali terbakar tahun 1966.
Proses pembangunan kembali Istano Basa dilakukan dengan peletakan tunggak tuo (tiang utama) pada 27 Desember 1976 oleh Gubernur Sumatera Barat waktu itu, Harun Zain. Bangunan baru ini tidak didirikan di tapak istana lama, tetapi di lokasi baru di sebelah selatannya. Pada akhir 1970-an, istana ini telah boleh dikunjungi oleh umum.
Pada tanggal 27 Februari 2007, Istano Basa mengalami kebakaran hebat akibat petir yang menyambar di puncak istana. Akibatnya, bangunan tiga tingkat ini hangus terbakar. Ikut terbakar juga sebagian dokumen, serta kain-kain hiasan. Diperkirakan hanya sekitar 15% barang-barang berharga yang selamat dan sekarang disimpan di Balai Benda Purbakala Kabupaten Tanah Datar. Harta pusaka Kerajaan Pagaruyung sendiri disimpan di Istano Silinduang Bulan, 2 kilometer dari Istano Basa.
Berikut adalah kejadian kebakaran Istana Basa Pagaruyung yang berlaku pada hari Selasa, 27 Februari 2007 pada pukul 19:10 wib malam. Kebakaran ini disebabkan oleh sambaran petir yang sangat kuat pada gonjong paling barat yang merupakan salah satu dari dua gonjong yang paling tinggi, dengan ketinggian lebih kurang 30 meter.
Pembanggunan semula Istano Basa Pagaruyung.
Dan inilah Istano Basa Pagaruyung versi ke 4.
Saya juga ada beli ni. Ada info lengkap tentang istana ini.
Tolak bala?
Haaaa... menawar dengan air gunung campur darah kerbau??!!
Pemandangan keseluruhan di dalam Istano Basa Pagaruyung. Ada tiga bahagian utama pada aras pertama ini: Anjuang Perak (di kiri), Singgasana (di tengah - mengadap pintu masuk) dan Anjuang Rajo Babandiang (di sebelah kanan)
Singgasana dibina mengadap ke pintu masuk utama. Di sinilah Bundo Kanduang yang merupakan ketua rumah gadang duduk melihat tetamu yang datang.
Anjuang Perak adalah tempat di mana wanita-wanita rumah gadang berkumpul.
Seperti juga di Minangkabau Village, pengunjung boleh menyewa pakaian tradisional Minangkabau di sini untuk bergambar.
Patung-patung yang dipakaikan dengan pakaian tradisional Minangkabau berdiri di tepi Anjuang Rajo Babandiang.
Then kami melawat ke dapurnya pula. Dapur Istano Basa terletak di bangunan lain di belakang bangunan utama yang dihubungkan dengan sebuah jambatan terbuka yang beratap. Ruang dapur terdiri dari dua bahagian, satu untuk memasak dan satu lagi sebagai ruang untuk dayang-dayang istana.
Tempurung Bakaki ini digunakan sebagai gelas minuman.
Seluruh rumah gadang Istano Basa ini dibina dari dari kayu dan sebahagian dindingnya dibuat dari buluh. Kami diberitahu, buluh ini direndam terlebih dahulu untuk menambahkan kekuatannya bagi membina rumah ini. Atap rumah ini pula dibuat dari daun enau.
Alat yang dinamakan Kampahan Karambia ini digunakan untuk memerah santan. Kelapa yang diikat dengan kain akan diletakkan pada Kampahan Karambia ini sebelum ditekan dengan kayu pemerah untuk mengeluarkan santannya.
Kuda untuk tunggangan di perkarangan Istano Basa.
Pemandangan dari jambatan menuju ke bangunan dapur. Bangunan yang kelihatan di sebelah kanan ini adalah surau di mana anak-anak lelaki seawal umur 5 tahun akan mula tidur di sana sambil mengaji agama. Surau ini juga adalah satu-satunya bangunan yang terselamat dalam kebakaran besar pada tahun 2007.
Bangunan Istano Basa ini terdiri dari tiga tingkat. Ada sebuah tangga yang tinggi dan curam di belakang ruang Singgasana yang terletak di tengah rumah untuk naik ke tingkat atas.
Pemandangan yang menarik dari tingkat atas.
Ruang tingkat kedua ini dikhaskan untuk kanak-kanak perempuan dan gadis-gadis yang belum berkahwin.
Pemandangan belakang istana.
Ruang yang paling tinggi pula merupakan tempat bermesyuarat yang dinamakan Mahligai. Ia hanya ruang yang kecil dan tidak dibina mengikut kepanjangan Rumah Gadang seperti di tingkat pertama dan kedua.
Saya suka dengan ukiran-ukiran di istana ni. Jadi saya kongsi di sini 40 motif ukiran yang ada di istana ini. Saya suka Jalo Taserak :).
Foto bawah:
Banggunan yang kanan adalah surau yang letaknya di belakang istana. Fungsinya adalah untuk tempat bersolat, belajar, mengaji Al Quran dan tempat tidur putera raja yang telah akil baligh atau yang telah berumur 7 tahun ke atas. Disamping mengaji, di sinilah mereka diajarkan tentang undang-undang adat, hukum syarak, sejarah, seni budaya dan bela diri.
Banggunan yang tengah pula ialah Tabuah Mambang Diawan yang berfungsi untuk menyampaikan pengumuman dan pemberitahuan kepada Basa Nan Ampek Balai, Rajo Tiga Selo untuk mengadakan rapat/mesyuarat serta menyampaikan berita gembira.
Dan banggunan yang kiri ialah Tabuah Manggaga Dibumi yang berfungsi untuk menyampaikan pengumuman dan pemberitahuan kepada masyarakat iaitu dibunyikan bila terdapat peristiwa yang besar seperti bencana alam, kebakaran, tanah longsor dan sebagainya.
Seterusnya kami ke Istana Silindung Bulan.
Istano Silinduang Bulan mempunyai senibina yang sangat indah. Ia mempunyai tujuh buah gonjong (tanduk) yang berdiri kukuh dan megah menjulang ke langit.
Di bahagian halaman Istana Silindung Bulan terdapat dua buah rangkiang yang merupakan tempat penyimpanan padi para keluarga Kerajaan Pagaruyung. Kedua-dua rangkiang tersebut diberi nama Si Bayau-bayau dan Si Tinjau Lauik.
Sayangnya tutup pulak istana ni hari tu.
Masuk balik kereta dan jalan lagi :)
Kami melintasi kawasan Pemakaman Raja Minangkabau yang dinamakan Ustano Rajo Alam dalam perjalanan meninggalkan Pagaruyung untuk kembali ke kota Padang. Kawasan perkuburan ini kecil sahaja dan terlindung dengan pohon-pohon yang rimbun. Jika tidak ditunjukkan oleh Muslim kepada kami, pasti kami tak perasan sebab dikelilingi dengan pagar batu setinggi aras pinggang.
Walaupun kelihatan seperti sebuah makam purba, ia adalah sebuah pemakaman Islam. Bentuk batu nisan yang digunakan unik dan kelihatan berlumut. Batu nisan di sini juga tidak diletakkan dengan nama orang yang dikuburkan di situ.
Berdekatan dengan pemakaman ini terdapat batu seperti tempat duduk yang disusun secara melingkar. Ia dinamakan Batu Kasur atau pun disebut juga sebagai Batu Timbang.
Batu ini merupakan satu tempat ujian bagi anak-anak raja dan mereka mesti lulus sebelum ditabalkan menjadi raja. Antara ujiannya ialah mereka harus tidur beberapa hari di atas batu ini di samping gangguan-gangguan lain selama beberapa hari di atasnya. Hanya mereka yang bertahan dalam tempoh yang ditentukan, dianggap telah lulus ujian.
Kemudian kami berhenti di sini pula. Prasasti Pagaruyung adalah sebuah kompleks Batu Bersurat yang terdapat di Pagaruyung. Batu Bersurat ini penting kepada ahli-ahli sejarah kerana ia menjadi bukti akan kewujudan Kerajaan Pagaruyung pada masa dahulu.
Selepas melawat Prasasti Pagaruyung bermakna habislah program lawatan kami ke Sumatera Barat ini.
Kami dibawa untuk bermalam di kota Padang kerana penerbangan balik ke Kuala Lumpur berlepas awal esok harinya. Jadi senang la nak bergerak awal ke Airport kalau dah sedia berada di kota Padang.
Dah nak balik ni, sempat la juga saya ambik a few more shots.
Happy dapat shot ni :).
Jom kita tengok pemandangan-pemandangan cantik :)
Memang tak akan jemu lah ambik gambar sawah.. hihi...
Sampai ke Kota Padang Panjang.
Perjalanan patah balik ke Padang dari Bukittinggi jadi kami jumpa semula area yang kami dah lalu semasa ke Bukittinggi masa 1st day.
Padang Pariaman.
A few more people shots.
More sawah padi :)
Saya juga teringin nak melawat Jambatan Akar tapi Muslim beritahu perjalanan ke sana memakan masa 3 jam walaupun jaraknya hanya 80 km dari sini. Masa tu dah nak senja so tak jadi le.
Muslim pada mulanya bercadang nak bawa kami tengok keindahan matahari terbenam di tepi laut bila tiba di kota Padang. Tapi disebabkan jalan yang agak sesak, kami tak sempat. Terpaksalah berpuas hati melihat sunset dari dalam kereta sahaja. Jadi la... hihihi...
Muslim juga beritahu dari pelabuhan Muara, ada perkhidmatan bot pergi ke Pulau Mentawai yang ambik masa 9 jam dari sini. Pulau ini dihuni oleh penduduk-penduduk primitif yang memakai cawat sehingga kini.
Makan malam disediakan di Restoran Palanta Minang yang terletak di tepi laut. Menu istimewa di sini ialah makanan laut.
Cam biasa saya rayau dalam restoran dan pergi ke belakang tempat bakar ikan.. hihi...
Suasana dalam restoran.
Pemandangan matahari terbenam di Laut Hindi yang diperhatikan dari Restoran Palanta Minang. Gigih saya ambik foto sunset ni dari tingkap restoran sebab tadi tak dapat ke pantai nak tengok sunset. Jadi la buat kenangan... hihi...
Hidangan makan malam kami.
Hotel penginapan kami di Padang ialah Pangeran Beach Hotel yang sebenarnya memang terletak di tepi pantai. Tapi sebab sampai dah malam dan esoknya nak keluar pun awal jadi tak dapat la ke pantai.
Esoknya awal-awal pagi kami dah Check-out dan tunggu Muslim di lobi hotel untuk ke airport. Tak sempat pun nak breakfast di hotel.
Lalu pasar dan stesen keretapi. Di sini keretapi juga dinamakan KTM tetapi ia tidak membawa maksud Keretapi Tanah Melayu. Sebaliknya, KTM di sini bermaksud Keretapi Tanah Minang.
Tiba di Bandar Udara Internasional Minangkabau di Padang. Air Asia terbang ke Kuala Lumpur dua kali sehari dari Padang. Kami pilih penerbangan paling awal yang dijadualkan berlepas pada pukul 8.30 pagi.
Airport Tax di sini ialah IDR 100,000 (about RM30.00).
Bandar Udara Internasional Minangkabau kecil je. Sebab Pintu Perlepasan ketika itu belum dibuka, kami singgah di sebuah restoran di luar Pintu Perlepasan untuk sarapan pagi. Kami makan risoles, dadar gulung (kuih ketayap) dan pastel (karipap) + teh.
Di boarding gate.
Sebab semua penumpang sudah masuk awal ke dalam pesawat, kami berlepas pulang dari Padang pada pukul 8.05 pagi, 25 minit lebih awal berbanding jadual. Walaupun perjalanan pulang dijangka memakan masa 1 jam 10 minit, penerbangan pulang ini hanya ambil masa 45 minit sahaja.
Sajian penerbangan kami.
Memang yummy :).
Dan kami selamat tiba di KL, syukur Alhamdulillah.
Ok, habis dah catatan percutian kami ke Padang dan Bukittinggi :).
Alhamdulillah.
Setiap percutian punya keistimewaannya. Setiap perjalanan punya pengalaman yang tersendiri. Bukan sekadar keseronokan yang ingin dikecapi. Bukan hanya inginkan satu 'escape' atau 'break' dari kesibukan hidup seharian.
Ia harus lebih dari itu. Mesti.
Di bawah ni saya senaraikan links untuk semua entries Padang dan Bukittinggi saya:
1) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 01 - PART 01 - DEPARTURE - LEMBAH ANAI – PDIKM
2) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 01 - PART 02 - PUTRI MINANG - CHAN UMAR - OKE - BIKA TALAGO
3) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 01 - PART 03 – WEDDING
4) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 02 - PART 01 - JAM GADANG
5) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 02 - PART 02 - SG LANDIA - LAKE MANINJAU
6) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 02 - PART 03 - PROF DR HAMKA - LAKE MANINJAU - BUNDO KANDUANG
7) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 02 - PART 04 - STREET DRUMMER - PASAR ATAS
8) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 02 - PART 05 - CULTURAL SHOW
9) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 03 - PART 01 - BENDI - NGARAI SIANOK - LOBANG JEPANG - AGAM GALLERY
10) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 03 - PART 02 - LAPANGAN LUBUK AMBACANG - SULAMAN HJH ROSMA - SAWAH - KINIKO ENTERPRISE - PONDOK FLORA
11) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 03 - PART 03 - ISTANO BASA PAGARUYUNG - GOING HOME
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
salam tuan,
ReplyDeletesuperb view. insyallah jika sy berkesempatan sy juga teringin ke padang dan bukit tinggi via bangkinang, pekan baru. just came back from my husband kampung. belum abis survey kabupaten kampar lg. fyi, kulit kayu manis sana more kualiti dari sini. bole gigit terus.
sudah ada highway trans sumatera kan?
Deleteyang akan lalu kelok 7 tu nanti?
Thanks ff :)
DeleteTentu sekali lalu you nanti juga sangat scenic. Jgn lupa ambik gambar byk2 ya :). Lagi elok kalau dapat berhenti kejap to capture those sceneries.
Gigit terus? Ye ke? Wah.. tak tau pulak saya. Cool!
Doc, kalau ikut highway scenic tak agaknya. Ke elok lagi kalau ikut jalan kampung...
yang gambar istana pagar ruyung yang sebelum terbakar tu.. ada tumbuhan melata kan kat atap dia tu? cantik !!!
ReplyDeletewalaupun ada istana pengganti , tapi masuh tak sama dengan yang lama kan!!?
hilang dah keasliannya..
walaupun diukir penuh..
macam bertiang konkrit je kan yang istana baru tu!!
mannequin tu nampak real kan!!
suka yang bermisai tu!!
saya suka ukiran Si Kambang Manih !!
Darul Qorror ? apakah maknanya ? ada ensyedtanya?
first time saya jumpa entripasal batu kasur dan timbang ni! mistik ceritanya .. macam-macam yang datang ' mengganggu 'putera yang tidur atas batu tusaya dengar!!
saya pun tak jemu jemu nengok sawah tangkapan en syed ni!!
batu bersurat tu pun pertama kali saya baca dandebgar !
menarik!!
Memang cantik doc. According to my wife yg lama tu walaupun nampak macam tak berjaga sangat tapi look lebih authentic. However, according to her also, barangan di dalam for the old istana tak begitu berjaga dan banyak yg berhabuk dan lusuh/lama. Compared to the new one, jauh bezanya.
DeleteYes, I believe especially the main beams were made of concrete. Lebih teguh dan tahan lama is the reason I assume. Make sense lah. Still I think they did all they can to make as original as possible. An effort that definitely should be applauded! :)
Betul doc. Dari jauh saya ingat real people! Ada some local pengunjung siap cabut the headgears and pakai sambil bergambar...hahaha...
Kambang Manih tu memang cantik. Actually semua pun pada saya memang la cantik. Halus keseniannya. It is a good thing that even now they still have juru ukir yg masih boleh menghasilkan seni ukiran ini semula. Major project betul nak dirikan semula istano ni sebab segala aspects perlu diambil kira!
Tak pulak saya tanya maksud Darul Qurror tu doc tapi saya jumpa yg di bawah ni:
"Alam Darul Qoror, yaitu alam keabadian yang merupakan tempat kehidupan yang hakiki bagi hambah Allah yang beriman dan beramal shalih sebagaimana firman dalam Al Qur’an surat Muhammad 15 (QS 47 : 15)."
Saya pun ni 1st time saya tahu pasal batu kasur tu. Tu pun Muslim yg tunjuk since locationnya dah memang on our way. Fascinating kan. Bukan senang putera nak jadi raja. Bukan saja diuji dari segi fisikal tapi juga dari segi mental dan ilmu. Gangguan2 tu ada juga saya cuba cari2 apakah contoh2 'gangguan' tu tapi tak jumpa pulak doc.
Hihihi... lepas saya load to my computer, punya la banyaknya foto2 sawah dan bendang! Sampai banyak yg saya terpaksa excluded dari posting di sini... hihihi... cantik sangat, tu la pasal... hihi... nanti doc and geng ke sana, elok sangat kalau doc turun ke salah satu bendang tu dan explore serta ambik gambar byk2 dan share dgn pembaca2 blog doc ya :).
Sebenarnya saya nak buat research sikit pasal batu bersurat tu tapi tak larat dah.. hihihi... tunggu doc je lah ya.. hihi...
kuat betul pengaruh upin ipin
ReplyDeletekat kenderaan pun ada upin ipin
tapi mmg kuat pun pengaruhnya kat sana
cantiknya istana ni
sangat detail
saya suka istana yang lama
atas bumbung atas tumbuh2an
kebakaran yang cukup menyayat hati
saya buta sejarah
tapi saya seronok baca
cukup seronok tengok gambar
tapi lepas baca saya harap saya dpt ingat sket
saya rasa mcm tengah baca buku sejarah tau
esok nak exam
pakwe saya tu minat sejarah
saya lak tak minat
dia siap beli buku sejarah yang style komik tau
nak suruh saya minat sejarah
kahkahkah
saya sebenarnya tak sabar nak jalan ngan kak singa tuh
saya rasa sure saya tepu dengan sejarah
dan juga saya pasti legam dengan dia
kahkahkah
saya cuba utk bawak buku nota kalau jalan ngan dia
supaya bila saya buat entry kat blog saya tak lupa segala mak nenek info
sebab biasanya berbulan2 lepas travel baru saya up entry
hehheheheheheheheh
pemandangan tu tetap favourite saya utk entry jalan2 en syed
phewwww jenuh ok scroll mouse baca entry ni
siap 2 kali break kahkahkah
Kan. Di sana Uppin Ipin adalah sehebat Mickey Mouse dan Transformer! :D
DeleteBetul. Details sungguh. Memang hebat efforts mereka mendirikan semula istana ni.
Hihi.. lain orang lain minatnya. The fact that El still baca dan enjoy the history pun dah cukup bagus. Kalau nak ingat saya pun tak ingat.. hihi. Me just enjoy the readings juga. Because they are facts and shape the future.
Haaa... doc tu memang minat sejarah. Kalau saya jadi El, saya akan study habis2 info/sejarah tempat2 yg nak pergi dgn dia tu! Hihii..
Use sunblock please. Bukan je nak elak kelegaman, tapi juga is a healthy thing to do la :).
Taking notes tu is a very good idea. Tapi kena rajin ok. Saya dulu ada buat tapi towards ending tu saya buat ringkas2 je. Ringkas sangat sampai saya tak faham apa yg saya tulis.. hahaaa...
Hihihi.... masa saya buat entry ni pun saya took banyak breaks.. hahaha.. so I undertand... hihihi...
saya mmg nak study sebelum pi travel ngan dia
Deletesebab tak nak kena sekel ngan dia sebab sengal tak tau fakta
kahkahkahhhhhhhhhh!!!
Deletetak tau tak pe..
jangan salah fakta..
memang kena sekel !!!
terbaca ' berak' tadi
baca sekali lagi..
'break' rupa-rupanya!!
kihkihkihhhhhhh
El, ok study rajin2 ok...hehehe... apa2 pun mesti enjoy dan bukan macam nak prepare for exam pulak.. hehehe... unless tetiba doc keluarkan kertas soalan untuk rakan seperjalanan lengkapkan untuk uji kesediaan anda.. hahahaha :D
DeleteIf got exam, please save the facts in handphone, mana la tau kot doc buat open book exam kan.. hehehe
Doc, berak pun kira break jugak kan.. hahahaha...
Assalam tuan,
ReplyDeleteSatu pujian diberikan kepada tuan kerana informasi yang diberikan sangat lengkap. Gambar-gambar yang diambil menceritakan segalanya. Saya dan ibu bercadang ke sana pada bulan Mei nanti. Boleh tuan bantu saya untuk mendapatkan no telefon En. Muslim? Terima kasih.
Waalaikumsalam Cik Akidah
DeleteTerima kasih, terlanjur saya baca tentang tempat-tempat tu langsung saya catatkan di sini juga. Seronok rasanya bila foto-foto saya ni diiring sekali dengan informasi.
Ok ni contact number En. Muslim +6285356951101.
Selamat bercuti! :)
Terima kasih banyak-banyak di atas bantuan. Saya terlalu leka melihat gambar-gambar tersebut. Blog tuan akan saya follow kerana ianya cukup lengkap sebagai panduan bagi mereka yang ingin bercuti. Nama blog tuan pun senang untuk diingat 'agarakutidaklupa'...........
DeleteAssalam Tn Syed,
ReplyDeleteThank you for sharing your beautiful pics and travel experiences. InsyaaAllah nak ke Padang / Bukit Tinggi Oktober nanti. Baru nak minta no tel Muslim, dah nampak kat atas tu. I enjoyed reading your posts. Kerala nampak interesting, belum sempat baca lagi. Will read soon. Thanks again - Nurhayati
Waalaikumsalam Cik Nurhayati
DeleteThank you for your kind words. Saya kalau buat blog suka catat as much as possible hence 'agar aku tidak lupa'...hehe. Especially bila there is more to it than the photos. Pengalaman2 yang hanya boleh 'digambarkan' dengan cerita2 disebaliknya.
Have an excellent trip to Padang/bukittinggi! Makan di sana sedap tau! :) Jajan2 pun sedap juga!
Kerala mmg best. Saya dan isteri had many fond memories semasa di sana.
Saya baru je jumpa blog Tn Syed, very interesting. InsyaaAllah will continue reading your posts. Dah pernah ke Lombok? Sana pun I think there are lots of photo opportunities. Ada highlands, ada lots of beautiful waterfalls, ada beach. Not as commercialised as Bali [but getting there ;-) ] Kalau nak ke sana bagi tau, saya ada contact supir (we went in Dec 2017). Can email me at nmnoor@hotmail.com
DeleteBetul tu. Ada saya tgk foto2 Lombok di internet, mmg awesome sgt! I'll ctc you if my wife and I plan nak ke sana for the supir's ctc no. Thanks!
Deleteassalamualaikum Tn syed, sy seakan2 berada di Padang apabila membaca setiap entry yg Tn kongsikan, Insyallah bulan Januari sy akan ke padang, terima kasih dia atas perkongsian yg sgt menarik ini
ReplyDeleteWaalaikumsalam Cik Farah.
DeleteSama-sama. Thank you for your kind words. Appreciate it.
Selamat bercuti!
Assalam... Samgat menarik perkongdian dari pihak encik... Saya naca dari awal sampai habis... Gambar2 yg sgt menarik.. Dan penceritaan yg sgt berinfo fan menarik minat. Terima kasih banyak.
ReplyDeleteSalam Cik Fieza. Sama-sama.
DeleteTerima kasih baca blog saya dan tinggalkan komen di sini. Appreciate it.
Salam tuan syed. Sgt menarik info yg diberi 12 - 16 /8 saya n family akan ke pdg bkt tinggi.xsabar rasanya
ReplyDeleteSalam. Terima kasih sudi baca blog saya ni :).
DeleteSelamat bercuti!! Jgn lupa ambik gambar byk2 :).
Salam Tn..dah lama saya nak ke Desa Maninjau dan rumah buya hamka..Tahniah atas olahan cerita dan gambar Tuan yg sgt menarik itu..Harap saya dapat ctc Pak Muslim
ReplyDeleteSalam. Terima kasih. Alhamdulillah, semoga kisah jln2 saya ini bermanfaat.
DeleteFyi Pak Muslim tu jadi tour guide kami adalah di arrange oleh the travel agent di sana. Kami ambil pakej travel agent di KL ni.
Boleh saya dptkan nama dan ctc travel agent KL?
DeleteTravel Agent ialah Poto Travel & Tours Sdn Bhd.
Delete