Saturday, March 29, 2025

RAMADAN SERIES 2025 - MASJID & PUSAT ISLAM - MASJID 74 & 75

Assalamualaikum. 
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

MASJID 74 - ISLAMIC CULTURAL CENTER AT BAR CITY MONTENEGRO
MASJID 75 - VIENNA ISLAMIC CENTRE AUSTRIA

MASJID 74 - ISLAMIC CULTURAL CENTER AT BAR CITY MONTENEGRO
🔵Ini masjid di Islamic Cultural Center, Bar. 
🔵Namanya Masjid Selimiye yang merupakan bangunan terbesar seumpamanya di Montenegro, dibina antara 2002 dan 2014. 
🔵Penyiapan bangunan masjid, ruang pusat kebudayaan, kelengkapan dan peralatannya, sepanjang tempoh 2013 dan 2014, adalah sepenuhnya dibiayai oleh dana yang disediakan oleh agensi pembangunan kerajaan Turki. 
The chief imam of Selimiye Mosque is Mr Mujdin effendi Milaimi and Mr Ćazim Alković is the President of the Islamic Community Board in Bar.

🔵Masjid Selimiye ini terletak di perkampungan Gornja Čeluga dan dibina di atas tanah wakaf yang diwariskan oleh Allahyarham Fatima Omerbašić kepada Komuniti Islam pada abad ke-19.
Nama Selimija adalah sempena nama masjid pertama yang dibina di Old Town of Bar, di mana kini hanya tinggal foundation sahaja.

🔵Di sebelah kawasan Islamic Cultural Center ini ada ladang pokok zaitun. 
🔵Pokok-pokoknya kelihatan seperti sudah berusia ratusan tahun. 
🔵Saya baca ada satu pokok zaitun dipanggil Old Olive Tree di bandar Bar ini yang dikatakan sudah berusia lebih 2,000 tahun dan merupakan salah satu tarikan pelancong di Montenegro. 

🔵Selama lebih dua ribu tahun, penduduk di kawasan pantai Montenegro telah menghasilkan beberapa minyak zaitun terbaik di dunia. 
🔵Didorong oleh semangat untuk tradisi dan kecemerlangan, pengeluaran minyak zaitun telah diturunkan dari generasi ke generasi.

🔵Extra virgin olive oil yang dihasilkan di Montenegro terkenal dengan ketulenan yang luar biasa dan kualiti yang unggul. 
🔵Setiap titisan dibuat semata-mata daripada varieti tempatan Zutica, yang menghasilkan minyak keemasan yang indah dengan keasidan rendah with an exquisite balance of fruitiness and piquancy.

🔵Berjalan ke tempat berwuduk.

🔵Bilik berwuduk.

🔵Di sebelah timur Islamic Cultural Center ini kelihatan beberapa gunung yang sangat indah sekali. Antara gunung-gunung itu ialah gunung Brisan, Mali Kozjak dan Kozjak.

🔵Kawasan perkarangan masjid.


🔵Masjid ini dibina dengan reka bentuk masjid Turki.

🔵Keindahan gunung Kurilo dapat dilihat dari perkarangan masjid ini.

🔵Pintu masuk utama masjid.

🔵Bahagian dalam kubah kecil di ruang koridor di pintu masuk.


🔵Maklumat pembinaan masjid ini.

🔵Pemandangan perkarangan masjid.

🔵Ruang solat utama.



🔵Di atas adalah ruang solat wanita.

🔵Stained glass windows yang sangat cantik.



MASJID 75 - VIENNA ISLAMIC CENTRE AUSTRIA
🔵Vienna Islamic Centre adalah masjid terbesar di Austria. 
🔵Pembinaannya dimulakan pada tahun 1975 dan siap pada tahun 1979 dengan pembiayaan dari Raja Arab Saudi, King Faisal Bin Abdul Aziz. 
🔵Pusat Islam ini besar dan selesa dan pembinaannya mendapat sokongan dari Kerajaan Austria. 



🔵Plak peringatan perasmian Vienna Islamic Centre. Dalam bahasa Jerman tapi. 


🔵Ruang antara pintu masuk dan dewan besar solat.



🔵Ruang dewan besar solat lelaki.

🔵Cukup luas dan sangat selesa.




🔵Ruang solat wanita.  



Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment