Friday, March 7, 2025

RAMADAN SERIES 2025 - MASJID & PUSAT ISLAM - MASJID 13, 14 & 15

Assalamualaikum. 
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

MASJID 13 - MASJID KAMPUNG KLING - MELAKA
MASJID 14 - MASJID KAPITAN KELING - PULAU PINANG
MASJID 15 - MASJID KRISTAL - KUALA TERENGGANU

MASJID 13 - MASJID KAMPUNG KLING - MELAKA


🔵Masjid ini terletak di Jalan Tukang Emas, persimpangan Jalan Hang Lekiu. Di masa masjid ini dibangunkan, kawasan sekitar masjid ini didiami oleh penduduk daripada kawasan selatan negeri India yang dipanggil “Keling” (daripada perkataan Kalinga). 

🔵Jalan Tukang Emas juga dikenali sebagai Jalan Harmoni kerana lokasinya bersebelahan dengan Kuil Sri Payyatha Viyanagar Moorthi dan berhampiran dengan Tokong Cheng Hoon Teng. 
🔵Menara masjid dibina daripada batu, dan mempunyai bentuk seperti sebuah pagoda, juga satu ciri masjid di Melaka. Sebelum pembinaan Masjid Kampung Hulu dan Masjid Kampung Kling, masjid-masjid binaan orang Melayu tidak menggunakan menara.
🔵Pada tahun 1868, masjid dan menara dilindungi oleh tembok tinggi sebagai pemisah dengan jalan raya.

🔵Masjid Kampung Kling dibina menggunakan tapak segi empat sama, dan bukan di atas tapak segi empat tepat ataupun heksagon seperti yang diamalkan di negara-negara Timur Tengah.

🔵Tapak masjid ini dikatakan tapak sebenar di mana pedagang India Muslim yang datang ke Melaka untuk berdagang pada abad ke-14 dan 15 menunaikan solat sejurus setelah tiba di Melaka.

🔵Keseluruhannya pembinaan masjid ini adalah derma daripada hartawan-hartawan dan orang ramai.

🔵Seni bina masjid ini memang unik terdapat gabungan seni bina masyarakat Melayu, Melayu Minang dan Cina Islam iaitu binaan campuran di Sumatera, China dan Melayu Melaka. 


🔵Masjid ini adalah salah satu 'Warisan Kebangsaan' Malaysia.

🔵Gaya seni reka masjid ini melambangkan perkembangan pesat ilmu senibina di Melaka pada masa itu, dengan kedatangan pengaruh-pengaruh binaan yang dibawa oleh orang Belanda dari Eropah turut yang diterapkan dalam pembinaan masjid ini. 

🔵Asalnya masjid ini merupakan bangunan kayu yang dibina pada tahun 1748 dan ditukar kepada binaan batu pada tahun 1872. Masjid ini adalah antara masjid paling tua di Malaysia.  
🔵Kerja kerja konservasi dilakukan oleh Jabatan Muzium & Antikuiti pada tahun 1999.

🔵Jika diamati dari dekat, kelihatan satu campuran yang agak luar biasa dalam bahan binaan yang diguna, 
🔹Jubinnya buatan Inggeris dan Portugis 
🔹Jubin seramik pula diimport dari negara China untuk menghiasi bumbung, lantai dan dinding-dinding masjid ini.
🔹Tiangnya dengan lengkung yang mempunyai dua bahagian yang sama di ruang tempat sembahyang menyerupai senibina "Corinthian". Kawasan beranda turut dihiaskan dengan tiang Corinthian dan mengelilingi kawasan dewan solat. Tiang Corinthian juga menandakan pemisah di antara ruang mimbar daripada dewan solat.
🔹Lampu gantungnya adalah zaman Ratu Victoria.
🔹Segala ukiran-ukiran yang masih dalam masjid dibuat khas tukang ukir dari masyarakat Melayu. 
🔹Mimbarnya yang diperbuat daripada kayu turut diukir dalam bentuk ukiran Cina.










🔵Bumbung tiga lapisan digunakan dalam senibina Masjid Kampung Kling ini, seperti mana bumbung di Masjid Kampung Hulu. 
🔵Bumbung tiga lapisan ini mencirikan masjid-masjid di Melaka. Bumbung disokong oleh 4 tiang seri di tengah-tengah masjid. 4 tiang seri ini dilengkapkan dengan 8 tiang yang lebih kecil yang digunakan untuk menyokong struktur lapisan kedua dan lapisan ketiga bumbung berlapis tiga itu.  
🔵Dalam tahun 1908 atap masjid ini ditinggikan mengikut Kampong Hulu.

















MASJID 14 - MASJID KAPITAN KELING - PULAU PINANG


🔵Bangunan masjid yang asal dibina pada 1801 (lebih 200 tahun yang lalu) dan bangunan masjid yang sekarang ini dibina pada 1916 (lebih 100 tahun yang lalu) menggantikan yang lama. 

🔵Maklumat tentang Masjid Kapitan Keling. Masjid ini diberi nama sempena Caudeer Mohuddeen, pemimpin komuniti India Muslim dan seorang kapten kapal daripada India Selatan ketika itu. 
🔵Beliau adalah penguasa pertama masjid ini. Beliau juga telah membawa jurubina termasuk bahan-bahan binaan dari India untuk pembinaan masjid ini.



🔵Menara ini dibina ketika bangunan masjid dibina semula pada 1916.


🔵Dibina pada 1801, masjid ini adalah salah satu antara bukti kehadiran ramai pedagang, peniaga dan pekerja beragama Islam ke Pulau Pinang.

"In 1910, the Kapitan Keling Mosque was skillfully extended, with some parts of the original mosque walls retained within the larger building; the original minarets can still be identified. The spectacular new look of the mosque could be described as Moghul or 'Indo-Saracenic', with a fancy roof of domes and turrets, and the walls elaborately stuccoed and colored to stimulate the Moghul monuments of India, which employed different colored stones and marbles". 

🔵Di bahagian pintu masuk masjid ini ada lagi maklumat tentang masjid ini. Yang ini lebih detail lagi. 







🔵Suasana di ruang solat. Pada tahun 1910-an, Masjid Kapitan Keling diberi wajah baharu dalam gaya British Mughal Revival.



🔵Asalnya masjid ini cuma boleh muat 200 jemaah sahaja. Sekarang, selepas naik taraf dan pembangunan dibuat bermula dari tahun 1909, masjid ini boleh dihadiri lebih dari 2,000 jemaah.

🔵Seperti Masjid Melayu Lebuh Acheh yang sudah kami lawat earlier, Masjid Kapitan Keling ini juga pernah menjadi lokasi jemaah haji berkumpul untuk ke Makkah naik kapal di Pelabuhan Pulau Pinang. Masjid ini juga pernah digunakan oleh pedagang India Muslim sebagai tempat mereka berteduh dan berkumpul.

🔵Lokasi Masjid Melayu Lebuh Acheh tidak jauh, cuma 350 meter sahaja dari Masjid Kapitan Keling ini. Jadi kenapa dibuat dua masjid besar berdekatan? Ini adalah kerana pada ketika itu Khutbah di Masjid Kapitan Keling ini disampaikan di dalam bahasa Tamil.


🔵Pada tahun 1930, renovations juga dibuat pada ruang solat utama dimana siling/bumbung ditinggikan supaya pengudaraan di dalam masjid jadi lebih baik dan ruang solat jadi lebih terang.


🔵Masa masjid ini mula-mula dibina pada 1800an, ruang solat cuma diterangi dengan pelita sahaja yang diletak pada dinding masjid terutama ketika solat-solat Maghrib, Isyak dan Subuh.




MASJID 15 - MASJID KRISTAL - KUALA TERENGGANU


🔵Pengunjung boleh berjalan melalui Taman Persiaran Masjid Kristal yang cantik ini untuk menuju ke masjid tersebut.
🔵Terdapat kolam panjang yang merupakan salah satu ciri penting dalam reka bentuk Islamic Gardens dengan pandangan yang memfokus ke arah masjid. 



🔵Terdapat gazebo bulat bertiang putih yang cantik dengan air pancut hiasan klasik di tengahnya.

🔵Di tengah gazebo lajur bulat ini dihiasi dengan air pancut dua tingkat klasik dan tumbuh-tumbuhan berpasu.


🔵Dan inilah Masjid Kristal, ikon pelancongan Kuala Terengganu.

CRYSTAL MOSQUE -
🔵The Crystal Mosque is the icon of Taman Tamadun Islam and Kuala Terengganu City-the Waterfront Heritage City. 
🔵It is considered unique as it is the first and only mosque builds entirely from steel and glass hence the crystal-like image. 
🔵The mosque was constructed between 2006 and 2008 and opened on 8 February 2008 by the 13th Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin of Terengganu. 
🔵Sitting atop the surface of the Terengganu River, this magnificently mesmerizing mosque is truly a sight to behold. 
🔵With beautifully crafted frosted glass windows and meticulous calligraphy, it instills in the visitor a sense of serene and peaceful piety. 
🔵As a place to worship Him, it is precisely this that is seeked: an ambience that puts you in a peaceful state of mind. 
🔵700 Muslims are able to prostrate themselves in prayer in the designated prayer hall which measures approximately 950 square feet. 
🔵This comfortable hall is made even more so as it is fully air-conditioned and equipped with modern amenities. 
www.tti.com.my

🔵Masjid itu pernah dinobatkan sebagai masjid ketiga tercantik di dunia dan diiktiraf sebagai masjid pintar pertama di negara ini.

🔵Namanya Masjid Kristal, tapi bukanlah dibuat dari kristal tapi dari kaca dan keluli. Dipanggil 'kristal' sebab it looks like crystal.

🔵Cuma ada sebahagian kecil saja masjid ini yang dihias kristal. The crystals were embedded on a globe at the top of the minarets just under the crescent moon. 

🔵Kawasan masjid ini menggunakan kuasa solar to save up on the electricity bills. 

🔵Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) telah membuat kajian tentang monumen-monumen islam yang terkenal di seluruh dunia. 
🔵Pada asalnya, pembinaan masjid ini dicadangkan diperbuat daripada emas, tetapi memandangkan sudah banyak masjid di dunia ini yang menggunakan konsep emas di dalam struktur pembinaanya menjadikan keunikannya tidaklah begitu teserlah. 
🔵Oleh yang demikian, tumpuan mula diubah kepada kristal yang juga salah satu bahan semulajadi. 
🔵Untuk membina masjid yang dibuat daripada kristal keseluruhanya mungkin akan menelan belanja yang terlalu tinggi. Maka alternatif yang paling hampir adalah menggunakan kaca yang direkabentuk secara eksklusif supaya ia menyerupai kristal (crystal efect).

Profil masjid kristal 
🔹Tarikh dibina: April 2006 
🔹Dirasmikan oleh : DYMM SPB Yang Dipertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin. 
🔹Tarikh perasmian: 8 Feb 2008 
🔹Kapasiti jemaah : 700 orang 
🔹Luas platform : 2,146.12 meter persegi 
🔹Luas dewan solat : 946.64 meter persegi 
🔹Anggaran kos: RM 23 juta

🔵Located on a man-made island called Pulau Wan Man, Masjid Kristal is located within the grounds of Taman Tamadun Islam (Islamic Heritage Park), another major attraction in Terengganu. 

🔵Struktur unik ini menggunakan gaya kontemporari yang disuntik dengan unsur Moor dan Gothic.

🔵Pada waktu malam, masjid kelihatan sangat indah dengan paparan cahaya yang memukau, yang mengubah warna kubah-kubah dan menara-menaranya kepada merah jambu, hijau, kuning dan biru.

🔵Masjid Kristal ialah masjid ‘pintar’ pertama di negara ini dengan infrastruktur built-in IT dan sambungan WiFi, menyediakan akses internet kepada pengunjung untuk membaca al-Quran elektronik.

"Dari Portal Rasmi Fatwa Malaysia - e-Fatwa
Tarikh Keputusan:  15 Jan, 2008
Keputusan: 
🔵"Setelah meneliti pendapat ahli-ahli fekah terdahulu mengenai ciri-ciri yang membolehkan sembahyang fardu Jumaat didirikan, maka Jawatankuasa Fatwa membuat keputusan bahawa, buat pada masa sekarang belum sampai masanya Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, diberi kebenaran untuk didirikan sembahyang fardhu Jumaat padanya. Oleh yang demikian, keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa kali ke-4 Penggal ke-7 yang diadakan pada 22 Jamadil akhir 1427 bersamaan 18 Julai 2006 yang mana Masjid Kristal di Pulau Wan Man itu hanyalah bertaraf Ghairu Jamik (masjid yang mana tidak boleh didirikan Jumaat padanya) dikekalkan".
🔵"Sekiranya pada masa-masa akan datang, Masjid Kristal di Pulau Wan Man itu dapat memenuhi ciri-ciri yang membolehkan sembahyang fardu Jumaat didirikan padanya, maka pada ketika itu bolehlah di masjid itu didirikan fardu Jumaat".
🔵Ini kerana ia tiada penduduk yang bermukim i.e tidak cukup kariah. 
🔵Perlu tunggu sedikit masa lagi untuk penduduk sekitar dan pengunjung menunaikan solat Jumaat di masjid ini. Ini berikutan pembinaan sebuah pusat tahfiz bersebelahan Taman Tamadun Islam yang dijangka siap pada tahun 2024. Pusat tahfiz itu mampu menampung pelajar dan kakitangan seramai 100 orang, sekali gus membolehkan Solat Jumaat dilaksanakan di Masjid Kristal ini. Tapi tertakluk Jabatan Mufti Terengganu. 





























Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment