Assalamualaikum.
Ok, sambung lagi cerita Phuket City Tour kami bersama driver/tour guide kami Anwar.
Binaan kecil ini nampak seperti kuil miniature dan ia boleh dilihat di merata tempat di Phuket dan di seluruh Thailand amnya. Pada penduduk Thai ini adalah rumah roh (spirit houses) yang juga dipanggil San Phra Phum dalam bahasa Thai. 'San' bermaksud 'kuil' dan 'Phra Phum' bermaksud 'roh atau dewa'. Orang Thai percaya bahawa 'roh pelindung' (protector spirits) tinggal di dalam rumah kecil ini oleh itu ia dibina di hadapan rumah atau perniagaan mereka untuk mendapat perlindungan.
This is an amulets shop. Orang Thai percaya kepada kuasa azimat perlindungan atau 'good luck charms'. Mereka percaya azimat dan tangkal dapat menyembuh, melindungi dan mengharmonikan tenaga pemakai atau pembawa.
Seterusnya kami dibawa ke Wat Chalong. Kuil ini adalah kuil yang paling penting daripada 29 kuil-kuil Buddha yang ada di Phuket. Ia dibina pada awal abad ke-19, pada 1837. Kuil ini secara rasminya dikenali sebagai Wat Chaiyathararam. Ia terletak di Chalong Subdistrict, Mueang Phuket District.
Pintu gerbang besar masuk ke kawasan kompleks Wat Chalong.
Kemudahan awam dan parking lot.
Kata Anwar ini adalah bangunan di mana mayat si mati dibakar. Pelawat tidak dibenarkan masuk ke dalam bangunan ini.
Tapak Wat Chalong ini mempunyai kepentingan agama dan patriotik yang mendalam dengan sejarahnya yang kaya serta terdapat pula 'sacred relic' disimpan di salah satu kuilnya.
Di sini ada beberapa bangunan kuil. Jom kita tengok yang ini dulu.
Wat Chalong ialah mercu tanda bersejarah dan kuil Buddha di Teluk Chalong di Phuket. Selama berabad-abad, penduduk tempatan datang ke sini untuk berdoa hampir setiap hari manakala westerners datang untuk belajar tentang agama Buddha semasa percutian mereka. Ia secara rasmi dipanggil Wat Chaitararam, tetapi kebanyakan orang di sini memanggilnya Wat Chalong.
Wat Chalong dibina lebih sebagai sebuah kuil yang berfungsi, disamping sebagai tarikan pelancong juga.
Penduduk tempatan dan ramai pelancong datang ke kuil ini untuk berdoa dan memberi penghormatan kepada beberapa sami yang dihormati yang merupakan pengasas Wat Chalong. Antaranya ialah Luang Pho Cham dan Luang Pho Chuang, 2 sami yang mengetuai rakyat Daerah Kecil Chalong memerangi pemberontakan Cina pada tahun 1876 dan dengan pengetahuan mereka tentang perubatan herba membantu mereka yang cedera.
Kuil tinggi ini namanya Phra Mahathat Chedi. Ia bangunan 3 tingkat dengan stupa (chedi) setinggi 60 meter. Dikatakan di dalamnya ada disimpan serpihan tulang Buddha. Dinding dan siling di dalamnya dihiasi dengan lukisan-lukisan yang menggambarkan kehidupan Buddha. Terdapat juga banyak patung-patung emas yang didermakan kepada kuil ini.
Chedi, juga dikenali sebagai Stupa, kebanyakannya adalah dalam bentuk menara berbentuk loceng. Selalunya ianya boleh diakses, diliputi dengan daun emas dan merupakan ruang di mana 'sacred relics' di simpan.
Patung-patung emas Buddha di dinding luar kuil.
Terdapat kod pakaian yang ketat yang mesti sentiasa dipatuhi sebelum masuk ke sesebuah kuil Buddha.
Kasut tidak boleh dipakai di dalam kuil. Wanita dikehendaki menutup bahu dan memakai seluar atau skirt hingga ke lutut. Bercakap dalam nada yang tenang di dalam kuil dan jangan sentuh patung-patung yang ada di dalam.
Terdapat banyak patung-patung Buddha duduk, berdiri dan berbaring di tingkat ini serta mural-mural menghiasi dinding bilik.
Patung naga jed hijau di tangga.
Lukisan sami Luang Pho Cham and Luang Pho Chuang yang sangat berjasa membantu merawat penduduk Phuket yang tercedera dalam Chinese Rebellion dahulu.
Kami tidak naik ke tingkat paling atas kuil ini di mana ada tersimpan serpihan tulang bahu Buddha yang dihadiahkan oleh Kerajaan Sri Lanka kepada King of Thailand Rama IX sempena ulang tahun baginda yang ke-72 pada tahun 1999.
Let's go to the next temple buildings.
Ini bangunan 'Ubosot' yang terletak di sebelah Phra Mahathat Chedi. Ia tidak dibuka kepada orang awam. Ia adalah sebuah bangunan suci yang hanya boleh dimasuki oleh para sami pada upacara-upacara yang tertentu.
Di hujung sana itu ialah bangunan 'Wihan', kuil awam untuk penganut datang beribadat.
Wihan - a shrine hall that contains the principal Buddha images. It is the assembly hall where monks and laypeople congregate.
Ubosot or Bot - the ordination hall and most sacred area of a wat.
Sebuah kiosk menjual barangan beribadat.
Taman antara bangunan-bangunan kuil.
Wihan.
Pengunjung/pelancong sedang melakukan kerja ibadat mereka.
Sekali-sekala, kedengaran letupan-letupan kuat mercun yang datang dari binaan seperti ketuhar bata ini. Membakar mercun merupakan salah satu cara penganut di sini menzahirkan rasa terima kasih pada Buddha apabila keinginan-keinginan mereka menjadi kenyataan.
Patung gajah di bahagian depan bangunan Wihan.
Ini bangunan central temple atau the pavilion. Dalam temple in kami nampak ramai orang Thai yang masuk ke dalam dan berdoa pada patung Luang Pho Chaem.
Kelihatan seorang ibu bersama dua anak kecilnya sedang berdoa. Di depan mereka itu ada papan hitam with gold writings yang merupakan doa dan chants sebagai panduan yang boleh dibaca oleh penganut yang hadir untuk berdoa di sini. Doa ini ditujukan kepada 'Reverend Father Cham' iaitu sami Luang Pho Chaem.
There are 3 statues in this temple. They are the statues of Luang Pho Chaem and two other revered monks.
Patung-patung ini nampak demikian kerana telah dilekatkan dengan banyak kertas/daun emas yang ditampal oleh penganut yang datang.
Menampal daun emas pada patung begini adalah salah satu cara untuk menghormati ajaran Buddha. Menurut pengamal Buddhisme, amalan ini adalah merupakan 'an act of loving kindness' dan cara untuk 'transfer good merits.' Emas dalam agama Buddha menandakan matahari: nyalaan kesucian, pengetahuan, pencerahan.
Menampal daun-daun emas pada patung-patung.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment