Monday, April 10, 2023

THAILAND - PHUKET - RASSADA HARBOUR TO PHI PHI ISLAND - PART 01

Assalamualaikum. 
Kalau pada hari pertama kami di Phuket ini kami buat city tour, pada hari kedua kami pergi buat Phi Phi Island Tour pula. 

Suasana pagi di Andaman Embrace Patong Hotel.


Pick up time Phi Phi Island Tour di hotel kami ini adalah pada pukul 7 pagi. Jadi pukul 6:30 pagi kami sudah ke Twigs untuk sarapan.

Such a beautiful restaurant. 






















Lepas makan kami terus ke lobi menunggu pick-up untuk mulakan tour kami pada hari kedua.

Dari hotel ini ada 3 kumpulan yang akan pergi tour yang sama: kami berdua, a young couple from India and a family from India also. Kami dan the young Indian couple sudah sedia menunggu ketika the pick-up guy came, but not the family.

The pick-up person was desperately calling the Indian family and we could see that he was really getting anxious and agitated. By that time we were already late by 10 minutes. Then the father of the family came down to the lobby and had quite a heated argument with the agent because he requested to wait until 7:30 am. Mana lah boleh, langsung agent itu dengan tegas dan keras kata 'NO!' He explained why cannot and then terus ajak kami dan the couple naik the car and off we went. Huh... pagi-pagi dah ada drama. Fyi, all tour participants must follow the time set out strictly because they are bound by the tour boats schedule that carries hundreds of passengers. So tak boleh tunggu sebab kalau lambat tak akan lah nak make the whole big boat full of hundreds of passengers to wait for you pulak.


Kami terus dibawa ke Hotel Ramada di mana di situ kami naik bas bersama dengan lebih ramai lagi pelancong lain untuk ke Rassada Harbour. 
Rimas sungguh tengok kabel elektrik yang berselirat macam ni


Dari kereta, naik bas. Kami sahaja Melayu, yang lain semua dari India. Semerbak 😖. Mujurlah kami ada pakai mask. Kuranglah sikit tekanan pada deria bau kami. 

Perjalanan dari Phuket ke Rassada Harbour sepatutnya ambil masa lebih kurang 40 minit tapi jadi lama sampai hampir 1 jam 30 minit. Ini kerana sebelum bertolak keluar dari Phuket, bas ini pergi dulu ke beberapa hotel to pick-up more passengers/tour participants. Sebab kedua, keadaan lalu lintas yang agak sesak di beberapa tempat. Patutlah agent yang pick-up kami di hotel tadi sangat tegas in keeping to the time schedule. 



Andaman Beach Condominium. 

On the left is the Patong Municipality School. 

Ini Bangla Road yang kami lawati malam semalamnya yang hingar bingar keadaannya tapi sunyi sepi di pagi hari. 

A big massage parlour.

Laaa... Hooters pun ada di Phuket ni. 

Hard Rock Cafe Phuket.


Patong Merlin Hotel.

Lega rasanya when we were joined by a Japanese couple and a Chinese family from Indonesia 😄. 

Menunggu passengers naik di hotel ini. Ada Austria Restaurant and Medical Cannabis shop.



Terfikir juga kalau ada masalah, macam mana nak kenalpasti kabel mana yang ada masalah? Mesti ada caranya tu. Also terfikir juga, dengan keadaan hujan panas bersilih ganti, apakah atau macam manakah kerja maintenance yang dilakukan? Payah gamaknya. Again, ada la tu caranya. And also, hihihi.. I do have so many concerns lah... hihi... berapa lama tiang-tiang itu mampu menampung semua kabel-kabel berat tu? What if ada accident, dan tiang-tiang itu dilanggar, kan merbahaya? 

Saya baca, kabel-kabel ini bukan sahaja kabel elektrik tapi juga adalah talian telekomunikasi voltan rendah seperti talian telefon dan internet. Pada masa ini, syarikat telekomunikasi, jalur lebar dan penyiaran di Thailand menyewa tiang-tiang konkrit daripada Provincial Electricity Authority (PEA) dan MEA. Kemudian mereka akan menambah kabel-kabel baru apabila setiap pelanggan baru individu mendaftar. Inilah sebabnya mengapa kabel di Thailand jadi kucar-kacir.


Ini Pearl Circle. Phuket juga dikenali sebagai 'The Pearl of the Andaman', yang merupakan nama yang sesuai kerana di pulau ini terdapat ladang mutiara laut terbesar di Thailand.
🦪Phuket is known as the main source of saltwater pearl production in Thailand. Due to its topography, the island is located in the midst of a rich marine environment creating opportunities for the local people to be involved in pearl farming and the development of the quality of pearls for a long time until becoming "Pearl of Andaman" which is considered a precious gem of Phuket Island that is famous around the world for its beauty and value.
🦪A “pearl” is an organic gem that originates from living organisms such as mother-of-pearl, unlike most gems that are formed from rocks and minerals. Pearl is a type of gem that is popular to make jewelry without having to be cut like other gems. In general, pearls have been divided into 2 main types, namely Natural Pearl and Cultured Pearl.
🦪Pearl Farming in Phuket, the pearl oysters, in particular, are more popular than other oysters because it is able to produce pearls that are beautiful and of the right size suitable for making jewelry. Pearl oysters live in seas with warm temperatures where the wind waves and sea currents are not strong. Lives at a depth of about 10-30 meters and temperatures between 14-27 degrees Celsius. Pearl cultivation in done from November until April of every year.


Phuket Simon Cabaret.

Laut Andaman.




Sangat indah sekali.






Karon Beach.



Karon Beach Roundabout.
Karon roundabout is Phuket's distinctive symbol that is regarded as an important landmark of Karon, located at the end of a beach road. It was built for tourists to gain knowledge of the way of life of the people of Kata and Karon in the past who were engaged in agriculture, both farming and fishing. Karon roundabout is an monument that can reflect the past and create the love of locality.

Di tengah monumen ini dibuat patung-patung petani, nelayan, pekerja lombong dan pekerja ladang getah sebagai penghormatan kepada masyarakat Thai tempatan. 

Monumen tengah ini dikelilingi oleh patung-patung burung mitos berdiri di atas tiang di bahagian tangga bersama beberapa small shrines. 






Bangkok Bank.


Chalong roundabout Clock Tower or the Golden Lotus Clock Tower.

About Phuket Golden Lotus Clock Tower.



Roundabout yang ada kuda laut ini namanya Nimit Traffic Circle (seahorse). 

Nimit Circle or Seahorse Roundabout was built by Phuket City Municipality in 2005 to symbolize the maritime of Phuket Province. Therefore several seahorse statues were installed as its symbol at this roundabout. 








Semakin hampir ke Rassada Harbour, kami tersekat dalam traffic jam, dalam queue pelancong yang semuanya hendak menuju ke pelabuhan tersebut. 

Kami pun sampai. 

Satu big group yang sudah sampai lebih awal.

Terus ke khemah ini untuk pendaftaran. 

Agak chaotic proses pendaftaran ini. Nampaknya memang kalau ambil pakej Phi Phi Island Tour ini kena pandai-pandai bawa diri. Kena rajin tanya petugas the how, what, when etc. Mujurlah petugas-petugas tu pandai cakap Inggeris. 

Lepas daftar, duduk dengar taklimat oleh petugas. 

Penerangan yang diberikan adalah seperti berikut:
Phi Phi Island Tour ini cover 2 pulau iaitu Phi Phi Lay dan Phi Phi Don. Kami akan dibawa pusing Phi Phi Lay dan lepas itu berlabuh di Phi Phi Don. Sampai di Phi Phi Don, disembark dan bolehlah beraktiviti jalan-jalan menikmati pemandangan persisiran pantai pulau itu, snorkeling dan lain-lain. Terpulanglah ikut minat masing-masing. 
Ini lokasi-lokasi Rassada Harbour, Phi Phi Lay dan Phi Phi Don

🚢Then semua passengers mesti pulang balik ke bot tepat pukul 2:45 petang sebab bot akan depart tepat pukul 3:00 petang. Siapa yang tidak datang balik ke bot at 2:45 pm akan ditinggalkan. The boat will not wait for anyone. Next boat balik ke Phuket is on the next day, so siapa yang ditinggal itu kena urus sendiri penginapan di pulau Phi Phi Don ini. 
🚢Makan tengahari ada disediakan (temasuk dalam harga pakej) untuk semua passengers di sebuah restoran dekat dengan pelabuhan. Ada 4 pilihan makanan: Thai, International, Indian dan Vegetarian. Oleh kerana lebih 90% penduduk Pulau Phi Phi Don beragama Islam, semua makanan yang dihidangkan adalah Halal.
🚢Penumpang juga turut diberi penerangan tentang aktiviti yang boleh dilaksanakan di Phi Phi Don yang termasuk snorkeling dan scuba diving. Walau bagaimanapun, mereka yang nak membuat snorkeling dan scuba diving perlu membayar caj Taman Negara yang dikenakan oleh Kerajaan Thailand. Bayaran juga boleh diurus oleh petugas Sea Angel di Ratsada Harbour ini.

Bot cruise besar yang akan kami naik namanya Sea Angel 2, setinggi 3 tingkat yang boleh muat 350 passengers. Tiket kami adalah tiket standard iaitu tiket Kelas Ekonomi yang duduknya di tingkat paling bawah bot. Petugas ini kata kalau siapa-siapa yang hendak upgrade ke Silver Class, masih boleh lagi tapi kena bayar THB 600 (RM 77) seorang, yang duduknya di tingkat tengah dalam bot. Yang Gold Class sudah penuh. 

Bila kena bayar extra, mestilah ada yang tak puas hati, terutama group dari India dalam group bas kami tadi. Siap argue dengan petugas ini. Kami malaslah nak gaduh-gaduh. Habis taklimat, kami terus ke kaunter tiket untuk upgrade ke Silver Class. Sampai kaunter tu, sesak sungguh keadaannya sebab ramai yang hendak upgrade seperti kami. Mujur masih lagi ada seats. 

Boarding the Sea Angel 2.



Pemandangan di Rassada Harbour.





Memang majoriti passengers adalah dari India. Pernah kami bercerita dan bertanya pada 2 orang petugas di kiosk negara India di Matta Fair baru-baru ini kenapa begitu ramai sekali warga India yang pergi bercuti ke Phuket/Thailand. Dia kata sebab Thailand sudah mula open border for tourism after Covid, dapat Visa masuk Thailand upon arrival dan juga adalah murah untuk bercuti ke Thailand bersama keluarga. 

Pintu masuk ke dalam bot. Tandas ada di kiri kanan laluan masuk ini. Fyi, tandas di sini adalah bersih dan ada 'bum spray'... hihi 😄. Penting tu!

Green sticker for Sea Angel Silver. Mine was Seat number 53. 

Kedatangan passengers disambut baik dengan senyuman oleh petugas-petugas bot.

Suasana dalam Silver Class. And yes, it is fully air-conditioned.



Nak minum-minum dan makan snek, ada kiosk di dalam bot ini.



Ini bahagian depan tingkat tengah tempat duduk kami. 

Ada movie dimainkan di TV depan. Cerita 'Ant-Man and the Wasp: Quantumania'.

Ada tingkap-tingkap besar. Senang la nak ambil gambar. 

Ada satu group keluarga Cina duduk paling depan. 

Akak petugas sedang check senarai penumpang Silver Class.

Nampak garang tapi bila cakap sungguhlah lemah lembut walaupun garau-garau 😄. She was actually super nice but firm when handling macam-macam kerenah passengers. 

Lagi penerangan diberikan oleh petugas dalam bot. Ying nama dia, bukan Ling sebab dia kata 'Ling' maksudnya monyet.. hihi 😄.

Perjalanan bot ke Phi Phi Islands akan ambil masa lebih kurang 1 jam. Sebelum sampai dan turun di Phi Phi Don, bot akan pusing Phi Phi Lay dulu. Tidak stop dan berlabuh, tapi pusing. Masa ini passengers boleh naik ke dek atas untuk menikmati keindahan pulau dan bergambar dan ambil gambar. Sekali lagi kami diberi penerangan tentang scuba diving dan snorkeling. 

Ying juga kata dengan tegas hisap ganja dalam bot ini adalah tidak dibenarkan sama sekali. Gamaknya sebab ganja banyak dijual secara terbuka di Phuket/Thailand. 

Ok, bot dah gerak. Jom kita berlayar ke Phi Phi Islands.

Pemandangan di Rassada Harbour.


Ying sedang menerangkan pakej-pakej scuba diving dan snorkeling.




Ada diberikan minuman dan snek biskut jem nenas. 

After a while, kami pun naik ke dek terbuka di atas. Untuk elak kesesakan di dek ini, passengers di setiap kelas dibenarkan naik ke dek atas ikut giliran. Good idea, sebab bayangkan kalau semua 350 orang penumpang ada di dek atas ni. Nak ambil gambar pun susah nanti. Mula-mula passengers Gold Class ke dek, diikuti oleh Silver Class dan seterusnya Economy Class. 

Ok, jom kita saksikan pemandangan-pemandangan indah ciptaan Allah SWT yang sempat kami rakam dari dek atas terbuka ini. 

Alhamdulillah cuaca cukup baik pada pagi itu. Langit sungguh biru!

Passengers Silver Class tidak begitu ramai, jadi tiada kesesakan dan mudah untuk kami gerak dari satu bahagian dek ini ke bahagian lain untuk ambil gambar. 


Di dek atas terbuka ini juga ada kiosk minuman dan snek.

There are plenty of seats for passengers to lounge and enjoy the amazing views.

And yes, the wind was quite strong actually. Very refreshing indeed. 

Enjoying tiupan angin Laut Andaman. 

Memang amazing bila nampak pulau-pulau tebing curam begini in the middle of the sea. 



Passengers juga boleh dapatkan khidmat urut di dek ini, for a fee of course.




A speed boat in the middle of a big open sea.




Selesai ambil gambar kami balik semula ke tempat duduk. 


Pemandangan depan bot.




Kelihatan satu lagi pulau kecil tebing curam di tengah-tengah laut. Let's zoom-in and have a closer look.

So beautiful. Macam yang ada di Langkawi.

Inter island speed boat.




To be continued...

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
 
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment