Tuesday, April 11, 2023

THAILAND - PHUKET - RASSADA HARBOUR TO PHI PHI ISLAND - PART 02

Assalamualaikum. 
Sambung cerita Phi Phi Island Tour kami di Phuket. Kebetulan masa kami balik ke tempat duduk kami selepas berada di dek atas, keadaan laut yang kami lalui masa itu agak bergelora. Percikan air di tingkap bot ini bukanlah hujan tapi tempias air laut.


Sekali sekala bahagian depan bot ini dipukul ombak sehingga kami dapat lihat dan rakam foto dari tempat duduk kami.

Kemudian keadaan laut kembali tenang dan we were presented with such beautiful views of the Andaman Sea and the islands. 

Kami pun sampai ke Phi Phi Lay dan naik semula ke dek atas. Bot ini akan mengelilingi Phi Phi Lay sebelum ke Phi Phi Don.


Such a magnificent island landscape. SubhanAllah.

Phi Phi Lay atau Ko Phi Phi Le atau Ko Phi Phi Leh ialah sebuah pulau di Kepulauan Phi Phi, Laut Andaman. Ia terletak di Wilayah Krabi Thailand dan merupakan sebahagian daripada Taman Negara Hat Noppharat Thara–Mu Ko Phi Phi.

Terdapat enam pulau dalam kumpulan yang dikenali sebagai Phi Phi. Pulau-pulau ini terletak 40 kilometer tenggara Phuket dan merupakan sebahagian daripada Hat Nopparat Thara-Ko Phi Phi National Park. Taman negara itu meliputi kawasan seluas 242,437 rai (38,789.9 ha; 95,852 ekar) yang merupakan tempat banyak karang dan hidupan marin. Terdapat gunung batu kapur dengan tebing tinggi, gua-gua dan pantai berpasir putih yang panjang.

Nama Phi Phi berasal dari bahasa Melayu. Nama asal bagi pulau-pulau itu ialah Pulau Api-Api. Nama itu merujuk kepada Pokok Api-Api, atau bakau kelabu yang terdapat di pulau-pulau itu.

Phi Phi Lay, berkeluasan 6.6 kilometer persegi ialah pulau kedua terbesar di nusantara ini, yang terbesar ialah Phi Phi Don. Pulau ini terdiri daripada lingkaran bukit batu kapur curam yang mengelilingi dua teluk cetek, iaitu Teluk Maya dan Loh Sama.

Taman Negara Marin Hat Noppharat Thara-Mu Ko Phi Phi secara keseluruhan, dari Oktober 2015 hingga Mei 2016 menjana pendapatan sebanyak 362 juta baht daripada 1.2 juta pelancong, 77% darinya adalah pelancong asing. Sehingga 2019 taman ini ditutup kepada pelawat kerana isu alam sekitar yang disebabkan oleh pelancongan berlebihan.

Pada Mac 2018 Maya Beach telah ditutup selama 4 bulan dan kemudiannya ditutup indefinitely kerana kerosakan ekologi yang telah berlaku adalah jauh lebih meluas daripada yang disangkakan sebelum itu. Penyembuhan dan pemulihan dilakukan dan tempoh pemulihan untuk teluk itu dipanjangkan kerana sekatan perjalanan semasa wabak COVID.

Pada 2022, teluk itu dibuka semula kepada pelancong, di bawah protokol ketat tanpa bot, tidak boleh berenang dan tidak lebih daripada satu jam lawatan bagi setiap orang untuk bilangan pelawat yang terhad pada satu-satu masa.

Phi Phi Lay ialah pulau tidak berpenghuni yang terletak 1.5 km dari hujung paling selatan Phi Phi Don. Pulau ini mempunyai tebing menegak yang menakjubkan dengan tumbuh-tumbuhan hijau yang memberi laluan kepada pantai berpasir kecil dan laut karang tropika. Kebanyakan pelancong ke Phi Phi Lay dengan lawatan bot Phi Phi yang teratur. Walau bagaimanapun, boleh juga menyewa bot private. 





Pemandangan yang pada saya cukup epik sekali!



Kelihatan beberapa bot-bot yang berlabuh hampir di tebing pulau-pulau ini. Kalau tak silap ia adalah bot-bot yang bawa pelancong scuba diving/snorkeling. 


Pembentukan pulau bercuram tinggi yang mungkin ambil masa berjuta tahun lamanya.









































Ini Maya Bay. 

Maya Bay dan Maya Beach ini telah ditutup beberapa tahun kerana kerosakan akibat overtourism. 

Kini ada peraturan ketat bila pelancong ke sini: bot tidak dibenarkan masuk ke teluk ini, tidak boleh berenang dan tidak lebih daripada satu jam lawatan bagi setiap orang untuk bilangan pelawat yang terhad pada satu-satu masa.



Kalau bot tidak dibenarkan masuk ke teluk ini, jadi bagaimana pelancong hendak ke pantai ini? Mereka perlu mendarat di Loh Sama Bay dan jalan kaki merentas pulau untuk ke Maya Beach ini. 








Macam pemandangan di Halong Bay.


















Ini Loh Sama Bay. Loh Sama terkenal sebagai lokasi yang bagus untuk snorkeling dan menyelam. Tebing batu kapur memisahkannya dari Maya Bay, dengan lubang kecil yang membolehkan laluan ketika air surut.

Ramainya pelancong! Nanti Loh Sama Bay ini pulak yang kena tutup macam Maya Bay sebab overtourism. 


Dari sini pengunjung perlu berjalan merentas pulau ke sebelah sana untuk menuju ke Maya Bay

Ini lokasi Maya Bay dan Loh Sama Bay.




Kelihatannya sebahagian dari bukit curam ini telah runtuh ke dalam laut.



















Kawasan pemeliharaan burung walit semulajadi.




















Ini pula ialah Phi Lay Bay. 

Ini lokasi-lokasi Maya Bay, Loh Sama Bay, Phi Lay Bay dan Viking Cave.









 
Ini Gua Viking (Viking Cave) yang merupakan salah satu tapak semula jadi yang paling terkenal di Phi Phi Lay. Ia terletak di bahagian bawah tebing batu kapur yang tinggi di sebelah timur laut pulau ini. 

Penduduk tempatan memanggilnya gua ini Tham Phaya Nak. Gua Viking mendapat namanya dari lukisan-lukisan yang terdapat di dinding timur dan selatan gua ini yang menggambarkan pelbagai jenis bot, termasuk yang menyerupai Drakkar Scandinavia (kapal Viking). Lukisan-lukisan itu mungkin dibuat oleh kelasi yang berlindung di dalam gua ini semasa ribut.

Mengunjungi Gua Viking ini ialah cara terbaik untuk menemui salah satu industri tempatan yang paling menguntungkan iaitu penuaian sarang burung walit. Dihargai terutamanya dalam budaya Cina, sarang yang boleh dimakan ini dipercayai menggalakkan kesihatan yang baik, khusus untuk kesihatan dan kecantikan kulit. 

Legenda tempatan mengatakan bahawa suatu masa dahulu, pelayar kehilangan bot mereka semasa ribut dan terperangkap tanpa makanan di salah satu pulau batu kapur yang terletak di muara Teluk Phang Nga.

Gua ini adalah rumah kepada koloni burung walit, dan pelayar yang terkandas itu dapat bertahan dengan memakan sarang walit. Penuaian sarang burung agak berisiko di mana perancah dibina dengan buluh dan penuai memanjat dalam gelap untuk mengumpul sarang berharga itu.











Sebuah lagi gua yang juga adalah merupakan natural swiftlets preservation area. 




Berlayar meninggalkan Phi Phi Lay menuju ke Phi Phi Don.








Dan inilah lebih kurang pelayaran bot kami pusing Phi Phi Lay. 


Dan kami pun selamat tiba di Phi Phi Don.


To be continued...

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment