Friday, April 7, 2023

THAILAND - PHUKET - BANGLA ROAD

Assalamualaikum. 
Lepas tengok sunset di Patong Beach, kami decided untuk night walk di bandar Patong ini yang dikatakan begitu happening pada waktu malam. Katanya mula dari pukul 9 malam setiap malam, Patong jadi 'nightlife center' pulau Phuket sampai ke pagi.



Kami menyusuri Thawewong Road untuk ke Bangla Road. Pusat yang dikatakan 'happening' sangat di Patong ini adalah di Bangla Road. Tak jauh dari lokasi kami ketika itu, cuma 10 minit jalan kaki sahaja. 

Yes, there are 'Medical Cannabis Clinic' in Phuket/Thailand dengan tujuan menggunakan ganja sebagai rawatan perubatan. Langkah ini mencerminkan hasrat kerajaan Thailand untuk mempromosikan penggunaan produk ganja berlesen untuk melegakan gejala pelbagai penyakit. Berikut adalah beberapa keadaan perubatan yang diluluskan yang mana pesakit boleh mendapatkan ganja perubatan (medical marijuana): 
Alzheimer’s disease, Bronchitis, Cancer, Cerebral palsy (children), Chemotherapy, Diabetes, Epilepsy, Hemorrhoids, HIV/AIDS, Hypertension (High blood pressure), Inflammation, Migraine, Menstrual cramp, Obesity, Opiate addiction, Paralysis, Parkinson’s disease, PTSD (Post-Traumatic Stress Disorder), Schizophrenia, Stroke dan Tourette’s syndrome.
🌿Melihat potensi ekonomi ganja, undang-undang antidadah lama Thailand yang keras diberi laluan kepada undang-undang baharu yang membenarkan penggunaan ganja untuk merawat keadaan perubatan.
🌿Kerajaan Thailand nampaknya bersedia untuk merealisasikan potensi ekonomi ganja. Menurut satu anggaran, pasaran ganja perubatan Asia akan meningkat kepada AS $5.8 bilion menjelang 2024.
🌿Dasar liberalisasi ganja ini berkemungkinan memberi manfaat kepada mereka yang sebelum ini menggunakan ganja haram yang mahal daripada pembekal haram.
🌿Langkah ini telah membolehkan pesakit dengan keadaan kesihatan yang berbeza mendapat akses mudah kepada ganja perubatan melalui klinik ganja. Dengan mengurangkan gejala mereka, ganja perubatan boleh memainkan peranan penting dalam meningkatkan kualiti hidup mereka.
🌿Dengan kerajaan bercadang untuk mengawal selia penggunaan ganja dengan ketat dan mempromosikan ganja berlesen, ia telah menetapkan prosedur rasmi yang membolehkan pesakit mengakses ganja perubatan. Pertama, adalah penting untuk mengetahui bahawa terdapat syarat-syarat tertentu yang mana pesakit boleh mendapatkan ganja perubatan.
🌿Dengan mempromosikan ganja perubatan untuk membantu menangani beberapa penyakit kesihatan, kerajaan Thailand juga mengambil berat tentang potensi penyalahgunaan dadah itu. Dasar liberalisasi terhad kerajaan Thailand adalah berdasarkan keyakinan bahawa dadah itu hanya boleh digunakan untuk mendapatkan bantuan, bukan keseronokan. Terutamanya, populasi di bawah umur 18 tahun, yang merupakan kumpulan umur yang paling terdedah untuk berpotensi menyalahgunakan dadah.



Patong Beach.

Masa ini hampir pukul 7 malam, jadi suasana masih belum sesak dengan pengunjung.

Restoran seafood. 

Makanan laut segar. 


Masa jalan tu sempat kami singgah di sebuah kedai pakaian. Dapatlah juga saya beli beberapa helai t-shirts. Yang ada di rumah banyak sudah lusuh, jadi justified lah ganti dengan yang baru... hihi 😄. Ye betul, kami kalau bercuti-cuti jarang sekali hendak bershopping. Selalunya pun sekadar beli souvenirs and gifts for family. Tapi di sini saya tak boleh resist sebab kualiti t-shirtnya bagus dan harganya pun terjangkau. Plus, there are so many selections to choose from 😃.
Dan yang paling bagusnya, di sini ada saiz dan cutting t-shirts yang sesuai dengan body saya yang lebar ni, dan bukannya cutting yang slim fit sendat yang kalau saya pakai macam nangka disarung... hahaha 😄.

Minimart 999 and Beyond Patong, a 4 star hotel.

Patong's house of spirits.

Di Sawatdirak Road ini ada roadside food plaza dengan gerai-gerai menjual pelbagai makanan. Gerai yang paling depan sekali ini ialah gerai halal namanya 'A&B Spring Rolls' yang menjual spring rolls prawn, squid, chicken and vegetables. Ada kami stop sekejap berbual dengan penjualnya (lelaki t-shirt putih) dan dia cerita dia pernah bekerja di KL selama beberapa tahun. Patut la fasih berbahasa Malaysia. Dan dia juga offer sample spring rolls dia pada kami.... uwaahhh.... sedap sangat! Kalau anda ke Patong, carilah gerai encik ini dan belilah spring rolls dia.  

The super delicious spring rolls!

Restoran Light of India 3. Yang dekat hotel penginapan kami tadi ialah Light of India 2. Banyak cawangan restoran ini. And yes, it serves halal food. 




Sambung semula jalan ke Bangla Road.

Another seafood restaurant. Yang ini besar with open kitchen concept. 

Dan tentulah di Thailand ada banyak massage centers. 

Dan kami pun sampai ke Bangla Road. Tertanya juga nama 'Bangla Road' ada kena mengena ke dengan orang dari Bangladesh atau orang Bengali? Saya baca rupanya tiada sumber yang boleh sahkan asal usul nama 'Bangla' Road ini. 

Satu pendapat kata kawasan ini dulu pernah diduduki ramai orang Bangla atau Benggali yang pada asalnya bekerja di kawasan ini sebagai pekerja asing pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Jalan ini pada asalnya dikenali sebagai 'Bangla Way' dan lama kelamaan nama itu telah dipendekkan kepada 'Bangla Road.' 

Di jalan ini tentulah juga ada banyak kedai jual ganja. In fact, ada juga restoran dan cafe yang menyediakan makanan yang menggunakan ganja sebagai salah satu ingredient masakan.

Bangla Road lebih dikenali sebagai Bangla Walking Street, dan selama beberapa dekad telah menjadi pusat terkenal Phuket nightlife. Bila matahari terbenam jalan sehala sepanjang 400 meter ini ditutup kepada lalu lintas dikhaskan untuk berjalan kaki sahaja.

Untuk elak dan mengawal kesesakan, ada disediakan laluan keluar dan masuk berasingan ke jalan ini at both end of the road. Dibuat begitu sebab lepas pukul 10 malam jalan ini akan tersangat sesak.

Di kiri kanan ada restoran, cafe, bars and pubs, kelab malam, night market, food court, massage center, tattoo center, pharmacy, kedai ganja dan lain-lain establishments yang gitu-gitu. 

Oh ya, suasana di sini memang hingar bingar dengan loud music from all directions. 

Hampir semua konsep bars dan pubs ada stail terbuka with loud music blaring from inside each of them. Some from live music too.

Di depan most establishments mesti ada 'greeters' yang pegang kad-kad untuk ditunjukkan pada potential customers jenis arak dan harga yang ada di bar mereka, as well as any other products and services. Fyi, none of these ladies (mostly ladies) approached us because they can clearly see that we are Muslims... hihihi 😄. Tentulah mereka boleh kenal sebab ada ramai orang Islam di Phuket ni. 

Irish pub ada di Bangla Road ini. Mungkin sebab ada ramai tourist dari Ireland datang ke sini.

Ada Moulin Rouge show di atas Irish pub ini. 

Iya, boleh je ambil gambar masa jalan-jalan di sini. Cuma janganlah sampai invade personal space orang lain atau buat orang lain feel uncomfortable pulak. 

Dan semestinyalah the bars and pubs owners pastikan their 'greeters' cantik orangnya. Cantik especially di mata mat saleh lah. 

Pengunjung yang datang ke sini pun kami nampak adalah dari pelbagai kerakyatan, kaum dan usia. Tapi paling ramai of course lah mat saleh.

Di sini ada bar 'Aussie Bar' (kanan) dan 'Sunset Bar' (kiri) yang dikatakan adalah bar-bar yang ikonik sebab sudah berdekad beroperasi di jalan ini. 

Yes, it seemed that it is safe to walk with your children here on Bangla Road. Mungkin bila dekat tengah malam, sudah tidak sesuai for kids to be in this surroundings. 

Apa pengunjung bar buat selain minum? Mereka nampaknya duduk saja di depan bar sambil tengok orang lalu lalang atau menonton sports events pada skrin besar atau main snuker. Kalau dalam Pink Paradise ini ada exotic dancers. 

Lorong restoran, kafe dan gerai-gerai makan.


Nampak tu, all beer 75 Baht (MYR 9.70). Kalau convert to western currencies, memang dirt cheap. 

Celebrity Ink - a tattoo parlour.



Tiger Night Club, antara kelab malam besar di sini. Ada ramai penari seksi di dalam tu. Ada patung 3 ekor harimau di atas tu. 




I remembered our conversations with Anwar (our tour guide) this morning. He taught us the proper way to greet in Thai. If the person we want to greet is a man, we should say "Sawadee-kap", to a woman, we should say "Sawadee-ka". But there is another greet ~ "Sawadee-ha" which is addressed at pondan. 

Illuzion, a huge and popular discotheque here at Bangla Road. 


Di Bangla Road ini juga ada venue untuk Muay Thai fights events. 

Bangla Market.



Anwar ada bercerita tentang pekerja seks di Thailand pagi tadi. Katanya mereka itu ramainya dari kawasan miskin di utara Thailand. Antaranya ada yang sudah pun berkahwin dan beranak tapi disebabkan kemiskinan keluarga mereka terpaksa menerima pekerjaan mereka itu. Yang muda-muda pula bekerja di pusat-pusat pelancongan seperti Phuket dengan harapan dapat berkahwin dengan Mat Salleh yang dianggap kaya raya.


Lots of outdoor seatings.


Bangla Night Market and food court for street food.





Sudah pun sampai di hujung Bangla Road. Kami ke sini sebab curious nak tengok suasana jalan ini since it is said to be one of the popular spots in Phuket/Patong. In actuality, ia adalah lorong kemaksiatan. Terasa juga takut berada di tempat banyak maksiat begini especially bila Phuket's west coast pernah dilanda tsunami akibat gempa bumi Lautan Hindi pada tahun 2004. 

Ok, jom kita pergi dinner. Owner t-shirt shop tadi beritahu kami ada restoran-restoran halal di sekitar sebuah masjid berdekatan. Kami pun naik tuk tuk yang memang sudah pun menunggu customers di hujung Bangla Road ini. Anwar kata dari Bangla Road ke masjid terdekat caj tuk tuknya 200 Baht (RM 25), tapi driver tuk tuk ini caj kami 300 Baht (RM 38). Tak apalah , kalau nak haggle pun susah sebab ada language barrier. Since tuk tuk driver itu seorang Muslim, kira kami sedekahkan sajalah that extra 100 Baht which was about RM 13. 

Naik tuk tuk ini pun macam satu pengalaman unik. Hebat betul interior tuk tuk ini. Tuk tuk Phuket ini besar macam jeep, bukan macam di Bangkok yang beroda tiga. 

Dan bila dia start jalan, tu diaaa... meledak bunyi musik dengan begitu kuat dan dalam tuk tuk ini menyala dengan pelbagai cahaya neon yang berwarna warni berkelip-kelip. Rasa macam berada dalam futuristic space craft pulak... hahahaha 😃.












Kami pun sampai ke Masjid Nurul Islam. Ada beberapa restoran halal di sekitarnya.



Kami makan di restoran Matam Makkah ini. 

The menu.



Mengenyangkan, Alhamdulillah. 





Lokasi hotel kami lebih kurang 1 km dari restoran. Jadi kami ambil tuk tuk. Mencabar juga sebab kawasan ini agak terpencil dan tuk tuk yang lalu mostly sedang ada passengers. Jadi kami pun mintalah pertolongan salah seorang pekerja restoran tadi untuk tahankan tuk tuk untuk kami. Pekerja itu pun boleh berbahasa Inggeris jadi kami mintalah juga dia tolong beritahu pada tuk tuk driver ke mana kami nak pergi dan tanyakan berapa caj tuk tuk. 

Menuju ke Andaman Embrace Patong Hotel.






Tiba di Andaman Embrace Patong Hotel. Masa ini sudah hampir pukul 9 malam. Letih sebab pukul 4 pagi tadi sudah bangun dan bertolak ke KLIA.

As mentioned earlier, hotel ini besar. Sambil berjalan ke bilik, sambil ambil gambar suasana malam di hotel ini.

A beautiful mural.

Wonderful wall art.

The hotel's restaurant.


The hotel blocks.

The swimming pool area.




Andaman Embrace.





Bilik kami. Nombor bilik ada disuluh ke dinding dan lantai. I wonder what that's for.

So it was quite an eventful day for us. Bangun seawal pukul 4 pagi, bertolak ke KLIA pukul 5 pagi dan tiba di Phuket pukul 10:35 pagi waktu Malaysia. Sampai saja, terus buat Phuket City Tour dan lunch. Sempat kami ke Phuket Old Town, t-shirt factory, Cashew Nuts Factory, Big Bee Farm, Wat Chalong, Karon View Point, Patong Beach Sunset, Bangla Road dan dinner di sebuah restoran dekat Masjid Nurul Islam.

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment