Wednesday, April 12, 2023

THAILAND - PHUKET - PHI PHI DON

Assalamualaikum. 
Sambung lagi cerita Phi Phi Islands Tour kami. Masa ini kami pun selamat tiba di pulau Phi Phi Don selepas pusing pulau Phi Phi Lay, which in itself was such an amazing experience for me.

Ini adalah peta laluan-laluan bot-bot dari Krabi dan Phuket ke kepulauan Phi Phi. Bot kami berlabuh di Ao Ton Sai Pier di Phi Phi Don. 

Welcome to Phi Phi Island Krabi. Iya, pulau ini secara pentadbiran adalah sebahagian daripada Wilayah Krabi. Ia adalah pulau terbesar dan paling ramai penduduk dalam kumpulan Phi Phi Islands.

Phi Phi Don pada asalnya dihuni oleh nelayan Melayu Thai pada akhir 1940-an, dan kemudiannya menjadi ladang kelapa. Penduduk Thai yang bermastautin di Phi Phi Don adalah lebih daripada 80% Islam. Jumlah penduduknya adalah antara 2,000 dan 3,000 orang (2013).

Keluasan Phi Phi Don ialah 9.73 kilometer persegi: 8 kilometer panjang dan 3.5 kilometer lebar. Pulau ini kecil saiznya sehingga pelawat boleh berjalan kaki sahaja untuk kemana-mana di pulau ini. Pelancong juga boleh melawat pulau-pulau lain dengan berkayak atau dengan long tail boat atau bot laju.

Keluar dari bot. 

Sudah nampak keindahan Phi Phi Don.


Ao Ton Sai Pier, Phi Phi Don.


Berjalan ke pangkal jeti.

Ton Sai Bay yang luas ini adalah ialah hab pengangkutan Pulau Phi Phi, di mana terletaknya jeti pulau Phi Phi Don. Ini juga merupakan pusat komersial yang sibuk, dengan kedai-kedai di lorong-lorong kecil, dari agensi pelancongan ke kafe Internet, dari 7-11 hingga kedai cenderamata serta terdapat juga banyak kedai-kedai menjual keperluan harian untuk perjalanan. Selain itu, di pulau ini juga ada restoran/cafe dan hotel-hotel untuk memenuhi kehendak dan keperluan pelancong. Kemeriahan pulau ini katanya sampai ke malam.  Dan tentunyalah Phi Phi Don cukup terkenal dengan pantai berpasir putih yang berkilauan, pohon-pohon kelapa yang melambai dan perairan biru yang menakjubkan.

Phi Phi Don adalah pulau terbesar dan satu-satunya yang didiami di kepulauan Phi Phi di Thailand. Ia terkenal dengan 4 pantai utama yang indah, air yang jernih dan kehidupan malam yang meriah. Aktiviti popular di Phi Phi Don termasuk snorkeling, menyelam, mendaki dan bar dan restoran di pulau ini.


On the opposite side of Ton Sai Bay is Loh Dalum Bay.

Di Phi Phi Islands ini pelancong hanya boleh menginap di Koh Phi Phi Don sahaja. Di pulau ini terdapat banyak hostels, pusat peranginan, restoran, bar dan tarikan pelancong. 

Sebagai hub pengangkutan, tentunya jeti ini sibuk dengan bot-bot membawa pelancong dari Phuket dan Krabi. Bot-bot dari Phuket datangnya dari Pelabuhan Rassada dan Krabi sama ada dari Nopparat Thara Pier Ao Nang atau Krabi River Marina Pier. Perkhidmatan feri ke Ton Sai Pier mengambil masa 2 jam atau satu jam dengan bot laju dari Rassada Harbour. Dari Nopparat Thara Pier Ao Nang atau Krabi Marina Pier pula perlayaran mengambil masa satu jam dengan bot laju.

Landskap pulau yang indah dengan bukit dan pergunungan yang dilitupi dengan hutan tropika hijau yang subur dan air teluk biru yang indah.

Itu feri kami tadi. Kena ingat feri itu sebab nanti jangan sampai ternaik feri yang salah untuk balik ke Phuket.

Pendaftaran dan pembayaran untuk aktiviti-aktiviti scuba diving dan snorkeling dibuat ketika ini untuk pelancong yang berminat dengan dibantu oleh crew feri tadi. Bagi yang lain seperti kami ini, terus dibawa ke restoran untuk makan tengahari. 

Kawasan penduduk/perniagaan di pangkal Ao Ton Sai Pier ini ialah Ton Sai Village. Kelihatan Burger King dan World Med Center. 

Pemandangan Ton Sai Bay dari Ao Ton Sai Pier. 


Pintu gerbang Ao Ton Sai Pier. I wonder what the banner in Thai says?

Ooo.. isu penyelengaraan jeti ini rupanya. Macam mana la AO nak maintain jeti ini kalau tak dapat bajet. Kesian.


Satu lagi banner. It is about the 12th Anniversary of the Tsunami Disaster.


Lebih 1,000 pelancong tiba di Phi Phi Don setiap hari. Angka ini tidak termasuk mereka yang tiba dengan bot laju yang disewa atau kapal layar. Phi Phi Don menghasilkan kira-kira 25 tan sisa pepejal sehari, meningkat kepada 40 tan semasa musim puncak. Kebanyakan sisa ini dibuang ke laut dan tidak dirawat di mana sehingga 83% air buangan tidak dirawat. Semua pelancong yang tiba di pulau ini membayar yuran 20 baht di Jeti Ton Sai untuk membantu dalam menjaga kebersihan Ko Phi Phi Don. Kutipan sehingga 20,000 baht sehari daripada pelancong itu kemudiannya digunakan untuk membayar syarikat swasta untuk mengangkut sampah dari pulau itu ke tanah besar di Krabi untuk dilupuskan. Bot-bot itu mengambil kira-kira 25 tan sampah dari pulau ini setiap hari. 

Di sebelah kanan itu adalah sebuah restoran halal. Memang tak ada masalah nak dapatkan makanan halal di Phi Phi Don ini.

MasyaAllah, cantiknya!

Ternyata pulau ini terjaga bersih. Tiada sampah sarap di tepian pasir mahupun di walkways.


So picturesque. 






Dari walkway tepi pantai kami ke kanan ke dataran ini. Di sini ada hotel/hostel dan restoran. Di sinilah restoran lunch kami.

Ada monument sauh dan jam di dataran ini milik Phi Phi Harbour View Hotel. Restoran di hotel ini namanya 'Anchor' hence this monument. 

Ini restoran tempat makan tengahari kami. Jom kita makan. 
Kru feri Sea Angel 2 bawa kami masuk ke restoran

Restorannya besar dan selesa, sesuai untuk big groups macam kami ni.



Ada 4 jenis buffet makanan yang disediakan: Vegetarian, Indian, International dan Thai. Semuanya halal jadi kalau nak bolehlah cuba semuanya.

Vegetarian food.

Indian food.

Thai food and International food.

Closer looks at the dishes.

Chicken tandoori.

Spicy seafood soup / tom yam.


Jemput makan. 


Sedap ke? Sedap. Alhamdulillah, kenyang. 

Seafood tom yam yang asli. Nice! Kalau la tak fikir lepas makan ni nak pergi cari surau/masjid dan jalan-jalan, pasti sudah saya have a second bowl of this delicious tom yam 😄😋. 

Ok, selesai makan kami pun pergi jalan-jalan di persisiran pantai Ton Sai Bay ini. Kami berjalan ke arah timur kerana di hujung walkway ini ada sebuah masjid. 

There are Cafe/bar/restaurant, McDonald's and Burger King to cater to the tourists/westerners.


Kawasan yang kami lalui ini dikenali sebagai Ton Sai Village, kerana asalnya memang sebuah kampung nelayan. Kini ia sudah berubah menjadi pusat peranginan dengan kedatangan pelancong yang ratusan hingga ribuan (peak season) orang sehari. 



Ton Sai Village sendiri adalah pusat yang sibuk dengan kehidupan budaya dan perniagaannya. Ada walkways pejalan kaki dibina bagi memudahkan pelawat berjalan di sepanjang pantai/teluk di sini. Tidak ada kereta di sini. Ada juga kami nampak motorsikal, tapi itu motorsikal Polis Pulau. 

Tsunami Evacuation Route Map. 

Run to the nearest safety point along the blue line, 100 meter from the beach.

Cantik sungguh pemandangan teluk ini.





Pemandangan di sini memang cantik macam postcard perfect. 

Airnya jernih bersih. Dari jernih ke teal hingga deep turquoise. 

Sekali lagi kami bersyukur cuaca cukup baik sekali pada hari kami buat island tour ini. Alhamdulillah. Kalau hujan takut bergelora pula laut. 


A cat black slumbers peacefully under a shady tree 😍. 

Dalam budaya Thai, kucing telah menjadi elemen penting dalam banyak tradisi bertuah dari upacara royal housewarming hingga perarakan membuat hujan.
From thailandfoundation.or.th:
Rain-making Parade: Thailand is traditionally an agricultural society in which the livelihood of the local people relies on the consistent and predictable arrival of rain. In times of drought, farmers have to find ways to communicate with the angel of rain and that is through the cat parade. It is believed that an animal that has the same color as a rain cloud can induce precipitation. Therefore, a Silver Blue cat, or a Si Sawat cat as it is called in Thai, is paraded. As the procession passes before people’s houses, the owners will pour water on the cat and pray for rain. Not only does the fur of the Silver Blue look like a rain cloud, but its green eyes also represent the growth of vegetation and fertility.
The Royal Housewarming Ceremony: After the coronation, the new king will have to attend the royal celebration for his new palace. He will ascend the throne and spend on night there. In the throne hall are present a number of auspicious objects and those from the royal regalia, namely a golden key, a mortar, seeds, coconut flowers, betel nut flowers, a flywhisk made of tail hair of a male white elephant, a white chicken, and, of course, a cat.


Monumen ikan todak ini dikenali sebagai Swordfish Monument or Sailfish Sculpture. Salah satu aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelawat, khasnya yang suka memancing, mereka boleh menyewa Long Tail Boat for a private fishing trip. Selalunya yang dibuat adalah 'tangkap dan lepas'. Dan ikan yang boleh ditangkap di perairan ini adalah mackerel, snapper, and any kind of smaller fish. Kalau bertuah mungkin boleh juga dapat tangkap barracudas and swordfish.


Another Phi Phi Don cat 😍.

Kami berhenti sekejap di kedai ini untuk bertanya arah masjid. Tengok dalam Google Map ada satu masjid about 10 minutes walk from where we were. Ada seorang wanita di kedai ini yang boleh berbahasa Inggeris kata ada 2 buah masjid di pulau ini: Masjid lama yang lokasinya berhampiran dengan jeti, dan masjid baru yang jauh sikit. Tapi kata cik tu, masjid baru itu tidaklah jauh sangat dan recommend kami ke masjid itu. We thanked her and made our way to the new mosque. Sambil-sambil jalan tu bolehlah kami menikmati keindahan Ton Sai Bay ini. 


Kedai yang menyediakan boat services.

Terdapat deretan bot-bot kecil yang boleh disewa untuk boat cruises di Phi Phi Don.




Boleh juga shopping di Ton Sai village ini sebab ada banyak kedai-kedai souvenir dan lain-lain. Pada waktu malam, jalanan dipenuhi orang ramai yang keluar untuk makan malam, atau untuk menikmati kehidupan malam Ton Sai Village.

Juga ada banyak kedai yang menawarkan aktiviti-aktiviti scuba diving dan snorkeling.


Terdapat banyak penginapan murah untuk pengembara backpacker dan juga hotel-hotel dan resort mewah. Ini Phi Phi Banyan Villa sebuah hotel 4 bintang.

Tourist Information Center.

Ini pokok banyan (Sai Ngam) besar. Bagi orang Thai, pokok banyan mempunyai kepentingan yang besar. Ia adalah 'Pohon Kehidupan'. Mengikut kepercayaan mereka, pokok ini adalah tempat perlindungan dewa. Ia mempunyai kuasa untuk memenuhi keinginan. Pokok banyan telah menjadi elemen penting budaya Thai sejak zaman purba. Ada yang mengatakan, 'the roots of the Banyan Tree are the roots of Thailand itself'.

Another Phi Phi Don cat 😍.

Di bawah pokok banyan besar ini ada sebuah mini shrine dengan rekabentuk rumah tradisional Thai.

Let's have a closer look shall we.

Ada offerings air botol Fanta siap dengan straw. 

Selain air botol, juga ada pisang, gubahan bunga-bunga dalam vase and incense with incense pot.

Di verandah rumah shrine miniature ini ada minature human and elephants figurines. 




Biasanya orang Thai mengatakan bahawa semakin besar dan semakin tua pokok banyan, ia akan menjadi tempat roh. Jadi orang Thai menandakan pokok ini dengan kain berwarna-warni seperti ini. It is also a way to protect the environment. 

A huge banyan tree.

Chao Koh Phi Phi Hotel and Resort, a 3 star hotel.


Restoran tepi pantai sudah siap meja makannya menunggu kehadiran big group of tourists.

Papan info jarak Phi Phi Don ke beberapa lokasi-lokasi dunia.

Decorative long boat in front of a restaurant.

A tattoo parlour. Tattoo and piercing shop.

Here are more beautiful scenery shots of the Ton Sai Bay.







Meneruskan perjalanan mencari masjid. Ada sebuah medical center besar di kiri tu.


Hello love 😍. Agaknya tengahari begini memang nap time mereka.


Memang sepanjang walkway ini pemandangannya amat indah sekali.



Panjat bukit sikit.


Turun bukit sikit.

Satu lagi pokok banyan besar dibalut dengan fabrik berwarna-warni.

Penduduk Islam Phi Phi Don.

Tanah perkuburan Islam Phi Phi Don.

Tu dah nampak masjid.



Nama masjid ini ialah Al Islah Koh Phi Phi Mosque.

Ini lokasi Masjid Al Islah di Phi Phi Don.

Terletak tidak jauh dari Ton Sai Bay, Masjid Al Islah ialah masjid utama di Phi Phi Don. Dibina dengan bantuan Raja Arab Saudi, ia adalah pusat utama kehidupan masyarakat di pulau ini. 

Lebih daripada 80% penduduk Koh Phi Phi Don adalah beragama Islam yang ramainya adalah nelayan. Orang Islam berhijrah ke Thailand pada tahun 1930-an yang terdiri dari pedagang-pedagang Arab.


Suasana di dalam masjid.

Bahagian solat wanita, di belakang tabir.









Peti-peti derma dan infaq - Mosque, Ramadan, Orphans and Scholarship.






Alhamdulillah, lega sungguh rasanya sudah menunaikan solat. Syukur Alhamdulillah kami dapat mengerjakan solat dengan begitu selesa dalam sebuah masjid yang cukup indah sekali. 

Selesai solat, masih lagi ada masa untuk kami jalan-jalan sebelum balik ke feri. Jadi kami pun ke teluk bertentangan dengan Ton Sai Bay iaitu Loh Dalum Bay.

Masa ini kami berada di lokasi anak panah merah ini.

Kedai menjual bermacam souvenir.


Do not feed the monkeys. Ada juga kami nampak beberapa ekor monyet di pokok-pokok berdekatan.

Menyusuri Teluk Ton Sai menggunakan walkway yang sama yang kami lalui tadi. 

Medical Center Phi Phi Don. Buggy digunakan sebagai ambulan.

World Med Center.




Bolehlah berbuai di sini dan buat social media content.

Phi Phi Police Station.

The island's police in shorts.

Kenderaan polis. Rasanya polis sahaja yang dibenarkan menggunakan kenderaan bermotor di sini. 

Panas tengahari itu, jadi kami minum sekejap di Chao Koh Coffee House ini.

Macam-macam snek ada. 

Suasana dalam cafe.



Donut and ice cream.

Dan air kelapa. So refreshing. 

And orange juice too. 

Ok, jom sambung balik jalan-jalan.

Sekarang kami masuk lorong yang merentas dari Ton Sai Bay menuju ke Loh Dalum Bay.


Sebenarnya ada banyak teluk-teluk di Phi Phi Don ini yang boleh dilawat pelancong dengan boat cruises. 

Yang ini pun tengah tidur jugak 😍.


Dah nampak Loh Dalum Bay.

Satu lagi pokok banyan besar.

Ok jom kita ambil gambar di Loh Dalum Bay ini. 

Peti derma masjid.


Suasana di teluk ini kelihatan tenang dan tidaklah sesak dengan pelancong.












Ok dah, jom balik ke feri. Pukul 2:30 sudah mesti ada di feri sebab pukul 3:00 feri akan bertolak. Siapa yang tidak balik ke feri on time, akan ditinggalkan dan kena urus sendiri feri balik dan tanggung sendiri kos menginap 1 malam di Phi Phi Don ini. 

The anchor clock monument.

Restoran makan tengahari kami tadi.

Phi Phi Harbour View Hotel.

Berjalan ke jeti sambil ambil gambar teluk ini lagi.


Sudah hampir sampai ke jeti.


To be continued....

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
 
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment