Assalamualaikum.
Lepas melawat Wat Chalong, kami ke Karon View Point pula.
Dari view point ini boleh nampak Kata Noi Beach, Kata Beach dan Karon Beach.
Pulau Ko Pu.
What an amazing view.
Berjalan naik ke view point yang lebih tinggi.
Ok, dengan lawatan ke Karon View Point, maka berakhir sudah Phuket City Tour kami. Seterusnya kami pun dibawa ke hotel untuk check-in.
Dalam perjalanan kami terus berbual dengan Anwar, our tour guide. Antara yang kami tanyakan adalah tentang penduduk Islam di Phuket. Dianggarkan 20% daripada penduduk asal Phuket adalah beragama Islam. Kebanyakan Muslim Thai adalah Muslim Sunni. Kata Anwar, memang susah nak bezakan antara orang Thai yang beragama Islam dan yang beragama Buddhist. Tambahan pula penduduk Islam di negara ini juga mempunyai nama rasmi Thai. Tapi sejak awal tahun 2000-an kad pengenalan penduduk Thailand telah memasukkan agama pemilik kad. Ini adalah disebabkan berlaku beberapa kes di mana mayat penduduk Islam yang meninggal dunia dibakar mengikut ritual Buddha apabila jenazah mereka lewat dituntut oleh keluarga atas beberapa faktor.
Thailand adalah negara pertama di Asia yang menyahkriminalisasikan penggunaan ganja. Oleh itu, terdapat peningkatan minat terhadap produk dan rawatan berasaskan kanabis. Kami nampak banyak cannabis cafes and weed dispensaries di Phuket ini.
Kedai ganja di Phuket |
Salah satu akibat yang tidak diingini daripada penyahkriminalan ini adalah peningkatan dalam penggunaan rekreasi ganja. Kata Anwar, undang-undang penjualan cannabis secara terbuka ini baru saja diluluskan di seluruh Thailand. Ia adalah janji sebuah parti politik yang baru berkuasa menjadi pemerintah. Walau dijual secara berleluasa, ada ramai juga rakyat Thailand yang tidak bersetuju kerana pelajar-pelajar sekolah pun dah mula menghisap ganja di negara ini.
Karon Beach Roundabout.
Pearl Circle. Symbols of Patong's pearls.
Karon beach.
Mereka ni bukan kisah, pakai ikut suka saja. Memang sudah 'culture' mereka.
Suasana di Karon Beach.
Patong Beach.
House of spirits.
Selama di Phuket ini, kami menginap di Andaman Embrace Patong Hotel, sebuah hotel 4 bintang yang terletak lebih kurang 10 minit jalan kaki ke Patong Beach.
Lobi hotel.
Anwar tolong kami check-in sebab staff di reception ini tidak pandai cakap Inggeris. Pelik pulak staff di reception sebuah hotel 4 bintang tak fasih berbahasa Inggeris.
Hotel ini besar dengan laluan turun naik tangga dan lintas jambatan over swimming pools. Bilik kami pula di blok baru hotel ini, jadi jauh la sikit dari lobi. Mujur ada petugas hotel yang tolong bawakan beg-beg kami.
Bilik kami. Alhamdulillah, cukup selesa sekali.
Bilik ini designnya ada tingkap antara ruang bilik dan bilik air. Tapi boleh tutup la.
Balkoni bilik mengadap swimming pool.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment