Sunday, January 29, 2023

BALKANS - NORTH MACEDONIA & GREECE - JOURNEY FROM OHRID TO THESSALONIKI - PART 01

Assalamualaikum. 
Sudah pun hari ke 8 kami dalam percutian 8 negara Balkan. Selepas Croatia, Bosnia & Herzegovina, Montenegro, Albania, Kosovo dan North Macedonia, tiba masanya kami untuk masuk negara ke 7 iaitu Greece pula. 

Sarapan di Imperial Hotel & Spa, Struga, North Macedonia. Pukul 6:30 pagi kami sudah bersarapan kerana kami perlu bergerak awal supaya tidak sampai terlalu lewat malam di bandar Kavala, Greece. 

Seperti kebiasaan, lepas sarapan kami akan berlegar di kawasan hotel untuk ambil gambar since masa kami sampai semalam hari sudah gelap. 


Tadi di bilik kami check suhu 3℃. Sejuknyaaa...

Pemandangan sunrise di depan hotel. Di hujung sana adalah Lake Ohrid yang kami lawat semalamnya. Teringin juga nak jalan ke tepi tasik itu dari hotel ini, tapi tak sanggup la sebab sejuk sangat masa tu 😄.



Ok, jom kita bertolak. Naik bas sambil membaca doa semoga selamat perjalanan. 

Pukul 7:30 pagi kami pun gerak. Jarak Struga, North Macedonia ke Kavala, Greece adalah lebih kurang 450 km atau 5 jam 30 minit perjalanan. While on the way to Kavala, we will stop at Thessaloniki for lunch.

Baik, seperti biasa saya kongsi foto-foto yang sempat kami berdua rakam semasa perjalanan-perjalanan kami dalam bas dari satu bandar ke satu bandar. 


Landskap indah North Macedonia ketika sunrise dengan suasana berkabus pagi.




Memasuki kawasan Municipality Resen yang ketika itu suhunya 0℃. 

Sejuk sungguh hingga boleh nampak frost pada rumput di padang ini.

Resen ialah satu-satunya bandar berhampiran Tasik Prespa, yang merentangi North Macedonia, Albania dan Greece. Pekan ini berada di ketinggian 880 meter di atas paras laut.

Resen ialah sebuah bandar di barat daya North Macedonia, dengan hanya di kurang 9,000 orang penduduk dalam had bandar dan 43 kampung sekitarnya dengan jumlah penduduk hampir 17,000 orang.

Resen mempunyai populasi yang pelbagai etnik di mana orang Macedonia membentuk tiga perempat daripada penduduk bandar, Turki membentuk 16%, dan Albania membentuk 4%. Orang Macedonia adalah orang Kristian Ortodoks, manakala orang Turki dan Albania adalah orang Islam.

Kawasan Resen dan Prespa adalah lokasi yang sesuai untuk penanaman epal. Dengan lokasi geografi yang baik dan iklim yang luar biasa, wilayah-wilayah ini secara berterusan menghasilkan kualiti dan kuantiti produk pertanian yang tinggi, termasuk pelbagai jenis buah epal yang diiktiraf dan dihargai di seluruh dunia.

Kualiti epal Resen dan Prespa terkenal di Balkan dan di seluruh dunia. Dikenali sebagai hab pertanian negara, Resen menghasilkan separuh daripada epal di North Macedonia.

Jumlah pengeluaran epal North Macedonia pada tahun 2021 ialah 92,863 tan metrik di mana lebih 80% daripadanya dihasilkan di wilayah Resen/Prespa. Varieti epal yang paling penting ialah Idared (65%), Golden Delicious (10%), Red Delicious (10%), Granny Smith (5%), dan 10% yang lain. Kebanyakan tanaman epal North Macedonia secara tradisinya dieksport ke negara jiran.

Kami dibawa berhenti di sebuah ladang epal for a bit of apple picking and photography.

Ada epal hijau dan epal merah.


Walau pun masa itu sejuk sungguh, tapi ramai group members yang excited dan turun bas 😃. Saya turun bas juga tapi lepas took a few snaps, cepat-cepat naik balik bas... hihi 😄. Suhu 1℃ masa itu!! 😮


Salah satu produk yang dihasilkan dari epal Resen/prespa ialah 100% NFC Apple Juice, which is 100% natural, not from concentrate, cold pressed apple juice and with no sugar added. 

Produk-produk lain yang dihasilkan dari epal Resen bersama buah-buahan dan sayur-sayuran lain adalah fruit/vege concentrates (e.g apple, beet Root, sour cherry and grape), purees (e.g apple, apricot, peach and tomato) and frozen fruits (e.g apple, peach, plum and sour cherry).

Kawasan pengeluaran Resen/Prespa meliputi 3,500 hektar, dengan 2,000 pengeluar epal berdaftar. Kebanyakan pengeluar memiliki 1 - 2 hektar kebun epal. Walaupun kebun-kebun mereka memberikan pendapatan yang besar, kebanyakan petani kebun epal boleh dianggap sebagai petani sambilan.

Apples farmers with wooden crates filled with apples from their orchards. 


An apple farmer's house in Municipality of Resen.

Do Malaysia produce apples?

Ok, sambung semula perjalanan in the comfort of a well heated bus... hihi 😃😄. Alhamdulliah.

Apple orchard

Beautiful open space landscapes with mountainous skyline.















Stop sekejap for toilet break di petrol station Lukoil Лукоил, Bitola.

Masa ini kami sudah masuk ke dalam Municipality Bitola. Suhu 3℃. 



Минимаркем bermaksud mini market.


кафе ialah 'Kopi'. 
добредојдовте bermaksud 'Selamat Datang'. 


Pemandangan sekeliling petrol station ini. 







Passing through Bitola town.

Bitola ialah sebuah bandar di bahagian barat daya North Macedonia. Ia telah dikenali sejak zaman Uthmaniyyah sebagai "City of Consuls", kerana banyak negara Eropah mempunyai konsulat di Bitola.

Bitola, yang dikenali semasa Empayar Uthmaniyyah sebagai Manastır atau Monastir, adalah salah satu bandar tertua di North Macedonia. Menurut bancian 2002, Bitola ialah bandar kedua terbesar di negara ini.

Bitola ialah pusat perindustrian, pertanian, komersial, pendidikan dan kebudayaan yang penting. Ia mewakili persimpangan penting yang menghubungkan Laut Adriatik ke selatan dengan Laut Aegean dan Eropah Tengah.






Mehmet, our guide, pointed out this bulding to us. Ini ialah bangunan NI Institute and Museum Bitola, St Clement of Ohrid BB, Bitola, North Macedonia.

Di dalam muzium ini ada pameran khas untuk bapa Turki moden, iaitu Mustafa Kemal Attaturk di bahagian 'Memorial room of Mustafa Kemal Ataturk'. Mustafa Kemal Ataturk lulus dari sekolah menengah tentera (Mektebi askeri idadi) pada tahun 1899 dan lokasi sekolah itu adalah di bangunan ini yang ketika itu dikenali sebagai Bitola Barracks.

Ketika ini kami sedang lalu di tepi the beautiful City Park Bitola. 












Kami pun tiba di sempadan North Macedonia-Greece di Border Crossing Medzhitlija (NMK).

Passport kami beri pada bus driver dan diserahkan kepada pegawai imigresen untuk dicop. Jadi kami tidak perlu turun bas dan beratur di kaunter imigresen out in the cold. Agaknya pegawai imigresen di situ pun faham suhu tengah rendah below 10℃. 


Pada duit kertas Macedonia 10 Denari ada gambar burung merak.
Many monasteries in Macedonia are decorated with this beautiful bird. In Christianity, the Peacock symbolism represents the "all-seeing" church, along with the holiness and sanctity associated with it. Additionally, the Peacock represents resurrection, renewal and immortality within the spiritual teachings of Christianity. - macedonianature.blogspot.com
The reverse of the note shows the representation of the peacock that is part of the mosaic on the floor of the baptistery of the episcopal basilica in the ancient city of Stobi (4th-5th centuries), which is a peacock. - foreigncurrencyandcoin.com

Saya tiba-tiba cerita pasal burung merak pada duit North Macedonia sebab masa menunggu dalam bas kami ternampak beberapa ekor burung merak berkeliaran bebas di border crossing ini which we found quite surprising and amusing. 


Dan kami pun sudah masuk ke Greece, negara ke 7 dalam percutian 8 negara Balkan kami. 

Dengan masuknya ke Greece maka sudah 36 negara yang telah saya lawat. Syukur Alhamdulillah. 
36 negara yang telah saya lawat dalam 25 tahun dari tahun 1998 hingga 2022

A bee farm.


Menuju ke Thessaloniki. Mehmet kata waktu Greece adalah sejam lebih awal dari North Macedonia, so please reset your watches. 

A farmer working the field.

Breathtaking view of mountain range. 






Sekali sekala kelihatan banyak photovoltaic panels yang digunakan untuk menjana kuasa solar bagi menghasilkan tenaga elektrik. Greece bergantung kepada pelbagai sumber untuk elektrik, dengan tanpa satu sumber menyumbang lebih daripada 50%. Pada Ogos 2022, gas asli dan sumber yang boleh diperbaharui, seperti angin dan suria, menyumbang kuasa terbanyak. IPTO (Independent Power Transmission Operator) juga memperoleh tenaga elektrik daripada kuasa hidro, serta daripada lignit atau "arang batu coklat," salah satu bahan api fosil yang paling kotor.

Menghadapi bil elektrik dan gas asli yang melambung tinggi, syarikat-syarikat dan rumah-rumah Greece beralih kepada photovoltaic panels secara besar-besaran untuk menghadapi krisis tenaga yang berterusan. Di tengah-tengah krisis tenaga, penghasilan tenaga elektrik cara ini adalah satu-satunya penyelesaian yang perlu dilakukan supaya dapat menampung kos elektrik dan melindungi diri mereka dalam persekitaran yang tidak stabil. Dengan lebih daripada 250 hari bercahaya matahari setahun, Greece kaya dengan potensi tenaga suria yang boleh diperbaharui.

Melalui kawasan perladangan yang sangat luas.

Antara tananam perladangan di Greece adalah jagung, gandum, barli, sugar beets, peaches, tomato, kapas dan tembakau. 

Tanaman lain yang ditanam dalam kuantiti yang banyak ialah buah zaitun (untuk minyak zaitun), anggur, tembikai, kentang dan oren, yang kesemuanya dieksport ke negara EU yang lain. Sejak suku terakhir abad ke-20, Greece juga telah mengeksport sayur-sayuran yang ditanam di 'hothouse' ke Eropah utara semasa musim sejuk.


Farmer and cattles. Di Greece, kambing biri-biri, kambing, babi, lembu dan ayam diternak untuk eksport dan penggunaan tempatan.





Ni first time saya nampak papan amaran untuk kurangkan kelajuan kenderaan sebab 'Bear Crossing' 😃. Masa ini kami sedang lalu kawasan berhampiran Pindus Mountain Range yang merupakan habitat semulajadi Brown Bear Greece. 

Dianggarkan bahawa kini terdapat kira-kira 450 brown bears yang tinggal di Greece. Itu adalah angka yang besar, memandangkan spesies itu kini dianggap terancam kepupusan di Eropah barat, tengah dan selatan.

Penternakan biri-biri dan kambing adalah salah satu aktiviti pertanian yang paling penting di Greece. Menurut laporan Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Kesatuan Eropah untuk 2020, Greece berada di barisan hadapan EU untuk bilangan terbesar kambing di wilayahnya, memiliki kira-kira 3.6 juta ekor kambing, diikuti oleh Spain, Romania dan France.

Negara ini mempunyai tradisi pertanian yang telah lama wujud, sejak zaman dahulu, dengan industri penternakan kambing menjadi pusat pengeluaran pelbagai keju, susu dan produk daging. Greece berada di kedudukan keempat dalam pengeluaran susu kambing dunia manakala memegang kedudukan kedua dalam kalangan negara EU, selepas Perancis.

Penternakan biri-biri dan kambing di Greece, menurut tinjauan terbaru ada di kira-kira 300,000 unit ladang. Kebanyakan susu yang dihasilkan oleh biri-biri dan kambing dijadikan keju dalam perusahaan perindustrian. Selebihnya dibuat pelbagai produk tradisional seperti yogurt. Pengeluaran daging terutamanya adalah dari kambing. 






Satu lagi papan amaran 'Bear Crossings'. 


Suhu meningkat ke tahap belasan bila hampir waktu tengahari. 

Ladang pertanian dan solar power farm.


More solar panels. 





Dari lebuh raya European Route E65 yang kami lalui ini, kelihatan Amyntaio Power Plant.

Wikipedia: Amyntaio Power Station is a 600 MW coal-fired power station near Amyntaio in Western Macedonia, Greece. Build and commissioned in the mid 1980s, the power station is fuelled by lignite from the adjacent Amyntaio coal mine. 



Bee farm. Pembiakan lebah mungkin telah dibuat di Greece seawal 1500 SM. Di Athens, ahli arkeologi telah menjumpai cylindrical hives, diperbuat daripada tembikar bertarikh 400 SM. Menurut kajian 2013, Greece mempunyai kepadatan koloni lebah terbesar di Eropah, dengan 11.4 koloni setiap kilometer persegi. Negara ini juga mengeluarkan beberapa madu terbaik di dunia. 



Ptolemaida Town. 




This is the old, no longer in use, 59.4-kilometre Kozani–Amyntaio railway track that once connected Kozani and Amyntaio, yang melalui kawasan Ptolemaidas ini. 




Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved. 

No comments:

Post a Comment