Wednesday, January 18, 2023

BALKANS - NORTH MACEDONIA - TETOVO - THE COLORFUL MOSQUE

Assalamualaikum. 
Cerita hari ke 7 kami dalam percutian 8 negara Balkan diteruskan lagi dengan kisah perjalanan kami ke Tetovo and lawatan ke The Colorful Mosque. 

Bermula dengan perjalanan kami meninggalkan bandar Skopje, North Macedonia. Ini patung Hristo Dimitrov Uzunov, seorang revolusioner Macedonia yang heroik dalam perjuangan bersenjata menentang empayar Uthmaniyyah.

Ini pastung Vasil Chekalarov (1874–1913), seorang revolusioner Bulgaria dan salah seorang pemimpin IMRO di Aegean Macedonia. Dia dianggap sebagai etnik Macedonia di Republik Macedonia. His dynamic equestrian statue shows him charging with a pistol.


Patung lagi. Di Skopje ni memang banyak sangat statues, bukan saja di Philip II Square dan Macedonia Square yang telah kami lawati tapi juga di tepi jalan dan roundabout di merata bandar Skopje. Ini statue Gyorche Petrov (1865 –1921), seorang revolusioner Bulgaria, salah seorang pemimpin Jawatankuasa Revolusi Bulgaria Macedonia-Adrianople. Walaupun dia dikenali sebagai orang Bulgaria, menurut pensejarahan Macedonia pasca Perang Dunia II, dia adalah seorang etnik Macedonia.

Catholic church Sacred Heart of Jesus.

Shopping Center SP Planet.



Popova Šapka ialah salah satu puncak di Macedonia Utara. Ia adalah lebih 1,780 meter di atas paras laut dan merupakan resort ski di Macedonia Utara.

Saya kongsi foto-foto pemandangan bumi North Macedonia yang sempat dirakam sepanjang perjalanan dari bandar Skopje ke bandar Tetovo.



Melalui kawasan-kawasan perladangan yang luas dengan latarbelakang pergunungan yang cukup indah sekali. 

A farmer working the field.









Pay-Toll Glumovo, di lebuh raya  A2/E65, North Macedonia.



Selamat tiba di bandar Tetovo.

Merakam suasana di bandar Tetovo. 

Tetovo ialah sebuah bandar di bahagian barat laut Macedonia Utara, dibina di kaki bukit Gunung Šar dan terbahagi oleh Sungai Pena. Perbandaran Tetovo meliputi kawasan seluas 1,080 km2 pada 468 meter di atas paras laut, dengan populasi 52,915. Tetovo diasaskan pada abad ke-14 di lokasi bandar purba Oaeneon.

Pada abad ke-15 Masihi, Tetovo berada di bawah pemerintahan Uthmaniyyah selama kira-kira lima abad. Untuk jangka masa yang singkat semasa abad ke-15, Tetovo berada di bawah kawalan negara Albania, Liga Lezhë yang dipimpin oleh Gjergj Kastrioti Skanderbeg dan orang Albania mencapai kemenangan ke atas Uthmaniyyah dalam Pertempuran Polog. 

Selepas penaklukannya oleh Uthmaniyyah, kebanyakan penduduk kota itu memeluk Islam dan banyak struktur gaya Uthmaniyyah telah dibina, seperti Šarena Džamija dan Arabati Baba Teḱe, yang masih kekal sebagai dua daripada mercu tanda Macedonia yang paling penting pada zaman Uthmaniyyahnya.

Dalam tempoh ini, bandar itu adalah milik Vilayet Kosovo, menjadi lokasi kilang membuat senjata api dan meriam, dan dinamakan semula sebagai Kalkandelen (bermaksud Shield Penetrator); akibatnya, bandar itu menarik ramai pekerja dan berkembang menjadi sebuah bandar. Selepas Perang Dunia, Tetovo menjadi sebahagian daripada Yugoslavia dan, kemudian, Republik Macedonia.

Tetovo telah menjadi ibu kota dan pusat tidak rasmi bagi wilayah majoriti etnik Albania yang terbentang dari Tetovo ke Struga. Lebih satu pertiga daripada bandar ini didiami oleh etnik Macedonia. Tetovo dari segi sejarah mempunyai penduduk Turki yang besar, membentuk hampir satu perempatpada tahun 1961, walaupun ia kini membentuk kurang daripada 4% penduduk bandar Tetovo.

Sebagai bandar utama wilayah Polog, Tetovo mempunyai kira-kira 53,000 orang, menjadikannya bandar kelima terbesar di Macedonia Utara. Perbandaran Tetovo, yang merangkumi 18 kampung, mempunyai lebih 86,000 penduduk. Tetovo ialah sebuah bandar berbilang etnik di mana orang Albania membentuk majoriti. Ini telah menyebabkan beberapa ketegangan, yang terbaru pada awal tahun 2000-an, apabila keganasan tercetus. Namun, keadaan kini agak tenang.

Pada 26 November 2019, gempa bumi melanda Albania dan Perbandaran Tetovo mengadakan 2 hari berkabung untuk mangsa gempa bumi dan menghantar bantuan kemanusiaan dan 500,000 denars sebagai usaha bantuan.




Kelihatan seorang penjual madu di tepi jalan. Ada saya baca, honey producing is a huge thing in North Macedonia. Daripada semua pakar yang telah menilai madu-madu dari banyak negara, madu Macedonia dinilai sebagai yang terbaik di rantau ini dan di Balkan. Mereka memanggilnya "Liquid Diamond from Macedonia".

Oleh itu tidak hairanlah semua data yang dikumpul tentang beekeeping di negara ini menunjukkan peningkatan berterusan dalam bee families dan bee farms. Dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu, bilangan bee families telah meningkat dua kali ganda kepada lebih 300 ribu dan bilangan tempat pembiakan telah meningkat sebanyak empat kali ganda kepada lebih 11 ribu.

Kehebatan madu Macedonia telah membawa kepada terciptanya Pertandingan Kualiti Madu Antarabangsa tahunan iaitu "Tetovo honey awards" yang dianjurkan oleh persatuan "City of Bees" dan "Polozhik Med", dengan kerjasama Faculty of Food Technology and Nutrition of the University of Tetovo. Pertandingan terbesar di Eropah ini telah menjadi terkenal bukan sahaja di bandar Tetovo, tetapi juga di seluruh North Macedonia, di Balkan, dan Eropah dan dunia. Contohnya "Tetovo honey awards 2021" telah mendapat penyertaan dari 22 negara dari Eropah, Australia dan Amerika.

Kepentingan usaha honey production di North Macedonia juga telah mendapat perhatian Turkish Cooperation and Coordination Agency (TİKA) yang telah menyediakan peralatan pengeluaran madu kepada penternak lebah di Perbandaran Lozovo di timur North Macedonia sebagai sebahagian daripada "Project for the Development of Beekeeping in North Macedonia".


Filem dokumentari Macedonia "Honeyland" yang menceritakan kisah seorang penternak lebah Macedonia telah dicalonkan untuk dua Oscar, dalam 92nd Academy Awards ceremony, presented by the Academy of Motion Picture Arts and Sciences dalam dua kategori iaitu 'Best International Feature Film' dan 'Best Documentary Feature'. Filem ini turut memenangi 3 awards dalam 2019 Sundance Film Festival.

Kami dibawa terus melalui bandar Tetovo ini menuju ke sebuah masjid bersejarah. 
Hotel

Apartments




Casino





Banks



Tetovo Square


Masa ini kami sedang lalu di jalan Ilinenska, Tetovo di mana tertumpunya banyak kedai-kedai emas yang menjual pelbagai gold jewelries termasuk wedding jewelries. Kata Mehmet, our tour guide, sudah adat orang Albania beri emas/barang kemas emas kepada pengantin perempuan masa masjlis kawin. Majoriti penduduk Tetovo adalah orang Albania, sebab itu ada banyak kedai emas. Tambah Mehmet lagi, emas Tetovo terkenal murah sebab kebanyakkkannya emas seludup dari luar negara. 


Memang sederet ni kedai emas semuanya.



Beginilah fesyen rantai emas mereka, besar dan lebar. The design also look quite traditional. Designed for visibility supaya nampak jelas dan mewah.



Then we came upon this old hammam building or Bey's (Turkish) bath i.e hammam. 

Ia adalah Hamam of Tetovo, yang dibina pada abad ke-16. Lokasinya sebelah Sungai Pena berdekatan dengan The Colorful Mosque yang akan kami lawat. 

Hamam of Tetovo, bangunan Islam klasik dengan unsur-unsur Albania telah dibina di tempat yang sangat sesuai iaitu di persimpangan jalan yang menghubungkan bandar ini dengan masyarakat lain ketika itu. 

Kini ia adalah The Gallery of Visual Arts.



Dan kami pun sampai di The Colorful Mosque atau Šarena Džamija (bahasa Croatia). Šarena Džamija, bermaksud 'decorated mosque' yang juga dipanggil 'Painted Mosque'. Ia adalah sebuah masjid yang terletak berhampiran Sungai Pena di Tetovo, Macedonia Utara. Ia adalah monumen budaya sejak abad ke-15, yang telah dinaik taraf dan dikembangkan pada abad ke-19. Nama-nama lain masjid ini adalah Larme Mosque (Xhamia e Larme - bahasa Albanian) dan Alaca Mosque (Alaca Camii in Turkish).  

Masjid ini pada asalnya dibina pada tahun 1495. Pembinaan masjid-masjid pada masa itu selalunya dibiayai oleh sultan, beys atau pashas, tetapi Šarena Džamija dibiayai oleh dua saudara perempuan, Hurshide dan Mensure, dari Tetovo. 

Kemudian masjid ini dibina semula pada tahun 1838 oleh Abdurrahman Pasha, seorang peminat seni yang sangat menyukai Tetovo.

Ada papan info tentang sejarah masjid ini dalam pelbagai bahasa.

This is the English version.

Tidak seperti masjid lain pada zaman Uthmaniyyah Klasik, Masjid Šarena lebih bercirikan masjid tradisional di Anatolia, kerana ia dibina sebelum penaklukan Constantinople. Ia tidak mempunyai kubah yang merupakan reka bentuk standard masjid Uthmaniyyah.

Monumen budaya ini adalah sangat menarik kerana hiasannya fasadnya yang unik. Tidak seperti hiasan jubin seramik masjid Uthmaniyyah tradisional, Šarena Džamija mempunyai lukisan-lukisan bunga dan tumbuh-tumbuhan yang terang dan berwarna warni.

Seperti kebanyakan masjid, hammam turut dibina dan hamam berdekatan masjid ini ialah hamam yang kami passed by earlier iaitu Hamam of Tetovo (sekarang The Gallery of Visual Arts) yang berlokasi di tepi sungai Pena kurang 100 meter dari Šarena Džamija.
Taman di sebelah masjid ini namanya The park of Jamia e Larme

Pada tahun 1991, komuniti Islam di Tetovo telah membina tembok di sekeliling masjid ini dalam gaya Uthmaniyyah klasik.

Memasuki kawasan masjid dari pintu tepi yang mengadap ke the Park of Jamia e Larme.

The Colorful Mosque 1495 / 1838.

Halaman depan Šarena Džamija ada sebuah "türbe" segi lapan yang menempatkan makam Hurshida dan Mensure, dua beradik perempuan yang membiayai pembinaan masjid pada tahun 1495. 

"Türbe" ini mewakili contoh ciri monumen sebuah makam dari zaman Uthmaniyyah, dibina pada abad ke-16. 

Sebagai sebahagian daripada kompleks masjid ini, makam yang berkonsep terbuka dengan rekabentuk dan dimensi yang harmoni ini menjadikan ia sebuah struktur bangunan yang tidak menonjol, malah ia melengkapkan persekitaran sekeliling kompleks.


Makam Hurshida dan Mensure.

Maklumat yang ada di dalam makam ini. 


Masjid ini sendiri adalah sebuah kompleks yang dikelilingi oleh binaan pagar batu dengan bukaan/tingkap yang dipasang mushebak (wooden grid). Laman depan masjid ini turut ditanam indah dengan pokok bunga dan pokok hiasan lain dan disediakan park benches. 

Dalam komplek masjid ini terdapat bangunan masjid yang mempunyai dewan solat, anjung dan menara, bangunan makam dan laman. 

Bentuk dan hiasan seni bina yang dilihat hari ini telah dibuat pada separuh pertama abad ke-19 (1833/34), oleh Abdurahman Pasha. Dikatakan lebih daripada 30,000 biji telur telah digunakan untuk menyediakan cat dan glaze yang digunakan dalam membuat hiasan dinding luar dan dalam masjid yang rumit ini. 

Anjung masjid. Cantik dan detail sungguh hiasan/lukisan pada dinding dan siling serambi ini. 

Pada tahun 2010, pengubahsuaian lukisan luar telah disiapkan dan facade bangunan masjid ini telah dibina semula dan dipelihara pada tahun 2011.

Tingkap masjid ini dipasang dengan grid kayu yang dipanggil mushebak. 


Monumen ini mewakili contoh yang representatif dan pencapaian artistik yang istimewa, dengan hiasan luaran dan dalaman yang khusus. Selama berabad-abad, masjid ini mengekalkan fungsi keagamaan, pendidikan dan budayanya.

Sejarah pembinaan masjid ini ada terukir dalam rekod yang diukir pada kepingan marmar yang diletakkan di atas pintu masuknya. Terdapat penjaga masjid yang membuka kunci pintu masuk ke masjid ini untuk pengunjung.
Pintu masuk ke dalam the Colorful Mosque

Anjung depan masjid. Pastinya kasut mesti ditanggalkan dan pengunjung wanita perlu menutup kepala.

Pemandangan hijau Larme Park di sebelah masjid ini mententeramkan suasana dan menyejukkan mata. 

Baik, jom kita masuk ke dalam ruang solat masjid ini. Masa melangkah masuk itu saya terfikir adakah this wooden door frame and the door itself sudah berusia lebih seratus tahun? 

Hiasan yang kami nampak di luar tadi pun dah cantik sangat, yang di dalam ini lagilah hebat. Lukisan-lukisannya lebih sarat dan lebih 'mewah'. Sampai tak tahu bahagian mana yang hendak dilihat dulu.  

Essentially, masjid ini adalah bangunan empat persegi satu bilik dengan gabungan seni bina gaya binaan Baroque dan Neoclassical Uthmaniyyah dengan ruang solat yang agak luas dan ditutup dengan kubah.
Masjid ini diterangi oleh candelier besar di bahagian tengah ruang solat yang dikelilingi oleh set lima chandelier yang lebih kecil.

Mihrab, mimbar dan chandelier utama masjid. 

Ruang solat ini dihiasi cantik dengan chandeliers. Ia juga diterangi oleh 30 tingkap dengan 15 tingkap di bawah dan 15 tingkap lagi di atas. Setiap satu tingkap ada set bidai kayu yang dicat. Di tempat yang tiada tingkap, bidai 'palsu' telah dilukis pada dinding untuk memastikan simetri yang sempurna.

Jelas sekali ciri yang membezakan masjid ini dengan masjid-masjid Uthmaniyyah lain adalah hiasan dalamannya yang dilukis. Abdurrahman Pasha menugaskan pakar-pakar berpengalaman dari Debar yang melukis hiasan-hiasan ini dengan cat minyak.

Hiasan dinding dalaman (dan juga luaran) ini mencerminkan pelbagai motif geometri dan motif flora yang bernilai luar biasa.

Dalaman masjid ini dilitupi dari kubah ke permaidani dengan corak-corak yang terang dan indah. Gaya kesenian bunga-bungaan, geometri dan arabesque menggantikan motif Islam yang biasa kita lihat dalam masjid-masjid lain. Kelihatannya warna-warna dominan yang digunakan dalam fresco ini adalah warna emas dan merah tanah.

Mihrab yang nampaknya dibuat dari white marble atau batu putih, satu kontras visual yang bijak dengan dinding dan kubah yang sarat dengan hiasan. Ini mungkin dapat membantu jemaah untuk fokus.

Di bahagian atas frame mihrab ini ada tertera nama Allah SWT. Di atas mihrab, pada dinding pula ada nama-nama 25 Rasul; Nabi Isa a.s, Nabi Muhammad SAW dan Nabi Adam a.s. Pada bahagian tengah mihrab pula ada tertera nama-nama Nabi Muhammad SAW dan Khulafa al-Rasyidin; Khalifah Abu Bakar as-Siddiq r.a, Khalifah Umar al-Khatab r.a, Khalifah Uthman bin Affan r.a dan Khalifah Ali bin Abu Talib r.a. Juga nama-nama Sayyidina Hassan r.a dan Sayyidina Hussein r.a.

Selain hiasan geometri dan bunga serta tumbuh-tumbuhan, lukisan-lukisan landskap bandar dan bangunan-bangunan juga dapat kita lihat terutamanya pada bahagian dalam kubah dan pada penjuru siling.

Mimbar masjid. Di panel atas dinding ada nama-nama Rasul; Nabi Yahya a.s, Nabi Zakaria a.s, Nabi Sulaiman a.s dan Nabi Harun a.s. Pada panel bawah ada nama-nama pada sahabat Nabi Muhammad SAW iaitu Hamzah r.a dan Abbas r.a 


Pada mimbar ini ada replika pintu Kaabah berwarna emas,

Di sebelah kanan mimbar ada lukisan gambaran Makkah dan Kaabah, yang mungkin dilukis oleh artis tempatan yang telah menyaksikannya secara langsung semasa ziarahnya ke Makkah. Lukisan ini mungkin adalah satu-satunya gambaran seumpamanya di Balkan.

Nama-nama 25 Rasul yang dapat dilihat dari sudut ini adalah: Nabi Ilyasa’ a.s, Nabi Yunus a.s, Nabi Ayub a.s, Nabi Yunus a.s dan Nabi Daud a.s.

🔷Nama-nama 25 Rasul yang dapat dilihat dari sudut ini pula adalah: Nabi Idris a.s, Nabi Nuh a.s, Nabi Ibrahim a.s, Nabi Ya’akub a.s, Nabi Salih a.s, Nabi Ismail a.s,  Nabi Ishaq a.s, Nabi Hud a.s, Nabi Syu’aib a.s dan Nabi Luth a.s.
🔷Pada panel bawah pula adalah nama-nama sahabat Nabi Muhammad SAW: Thalhah bin Ubaidillah r.a, Sa’ad bin Abi Waqqash r.a, Abdurrahman bin Auf r.a, Abu Ubaidah bin Jarrah r.a dan Sa’id bin Zaid r.a.

The beautiful central chandelier.

Sesuatu yang unik yang saya nampak ialah dari dalam kelihatan seperti masjid ini ada kubah bulat tapi jika dilihat dari luar bumbung masjid ini adalah bumbung rata seperti bentuk rumah tradisional Ottoman. 

Terdapat  lukisan 12 'medallions' dengan gambar-gambar bangunan atau pokok bunga berpasu.

Lukisan-lukisan dalam masjid ini dibuat menggunakan teknik 'secco', di mana pigmen digabungkan dengan pengikat organik - dalam kes ini telur - dan digunakan terus pada plaster kering. Proses inilah yang boleh membantu lukisan bertahan di atas kayu selama berabad-abad.

Hiasan dalaman yang dilukis menggunakan pelbagai palet warna-warna yang terang dengan teknik lukisan yang sangat jarang digunakan sebagai hiasan dalaman masjid menjadikannya karya seni bina Islam yang luar biasa. 

Terdapat juga beberapa balkoni berpagar kayu di ruang solat wanita di atas yang juga indah dihias dengan lukisan bermotifkan bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan. 

Pada dinding ini terdapat nama-nama Nabi Zulkifli a.s dan Nabi Yusuf a.s. Juga ada nama-nama yang disebut dalam Al Quran iaitu Zulkarnain, Imran dan Luqman. 


Di satu sudut masjid ini juga ada, if I'm not mistaken, an elegant French Morbier Clock. Pelik juga kenapa ada jam besar ini dalam masjid, dalam ruang solat. Saya baca jam jenis ini direka untuk berbunyi 2 kali, kali pertama tepat pada jam dan kali kedua setelah dua minit kemudian. Ada yang kata bunyi pertama ialah azan, dan yang kedua menandakan waktu untuk memulakan solat. Jadi mungkinlah kebolehan jam ini berbunyi dua kali digunakan untuk tujuan itu, setelah bunyi jam ini diselaraskan mengikut waktu solat. 

Di sudut ini juga ada sebuah mimbar kayu kecil, mungkin untuk kegunaan penceramah. 

Hiasan motif tumbuh-tumbuhan yang cantik.


Tingkap-tingkap bawah juga dijadikan tempat menyimpan barang-barang kegunaan Imam dan jemaah masjid.




Pandangan Colorful Mosque dari depan. 

Laman di depan masjid.

Bangunan masjid dan makam.








Di tepi masjid ini ada sebuah taman besar dengan pokok-pokok rendang, tempat duduk, air pancut dan laluan pejalan kaki. Taman ini namanya Parku i Xhamisë së Larme atau The park of Jamia e Larme. Di taman ini turut ditanam dengan pokok-pokok bunga pelbagai musim. 



Suasana bandar Tetovo.







Hamam of Tetovo.










Baik, selesai sudah lawatan ke Colorful Mosque. Terus naik bas heading to the next destination.

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved. 

No comments:

Post a Comment