Assalamualaikum.
Ok sambung sikit lagi perjalanan bas kami dari Albania ke Kosovo.
Untuk keselamatan, di Eropah pengguna jalanraya mesti stop rehat lepas 2 jam memandu. And of course we like this rule too sebab bolehlah ke toilet... hihi.
Kami stop di NBT Oil, sebuah petrol station di Blinisht. Satu lagi benda yang kami perasan, di sini ada begitu banyak petrol stations dan bukan seperti di Malaysia yang ada petrol stations Caltex, Petronas, Shell etc. Di negara ini operator petrol stations ada brand mereka sendiri.
Ada mini mart, restoran dan bar. Bar di petrol station? In middle of a highway? Drink responsibly?
Walau pun nampak cerah begini tapi sebenarnya sejuk. Suhu masa ini adalah 13℃.
Apparently kata Mehmet (our tour guide), Albania memang mempunyai begitu banyak tempat cucian kereta. Serius, setiap beberapa kilometer mesti nampak satu. And sometimes a cluster of them. Apparently too, there are great demands to keep the Mercedes Benz clean.
As mentioned in my previous blog, terdapat begitu banyak kereta Jerman mewah di negara ini. Terutamanya Mercedes Benz, juga Audi dan BMW. Di negara yang dikatakan mempunyai masalah kemiskinan, keadaan begini macam tak masuk akal.
Mehmet ada beritahu yang kebanyakkan kereta-kereta itu adalah kereta-kereta terpakai dari Jerman, dibawa dan dijual ke negara ini kerana ia boleh bertahan lebih lama di jalanraya Albania jika dibandingkan dengan kereta jenama lain. Apabila sempadan dibuka selepas tempoh pengasingan Albania, penduduk tempatan negara ini telah dapat mencuba pelbagai jenis kereta. Mereka dapati Mercedes Benz adalah kereta yang paling sesuai untuk keadaan jalanraya negara ini dan ia juga boleh bertahan agak lama kerana mana-mana parts yang rosak dengan mudah boleh digantikan dengan bahagian dari kereta Mercedes lain. Morever, since Mercedes Benz is a much sought after car, owning one is a symbol of pride.
An Audi and a Mercedes. Someone once said there are more Mercedes here than in Berlin Charlottenburg. |
This petrol station is decorated with beautiful all seasons plants with vibrant colored flowers.
An hotel and an event hall (salle evenimentesh) which includes weddings.
Saya baca, biasanya di Albania, majlis perkahwinan disambut dengan meriah, dengan ratusan jemputan tetamu atau seluruh kampung, banyak tarian tradisional, boleh berlangsung selama beberapa hari dan mungkin berakhir dengan mabuk sebab banyak minum Raki (minuman tradisi beralkohol mereka). Perkahwinan adalah salah satu sambutan terpenting orang Albania, jadi ramai yang membelanjakan banyak wang untuknya, malah ada yang mengambil pinjaman.
From cityscapes of Shkodër and followed by the vast agricultural lowlands of Albania, our next route took us to mountainous areas that are absolutely breathtakingly beautiful.
From the geological point of view, Albania is part of the Mediterranean Alpine Folded Belt and fits in the Dinaric-Hellenic range, between the Dinarides in the North and Hellenides in the South.
Ok saya terus kongsi lagi foto-foto yang sempat kami rakam sepanjang perjalanan dari Albania ke Kosovo ini.
Bila lalu kawasan bergunung ganang maka tentulah juga akan lalu beberapa terowong. Ini adalah Thirrë-Kalimash Tunnel yang dibina di bawah Mount Runes. Terowong dua lubang ini telah dapat mengurangkan tempoh perjalanan antara sempadan Tirana dan Kosovo daripada 8 jam kepada 3 jam dengan anggaran kelajuan 80 - 110 kilometer sejam.
Terowong ini panjangnya 5,490 meter (5.4 km) dan merupakan terowong terpanjang di Albania. Kerja-kerja pembinaan terowong bermula pada Mei 2007 dan telah siap dengan satu tiub terowong dirasmikan pada Jun 2009. Terowong arah selatan telah siap pada Julai 2010.
Nama lebuh raya ini ialah European route E851. Ia bermula di Petrovac, Montenegro, melalui utara Albania dan berakhir di Pristina, Kosovo.
Lebuh raya ini panjangnya 323 km dan melalui negara-negara Montenegro, Albania dan Kosovo.
Bahagian lebuh raya European route E851 ini di Albania dipanggil Durrës-Kukës Highway atau A1 (Autostradë A1) atau juga dikenali sebagai Rruga e Kombit (SH10).
Durrës-Kukës Highway ialah satu-satunya lebuh raya bertol di Albania. Ia juga lebuh raya terpanjang di Albania, iaitu sepanjang 114 kilometer.
Lebuh raya ini merupakan sebahagian daripada koridor yang lebih besar yang menghubungkan Pantai Laut Adriatik Albania di barat daya (yang merentasi Alps Albania) dengan Republik Kosovo di timur laut.
Kepentingan lebuh raya ini dapat dilihat dari kesan ekonomi dan budaya yang positif ke atas bandar dan pekan serta kepada aktiviti pelancongan di Albania dan Kosovo.
Projek binaan lebuh raya ini adalah hasil usaha sama konsortium Amerika-Turki Bechtel-ENKA dan syarikat-syarikat Austria, Slovenia dan Albania.
Juga digelar sebagai "patriotic highway" kerana ia menghubungkan penduduk-penduduk Albania yang berada di kedua-dua negara Kosovo dan Albania dengan membantu meningkatkan hubungan budaya dan ekonomi.
Projek ini adalah yang terbesar di Albania dalam beberapa dekad, menelan belanja lebih satu bilion euro di mana dalam projek ini terdapat juga terowong sepanjang 5.4 kilometer.
Lebuh raya ini menjadikan perjalanan dan perdagangan lebih mudah untuk ratusan ribu orang yang bercuti di Albania semasa cuti musim panas dan untuk perniagaan.
Rasanya masa ini kami masih lagi dalam laluan kawasan pergunungan Mount Runes at an elevation of 1,858 metres. Nampak awan!
Sebanyak 27 jejambat telah dibina di lebuh raya ini yang melalui kawasan yang curam dan bergunung-ganang.
Passing through toll booths at Toll Albanian Highway Concession.
Sejak 2018, lebuh raya A1 ini dikendalikan oleh Albanian Highway Concession. Pondok tol telah dipasang, dan mula beroperasi pada September 2018, di timur pintu masuk terowong di Kolsh, sebagai sebahagian daripada menjadikan A1 lebuh raya tol pertama di Albania.
Sebaik sahaja syarikat ini mengambil alih pengurusan lebuh raya, penambahbaikan yang ketara telah dibuat pada keselamatan dan reka bentuk lebuh raya. Penambahbaikan tersebut termasuk pembinaan persimpangan baharu, jejantas pejalan kaki, pemasangan pagar dan papan tanda elektronik, pembesaran jejambat, dan pembinaan jambatan baharu di atas Sungai Drin.
Tidaklah kami sangka perjalanan kami dari Albania ke Kosovo akan memberi kami peluang untuk menikmati keindahan pemandangan yang sebegini indah. Alhamdulillah.
Jadi kalau boleh jika dalam perjalanan begini cubalah jangan tidur sebab nanti akan terlepas pemandangan-pemandangan landskap pergunungan berawan yang epik. I know it's hard sebab saya sendiri pun tersengguk-sengguk a few times... hihi 😅. Maklum sajalah, sudah usia begini, asyik nak terlelap saja, apatah lagi bila terbuai-buai dalam bas berhawa dingin 😄😁.
Not sure what those structures are. Perhaps a bridge being built.
Luas ladang-ladang di sini, sampai ke kaki gunung sana.
Dwellings in the middle of massive farm land.
I think those mounds are dried hay for the livestock's winter feedings.
Vast green pastures perhaps for the the sheeps and cattles.
Lebuh raya yang satu level dengan awan gunung.
Ramai yang business gas station. Perhaps it is a lucrative venture.
Kawasan perumahan terpencil di bawah awan pergunungan.
Perancah dan rangka jambatan.
Vrrini Market.
Villa Arifaj.
Fanaj Petrol. Gas station with mini mart and restaurant.
Another petrol pump - ExFis - trading and supply of oil products.
Auto Noli rent a car.
Sebenarnya masa lalu di sini, di kawasan ini adalah tempat pertemuan Sungai Black Drin (berpunca dari Lake Ohrid di North Macedonia) dengan Sungai White Drin (berpunca dari Kosovo) yang membentuk Sungai Drin. Sungai Drin mengalir melalui bandar Shkodër dan masuk ke Laut Adriatic.
Peta lokasi-lokasi bandar Kukës dan sungai-sungai Drin, Black Drin dan White Drin.
Pemandangan bandar Kukës, Albania. Kukës ialah sebuah bandar kecil di timur laut Albania, bandar yang terakhir ke sempadan Kosovo. Ia adalah satu-satunya bandar di dunia yang telah dicalonkan untuk Hadiah Keamanan Nobel (Nobel Peace Prize). Kukës menerima penghormatan ini pada tahun 2000 kerana menerima ratusan ribu pelarian dari Perang Kosovo.
Menghala ke Prizren, Kosovo.
Sudah pun masuk ke negara Kosovo, negara ke 5 dalam percutian 8 negara kami ini. Pemeriksaan passport di Border Crossing Morine - Vermice cuma dilakukan di pos sempadan Kosovo dan tiada dilakukan di sebelah Albania. Di pos sempadan Kosovo, passport kami diserah kepada Dragan our bus driver dan diberi kepada pegawai imigresen Kosovo. Seorang pegawai imigresen wanita naik ke bas kami untuk mengesahkan pemilik setiap passport yang diserah.
Kosovo mempunyai tradisi yang lama dalam penternakan biri-biri dan diternak untuk tiga tujuan: susu, daging dan bulu. Biri-biri Bardhoka adalah baka biri-biri penting kerana nilai ekonominya dalam pengeluaran susu.
FAT Group - a company specialized in building high rise business-residential complex in Prizren.
Etc Elkos, a shopping mall in Prizren.
Kosovo, secara rasminya Republic of Kosovo, ialah sebuah negera yang diiktiraf di Eropah Tenggara. Kosovo secara unilateral mengisytiharkan kemerdekaannya daripada Serbia pada 17 Februari 2008, hampir sedekad selepas berakhirnya konflik singkat antara tentera Serbia dan pemberontakan Albania Kosovo yang diketuai oleh Kosovo Liberation Army (KLA). Sejak itu ia mendapat pengiktirafan diplomatik sebagai negara berdaulat oleh 101 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
A business-residential complex |
Kosovo bersempadan dengan Serbia di utara dan timur, North Macedonia di tenggara, Albania di barat daya, dan Montenegro di barat. Ia terletak di tengah-tengah Balkan tanpa laut.
Amerika Syarikat dan kebanyakan negara anggota Kesatuan Eropah (EU) mengiktiraf Kosovo, manakala Serbia, Rusia, China dan pelbagai negara lain (termasuk beberapa negara EU) tidak menerima pengiktirafan itu. Amerika Syarikat menyokong kuat usaha pembinaan dan pembangunan negara Kosovo, serta dialog-dialog dengan Serbia untuk menormalkan hubungan kedua-dua negara.
Kosovo ialah sebuah negara membangun, dengan ekonomi upper-middle-income. Ia telah mengalami pertumbuhan ekonomi yang kukuh sepanjang dekad yang lalu seperti yang diukur oleh institusi kewangan antarabangsa sejak bermulanya krisis kewangan 2007–2008.
Kosovo adalah negara terbaharu di Eropah. Ia adalah negeri ketujuh dan mungkin terakhir yang timbul daripada runtuhan bekas Yugoslavia. Ia juga merupakan salah satu negara termiskin di Eropah. Perjuangan lama Kosovo untuk identiti, penentuan nasib sendiri dan kemerdekaan adalah pahit, dan ia akan memerlukan bantuan antarabangsa sebelum ia boleh menjadi seperti negara Eropah yang lain.
Kosovo ialah ahli International Monetary Fund, World Bank, dan telah memohon untuk menjadi ahli dalam Council of Europe, UNESCO, Interpol, dan untuk status pemerhati dalam Organisation of Islamic Cooperation. Pada Disember 2022, Kosovo memfailkan permohonan rasmi untuk menjadi ahli European Union.
FAT Group 1 |
Isu utama dalam situasi domestik Kosovo termasuk pembentukan kerajaan baharu pada Februari 2020; hubungan dengan etnik minoriti Serb negara, khususnya di utara Kosovo; dan pertumbuhan ekonomi dan penciptaan pekerjaan.
Kira-kira 100,000 hingga 120,000 orang Serbia tinggal di Kosovo, terutamanya dalam komuniti luar bandar separa terpencil. Serb Kosovo diberikan pelbagai bentuk perwakilan dan autonomi separa di bawah perlembagaan 2008 dan perundangan yang berkaitan. Rangka kerja ini sebahagiannya adalah hasil tekanan A.S. dan kuasa asing lain ke atas pemimpin Kosovo untuk menggabungkan langkah perkongsian kuasa untuk memperkukuh hak dan perlindungan minoriti.
Emel Prizren - clothing store |
Lebih separuh daripada penduduk Serb Kosovo tinggal di perbandaran majoriti dan minoriti di tengah dan tenggara Kosovo. Kawasan-kawasan ini tidak bersempadan dengan negara Serbia dan sebahagian besarnya disepadukan ke dalam institusi Kosovo, walaupun warisan ketidakpercayaan dan ketakutan semasa perang masih terasa dan berterusan.
Kerajaan Kosovo tidak dapat berkuasa penuh di utara Kosovo, manakala Serbia telah mengekalkan pengaruh yang kuat (walaupun bukan kuasa penuh) di sana walaupun setelah penarikan pasukan tenteranya pada tahun 1999. Disebabkan status grey-zone ini, utara Kosovo dianggap sebagai hab serantau untuk penyeludupan dan aktiviti terlarang yang lain.
Hummer H2 stretch limousine for rent |
Perang 1998-1999 dengan Serbia menyebabkan kerosakan besar kepada infrastruktur dan ekonomi Kosovo. Dua dekad kemudian, pemulihan ekonominya masih berterusan. Menyediakan pekerjaan adalah cabaran besar dengan purata 40% kadar penyertaan tenaga buruh Kosovo adalah yang terendah di Balkan Barat. Kadar pengangguran berada pada kira-kira 29% pada 2018. Ini menyumbang kepada kadar penghijrahan yang tinggi.
Kosovo mengisytiharkan kemerdekaan daripada Serbia pada 2008 dengan sokongan A.S. Serbia tidak mengiktiraf Kosovo dan bergantung kepada Rusia khususnya untuk sokongan diplomatik. Ramai yang percaya bahawa hubungan Kosovo dan Serbia yang tidak dinormalisasi menghalang kemakmuran dan kemajuan kedua-dua negara ke arah keahlian EU, menjejaskan kestabilan Balkan Barat, dan menjejaskan reformasi domestik.
Selepas berabad-abad berada di bawah pemerintahan Uthmaniyyah, Kosovo menjadi sebahagian daripada Serbia pada awal abad ke-20. Selepas Perang Dunia II, Kosovo akhirnya mempunyai status wilayah Serbia, salah satu daripada enam wilayah dalam Republik Yugoslavia.
Beberapa perspektif Serbia melihat penggabungan Kosovo sebagai pemulangan sah wilayah yang merupakan pusat kerajaan Serbia zaman pertengahan dan menonjol dalam naratif identiti kebangsaan. Sebaliknya, perspektif Kosovo Albania sebahagian besarnya melihat penggabungan Kosovo ke Serbia sebagai pengilhakan yang mengakibatkan terpinggirnya penduduk majoriti Albania.
Pengilhakan atau aneksasi (Inggeris: annexation) merupakan tindakan pentadbiran dan konsep undang-undang antarabangsa mengenai pengambilalihan wilayah sesebuah negara berdaulat secara paksa oleh negara lain.
Semasa 1980-an, Kosovo Albania semakin aktif dan berusaha untuk berpisah dari Serbia. Pada tahun 1989, Serbia yang dipimpin oleh autokrat Slobodan Milošević, yang memanfaatkan nasionalisme Serbia untuk menyatukan kuasa, telah menguatkuasakan pemerintahan langsung di Kosovo.
Sepanjang 1990-an, di tengah-tengah perpecahan ganas Yugoslavia dan cengkaman berterusan Milošević terhadap kuasa di Serbia, kumpulan hak asasi manusia mengutuk penindasan Serbia terhadap orang Albania di Kosovo, termasuk penindasan bahasa dan budaya Albania, penangkapan besar-besaran, dan pembuangan orang Albania daripada sektor awam dan pendidikan. Pada akhir 1990-an, Kosovo Liberation Army (KLA) pimpinan Albania melancarkan pemberontakan menentang pemerintahan Serbia di Kosovo dengan Serbia bertindak balas dengan lebih hebat lagi pada tahun 1998 dan 1999.
Berikutan kempen udara NATO terhadap sasaran Serbia pada awal 1999, Serbia bersetuju untuk menamatkan permusuhan dan mengundurkan tenteranya dari Kosovo. Resolusi 1244 Majlis Keselamatan PBB (U.N. Security Council - UNSC) memberi kuasa kepada Misi Pentadbiran Interim PBB (U.N. Interim Administration Mission - UNMIK) untuk menyediakan pentadbiran awam peralihan dan misi KFOR pimpinan NATO untuk menyediakan keselamatan (hingga sekarang kedua-dua misi masih beroperasi pada skala yang lebih kecil). Milošević kehilangan kuasa pada tahun 2000 akibat protes besar-besaran di Serbia.
Keputusan Kosovo untuk mengisytiharkan kemerdekaan pada 2008 berikutan usaha yang berlarutan, menyebabkan usaha pihak masyarakat antarabangsa tidak berjaya untuk menjadi perantara penyelesaian antara Kosovo dan Serbia. Serbia mencabar tindakan Kosovo di hadapan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (International Court of Justice - ICJ); bagaimanapun, pendapat nasihat ICJ 2010 mendapati bahawa Kosovo tidak melanggar undang-undang antarabangsa.
Gorenje department store |
Kosovo adalah negara sekular tanpa agama negara; kebebasan kepercayaan dan beragama dijamin secara jelas dalam Perlembagaan Kosovo. Masyarakat Kosovo sangat sekular dan menduduki tempat pertama di Eropah Selatan dan kesembilan di dunia sebagai bebas dan sama untuk toleransi terhadap agama dan ateisme.
Dalam bancian 2011, 95.6% penduduk Kosovo dikira sebagai Muslim dan 3.7% sebagai Kristian termasuk 2.2% sebagai Roman Katolik dan 1.5% sebagai Ortodoks Timur. Baki 0.3% penduduk melaporkan tidak mempunyai agama, atau agama lain.
Islam adalah agama yang paling banyak diamalkan di Kosovo dan diperkenalkan pada Zaman Pertengahan oleh Uthmaniyyah. Hari ini, Kosovo mempunyai peratusan tertinggi umat Islam di Eropah selepas Turki. Majoriti penduduk Islam Kosovo adalah etnik Albania, Turki, dan Slav seperti Gorani dan Bosniak.
Hubungan antara komuniti Muslim Albania dan Katolik Albania di Kosovo adalah baik. bagaimanapun, kedua-dua komuniti ini mempunyai sedikit atau tiada hubungan dengan masyarakat Ortodoks Serbia. Secara umum, orang Albania mentakrifkan etnik mereka mengikut bahasa dan bukan mengikut agama, manakala agama mencerminkan ciri identiti yang membezakan di kalangan Slav Kosovo dan di tempat lain.
Ini patung Gjergj Kastrioti Skanderbeg di tengah kota Prizren. Gjergj Kastrioti (1405 - 1468), biasanya dikenali sebagai Skanderbeg, adalah Albanian feudal lord dan komander tentera yang mengetuai pemberontakan menentang Empayar Uthmaniyyah di tempat yang kini dikenali sebagai Albania, Macedonia Utara, Greece, Kosovo, Montenegro, dan Serbia.
Di tengah dataran ini ialah Namazgah, sebuah tinggalan masjid Ottoman yang bersejarah. Namazgah (masjid terbuka) di ibu kota bersejarah Prizren ialah artifak Uthmaniyyah tertua dan menarik perhatian pelancong. Ia juga dikenali sebagai "Kırık Mosque," (Broken Mosque) di kalangan penduduk Prizren. Warisan budaya penting ini dibina atas perintah Sultan Mehmed II, yang lebih dikenali sebagai Mehmed the Conqueror, supaya tentera Uthmaniyyah boleh bersembahyang di bandar ini selepas mereka menaklukinya pada tahun 1455. Dibina oleh İsa Bey, salah seorang komander sultan, ia adalah masjid Islam pertama di bandar ini.
Bangunan di belakang sana ialah Kolegji i Biznesit - a university |
Kami juga noticed sistem wayar elektrik bandar Prizren yang berselirat ini.
Prizren Municipality building.
Kami mula memasuki kawasan Prizren old city. Ini bangunan Türkiye Cumhuriyeti Prizren Baskonsolosluğu - Consulate General of the Republic of Turkey in Prizren.
Ini salah satu jambatan yang menyeberangi sungai Prizren Bistrica, namanya Ura e Kaltert (Kaltert bridge). Ia juga dikenali oleh penduduk tempatan sebagai 'The Blue Bridge of Love' kerana pernah satu ketika dulu pagarnya penuh dengan love locks yang kini sudah pun dicabut.
Prizren Bistrica ialah sebatang sungai di Kosovo yang mengalir melalui kampung Sredska dan bandar Prizren, dan akhirnya ke sungai White Drin. Panjangnya 18 km. Ia berpunca dari Pergunungan Sharr. |
Pemandangan Prizren old city di seberang sungai Prizren Bistrica, dari jalan Remzi Ademaj.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment