Assalamualaikum.
Lepas Lake Ohrid Cruise, kami dibawa oleh local tour guide, Maya, for Ohrid Old Town walking tour.
Maya, the Ohrid local tour guide and Mehmet our tour guide for our entire Balkan trip |
The flag of North Macedonia is the national flag of the Republic of North Macedonia and depicts a stylized yellow sun on a red field, with eight broadening rays extending from the center to the edge of the field. It was created by Miroslav Grčev and was adopted on 5 October 1995. The eight-rayed sun represents the "new sun of Liberty" referred to in "Denes nad Makedonija" ("Today over Macedonia"), the national anthem of North Macedonia.
Berjalan dari Port of Ohrid ke Ohrid Old Town. Tak jauh, just a few meters away.
Berhenti sekejap di Ohrid City Square untuk mendengar penerangan dari Maya tentang Ohrid Old Town.
Di city square ini ada St. Clement Monument. He was the Patron saint of North Macedonia and the city of Ohrid.
Lokasi city square ini berada dalam jarak berjalan kaki untuk ke kebanyakkan places of interest di Ohrid Old Town ini. Di dataran ini ada taman yang dijaga rapi dengan beberapa patung-patung saints. Seperti dataran-dataran di lain-lain Old Town, dataran ini juga merupakan tempat pertemuan yang popular dan sentiasa meriah dengan penduduk tempatan dan pelancong. Di dataran ini juga pelancong boleh dapat info dari iklan-iklan tentang jenis dan harga boat cruises yang ditawarkan.
Di city square ini juga ada statue St Naum. He was a writer and teacher. He built the famous Monastery of St Naum on the other side of Lake Ohrid. |
Deretan restoran dan kafe/bar di Ohrid City Square ini.
Maya memulakan walking tour Ohrid Old Town kami dengan memasuki jalan St. Clement of Ohrid ini. It is the main pedestrian street.
Di jalan ini juga ada banyak deretan kedai, kafe, bar dan restoran.
Ini sebuah kedai menjual jewelries terutama dari mutiara. Ohrid is known for its Ohrid Pearls.
Sebuah lagi kedai mutiara. Ohrid Pearls adalah salah satu dagangan Ohrid yang sangat terkenal di Eropah dan di seluruh dunia.
Kedai-kedai menjual snacks and sweets dan mini donuts.
Satu lagi kedai mutiara. Kedai mutiara Ohridski Biser ini dimiliki oleh the Risteski family yang merupakan salah satu pembuat Ohrid Pearls yang terkenal. The Risteski adalah keluarga pertama menghasilkan mutiara Ohrid sejak 1954 di St. Naum. Rahsia membuat Mutiara Ohrid sehingga hari ini adalah salah satu rahsia terbaik keluarga ini yang menjadikan mutiara digabungkan menjadi rantai dan gelang mutiara kreatif, dan telah diturunkan untuk generasi keempat dari generasi ke generasi.
Larangan merokok, makan dan bawa masuk pets ke dalam kedai adalah biasa. Tapi larangan bawa pistol/senjata? Sering berlaku rompakan ke? Tapi tak nampak pulak metal/weapon detector di pintu masuk kedai ini.
Curious, so saya pun cari la sikit info tentang crime rates di Ohrid. Ini yang saya jumpa.
Sekali sekala ada juga kami nampak villas and apartments di dalam kawasan warisan ini. Kata Mehmet, ramai locals yang memilih untuk tidak tinggal di dalam kawasan seperti Heritage Old Town kerana areas begini sering sibuk dengan aktiviti-aktiviti pelancongan. Lagi pun adalah lebih menguntungkan bila vila dan pangsapuri mereka disewakan kepada tourists. Malah kata Mehmet lagi, ada ramai owners villa/apartment yang tidak perlu bekerja kerana pendapatan dari sewa adalah lumayan. It may be seasonal, tapi sewa dari peak seasons can cover for the entire year.
Villa Sveti Gjorgji, lokasinya begitu strategik berada dalam pedestrian zone. |
Up these stairs ada satu lagi villa, 'Villa Metulevi'.
Masjid dan casino bersebelahan. Masjid Ali Pasha dan Astra Casino.
Since Ohrid Pearls are well known, highly appreciated and sought after in the world, Maya then brought us to one of the pearls shop for a bit of introduction about the beautiful products. For me this was an excellent visit sebab dapat peluang tengok Ohrid Pearls dengan lebih dekat lagi. Kalau bukan dalam group tour, rasanya saya dan isteri tak akan masuk kedai-kedai mutiara di sini.. hihi 😄. Anyway, masuk kedai ini tiada paksaan untuk beli dan kami cuma di dalam kedai ini just for a few minutes only.
Sejarah mutiara Ohrid di rantau ini bermula pada tahun 1920-an, apabila seorang pendatang Rusia memperkenalkan teknik itu kepada dua keluarga. Sejak itu, keluarga Talev dan Filev hanya menurunkan proses pengeluaran rahsia secara lisan daripada bapa kepada anak lelaki. Walaupun mutiara tradisional hanya boleh bertahan selama 150 tahun, keluarga Talev mendakwa mutiara Ohrid akan kekal selama-lamanya.
Selama hampir 100 tahun, hanya terdapat dua keluarga yang mengetahui cara menghasilkan mutiara Ohrid: the Talevs and Filevs families. Tidak seperti mutiara biasa, mutiara Ohrid diperbuat daripada cengkerang, yang dikisar dan dijadikan bebola pelbagai saiz dengan menambahkan sekurang-kurangnya lapan lapisan emulsi rahsia, memberikannya ciri berkilauan. Setiap lapisan perlu dikeringkan sebelum lapisan seterusnya dibuat, yang boleh mengambil masa antara 45 minit dan satu jam setiap satu. Bahan-bahan emulsi termasuk sisik daripada ikan plasica - kadang-kadang dipanggil Ohrid trout or bleak - tetapi proses seterusnya masih menjadi misteri.
Inilah Ohrid trout yang sisiknya dikisar dan dijadikan emulsi untuk menyalut butiran mutiara buatan.
Ohrid Pearls adalah sangat berharga kerana asalnya yang semula jadi dan kerana ianya hasil buatan tangan. Mutiara ini bukan sahaja available for the ladies tapi ada juga untuk pelanggan lelaki dalam bentuk rosaries and cufflinks.
Ohrid Pearls jewelries designs yang makin popular adalah design yang dibuat bagi tujuan acara-acara tertentu seperti perayaan, majlis rasmi, perkahwinan, keraian, lawatan, meminang seorang gadis dan lain-lain.
Hampir setiap gadis yang sudah berkahwin memiliki rantai mutiara ini kerana adalah adat mereka untuk memberi Ohrid Pearls necklace kepada bakal pengantin perempuan.
Kelihatannya koleksi barang kemas mutiara di kedai ini menawarkan pelbagai pilihan warna mutiara dengan setiap ciptaan dan reka bentuknya dibezakan oleh pendekatan, konsep dan reka bentuk individu. Juga mutiara Ohrid ini boleh dibuat dan dibentuk ikut permintaan dan spesifikasi pelanggan. Like tailored made pearls.
Dalam beberapa dekad yang lalu, Ohrid Pearls telah menjadi salah satu tanda dagangan terbesar negara dan telah dipakai oleh kerabat diraja Eropah seperti Queen Margrethe II of Denmark, Queen Elizabeth II and Princess Diana.
Ok, jom sambung lagi walking tour.
We came upon satu lagi dataran di dalam kawasan warisan ini, namanya Piazza della Fontana atau Fountain Square i.e Ohrid Fountain Square. Juga dikenali sebagai Ohrid Main Square.
This square is also known as Krusevska Republika Square, named in memory of the short-lived uprising against Ottoman rule in the town of Krusevo, Macedonia in 1903. |
Masa kami sampai di sini, masih di pedestrian street ini, Maya menunjukkan pada kami sepohon pokok (kiri) yang dikatakan sudah berusia lebih 1,000 tahun.
Nama pokok ini ialah Chinar Tree. Sepohon pokok yang emblematic di Ohrid yang telah diisytiharkan sebagai monumen negara. Merupakan salah satu mercu tanda bandar yang paling dikenali. Monumen alam yang dilindungi undang-undang ini dikatakan adalah pokok tertua di North Macedonia dan mungkin juga yang tertua di dunia.
Umur pokok ini sebenarnya sukar untuk dianggarkan: menurut beberapa data umurnya sepatutnya 900 tahun, sesetengah data lain pula bahkan mengatakan umurnya sudah 1,100 tahun! Walau bagaimanapun, kebanyakan anggaran realistik menetapkan umur pokok ini pada kira-kira 600 tahun.
Kelihatan ada beberapa tiang-tiang yang dipasang pada pokok ini untuk menampung dahan-dahan besarnya dari patah atau jatuh ke tanah. Ini dibuat oleh pihak Perbandaran Ohrid dalam projek pemulihan pokok ini di bawah pengawasan pakar prof. Jane Acevski, dendrologist and head of the department of dendrology at the Faculty of Forestry in Skopje.
Nama Chinar Tree dalam pelbagai bahasa. Pokok ini (nama saintifik 'plane tree' ialah Platanus orientalis) dikenali secara tempatan sebagai Chinar. 'Cinar' ialah perkataan Turki yang bermaksud "plane tree" berasal daripada perkataan Parsi 'chenar'.
Penduduk Ohrid mengatakan bahagian batang pokok ini yang berongga pernah dahulu dijadikan tempat melaksanakan hukuman bunuh, kedai gunting rambut dan sebuah kafe kecil.
Baik, sudah masa untuk menunaikan solat. Maka kami pun terus ke masjid berdekatan iaitu Masjid Ali Pasha. Masjid bersejarah ini terletak di dalam Old Bazaar di Ohrid. Ia dibina atas perintah Sulejman Pasha. Ia kemudiannya dinamakan sempena Wazir Belgrade Ali Pasha, yang memulihkannya pada tahun 1823. Pada masa itu ia juga berfungsi sebagai sekolah agama. Masjid ini dipercayai antara masjid pertama yang dibina di Macedonia.
Bangunan masjid ini pada asalnya terdiri daripada dinding batu dan kubah yang dibina di atas struktur persegi manakala kawasan solat tiga kubah kemudiannya ditambah kepada masjid. Kerajaan Turki telah melancarkan kerja-kerja pemulihan di masjid ini pada 2017 dengan kerja-kerja pada awalnya tertumpu pada menara masjid, yang telah dirobohkan kira-kira 107 tahun lalu.
Kerja-kerja pemulihan telah dijalankan mengikut reka bentuk asal masjid berpandu kepada dokumen yang disediakan oleh Ohrid Conservation of the Cultural Heritage Institute and Museum. |
Pembinaan semula Masjid Ali Pasha ini merupakan isu besar di bandar Ohrid dengan beberapa protes dan petisyen, dan pihak yang menentang terutamanya terhadap pembinaan semula menara setinggi 32 meter, dengan menyatakan bahawa ia akan mendominasi Old Bazar dan mengubah sepenuhnya pemandangan bahagian bandar itu. Kerja-kerja pembinaan di sekitar bangunan masjid ini turut dipertikaikan kerana didakwa kawasan itu mempunyai lapisan artifak sejarah dan tinggalan arkeologi lama sebelum masjid itu dibina. Selepas beberapa bantahan, serta memfailkan pertuduhan terhadap institusi negara kerana melakukan pembinaan semula dengan dokumentasi yang tidak lengkap, sebuah masjid menara setinggi 24 meter dibina sebagai penyelesaian kompromi.
Ok, jom kita masuk ke dalam masjid ini.
Ruang solat utama Masjid Ali Pasha.
Ruang solat wanita.
Selesai solat kami pun sambung dengan self guided walking tour. Earlier kami ada diberitahu oleh Maya (local tour guide) yang di atas bukit berhampiran Masjid Ali Pasha ada sebuah gereja Ortodox. Maka ke situlah kami.
Mengah juga nak panjat bukit ini 😅.
Nama gereja Ortodox ini ialah The Church Dormition of the Holy Mother of God (St. Mary - Kamensko).
Gereja ini telah dibina pada abad ke-17 dan kemudiannya diperbaharui dan diperbesarkan pada tahun 1832.
Wikipedia: The Dormition of the Mother of God (Macedonian: Успение на Пресвета Богородица) is a Great Feast of the Orthodox church which commemorates the “falling asleep” or death of Mary the Theotokos (“Mother of God”), and her bodily resurrection before being taken up into heaven. It is celebrated on 15 August (28 August N.S. for those following the Julian Calendar) as the Feast of the Dormition of the Mother of God.
Di gerbang masuk ke kawasan gereja ini ada papan maklumat with this info.
Pintu masuk ke gereja.
Fotografi tidak dibenarkan di dalam gereja ini jadi saya cari di internet.
Pemandangan bandar Ohrid.
Kalau tak silap saya, binaan berkubah ini dipanggil Cantharus.
Wikipedia: A cantharus, also known as a phiala, is a fountain used by Christians for ablution before entering a church. These ablutions involve the washing of the hands, face, and feet. The cantharus is traditionally located in the exonarthex of the church. The water emitted by a cantharus is to be running water. The practice of ablutions before prayer and worship in Christianity symbolizes "separation from sins of the spirit and surrender to the Lord."
Simbol burung merak ini biasanya digambarkan dalam seni Kristian awal, dan ia menandakan keabadian, kehidupan kekal, dan kebangkitan. Simbolisme ini berasal dari kepercayaan legenda bahawa daging burung merak tidak reput. Seseorang boleh menemui burung merak di monumen kubur Kristian awal, di catacombs, dan selalunya dalam ilustrasi syurga.
Ada fresco di bahagian dalam kubah Cantharus ini.
In the courtyard of the church is the tomb of Debar-Kicevo Metropolitan Anthonij.
Ok, jom kita turun bukit. Masa turun ini pun kena juga berhati-hati kerana permukaan cobblestones ini tidak rata dan at certain places juga adalah licin.
Menara jam Ohrid. It's a historical Ottoman watch tower and is listed as building / architectural heritage of 18th century construction.
Kami sambung lagi dengan self guided walking tour. This time we chose to remain on flat ground for the rest of our explorations and not climb up hilly cobblestones streets... hihi 😄. Maklumlah lutut dah tak kuat nak memanjat bukit.
Berjalan-jalan di bahagian Turkish Old Bazaar. Fyi, kebanyakkan peniaga-peniaga di sini kenal orang Malaysia. Agaknya sebab mereka sudah selalu nampak tourists dari Malaysia melawat Ohrid Old Town ini.
Tukar sikit duit Euro kepada matawang North Macedonia yang dinamakan Denar.
Saya teringin nak makan buah sebab earlier at one of the hotel that we stayed in, ada saya cuba rasa buah pear masa buffet dinner. Sedap dan very juicy.
Mujur kami sempat sampai sebelum pasar ini tutup.
Bergambar dengan peniaga buah-buahan di pasar Turkish Bazaar.
Buah-buahan yang dibeli. Saiz besar-besar, nak dekat saiz penumbuk. And oh so juicy! Alhamdulillah.
Since kami tak larat dah nak explore lagi old town ini, especially sebab di belah-belah sana kawasan old town adalah di kawasan berbukit, maka kami pun berjalan santai menuju ke Ohrid City Square untuk berkumpul semula dengan group.
Alhamdulilah, we really did have enough time to enjoy our exploration of this old town. Not hurried and not constantly looking at the watch. I guess my wife had pick the best time to be here, in the Balkan countries sebab waktu siangnya panjang, unlike masa winter. Dan kami juga bersyukur kerana suhu nyaman sekali dan cuaca juga baik dan tidak hujan. Alhamdulillah.
Pir Mehmed Hayati Hz. Halveti Lodge and Tomb (1720).
Berbagai jenis coffee blends.
Lepas itu kami buat satu lagi stop di snack stand ini - selling mini donuts and mini pancakes.
The guy on the left told me that these deep fried mini donut drizzled with chocolate syrup is a very delicious snack. Lepas cuba, I concur! 😃😄😋
The mini donuts were light and fluff and were not sweet. The sweet chocolate syrup that melted and coated the hot mini donuts completed this delightfully simple snack.
Kami pun sampai di Ohrid City Square, tempat group kami berkumpul semula lepas exploring the Ohrid Old Bazaar on our own.
There are several statues at this city square.
The statue of St. Clement of Ohrid. The birth place of Saint Clement is not certain. He died in Ohrid, then part of the Bulgarian Empire, in 916. He was a scholar and writer and is credited with the creation of the Cyrillic alphabet. Saint Clement was the founder of the Ohrid Literary School. He is properly regarded as a patron of Slavic language and education in the area of Ohrid and in Macedonia. He was the first archbishop of the Bulgarian Orthodox Church and one of the Church's Seven Apostles. He is the Patron saint of North Macedonia and the city of Ohrid.
This statue of St. Naum.
Wikipedia: Saint Naum, also known as Naum of Ohrid or Naum of Preslav was a medieval Bulgarian writer, enlightener, one of the Seven Apostles of the First Bulgarian Empire and missionary among the Slavs.
Di sebelah Ohrid City Square ada Ohrid City Park. Ada taman permainan kanak-kanak.
Choo choo train for the toddlers and the young at heart.
Pemandangan Tasik Ohrid dari Ohrid City Park.
Sunset over Lake Ohrid.
Wonderful weather. Alhamdulillah.
Lepas semua group members sudah berkumpul, kami pun berjalan menyusuri Tasik Ohrid ini untuk ke bas.
The Old Swimming Court.
Naik bas dan kami dibawa ke hotel penginapan kami malam itu di bandar Struga, lebih kurang 15 km dari bandar Ohrid ini. Mehmet, our tour guide kata kami menginap di Struga kerana tiada hotel di Ohrid ini yang boleh menyediakan makanan halal.
Leaving the city of Ohrid.
Ini beberapa foto sunset over Lake Ohrid yang sempat kami rakam semasa dalam perjalanan dalam bas ke bandar Struga.
Tiba di bandar Struga.
Hotel penginapan kami, Imperial Hotel & Spa, Struga.
Bilik kami. Alhamdulillah, luas dan selesa.
Pemandangan dari tingkap bilik. Hotel ini lokasinya di tepi Tasik Ohrid tapi since hari sudah gelap maka tak lah nampak tasik.
Makan malam di restoran hotel.
Our dinner.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment