Thursday, January 19, 2023

BALKANS - NORTH MACEDONIA - JOURNEY FROM TETOVO TO OHRID

Assalamualaikum. 
Sambung lagi cerita hari ke 7 kami dalam percutian 8 negara Balkan. Seperti biasa perjalanan kami dari bandar ke bandar turut kami rakam to capture the suasana dan pemandangan-pemandangan indah semasa dalam perjalanan, kali ini dari bandar Tetovo menuju ke bandar Ohrid. Yes, kami masih lagi dalam negara North Macedonia.

Ini saya kongsi beberapa lagi suasana di bandar Tetovo.









Perjalanan kami ke Ohrid dari Tetovo melalui highway 
European route E65.

European route E65 adalah lebuh raya rentas benua di Eropah. Lebuh raya ini ialah laluan Eropah Kelas-A utara-selatan yang bermula di Malmö, Sweden dan berakhir di Chania, Greece. Panjangnya kira-kira 4,400 km. Ia melalui 12 negara Eropah: Sweden, Poland, Czech Republic, Slovakia, Hungary, Croatia, Bosnia & Herzegovina, Montenegro, Serbia, Kosovo, North Macedonia dan Greece.

Beautiful mountainous landscape.

Melalui Pay-Toll Tetovo.



Melalui kawasan perladangan yang luas di Municipality of Tetovo, Municipality of Bogobinje dan Municipality Vrapčište.













































Berhenti rehat dan toilet break di petrol station ini di bandar Kichevo. 

Suhu nyaman dan cuaca for the rest of the day juga nampaknya bagus. Alhamdulillah.



Car wash using pink snow foam. 

This is "Zito Karaorman" AD Kichevo, one of the leading companies in the milling and baking industry in North Macedonia, which has the most modern machines for the production of flour, bread and baked goods. It operates in the Grain and Oilseed Milling industry.

Bas berhenti untuk isi pertol.

Kelihatan rumah-rumah lebah di bee farm ini. Penternakan lebah mempunyai tempat yang istimewa dalam budaya Balkan termasuk di North Macedonia. Kekayaan hutannya yang masih terpelihara telah menjadikan pengeluaran madu sebagai aset berharga bagi banyak komuniti gunung di negara ini. Di North Macedonia, khususnya, tradisi ini mempunyai aspek unik: kehadiran subspesies lebah asli, Apis mellifera macedonica, ditemui di seluruh wilayah Macedonia, dari Albania Timur merentasi ke Bulgaria.


Atva Residence Hotel. Ada highway sedang dalam proses pembinaan.




Melalui kawasan Debarca.




Ini Ohrid St. Paul The Apostle Airport, dalam Municipality of Debarca.



This is St. Erasmus Church, an Orthodox church, Ohrid, North Macedonia. Pada masa ini kami sudah masuk ke Municipality of Ohrid.


Memasuki bandar Ohrid. Ohrid ialah sebuah bandar di North Macedonia Utara dan merupakan bandar terbesar di Tasik Ohrid dan bandar kelapan terbesar di negara ini. Ohrid terkenal kerana pernah mempunyai 365 gereja. Oleh kerana mempunyai jumlah gereja dan biara yang banyak, bandar Ohrid dikenali sebagai 'Balkan and European Jerusalem'. 

Bandar ini kaya dengan rumah-rumah dan monumen-monumen yang indah, dan pelancongan merupakan industri terpenting. Pada tahun 1979 dan pada tahun 1980, Ohrid dan Tasik Ohrid telah diterima sebagai "Cultural and Natural World Heritage Sites oleh UNESCO". Ohrid adalah salah satu daripada hanya 28 tapak yang merupakan sebahagian daripada Warisan Dunia UNESCO yang merupakan tapak Budaya dan Semulajadi. 
Casino Star

Komposisi agama bandar ini adalah: Kristian Ortodoks, 33,987 (80.9%), Muslim, 7,599 (18.1%), yang lain, 447 (1.1%). Penduduk paling ramai ialah Macedonian diikuti oleh Albanians, Turks dan lain-lain. 

Terletak di antara gunung dengan ketinggian sehingga 2,800 meter dan Tasik Ohrid, Ohrid bukan sahaja tempat bersejarah tetapi juga mempunyai keindahan alam semula jadi yang luar biasa. 
Montenegrin Inn
 
Penemuan arkeologi menunjukkan bahawa Ohrid adalah salah satu penempatan manusia tertua di seluruh Eropah. Tasik Ohrid sendiri berusia lebih dari tiga juta tahun. Bandar Ohrid pertama kali disebut dalam dokumen Yunani dari 353 SM, apabila ia dikenali sebagai Lychnidos - atau, "kota cahaya." 

Tidak lama kemudian, pada 879 CE, ia dinamakan semula sebagai Ohrid. Nama itu mungkin berasal daripada frasa "vo hridi" - bermaksud "di tebing" iaitu ketika bandar ini berlokasi di kawasan kecil di tepi tasik bukit, yang sebenarnya adalah tebing besar yang menjulang di atas pantai tasik. 

Menurut satu legenda, yang ditulis oleh Miladinov Brothers, apabila kubu Ohrid dibina, Emperor Justinian mendaki bukit bandar ini dan bila melihat persekitaran yang indah, berseru "oh-hill", yang bermaksud - bukit yang indah. Sejak itu, bandar ini dipanggil Ohrid.

Bandar Ohird yang kita lihat hari ini kebanyakannya dibina antara abad ke-7 dan ke-19. Semasa zaman Byzantine, Ohrid menjadi pusat budaya dan ekonomi yang penting, berkhidmat sebagai pusat episkopal Gereja Ortodoks dan sebagai tapak universiti Slavik pertama yang dikendalikan oleh Saints Clement dan Naum pada akhir abad ke-9. Pada awal abad ke-11, Ohrid menjadi ibu kota kerajaan yang diperintah oleh Tsar Samuel, yang kubunya masih kukuh hingga kini.





Alhamdulillah, kami pun selamat sampai ke bandar Ohrid. Kami diturunkan di jalan Partizanska.

Alhamdulillah cuaca cukup baik dengan suhu nyaman sampai ke lewat petang. Keadaan ini cukuplah sesuai memandangkan program kami di Ohrid ini adalah outdoor activities; lake cruise dan walking tour.

Dari tempat turun bas, kami dibawa dulu ke restoran untuk makan tengahari sebelum jalan-jalan di tasik Ohrid. 

Tidak jauh, kurang 100 meter untuk restoran.

Sampai ke restoran.

Makan tengahari kami di Ohrid adalah di Amfora Restaurant. 










Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved. 

No comments:

Post a Comment