Assalamualaikum.
Baik, sudah tiba masanya kami meninggalkan Prizren untuk ke daerah Pristina pula. Kami tidak ke bandar Pristina which is ibu kota Kosovo, tapi kami buat a quick stop di makam seorang sultan Ottoman iaitu Sultan Murad I.
Ok, saya kongsi foto-foto pemandangan indah perjalanan kami dari prizren ke Pristina, Kosovo.
Dari dalam bas kelihatan Gazimestan Monument. Gazimestan ialah nama tapak peringatan dan monumen memperingati Battle of Kosovo (1389), terletak kira-kira 6-7 kilometer tenggara dari medan perang sebenar, yang dikenali sebagai 'Kosovo field'. Nama Gazimestan berasal dari bahasa Arab 'ghazi', yang bermaksud 'pahlawan' atau 'juara', dan perkataan Serbia 'mesto', yang bermaksud 'tempat'.
Tiba di makam Sultan Murad I.
Dalam kawasan yang dijaga rapi ini ada bangunan putih ini yang merupakan sebuah History Museum Selamlık Binası Meşhed-i Hüdavendigar Tanıtım Evi (Selamlık Building Mashhad-i Hüdavendigar).
Inilah bangunan Makam Murad I, di dalamnya ada sebuah makam (türbe) yang didedikasikan untuk Sultan Uthmaniyyah Murad I yang terletak di Daerah Pristina, Kosovo.
Murad I (dijuluki Hüdavendigâr, yang bermaksud 'berdaulat') telah terbunuh dalam Pertempuran Kosovo (Battle of Kosovo) pada tahun 1389. Monumen itu dibina pada abad ke-14 oleh anak lelakinya Bayezid I, menjadikan bangunan ini contoh pertama seni bina Uthmaniyyah di wilayah Kosovo.
Murad I ialah Sultan Uthmaniyyah dari 1362 hingga 1389. Murad bin Orhan adalah anak kepada Orhan bin Osman dan Nilüfer Hatun. Orhan bin Osman adalah anak kepada Osman Gazi yang merupakan pengasas empayar Uthmaniyyah. Murad I naik takhta selepas kematian abangnya Süleyman Pasha.
Murad bin Orhan Painter: Ismail Acar 2013 Command of Military Museum and Cultural Site, Istanbul, Turkiye |
Osman Gazi, Orhan bin Osman and Murad bin Orhan Painter: Ismail Acar 2013 Command of Military Museum and Cultural Site, Istanbul, Turkiye |
Pada tahun 1389, tentera Murad mengalahkan Tentera Serbia dan sekutunya dalam Pertempuran Kosovo. Terdapat rekod yang berbeza tentang bila dan bagaimana Murad I dibunuh. Sumber kontemporari terutamanya menyatakan bahawa pertempuran itu berlaku dan kedua-dua Putera Lazar dan Sultan kehilangan nyawa mereka dalam pertempuran itu. Satu sumber Barat menyatakan bahawa pada jam pertama pertempuran, Murad I telah dibunuh oleh bangsawan Serbia dan kesatria Miloš Obilić dengan pisau.
Pembunuhan Murad I telah diterangkan dalam sepucuk surat bertarikh 20 Oktober 1389 dari Senat Florentine kepada Raja Tvrtko I dari Bosnia yang menerangkan bagaimana sekumpulan 12 orang tentera Serbia merempuh masuk garis mempertahankan Murad I dan salah seorang daripada mereka, didakwa Miloš Obilić, telah berjaya masuk ke khemah Sultan dan membunuhnya dengan tikaman pedang ke leher dan perut.
Di tepi pintu masuk ke bangunan makam ini ada sepohon pokok mulberry dipanggil sebagai 'Monumental Mulberry Tree'.
Begitu 'monumental' pokok ini hingga restorasi padanya dibuat oleh Bursa Osmangazi Municipality of Turkiye.
Mari kita masuk ke dalam bangunan makam ini.
Bangunan yang dibina pada 1850 ini sebenarnya tidak mengandungi jenazah Sultan Murad I kerana ia telah dipindahkan ke muzium di Bursa, Turki.
Organ dalaman Murad telah dikebumikan di padang Kosovo dan kekal sehingga hari ini di sudut medan perang di lokasi yang dipanggil Meshed-i Hudavendigar. Bahagian mayatnya yang lain dibawa ke Bursa, tempat kelahirannya di Anatolia, dan dikebumikan di sebuah kubur di kompleks yang dibina atas namanya.
Taman di depan pintu masuk ke makam.
Baik, jom kita teruskan perjalanan. Next kami ke negara ke 6 dalam percutian 8 negara kami ini iaitu negara North Macedonia. Ini peta perjalanan-perjalanan 5 negara kami setakat ini: Croatia ➠ Bosnia and Herzegovina ➠ Montenegro ➠ Albania ➠ Kosovo. Next ke bandar Skopje di North Macedonia.
That's Power plant Kosova B operated by Kosovo Energy Corporation an electric utility company.
And that's Power plant Kosova A.
Ok, let's enjoy the sceneries my wife and I managed to capture.
Pada masa ini kami sudah pun sampai ke Skopje, ibu kota negara North Macedonia.
Ini Skopje Fortress. Skopje Fortress, biasanya dirujuk sebagai Kale ('kale' adalah perkataan Turki untuk 'kubu'), ialah sebuah kubu bersejarah yang terletak di bandar lama Skopje, ibu kota Macedonia Utara. Ia terletak di perbandaran Centar dan terletak di titik tertinggi di bandar yang menghadap ke Sungai Vardar.
Kubu pertama dibina pada abad ke-6 Masihi di atas tanah yang didiami semasa Zaman Neolitik dan Bronze Ages (kira-kira 4000 SM dan seterusnya). Ia dibina dengan batu kapur kuning dan travertine, bersama dengan serpihan inskripsi Latin. Bahan untuk kubu berasal dari bandar Rom Skupi, yang telah musnah sepenuhnya oleh gempa bumi pada 518.
Bandar Skopje. Penggunaan nama negara "Macedonia" telah dipertikaikan antara Greece dan Republik Macedonia antara 1991 dan 2019. Pertikaian itu menjadi punca ketidakstabilan di Balkan Barat selama 25 tahun. Penyelesaian dan perjanjian dicapai kerana itu nama negara Macedonia ditukar ke North Macedonia.
The city of Skopje was once divided into a Muslim Quarter and a Christian Quarter; separated by the Vardar River. To start our tour of Skopje, we were taken to the Old Muslim Quarter.
Right: JP Uprava, Vodovod i kanalizacija, Skopje - JP Administration, Water Supply and Sewerage, Skopje (Public works department).
Left: EVN Macedonia - Directorate of EVN Macedonia - Electric utility company in Skopje.
We saw several lion statues which are part of the Skopje 2014 project with the official purpose of giving the capital Skopje a more classical appeal by depicting historical figures from the region of Macedonia via promoting a Macedonian identity with unbroken continuity from antiquity over the Middle Ages to the modern times in accordance with their policy of antiquization. Essentially, the project aims to sprinkle the centre of the capital with monuments that reinforce a notion that Macedonians have a glorious history.
Seimbas pandang bangunan-bangunan di Skopje ini nampak bermacam-macam gaya binaannya.
Bangunan putih ini adalah bangunan pejabat Government of the Republic of Macedonia. Bangunan-bangunan ini mungkin dibina dengan gaya seni bina begini untuk menceminkan ciri-ciri yang sama dengan bandar-bandar Eropah lain.
Post Office of Macedonia HQ and Goce Delchev Bridge.
The Millennium Cross - 66-metre tall cross situated on the top of Vodno Mountain; and AEK Antenna tower, the tallest in the country, towering at a height of 155 metres.
Bronze lions; symbol and guardians of Goce Delchev Bridge.
Ada dua arca singa gangsa diletakkan di laluan barat ke jambatan "Goce Delcev". Tingginya 3.5 meter.
Pada base patung ini ada relief tokoh-tokoh sejarah dari zaman-zaman pemerintahan yang lampau.
Ada 4 patung singa gangsa sebenarnya di jambatan Goce Delcev. Dua dibuat dengan gaya yang lebih tradisional dan nampak lebih realistik. Dua lagi lebih moden dan more stylized. Singa diletakkan dalam kedudukan 'guardian'.
Design singa yang lebih stylized.
Dari dalam bas ada juga kami dapat captured a few shots of sunset over Skopje, North Macedonia.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment