السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Selepas spend time jalan-jalan di Gua Kelam, kami ke Padang Besar yang lokasinya di sempadan Malaysia - Thailand.
Menuju ke Padang Besar.
Passed by Universiti Malaysia Perlis atau singkatannya UMP. Kata Encik Saadon, our taxi driver, kampus universiti ini ada di merata Perlis. Sebab itu orang Perlis bergurau kata UMP bermakna Universiti Merata Perlis 😄.
Universiti ini telah ditubuhkan sebagai Institusi Pengajian Tinggi Awam ke-17 di Malaysia pada 25 Julai 2001. Dulu namanya Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia.
Dalam perjalanan kami ternampak di sebelah kanan jalan satu padang hijau yang luas. Dan yang paling buat kami teruja ada pula sekumpulan rusa sedang berteduh di bawah sebatang pokok besar di tengah padang! Kami pun bertanyalah pada Pak cik Saadon, dia kata itu Taman Agrovet Perlis. Dia tanya nak berhenti tengok taman ni? Ehhh... he no need to ask us twice lah. Kami excited la sebab Taman Agrovet ini tiada dalam itinerary asal jalan-jalan Perlis kami.
Taman Agrovet ini dulunya dikenali sebagai Taman Agrolancong Batu 20 seperti yang tertera pada banner di tepi jalan ini. Pak cik Saadon kata, bukan saja ada rusa di taman ini, tapi ada juga banyak haiwan-haiwan lain seperti Kuda, Burung Unta, Kuda Padi, Kerbau dan lain-lain binatang.
Pemandangan padang hijau luas yang cantik dan big block letters sign I 💗PERLIS @ TAMAN AGROVET.
Taman Agrovet Perlis yang dahulunya di kenali sebagai Taman Agrolancong Batu 20 atau Ostrich Farm adalah di bawah pengurusan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perlis. Ia adalah sebuah taman dengan konsep agro pelancongan.
Pintu masuk utama ke Taman Agrovet Perlis.
Masa kami di sini, masuk ke taman ini adalah percuma, tiada sebarang caj.
Peta lokasi Taman Agrovet Perlis.
Ada banyak juga sections dan zon yang pengunjung boleh lawat.
Mendaftar masuk.
Selain mendaftar di MySejahtera, pelawat-pelawat juga diminta mendaftar dalam buku register dan secara online di 'Log Masuk Taman Agrovet Perlis'.
Maklumat pelawat dalam pendaftaran online ini adalah bertujuan untuk bancian pengunjung yang menghadiri taman ini.
Pemandangan di zon masuk ke Taman Agrovet Perlis. Luas dan redup.
Ada disediakan banyak tempat rehat di bawah kanopi besar.
Pengunjung adalah dibenarkan memberi makan pada haiwan-haiwan di taman ini tapi hanya makanan yang dijual di sini dan bukan makanan yang dibawa dari luar. Pastinya ini adalah untuk menjaga kesihatan haiwan-haiwan di sini.
Ada carrot untuk kuda, kangkung untuk burung unta dan rumput napier untuk rusa. Harganya cuma RM2.00 sahaja untuk satu pek atau satu ikat.
Bila nampak rumput napier ini, teringat kami pernah bagi makan rumput yang sama pada kerbau-kerbau di Buffalo Park, Langkawi.
Buffalo Park, Langkawi |
Inilah pokok/rumput napier.
Cerita pasal bagi makan haiwan, teringat earlier pagi hari yang sama ada kami bagi makan arnab di Pasar Terapung Kolam JPS Perlis.
Pasar Terapung Kolam JPS Perlis |
Masa di Langkawi pula kami bagi makan ikan keli di kolam di Agrotechnology Park Langkawi.
Agrotechnology Park Langkawi |
Haiwan yang paling unik yang pernah kami bagi makan ialah ikan pari di petak kolam di sebuah fish farm di Langkawi ketika kami mengikuti Mangrove Tour.
Fish Farm, Mangrove Tour, Langkawi |
Dan yang paling super adorable ialah masa isteri beri anak gajah minum susu di Pinnawala Elephant Orphanage, Rambukkana Town, Sri Lanka 😀😊😍.
Pinnawala Elephant Orphanage, Rambukkana Town, Sri Lanka |
Pastinya makanan ini adalah segar dan bersih dan yang terbaik untuk haiwan-haiwan di taman ini.
Carrot ini sudah dibersihkan, siap dipotong in bite size and conveniently packed in small plastic bag.
Tiada petugas di sini masa itu, jadi kita masukkan saja duit dalam bekas yang disediakan.
Kami beli ketiga-tiga jenis makanan dan meletakkan duit dalam bekas.
Nampak macam banyak yang kami beli tapi sebenarnya tidak cukup! Kalau kawan-kawan ke taman ini dan nak beri haiwan-haiwan di sini makan, belilah lebih sikit ya. Kalau tak habis pun boleh saja letak balik di meja ini. Tak pe lah, kira sedekah je.
Ok, kandang pertama yang paling depan ini adalah kandang Kuda Bonsai atau Miniature Horse.
Kuda Bonsai/Miniature Horse adalah merupakan kuda yang bersaiz kecil yang berada di bawah ketinggian tertentu, atau pun kuda kecil dengan bentuk badan dan pembawaan yang tertentu. Kuda Bonsai terdiri daripada banyak baka.
They are absolutely super cute and super adorable! 😊😍
Check out the luscious blonde bangs 😃😊.
They seemed hungry, chomping away on them napiers 😊.
Isteri kata dia kena pegang batang rumput napier tu kuat-kuat masa kuda-kuda ini meragut 😄.
As you can see, ada sebaldi besar pelet makanan kuda dalam kandang ini. But of course fresh napier grass is much more preferred 😀.
Busy mengunyah 😃.
Next kami ke kandang rusa. Ada sekumpulan rusa sedang berteduh di bawah bumbung sana.
Hanya seekor ni saja yang datang masa kami offer makanan. Yang lain tu dah kenyang kot... hihi 😄. Perhaps they have had their fill for the day.
Rusa ini saya tak tahu samada an adult or a fawn. Melihat dari saiz badannya mungkin ia seekor rusa dewasa dan betina sebab tak ada antlers.
Wife kata masa ni pun kena pegang kuat-kuat makanan yang dihulur.. hihi 😄.
Comel dan sopan santun je rusa ni 😊.
Jom kita tengok burung Merak pula.
Eh... bukan Peacock ke?
The term "peacock" is commonly used to refer to birds of both sexes. Technically, only males are peacocks. Females are peahens, and together, they are called peafowl.
Oooooo....
Beautiful and majestic.
Burung Merak betina.
Selalunya burung jantan mempunyai warna yang lebih cerah dan berwarna warni sebagai cara untuk menarik pasangan. Burung betina biasanya lebih kusam yang memudahkan mereka menyamarkan diri dengan persekitaran semasa bersarang dan melindungi diri dari pemangsa.
Sedang kami ambil gambar, si jantan pun mengembang ekor. Ehh... macam dia dah faham apa nak buat masa pelawat ambil gambar 😃.
Absolutely gorgeous! 😃
Kan... tengok tu macam nak show off! 😃 I love it!
Si jantan ni siap berpusing-pusing kasi kita ambil gambar dia dari pelbagai sudut😃. Or I'm putting too much into it when perhaps it was just his natural mating ritual 😄.
Di sebelah kandang burung Merak tadi ada kandang sekumpulan rusa yang kami nampak sedang berteduh earlier.
Ada rusa jantan, betina dan anak rusa.
Kalau tak silap ini adalah Rusa Timor (Cervus timorensis) yang biasa dan diternak secara meluas di Malaysia.
Ini maklumat tentang Rusa Timorensis dari papan info di Mini Zoo di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh, Perak.
A male deer is called a stag or buck, a female deer is called a doe or hind, and a young deer is called a fawn, kid or calf.
Kerajaan Malaysia memberi perlindungan khas untuk rusa yang merupakan salah satu hidupan liar di Malaysia. Pemeliharaan dan penternakan rusa adalah digalakkan kerana ada permintaan tinggi. Ini kerana dari segi kesihatan selain dagingnya sebagai sumber protein yang tinggi, ia juga mengandungi lemak dan kalori yang rendah. Kulit dan tanduknya juga boleh dibuat barang hiasan.
Tahukah anda, di Tawau, Sabah ada satu hidangan istimewa bernama Sup Payau? Sup Payau itu adalah Sup Daging Rusa. Yes, orang Sabah panggil rusa 'payau' 😃. Fascinating!
Bambi pun ada di Taman Agrovet Perlis ini 😃. Cute sangat 😊😍!
Jom kita tengok sekumpulan rusa-rusa di bawah pokok besar yang kami ternampak earlier dari dalam teksi Pak cik Saadon. Untuk itu pelawat boleh naik ke platform ini.
Naik ke platform.
Baik, berikut adalah maklumat (dalam italic) tentang penternakan rusa di Malaysia yang saya dapat dari website Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Muda Agricultural Development Authority - MADA), sebuah agency di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Ministry of Agriculture and Food Industries).
Dari platform ini pengunjung boleh melihat beberapa 'paddock' untuk kawasan tanaman rumput. Rusa-rusa yang dipelihara ini akan dibiarkan meragut rumput-rumput yang ditanam mengikut giliran ‘paddock’ disamping diberi makanan tambahan berbentuk 'pellet'.
Memang bagus idea menyediakan platform ini kerana ia membolehkan pelawat melihat secara meluas tapak taman ini. |
Beberapa “paddock” perlu dibuat bagi kawasan ternakan kerana dapat memudahkan pengurusan ternakan dan mengawal tanaman rumput yang ditanam sebagai makanan utama rusa. Oleh itu rusa-rusa akan dipindahkan daripada satu paddock kepada paddock lain apabila rumput di dalam paddock berkenaan telah berkurangan untuk diragut dan ini dapat menjamin kepada pertumbuhan rumput yang baik dan memudahkan pengurusan.
Rumput jenis Brachiaria decumbens dan Brachiaria humidicola ini mempunyai ketahanan terhadap ragutan rusa, cepat pulih semula selepas rusa dimasukkan, tidak memerlukan banyak penyelenggaraan dan adalah jenis menjalar yang dapat memenuhi kawasan tanaman dengan sepenuhnya.
Ini pemandangan jalan masuk ke kawasan paddocks yang kami lalui tadi. Kelihatan kandang burung Merak dan rusa that we passed by earlier.
Nun jauh di sana, di bawah rendang pokok besar ada sekumpulan rusa sedang berteduh dan some of them sedang meragut rumput. Lokasi pokok ini adalah jauh dari platform, mujurlah kamera saya ni boleh zoom dekat-dekat 😅.
Rusa timor (Cervus timorensis) didapati dapat menyesuaikan diri dengan iklim di Malaysia dengan cepat berbanding dengan lain-lain varieti. Penyelidikan dari Jabatan Perkhidmatan Haiwan mendapati antibodi haiwan tersebut amat kuat sehinggakan ia tidak perlu diberi suntikan pencegahan.
Cantik sungguh kawasan paddock ini with deers grazing under big shady trees. |
Rusa adalah sejenis haiwan herbivor yang dikategorikan sebagai haiwan yang mempunyai sistem pemindahan makanan yang sangat efisyen.
Rutin makanan rusa adalah mudah kerana selain diberikan makan rumput ataupun bebas meragut ia juga boleh diberikan makanan tambahan iaitu bijian palet yang dicampur dengan multi-vitamin.
Lain-lain daun tumbuhan juga boleh diberi sebagai makanannya melalui sistem potong dan bawa (cut and carry) seperti daun petai belalang, daun ubi, Acacia, Hibiscus, nangka, cempedak, lundai, ara dan lain-lain makanan seperti roti, pisang dan betik.
Kira-kira 8 kg hingga 10 kg daun tumbuhan diberikan untuk setiap seekor rusa dalam sehari. |
Aktiviti pembiakan rusa sangatlah aktif kerana seekor rusa telah bersedia untuk mengawan ketika mencapai umur antara 18 hingga 20 bulan.
Seekor rusa jantan mampu membuntingkan kira-kira 20 hingga 25 ekor rusa betina dalam satu jangkamasa dengan kadar kelahiran 70% anak rusa.
Kajian yang dibuat menunjukkan empat ekor rusa jantan berjaya membuntingkan kira-kira 100 ekor rusa betina dengan kadar kelahiran sebanyak 77 ekor anak rusa.
Rusa betina akan matang apabila berumur antara 18 hingga 20 bulan manakala rusa jantan pula apabila mencapai umur antara 2 hingga 3 tahun.
Tempoh pusingan haid bagi rusa timor ialah 18.3 hari dan tempoh hamil pula ialah 235 hari.
Biasanya rusa akan menghasilkan hanya seekor anak sahaja pada suatu masa dan kejadian kembar sangatlah jarang berlaku.
Daging rusa terkenal sebagai makanan yang berkhasiat, berprotein tinggi, kurang lemak, kandungan kolesterol yang rendah dan menepati citarasa baru.
Masa tengah ambil foto-foto ini terasa macam di safari pulak... hihi 😄. Saya teringin sebenarnya nak merasa pergi safari. Perhaps one day, inshaAllah.
Untuk menjamin kesihatan rusa, perlu pastikan makanannya cukup. Oleh itu, setiap paddocks mesti ada tumbuhan rumput yang elok dan berkualiti yang dikawal selia dan digilir tempoh ragutannya antara paddocks sepanjang masa.
Ok, sebelum saya share foto-foto haiwan lain di taman ini, saya kongsi dulu beberapa foto-foto rusa yang saya rakam ketika melawat di tempat lain.
Ini foto saya ambil 20 tahun yang lalu di Caversham Wildlife Park, Whiteman Park, Western Australia. Mungkin in Fallow deer sebab ada white spots.
Rahwana, Raja Alengka, yang sudah jatuh cinta pada Dewi Sita mengarah Maricha untuk memperdaya Dewi Sita supaya dia boleh menculik Dewi Sita. Jadi Maricha pun menggunakan kuasa magik dia dan bertukar jadi Rusa Emas.
Bila Dewi Sita ternampak Rusa Emas jelmaan Maricha, dia jadi terpukau dan meminta suaminya Sri Rama menangkap Rusa Emas itu.
Bukan senang Sri Rama nak tangkap Rusa Emas ini.
Akhirnya Rusa Emas tidak dapat ditangkap, sebaliknya Dewi Sita pula yang ditangkap oleh Rahwana, walaupun Dewi Sita ketika pemergian Sri Rama mengejar Rusa Emas jelmaan, Laksamana ada mengawal Dewi Sita.
Ok, sambung balik cerita jalan-jalan di Taman Agrovet Perlis ni.... hihi 😄.
Maricha, si Rusa Emas. |
Ok, sambung balik cerita jalan-jalan di Taman Agrovet Perlis ni.... hihi 😄.
Nun jauh di sana, saya ternampak kerbau sedang berkubang.
Jauh benor tempat berkubang tu dari platform ni, jadi terpaksalah zoom ketat-ketat. Makanya mutu foto-foto jadi compromised sikit... hihi 😅.
Dulu masa kami melawat Buffalo Park di Langkawi, kerbau-kerbau yang diternak di sini adalah dari baka Murrah dari India kerana kerbau jenis ini sangat popular di sana dan mudah didapati. Mungkin di Taman Agrovet ini juga adalah kerbau Murrah.
Maklumat tentang Kerbau Murrah.
Nun yang lebih jauh lagi di sana ada bahagian padang ragut untuk lembu pula.
Selesai di platform kami turun dan explore lagi Taman Agrovet Perlis ini. We came upon kandang/kolam kerbau ini. Tak ada kerbau-kerbaunya di sini sebab mereka sedang berkubang di jauh sana tu.
Kandang kuda.
Such a beautiful animal.
Ada satu lagi kandang miniature horse.
This ginger beauty has a much thicker more luscious bangs! 😃
Cantik macam baru balik dari salon 😊.
Ada sebuah kereta kuda lama. Rasanya ada horse carriage ride di sini tapi tidak beroperasi masa kami di sini mungkin sebab mematuhi SOP.
To be continued in the next entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment