Thursday, July 7, 2022

PERLIS - DAY 02 - PART 06 - TAMAN AGROVET PERLIS - PART 02

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ  

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW. 

Seterusnya kami nak jalan di kawasan paddocks di mana haiwan-haiwan di taman ini meragut rumput.


Bergambar sekejap 😊.

Masa lalu di laluan tepi paddocks ini kami perasan something white and fluffy along the grass of the pathway. Rupanya kekabu yang datangnya dari deretan pokok-pokok kekabu di laluan ini. 

Kena ambil gambar pokok kekabu ni because I don't remember ever seeing one before. Perhaps I did, tapi tak ingat lah 😄.

Buah-buah kekabu muda berbentuk panjang berwarna hijau. 

Pada mulanya buah kekabu bewarna hijau. Bila matang ia kemudian bertukar perang dan kehitaman.

Apabila mencapai tempoh buah kekabu akan pecah kepada lima bahagian dari hujung ke pangkal dan membebaskan biji benihnya yang diselitupi dengan kekabu.

Gentian kekabu adalah terlalu halus dan licin untuk diputar menjadi benang. Ia juga gebu, kerana diselitupi lilin, menjadikannya bahan penebat yang sesuai. Kandungan fiber ini terdiri daripada 64 % selulos. Kekabu amat anjal dan sesuai untuk dijadikan bahan pengisi seperti kusyen, bantal, tilam, jaket keselamatan, dan tali pinggang keselamatan.

Kami juga perasan batang pokok kekabu adalah berduri. Saya baca duri-duri besar yang tajam ini akan tertanggal bila pokok matang.
Other info: Kayu pokok kekabu adalah jenis kayu lembut yang mudah reput jika terdedah kepada matahari dan sesuai dijadikan bahan bakar atau kayu api.

Pemandangan kawasan padang hijau yang cantik dan luas di Taman Agrovet Perlis.


Pagar paddock dan kincir angin tradisional Belanda.

Bergambar lagi 😄.

Haa... itu kerbau-kerbau yang saya nampak earlier dari jauh dari platform dekat kandang Merak dan Rusa.

Amboii... syoknya berkubang 😃. 

Kerbau Murrah sedang berkubang. Aktiviti bergelumang dalam lumpur ini mempunyai dua tujuan; yang paling jelas ialah penyejukan badan, dan yang kedua adalah untuk perlindungan daripada serangga. 

Berkubang pada waktu siang dilakukan pada waktu paling panas. Kerbau mempunyai sedikit kelenjar peluh dan berkulit gelap yang menjadikan sukar bagi mereka untuk mengekalkan suhu badan mereka dalam keadaan panas dan lembap persekitaran. Berkubang adalah cara yang sangat penting untuk mengawal dan mengekalkan suhu badan mereka. 

Berkubang adalah aktiviti penting bagi kerbau. Kalau tidak dapat berkubang mereka akan resah. Kenapa? Sebab berkubang adalah cara kerbau untuk cegah kegatalan pada kulit mereka. Lumpur boleh menyingkirkan kutu dan parasit yang melekat pada kulit mereka. Jadi kalau nak bela/ternak kerbau mestilah ada tempat mereka berkubang. You definitely do not want angry and itchy buffalos, right 😄.

Aaaaa... the look of content 😊. 

Blissfully caked with cooling mud 😃. 

Daily spa day, makes buffalos happy 😊.

One of the buffalos most important beauty regime; mud mask first before the rest of the other skin care routines 😊.

Apabila kerbau masuk ke dalam air, mereka membuang air besar dan/atau buang air kecil. Ini adalah satu cara untuk menandakan tempat mereka berkubang. Tingkah laku berkubang adalah tingkah laku yang dipelajari. Kerbau yang tidak berkubang sejak lahir dengan kerbau lain, tidak akan melakukan berkubang sendiri. 

Hmmm... jadi memanglah ada aroma khas yang kuat dan sengit masa saya berdiri dekat begini dengan tempat berkubang ini untuk ambil gambar.. hahaha 😅😄😂.

Masa lain saya sedekat itu dengan kerbau adalah ketika saya di Laman Padi, Langkawi.

Juga ketika naik kereta kerbau di Villa Escudero Plantation and Resort, Tiaong Quezon, Philippines 😊.

Juga ketika di Danau Tarusan Kamang, Sumatera Barat, Indonesia.

Juga di Jim Thompson Farm, Thailand.

Dan yang paling saya dekat sekali dengan seekor kerbau adalah ketika saya beri makan rumput napier dan usap kepala seekor kerbau bernama Tony di Buffalo Park, Langkawi 😃😄😊.

Paling lucu pula masa nampak ibu ini mengejar seekor anak kerbau yang nakal dan super adorable tak mahu balik ke kandang di Danau Tarusan Kamang, Sumatera Barat, Indonesia 😁.


Ok, jom tengok pula sekumpulan rusa yang sedang berteduh di bawah pokok besar ini yang saya nampak earlier dari platform.

Lepas sudah kenyang meragut, especially ketika waktu terik begini, Rusa timorensi ini akan berehat di bawah rendang pokok besar.

We were quite happy that visitors are allowed to walk closer to the grazing paddocks to get a closer look at the herds. Inilah kali pertama kami dapat peluang berada di sebuah ladang ternak yang luas dan cantik sebegini dan dibenarkan pula ambil gambar. 

Even at this distance the Rusa timorensi acted shy and skittish. 


Walaupun mata dah nak memejam, tapi telinga tetap tegak on high alert. Memang dah nature mereka begitu 😊. 

Such a beautiful animal. 

Selalunya dalam satu-satu kumpulan ternakan rusa akan ada rusa jantan baka dan rusa jantan yang lain. Hanya rusa baka sahaja yang dibenarkan mengawan bagi tujuan mendapatkan zuriat yang kuat. Jadi masa musim mengawan, kedua-dua kumpulan rusa-rusa jantan ini akan dipisahkan. This separation juga adalah untuk elak pergaduhan antara mereka kerana berebut rusa-rusa betina.   


The harem. 



Seterusnya kami ke padang ragut lembu pula. 

Usaha terkini oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) ialah melancarkan Pelan Strategik Pembangunan Industri Pedaging Negara dan Pelan Strategik Pembangunan Industri Tenusu Negara (2021-2025).

Penternakan lembu untuk daging dipanggil Penternakan Lembu Pedaging. Ia berpotensi cerah tapi di Malaysia pengeluarannya masih rendah. Di Malaysia ada dua jenis penternakan lembu; Penternakan Lembu Fidlot dan Penternakan Lembu Pedaging Integrasi Dalam Ladang Kelapa Sawit.

Penternakan Lembu Fidlot bermaksud menternak lembu menggunakan sistem fidlot iaitu memelihara lembu secara intensif di dalam kandang/kurungan bagi tujuan pengeluaran lembu daging melalui peningkatan berat badan dengan memberi makanan yang bermutu, air bersih, mineral dan vitamin yang secukupnya dalam tempoh yang tertentu. 

Sistem Fidlot merupakan penternakan secara intensif yang tidak memerlukan kawasan yang luas.

Dengan terdapatnya banyak bahan sampingan pertanian terutamanya dari hasil buangan kelapa sawit akan mendorong kepada penternakan lembu secara fidlot ini. 

Sistem ini boleh memberikan pulangan yang lebih cepat berbanding sistem tradisional yang berasaskan pastura dan ianya juga tidak memerlukan kawasan yang luas.

Penternakan lembu pedaging cara kedua pula menggunakan sistem integrasi dalam ladang tanaman kekal (terutamanya ladang sawit). 

Penternakan lembu integrasi adalah bermaksud memelihara lembu secara lepas bebas meragut di dalam ladang tanaman kekal dengan diwujudkan padok iaitu dikawal pergerakkan lembu melalui penggunaan pagar letrik dalam keluasan tertentu. 

Baka-baka yang biasa dipelihara untuk daging di Malaysia adalah; Kedah Kelantan (K-K), Kacukan Komersial Australia (Australian Commercial Cross), Kacukan Friesian-Sahiwal (Mafriwal), Local Indian Dairy (LID) dan Droughtmaster. 
Sumber: dvs.gov.my

Kedah Kelantan (K-K)
Baka lembu tempatan yang amat sesuai di negara ini kerana sifatnya yang tahan jangkitan penyakit. Ia berbadan pejal dan mempunyai berbagai warna seperti perang hitam, cokelat atau kekuningan. Anak yang dilahirkan adalah kira-kira 14-16 kg. Kenaikan berat badan kira-kira 0.4 kg sehari sehingga mencapai umur 2 tahun dan berat matang adalah antara 200-250 kg. Daging dihasilkan kira-kira 45% daripada berat badan.

Kacukan Komersial dari Australia (Australian Commercial Crosses)
Dihasilkan di Australia, hasil kacukan berbagai jenis lembu pedaging. Antara jenis-jenis yang terlibat ialah Brahman, Shorthorn dan Hereford. Lembu-lembu jantan muda dari baka ini mudah didapati dengan bilangan yang banyak, dan harga yang berpatutan.

Kacukan Friesian Sahiwal (Mafriwal)
Berwarna hitam kemerahan. Hasil kacukan antara betina jenis Friesian dan jantan jenis Sahiwal, dihasilkan di New Zealand dan Australia untuk dipelihara di Malaysia. Ia merupakan jenis duaguna yang sesuai bagi Malaysia. Boleh mengeluarkan susu 1,500-2,000 kg. Purata berat anak semasa lahir 24 kg. dan berat matang ialah 360 kg. Purata kenaikan berat badan dalam lingkungan 0.37 kg. sehari.

Local Indian Dairy (L.l.D.)
Campuran jenis-jenis Kangayan x Hallikar x Ongole daripada India. Dianggap jenis tempatan, kerana ada yang bercampur dengan darah lembu KK. Jenis susu yang boleh juga disesuaikan dengan lembu daging. Lembu baka ini berwarna di antara keputihan kepada kehitaman dan kekuningan kepada cokelat gelap. Boleh hidup dalam keadaan rumput sederhana. Tahan kutu dan jangkitan penyakit. Berat matang ialah 280 kg. Anak yang dilahirkan ialah di antara 18- 20 kg beratnya.

Droughtmaster
Hasil kacukan Brahman dengan Shorthorn, berasal dari Utara Australia. Jenis lembu daging yang sesuai dengan negara tropika ini berwarna cokelat atau merah gelap. Matang bila mencapai umur purata 630 hari. Purata umur ketika beranak pertama ialah 918 hari. Berat mencapai lebih kurang 330 kg apabila mencapai umur 2 tahun.

Comel dua ekor anak-anak lembu ni 😊.




Masa tengok lembu-lembu di Taman Agrovet Perlis ini teringat saya pada my cows encounters ketika bercuti-cuti 😃😄. Here are some of them.

Ini sekumpulan lembu-lembu bebas meragut di Pantai Sepat, Pahang.


Ini pula di Churchill Island Heritage Farm, Victoria, Australia. Ia salah satu ladang yang masih beroperasi yang tertua di Victoria.


Yang ini di Kaihere Lookout Point, New Zealand, with its beautiful sprawling hilly green pastures. 


Kawasan yang cukup indah ini pula adalah di Landzeit Mondsee, Austria.


Dan pada saya kawasan penternakan lembu yang paling cantik pernah saya lawat adalah Balai Pembibitan Ternak Unggul Hijauan Pakan Ternak (BPTUHPT) Jl. Padang Mangatas, Mungo, Luak, Kabupaten Lima Puluh Kota, Sumatera Barat, Indonesia.

Kalau nak baca cerita saya ke Padang Mengatas, silalah ke link ini 👉 Padang Mengatas.

Ok, ini pula bukanlah foto-foto yang saya rakam di ladang lembu tapi di sebuah sawah di Sawah Talimun, Nagari Parambahan, Kecamatan Limo Kaum, Tanahdatar, Sumatera Barat. 

Kenapa saya ke sini? Sebab ada acara hebat Pacu Jawi 😃.

Kehebatan acara Pacu Jawi yang penuh adegan yang mendebarkan yang saya ingat sehingga kini. It was one of those experience that I admit I will not soon forget 😃. Kalau nak baca blog saya tentang lawatan saya ke acara Pacu Jawi ini bolehlah ke link ini 👉 Pacu Jawi

Lepas tengok lembu, kami pun berjalan keluar dari kawasan kandang/paddocks ke pintu masuk tadi.



Pokok kekabu.

Seterusnya kami ke kawasan kandang kuda pula.

Ada beberapa ekor kuda di Stable Kuda besar ini. Unfortunately, tidak ada sebarang maklumat tentang baka apakah kuda-kuda ini. 

Di Malaysia, kuda-kuda ada diternak dan dipelihara antaranya di Perak, Pulau Pinang, Pahang, Kuala Lumpur, Melaka dan Sabah. 

Di Kelantan dan Sabah kuda-kuda selalunya dipelihara selain untuk tujuan pertanian, adalah juga untuk pertandingan lumba kuda dan pertunjukan. Jadi lebih untuk hobi dan rekreasi.

Sementara di Ipoh, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang kuda digunakan untuk tujuan perlumbaan profesional.

Di Perak ada ladang kuda yang melakukan pembiakan kuda lumba ‘throughbred’ di Malaysia, untuk mengurangkan mengimport kuda dari luar semata-mata untuk membangunkan sukan ekuestrian. Ladang ini lengkap dengan tempat latihan kuda, klinik dan makmal, trek latihan, latihan di pintu permulaan dan treadmill kuda.

Ada juga ladang yang melatih dan menganjurkan sukan memanah berkuda di mana peserta diuji dari segi kombinasi tiga elemen penting iaitu ketepatan, kelajuan dan daya tembusan.


Setiap kali saya nampak kuda mesti teringat betapa cemasnya saya pertama kali menunggang kuda semasa nak ke Gulmarg, India. Walaupun jalannya rata dan tidak turun naik bukit dan kuda-kuda kami dituntun, saya tetap cemas, firstly sebab kuda tu terasa begitu tinggi and I was afraid I would fall. Also the horse kept slipping over iced road sebab masa tu tengah turun salji. My wife relax je, while I was gripping the saddle so tightly that I couldn't even smile properly for the photo... hihi 😅.

Dalam takut-takut tu sanggup juga lepaskan satu tangan dari pegang pelana kuda untuk snap foto... hihi 😅.

Sebab pengalaman itulah maka setiap kali ada aktiviti naik kuda I will decline. Contohnya masa kami ditawarkan untuk naik kuda ke kaki Gunung Bromo oleh horse riders di situ. Bayangkan di jalan yang rata pun saya tak sanggup, lagi la nak naik bukit macam ni!

Last sekali I tunggang kuda adalah masa di Ti Kong Art Center, Yangshuo, China. Granted that it was on a painted Pegasus, even then the fear was real... hahaha 😁😄.

Kami juga pernah melawat atau passed by di tempat-tempat lain di mana ada kuda yang diternak atau dipelihara. 
Pusat Ekuin Universiti Putra Malaysia

Pusat Ekuin Universiti Putra Malaysia

Batu Gajah, Perak

Batu Gajah, Perak

Jerudong Polo Club, Brunei

Jerudong Polo Club, Brunei

Rai Manee Sorn Sunflower Field, Thailand

Rai Manee Sorn Sunflower Field, Thailand

Churchill Island Heritage Farm, Victoria, Australia

Agrodome Rotorua, New Zealand

Agrodome Rotorua, New Zealand

Taupō, North Island, New Zealand

Taupō, North Island, New Zealand

While on the road from Brussels to Amsterdam

While on the way to Amsterdam from Brussels

While on the road from Amsterdam to Cologne

While on the way to Cologne from Amsterdam

Yang ini jarang saya nampak. They are the Royal Malaysian Police (PDRM) Mounted Police Unit.

Foto ini saya rakam di Istana Negara. They are the Malaysian Royal Armoured Corps Mounted Ceremonial Squadron.


Ini pula di The Household Cavalry Museum, London, England.


Ini pula ketika the changing of guards at the Buckingham Palace.


Ok, saya share pula some patung-patung kuda yang over the top. 

Patung 'Cremation Memorial, Ban Tai, Kanchanaburi, Thailand.

Patung Satria Gatotkaca, Bali, Indonesia.


Manado, Sulawesi Utara, Indonesia.

Ini water parade 'Legend of Mythica' di Tokyo DisneySea, Tokyo, Japan. 

So ok, it a unicorn tapi boleh kira kuda lah... hihi 😄.

Kuda-kuda emas di Silver Cave, Yangshuo, China.

Wellington Arch, London, England.

"Peace Descending On The Chariot Of War".

These are statues at the Hofburg Palace, Vienna, Austria.
Right: Equestrian Statue of Prince Eugene of Savoy
Left: Archduke Charles

Dan pada saya arca kuda yang paling menarik adalah arca-arca kuda di perkarangan Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang. 

Arca-arca di sini dibuat dari kayu-kayu hanyut dan dipanggil 'Driftwood Art'. Ia adalah hasil ciptaan Abdul Ghofur, seorang sculptor Indonesia dari Semarang, Jawa Tengah, Indonesia. 

Saya kongsi sekali beautiful murals and paintings of horses that I came across.
Gopeng, Kampar, Perak

Jalan Hang Kasturi, Melaka

Ini salah satu lukisan di Art Street, Colombo, Sri Lanka.

Ini lukisan diorama bertajuk 'Siege of Constantinople' yang ada di Command of Military Museum and Cultural site, Istanbul, Turki.

Next kami berjalan ke Zon Unggas pula. 


Ada angsa.






Ada maklumat tentang itik di sini.

Itik merupakan sejenis haiwan daripada keluarga anatidae yang dijadikan ternakan daripada jenis burung (avian) atau unggas yang mempunyai dua kaki, habitatnya di air tawar atau air masin. Itik adalah lebih kecil badannya daripada angsa. Kebanyakan itik mempunyai paruh yang rata dan lebar untuk menyudu. Itik makan pelbagai jenis makanan seperti rumput, tumbuhan akuatik, ikan, serangga, amfibia kecil, cacing dan moluska kecil.

Penternakan itik kebanyakan banyak dijalankan di kawasan yang mempunyai sumber air seperti di sawah padi. Ramai populasi kaum cina di Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Perlis yang mengusahakan ternakan itik ini. Kini, pengusaha melayu di Kelantan, Terengganu juga mula mengusahakan ternakan itik telur ini.

Itik mempunyai daya ketahanan yang tinggi dan tidak mudah diserang penyakit. Cara pemeliharaan dan pengurusannya juga sedikit berbeza dan lebih mudah daripada penternakan ayam. Pemilihan baka adalah sangat penting bagi pengeluaran yang baik. Secara amnya, itik akan mula bertelur apabila sudah mencapai berat badan 1.8-2.1 kg. Seekor itik memerlukan makanan sebanyak 140-160 gm sehari.

Terdapat baka itik telur dan itik pedaging.
🔷Terdapat beberapa baka itik telur dan pedaging yang sesuai dipelihara oleh penternak-penternak. Baka dan pengeluaran telur bagi itik-itik telur tersebut adalah seperti Khaki Campbell Kacukan (Thailand) 260-274 biji pertahun, Kortlang Khaki Campbell (U.K.) 300 - 320 biji pertahun, Indian Runner 250 - 275 biji pertahun, Cherry Valley C2000 275-280 biji pertahun dan Itik Jawa 180-200 biji pertahun.
🔷Bagi itik pedaging pula, terdapat beberapa baka yang sering di pelihara di Malaysia seperti baka Peking (umur 8 minggu - berat 2.8-3.0 kg), Aylesbury (umur 8 minggu - berat 2.7-2.9 kg), Cherry Valley (umur 47 hari - berat 3.2 kg) dan Muscovy (umur 16 minggu - berat 4.5-5.0 kg (jantan) 2.5-3.0 (betina).

Kebiasaanya itik di ternak di kawasan yang berparit atau kolam kerana dipercayai itik memerlukan habitat yang mempunyai air untuk membesar dan membiak. Kebelakangan ini didapati bahawa itik-itik yang dibela secara intensif tanpa air untuk berenang lebih cepat membesar dari sebaliknya. Dengan menggunakan baka yang baik, pengurusan yang sempurna dan makanan yang seimbang, itik pedaging lebih cepat membesar daripada ayam dan lebih mudah dijaga.

Ini Ayam Mutiara. 

Tiada maklumat tentang Ayam Mutiara dipaparkan di Taman Agrovet Perlis ini. Jadi saya share papan info tentang ayam ini yang ada di Mini Zoo Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh.

Papan maklumat tentang Ayam Belanda dan Itik.

Di Taman Agrovet Perlis ini juga ada Tractor Tram ini untuk bawa pengunjung mengelilingi taman yang besar ini. Masa kami di sini ia tidak beroperasi mungkin sebab mematuhi SOP due to the Covid 19 pandemic. 

Konsep farm tour dengan Tractor Tram ini ada yang seperti kami nampak di Agrodome Farm di Rotorua, New Zealand. 
Agrodome Farm Tour, Rotorua, New Zealand

Ada hanging basket chair. For selfie agaknya lah.

Seterusnya kami ke Zon Kuda Miniature, Burung Unta, Kambing dan Rusa. 

Ada sekumpulan burung Merpati putih sedang makan di sini. 


Ada kolam yang dihiasi dengan batu-batu berwarna-warni.



Juga ada disediakan pigeonholes for the birds. 

Jom kita jalan-jalan lagi. 

Super adorable miniature horses.


Jinak dan boleh diberi makan.

Boleh juga diusap-usap kepala kuda-kuda ini. 

Berjalan lagi ke kandang Burung Unta pula.

Ada banyak Burung Unta di kandang ini. 

Info tentang Burung Unta dari papan maklumat di Mini Zoo Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh.

Semua Burung Unta di sini nampaknya sihat. I came to that conclusion berdasarkan pada bulu badan mereka yang fluffy, cantik dan tebal penuh. 

Dari Burung Unta ini boleh dibuat beberapa produk seperti jaket kulit, perhiasan yang dibuat daripada kulit telur dan bulu, beg, kasut dan lain-lain. 

Dari seekor burung unta dewasa boleh didapatkan 33-35 kg daging, 1.2-1.5 meter persegi kulit dan 1.2-1.6 kg bulu, serta 4.5 kg giblet yang sesuai untuk makanan, dan 1.5 kg lemak yang digunakan dalam pembuatan kosmetik.

Jenis-jenis rumput yang sesuai dimakan Burung Unta adalah Rumput Setaria splendida, Rumput Napier (Rumput Gajah) dan Rumput Guinea.

Di Taman Agrovet Perlis ini Burung Unta juga boleh diberi makan oleh pelawat. Pada masa kami di sini tiada aktiviti-aktiviti tunggang burung unta, lumba burung unta dan berdiri di atas telur burung unta.

Kalau di Jelita Ostrich Show Farm Seremban ada aktiviti-aktiviti tunggang dan lumba Burung unta dan berdiri atas telur Burung Unta untuk pelawat. 
Aktiviti tunggang dan lumba Burung Unta. Ada saya diajak cuba tunggang Burung Unta ini tapi tentulah saya decline bagi alasan saya ni overweight walaupun sebenarnya saya takut jatuh! 😄😅😆  

Haaa.. tapi kalau suruh saya berdiri atas telur Burung Unta saya berani... hihi 😄. Itu pun mula-mula sangsi jugalah takut pecah pulak telur tu 😄.

Burung unta jantan akan mencapai tempoh kematangan pada umur 25 – 28 bulan manakala burung unta betina pada umur 20 bulan.

Burung unta jantan yang matang didapati mempunyai paruh dan belakang kaki yang berwarna kemerahan terutama semasa musim mengawan.

Kadar Nisbah pengawanan bagi burung unta dalah 1:2 iaitu 1 ekor jantan bagi setiap 2 ekor burung unta betina.

Burung unta boleh menghasilkan telur sebanyak 40 – 80 biji setahun. Tempoh produktif bagi burung unta adalah sehingga 30 tahun. Foto telur Burung Unta di bawah dirakam di Jelita Ostrich Show Farm, Seremban.
🔸Harga sebiji telur Burung Unta seberat 1.5 kg adalah lebih kurang RM60.00.
🔸Rasanya lebih kurang macam telur ayam.
🔸Kandungan proteinnya sangat tinggi dan rendah kolesterol kerana ianya 70% putih telur dan 30% kuning telur.
🔸Kalau nak rebus telur Burung Unta, ia akan ambil masa selama lebih kurang 1 jam 15 minit.
🔸Ia tahan disimpan selama sehingga 1 minggu kerana cengkerangnya yang kuat.



Pagar kandang Buurng Unta mesti dibina setinggi 1.80 meter dan 40 – 50 cm tinggi dari tanah.



Ada juga taman-taman lain yang saya pernah lawat yang ada Burung Unta. 
Mini Zoo di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Jelita Ostrich Show Farm, Seremban

Sandakan Crocodile Adventure Land, Sandakan

Kambing juga ada di taman ini. 
Komponen kambing yang mempunyai nilai komersial dan berpotensi untuk dipasarkan adalah:
🔹Kambing – jualan hidup sebagai baka, daging sebagai makanan, haiwan peliharaan
🔹Susu kambing
🔹Kulit dan bulu kambing – kraftangan, tekstil
🔹Tanduk kambing – kraftangan.
🔹Usus – benang jahitan pembedahan.
🔹Tinja – baja organik. 

Secara am, baka kambing boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan baka ternakan mengikut fungsi iaitu:
🔹Kambing pedaging - Boer, Kacang, Black Bengal, Savanna, Kalahari Red, Jermasia.
🔹Kambing susu - Alpine, Saanen, Toggenburg
🔹Kambing dwi fungsi (susu dan daging) - Jamnapari, Anglo-Nubian

Antara kandang-kandang di zon ini ada taman yang rendang dan nyaman untuk pelawat-pelawat berehat.

Next adalah satu lagi kandang rusa.


Cantik-cantik rusa di sini. 

Harga seekor rusa boleh sampai RM5,000 seekor bergantung kepada saiz, umur dan jantina. Kebiasaannya, rusa jantan lebih mahal berbanding rusa betina. Harga dagingnya pula boleh mencecah sampai RM90 sekilo.


Tengah bertempik pulak dia ni 😄😃.

Such beautiful smooth shiny fur.


Dan kami pun sampai di penghujung zon ini. Jom patah balik.

Memberi Burung Unta makan. Ketinggian Burung Unta boleh sampai 8 kaki, so kalau nak suap dia kenalah julang tinggi 😃.

Kalau tak silap saya, di Taman Agrovet Perlis ini ada aktiviti tunggang kuda miniature ini untuk kanak-kanak berumur tertentu. Tiada aktiviti ini masa kami di sini possibly sebab patuhi SOP.

Memang sesuai sangat bawa family ke taman ini.


Bagi kanak-kanak pastinya lawatan ke taman ini sangat memorable for them 😊.

Aktiviti naik kereta kuda juga tidak beroperasi very likely sebab patuhi SOP juga.


Teringat masa beberapa percutian dahulu, kami pernah naik kereta kuda 😃.

Naik Bendi di Kota Bukittinggi, Sumatera Barat, Indonesia. 

Naik Bendi ditarik oleh si kuda bernama Ababil pusing Kota Bukittinggi.

Ini pula masa kami naik kereta kuda di Hohenschwangau, Germany untuk naik bukit ke Neuschwanstein Castle. Masa itu sedang hujan renyai dengan suhu 2°C. Brrrrr.... 😬.

Masa turun bukit, kami naik kereta kuda yang ditarik oleh Rocco dan Ellie 😃.

Dan juga naik kereta kuda di kawasan Giza Pyramid Complex, Cairo, Egypt.

Very touristy indeed 😁.

Seterusnya kereta-kereta kuda yang saya rakam ketika di lain-lain percutian.
Ketika dalam perjalanan dari Dal Lake ke Gulmarg India

Ini di lorong As-Siq, Petra, Jordan

The Treasury, Petra, Jordan

Jelita Ostrich Farm, Seremban

Kaherah, Mesir

Alexandria, Mesir

Hofburg Palace, Vienna, Austria

Lapangan Lubuk Ambacang, Bukittinggi, Sumatera Barat

Franzikanergasse, Salzburg Old City, Austria

Lucerne, Switzerland

Ada sebuah lagi kereta kuda lama dipamer di Taman Agrovet Perlis ini. 


Ada info tentang Sejarah Penubuhan Taman Agrovet.

Ok, selesai sudah cerita lawatan kami di Taman Agrovet Perlis ini. Taman ini memang sangat sesuai dikunjungi dengan family. Kids will definitely love it here. Not only it'll be fascinating for them, more importantly it'll be educational too. As for adults, it is a nice way to see animals yang jarang kita dapat lihat dari dekat. Suasana taman ini juga nyaman dan damai. Dan kalau orang macam saya ni yang suka ambil gambar, termasuk subjek haiwan, bolehlah berangan kononnya macam pergi percutian safari 😁😄.

Till  the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.  

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment