Monday, July 11, 2022

PERLIS - DAY 02 - PART 07 - PADANG BESAR

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ  

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Ok sambung lagi cerita jalan-jalan kami di Perlis. Lepas spend a wonderful time at Taman Agrovet Perlis tengok macam-macam binatang ternakan dan perliharaan, kami seterusnya dibawa oleh Pak cik Saadon ke Padang Besar pula. Ye lah kan, orang kata kalau dah ada di Perlis, elok la singgah ke Padang Besar juga.


Kami nak dibawa Pak cik Saadon ke Padang Waremart dan bukan ke Arked Niaga. Kami pun bukanlah particular sangat kalau nak ke tempat-tempat shopping kerana seperti selalunya kami kalau bercuti tidak membeli belah, enough with just small buys. Yang penting nak feel the suasana, tengok apa yang unik yang dijual and take lots of photos 😄.  

Tiba di bandar Padang Besar.

Ada iklan Insurance Thailand. Dah ada feel macam kami di Thailand pula 😄. Nice!

Ok je masa kami sampai, tiada kesesakan di jalan raya. Agaknya selalunya memang begitu keadaannya di sini.


Cawangan Tabung Haji di Padang Besar.

Padang Besar ialah sebuah bandar di sempadan Malaysia-Thailand yang terletak di bahagian utara negeri Perlis dan juga bandar paling utara di Malaysia.

Padang Besar terletak di sempadan dengan wilayah Songkhla, Thailand, 35 kilometer timur laut Kangar dan kira-kira 57 km barat daya Hat Yai.

Pekan yang bertentangan dengan Padang Besar di Thailand juga dikenali sebagai Padang Besar, walaupun penduduk tempatan di situ biasanya merujuk kepada bandar itu sebagai 'Pekan Siam' atau Bandar Siam. 

Bandar ini adalah pusat membeli-belah dan destinasi popular di Malaysia, dikunjung oleh ribuan shoppers dari Semenanjung Malaysia dan selatan Thailand setiap hujung minggu dan semasa cuti umum.

🔴Pada tahun 1960-an, Kawasan Komersial Segi Tiga Emas (Golden Triangle Commercial Area) telah dibina bersebelahan dengan Stesen Kereta Api Padang Besar berhampiran garis sempadan antara Malaysia dan Thailand. Ia menjadi pusat membeli-belah yang terkenal di Malaysia dan Selatan Thailand. Selain itu, aktiviti penyeludupan di kawasan ini juga adalah serius.
🔴Pada tahun 1994, Kawasan Komersial Segi Tiga Emas (Golden Triangle Commercial Area) telah dirobohkan oleh kerajaan negeri Perlis berikutan aktiviti penyeludupan kawasan ini yang menjejaskan ekonomi sempadan Thailand dan hubungan kedua-dua negara. Kawasan komersial baharu (Aked Niaga Padang Besar) dibina bagi menggantikan kawasan komersial yang dirobohkan.
Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Padang Besar
Padang Besar Immigration, Customs, Quarantine and Security (ICQS) Complex

Ada juga kami ternampak beberapa kedai-kedai bebas cukai di bandar ini. Ini adalah laluan masuk ke Arked Niaga Padang Besar. 

Kami diturunkan oleh Pak cik Saadon di laluan masuk ke kawasan perniagaan Padang Waremart. Dia juga ada beritahu kami kalau kami nak ke Kompleks Arked Niaga, bangunannya cuma di seberang jalan opposite Padang Waremart ini.  

Di jalan pintu masuk ini ada peniaga buah Mangga Harum Manis yang menjual dari lori. Tapi ini Mangga Harum Manis Cambodia, bukan Perlis. Murah harganya; RM10 untuk 3 kg. Kalau Mangga Harum Manis Perlis harganya antara RM20 hingga RM40 sekilogram.

Ok, jom kita masuk.

Masa tu masih lagi kena scan. 

Suasana di kawasan perniagaan Padang Waremart. Lebih kurang pukul 1:00 tengahari masa tu. Sebenarnya ramai pengunjung masa kami di sini walaupun sempadan Malaysia-Thailand masih belum di buka ketika itu. 

Di hujung sana adalah bangunan Kompleks Padang Waremart. 

Ok, jom kita tengok apa yang dijual di sini. 

Ada pelbagai snek cucuk di gerai ini. 

Macam-macam snek kekacang. 


Kita tengok di gerai ini pula.

Ini Gula Kabung. Yang di sudut kanan atas dalam bakul biru ini ialah Gula Som Tam, produk Thailand. 

Yang dalam pinggan bekas putih tu kalau tak silap saya namanya Miang Kham. Ianya makanan pembuka selera, salah satu appetizers Thailand. Cara penyediaannya: ramuan seperti limau nipis, cili, kacang tanah, udang kering, kelapa, bawang merah dan halia dibungkus dalam ulam daun kadok (rupanya macam dauh sirih) dan dimakan dengan sos yang dibuat dari bahan-bahan seperti gula melaka, belacan, gula dan serai. So, essentially it is a leaf-wrapped salad bites.

Ada bertin-tin besar snek pelbagai biskut. Yang botol-botol kecil plastik atas kotak tu ialah Rojak Namplawan.


Ada macam-macam biscuits sticks, crackers, wafers, cream filled biscuits, pineapple jam biscuits, rolled wafers, sandwich cookies etc.


Adakah gerai-gerai di sini semuanya menjual produk-produk yang sama? Let's go see, shall we. 

Lebih kurang sama saja produk yang dijual from one gerai to the next, dengan beberapa produk yang berlainan.  




Since it was already lunch time, kami pun ke restoran ini untuk makan tengahari. 

Kami makan tengahari di Restoran Istimewa No. 9.

Kami pilih restoran ini kerana ia berada di dalam bangunan so naturally we were hopeful di dalam tu adalah much cooler. Cuaca panas masa tu. Tempat makan lain yang ada di situ adalah restoran khemah. 

Suasana dalam Restoran Istimewa No. 9, Padang Besar. Ramai pelanggan!

Kebetulan ada sekumpulan bikers and family di restoran ini. Makanya kami jangka lambatlah kami akan dapat our orders. 

Managed to get a table. 

Sambil menunggu makan snek kacang yang kami beli earlier. 

My cendol pulut 😋😃.

Pulutnya lembut dan santannya fresh. Also, tidak begitu manis, which is excellent.

It was a hot and humid day, so we needed extra beverages 😄.

Orders kami pun sampai. Lama juga menunggu sebab masa tu lunch time dan ada ramai pelanggan lain. 

Isteri order padprik ayam.

Telur dadar.

Kangkung goreng biasa.

Saya order Nasi Goreng Kampung. Alhamdulillah, sedap makan tengahari kami hari tu. 

Lepas selesai makan kami pun jalan-jalan lagi di pasar terbuka di sini. Ada nanas, mangga dan laici. Then terperasan buah hijau dalam plastik sebelah nanas tu. I had always wondered what fruit that is. Saya dapat tahu itu adalah buah jambu batu jeruk Thailand. Teringat dulu, about 10 years ago, kami pernah makan buah jeruk tu masa di sebuah floating market di Bangkok. Saya cuma took a small bite dah hampir tak lalu nak telan sebab manisnya yang sangat sangat melampau. Saya baca proses menjeruk buah itu ada menggunakan sejenis bahan kimia yang boleh menghasilkan rasa manis 30 hingga 50 kali ganda lebih manis dari gula biasa. Itu dulu la, now ni dah diharamkan agaknya. 

Got pineapples already peeled with different stages of ripeness. 

Buah salak pun ada. 

Mangga dengan serbuk asam dan Miang Kham.

Thailand Flavored Milk: ada perasa coklat dan strawberi. 


Fyi, nampaknya orang-orang di sini, both peniaga dan pelanggan macam ok je kalau kita ambil gambar. Perhaps sudah biasa kerana ini memang very touristy area. Dan juga tak kisah mungkin sebab pakai pelitup muka 😄. 


Snek cucuk bakar. Masa muda dulu suka juga saya sekali sekala makan snek macam ni. But when the doctor said I should lay off processed/junk food, maka lama kelamaan saya sudah hilang rasa teringin bila nampak atau terbau makanan snek begini. 

I must say I had never seen such a variety of cucuk snacks before! Sampai by looking at them I cannot tell apa perasa snek-snek ini. Selalunya perasa seafood kan? Like udang, sotong, ikan dan ketam kan? Also perasa daging dan ayam. I emphasis the word 'perasa' here, meaning artificial flavouring, which is in reality a 'fake' taste. But some of them taste so good and so close to the real ones, right? Hihihihi.... 😄.

Doktor nasihat saya untuk jaga pemakanan saya dengan mengelak makanan yang ada pewarna makanan, MSG, perisa tiruan dan pengawet. And I think these snacks are loaded with them. Bye bye delicious cucuk snacks 😅.

Thirst quenchers. Tapi jaga-jaga la ya, mungkin these drink are loaded with artificial flavorings too and usually have excessive amount of sugar. 

Minuman Anggur Perlis pun ada. Ok, minuman 'Kelapa Pandan Ayaq Nyok Ori Punya' tu elok diminum sebab asli. Cuma minta jangan campur sirap gula. Biar betul-betul ori and refreshing 😃.

Snek cucuk Angry Bird pun ada juga 😄.


The beef section, I think. Merah sungguh pewarna yang digunakan.

Selain minuman, di kedai ini juga ada kerabu. 

Sekali pandang these drinks towers look like bongs... hihi 😄. Mungkin peniaga kedai ini is being cheeky 😊.

Next, jom kita ke gerai makan berkhemah Sha's Daging Bakaq Danok. 

Kerja membakar daging sedang berlangsung. Baunya sungguh menyelerakan!

A closer look 😃. Essentially ia adalah daging lembut bakar yang dimakan dengan mencicah daging dengan air asam Thai.

Look so juicy and mouthwatering 😋.

Banner Daging Bakar Dannok.

Full house! Memang popular makanan ni.

Ok, jom ke masuk ke dalam Padang Waremart pula. Saya baca produk-produk yang dijual di Padang Waremart ini dan di Arked Niaga Padang Besar adalah lebih kurang sama saja. In terms of the building, Padang Waremart katanya is newer, bigger and more spacious and more organized. 

Suasana di dalam Padang Waremart. Lega sungguh dapat masuk bangunan yang cool ini 😄. Maklum la, sedang panas terik di luar masa tu.

Kedai pelbagai snek. 

Kedai pakaian juga ada.


Tilam lipat segi tiga Thai.

Kedai ini ada segala macam perkakas dapur.

Baju kelawar bermacam corak dan patterns. 

Jeweled pins and brooches. 

Memang selesa membeli belah di dalam waremart ini.

More shiny accesories. 

A closer look.


There are all sort of toys for kids of different ages in this shop.

Gedung ini bersiling tinggi jadi suasana di dalamnya nyaman untuk shopping.

Toys for the boys.

Nak cari produk 'Hello Kitty Kitti'? Sini pun ada 😄.

Perfumes and cosmetics shop.

Semua saiz kuali ada di sini. Dari yang sekecil nak guna goreng telur hingga ke yang sebesar kuali kenduri.

Must take a shot from above. Gelak owner kedai ni tengok saya ambil gambar. Of course saya sudah minta izin dahulu lah 😄.

Seterusnya kami singgah di deretan kedai yang ada menjual pelbagai bahan-bahan untuk memasak. 

Kami beli 2 botol kecil tom yam paste. Orang kata pes tom yam di sini sedap. Fast forward, balik rumah wife pun try, memang sedap! Fyi, makanan di sini adalah halal walaupun label semua dalam bahasa Thai. Pak cik Saadon ada beritahu kami yang makanan di sini adalah halal kerana ianya adalah dari Wilayah Satun yang majoriti penduduknya beragama Islam. Pekedai-pekedai di sini juga selalunya mempunyai saudara-mara dan kenalan yang juga peniaga di sebelah Satun sana.

Bahan makanan kering seperti keropok ikan, ikan bilis dan ikan kering juga ada dijual di sini.

Keropok ikan.

Ikan bilis.

Macam-macam sos juga seperti sos cili, sos tiram, sos ikan etc.

Berlonggok-longgok. Pilih saja mana nak. 




Ok dah, jom kita keluar dan pergi ke destinasi seterusnya.


Menuju ke jalan keluar.

Earlier Pak cik Saadon pesan kalau kami sudah selesai, call dia. Jadi saya pun call. Then saya terima message saya sudah ter'roaming' masa buat call tu 😕.

Maka kena la caj Perantauan 😖. 

Till  the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.  

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment