السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Hari ketiga kami di Perlis, isteri ada meeting to attend dan saya buat plan jalan-jalan lagi. Seawal pukul 7:30 pagi kami sudah keluar hotel untuk pergi sarapan.
Matahari terbit di Bandar Kangar. SubhanAllah, so beautiful!
Masjid Alwi, Kangar.
Bagus juga keluar awal macam ni. Dapatlah merakam sunrise 😃.
Seperti pagi semalamnya, kami bersarapan di D'Danish Corner.
Di D'Danish Corner ini ada dijual lebih dari 20 jenis kuih-muih dengan harga yang sangat berpatutan. Memang jenuh jugalah nak pilih bila ada banyak pilihan yang sedap-sedap begini 😄. Kalau anda ke Kangar pastikan ke D'Danish Corner for excellent choices of kuih-muih tradisional dan moden. Nak nasi lemak? Eh.. ada! Ada Nasi Lemak Daun Pisang RM1.00 dengan pelbagai pilihan lauk pauk seperti sardin, bilis telur, kurma daging, gulai ikan dan gulai ayam. Nak Nasi Dagang, Laksam dan Nasi Ulam pun ada juga.
Pemandangan Bandar Kangar dari hotel penginapan kami.
Lepas meeting di Perlis, isteri ada meeting di Pulau Pinang pula. Kami akan bertolak ke Pulau Pinang pada pukul 2:30 petang nanti. Jadi saya ada lebih kurang 4 jam untuk jalan-jalan pada hari ketiga ini sebelum kami bertolak ke Penang.
Lepas sarapan isteri pun ke tempat meeting dia dan saya pun memulakan jalan-jalan saya. Saya plan untuk ke Taman Rekreasi Tasik Melati. Ke sana saya naik Grab Car.
Dari hotel ke Taman Rekreasi Tasik Melati tidak jauh, cuma lebih kurang 11 km sahaja atau lebih kurang 15 minit drive.
Masa dalam perjalanan tu, hujan turun pula. How la nak beraktiviti outdoor macam ni... hihi 😄😅.
Semalamnya kami ke Kangar Street Art 2.0 dan ada mural ini on Visit Perlis 2021. Salah satu lukisan ini depicted Taman Rekreasi Tasik Melati (in red circle below).
Selain mural dinding tadi juga ada satu lagi mural di lantai Lorong Seni ini tentang Taman Rekreasi Tasik Melati.
Lokasi taman ini adalah di Jalan Santan, hence the 'SANTAN' in this mural.
Selamat tiba di Taman Rekreasi Tasik Melati, Kangar, Perlis. Saya dibawa ke taman ini oleh driver Grab Car ikut Jalan Bukit Keteri. Sebelum sampai tadi ada saya bertanya pada driver Grab Car ini adakah senang nak dapatkan Grab Car dari taman ini. Dia kata tak tentu juga sebab taman ini jauh dari city center. Terus dia cadang supaya saya call saja dia bila saya dah siap jalan-jalan di taman ini. Saya kata mungkin saya akan ambil masa lama sebab kawasan tasik ini besar. Dia kata tak apa, just to take my time and explore the park. Cantik taman ini kata dia, so elok saya jangan rush, tambah driver yang baik hati itu. Wah! Bersyukurnya saya masa tu 😃. Now isu transportasi sudah settle, maka senanglah hati saya nak berphotography excursion 😄.
Baik, sedikit maklumat tentang Taman Rekreasi Tasik Melati. Taman ini terbentuk dari 3 buah tasik yang dilabelkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perlis dalam peta di bawah sebagai Tasik 1, Tasik 2 dan Tasik 3. Since saya masuk ke taman ini dari Jalan Bukit Keteri maka saya jumpa Tasik 1 dahulu, which was excellent lah sebab in sequence... hihi 😀.
Ada pelbagai kemudahan di taman ini seperti Pondok Rehat ini dengan reka bentuk Rumah Bumbung Panjang Perlis yang cantik, dibina di tengah sebuah kolam kecil berbunga teratai, yang disambung dengan titian dekoratif konkrit.
Kawasan sekitar tasik ini memang luas. Macam rasa epik pula. Tak pula saya expect akan rasa begitu di taman tasik ini.
Di beberapa kolam-kolam di taman ini ada pokok-pokok bunga teratai with their beautiful pink blooms.
Masa tengah ambil gambar bunga, tiba-tiba hujan yang tadinya sudah macam nak reda, kembali lebat. Jom kita ke wakaf di depan tu.
Sambil berjalan cepat, walau dalam hujan jari tetap mengetik... hihi 😄.
Ada sebuah lagi kolam kecil di tepi wakaf. Di kolam ini nampaknya ada lebih banyak bunga-bunga teratai.
Peta Tasik 1, Taman Rekreasi Tasik Melati.
Let's have a closer look. Satu pusingan di Tasik 1 ini sama dengan jarak 1 km. Untuk lengkapkan 10,000 langkah, berpusinglah di tasik ini sebanyak 7 atau 8 kali.
Patuhilah amaran dari JPS ini untuk keselamatan bersama.
Dari Tasik 1 ini, nun jauh di sana kelihatan samar-samar Bukit Chuping masa hujan begini.
Ini lokasi-lokasi Tasik 1, Tasik 2 dan Bukit Chuping. Ketika ini saya berada di lokasi bola merah.
Bukit Chuping adalah sebuah bukit yang terletak di Perlis, Malaysia. Ketinggiannya lebih kurang 270 meter.
Hujan semakin lebat, Langit kelabu. No choice saya teruskan berteduh di Pondok Rehat. Hopefully hujan akan segera reda. Kalau tidak, terpaksalah call driver Grab Car tadi. But then, you know la Malaysian weather, kejap hujan lebat, kejap panas terik 😊.
Cantik pula tengok air hujan jatuh ke kolam ini, di atas daun-daun dan bunga teratai.
Let's make the best of the situation. Jom ambil gambar. Apa lagi nak buat kan? 😄
Beautiful pink lotus flower in the rain.
Love the droplets over the lotus' leaves too.
Hujan pun reda lepas menunggu lebih kurang 10 minit. Jom kita start jalan-jalan di taman ini.
Bukit Chuping kelihatan lebih jelas.
Berikut adalah beberapa maklumat menarik tentang Bukti Chuping.
Itu Pondok Rehat tempat saya berteduh tadi.
Menyusuri Tasik 1 guna walking path. Ada kemudahan trek berjalan dan berjogging. Juga ada gazebo dan taman permainan kanak-kanak.
Taman Rekreasi Tasik Melati ini adalah salah satu tempat riadah penduduk tempatan dan destinasi pelancongan yang popular di Perlis. Masa saya di sini it looked deserted because it was a Monday and it was about 10:30 in the morning. Hujan pula masa tu.
Taman ini terletak di Jalan Santan, 11 km dari bandar Kangar. Untuk ke taman ini pelawat boleh datang dari arah Jalan Bukit Keteri dan Jalan Santan.
Tasik Melati terdiri daripada tiga tasik utama dan beberapa tasik kecil. Yang terbesar ialah tasik yang sedia ada manakala tasik lain adalah buatan manusia. Kedalaman dua tasik utama adalah kira-kira 2 meter, manakala yang lain adalah kawasan tasik yang cetek. Lokasi tasik ini berada dalam kawasan tanah rata.
Dari Tasik 1 ini kita boleh nampak Bukit Chuping, Cement Industries of Malaysia Berhad (CIMA) dan Bukit Keteri.
Bukit Keteri dan Cement Industries of Malaysia Berhad (CIMA) |
Ini lokasi-lokasi Bukit Chuping, Cement Industries of Malaysia Berhad (CIMA) dan Bukit Keteri.
Bukit Keteri kian nampak jelas semakin hujan teduh.
Di taman ini ada disediakan kemudahan rekreasi air untuk digunakan oleh para pengunjung bagi kegiatan riadah. Selain menerima kunjungan ramai para pelancong setiap hujung minggu, taman ini juga menjadi lokasi pelbagai acara termasuk hari keluarga dan sebagainya.
Taman ini terletak di kawasan tanah jenis paya. Tasik di sini asalnya adalah paya air tawar dan juga dikenali sebagai ‘Paya Kercik’ kerana kawasan ini penuh dengan tumbuhan nama ‘Kercik’.
Setelah tasik ini dikenal pasti sebagai kawasan rekreasi hampir 20 tahun yang lalu, Kerajaan Negeri Perlis telah membersihkan dan menaiktarafkan kawasan ini. Pokok-pokok kercik yang menjadi identiti tasik itu telah dibuang. Lumpur tebal di dasar tasik juga turut dibersihkan.
Susah sungguh nak dapatkan even one shot of this very shy bird. Kejap-kejap dia hilang menyelam ke dalam tasik menangkap ikan. And it moved so quick that most of my shots are totally useless... hihi 😄.
Lebih RM500k telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri Perlis untuk menyediakan pelbagai kemudahan untuk pengunjung seperti litar jogging, taman permainan kanak-kanak, jambatan konkrit yang menghubungkan antara pulau ke pulau, titian-titian dekoratif, surau, pondok rehat, gerai makan, menara kawalan, menara tinjau, tandas awam dan tempat letak kereta.
Istimewanya air dari tasik ini tidak pernah kering, malah menjadi kawasan tadahan dan sumber kehidupan penduduk di kawasan itu sejak awal 1960-an terutamanya bagi tujuan kegiatan pertanian.
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah membangunkan kawasan paya ini pada tahun 1977 dengan membina ban utama untuk meninggikan paras air bagi mengairi kawasan tanaman padi seluas 350 ekar.
Pada tahun 1985 pelbagai kemudahan infrastruktur dibangunkan yang melibatkan JPS, UPD, JPBD dan MPK.
JPS - Jabatan Pengaliran dan Saliran UPD - Unit Pentadbiran Daerah JPBD - Jabatan Perancang Bandar Dan Desa MPK - Majlis Perbandaran Kangar |
Bermula tahun 2001, Kerajaan Negeri Perlis telah menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada JPS untuk perlaksanaan infrastruktur, penyelenggaran dan pengurusan keseluruhan kawasan tasik yang berkeluasan 80 ekar ini.
JPS selaku pihak yang menguruskan Taman Rekreasi Tasik Melati turut membina sebuah Menara Tinjau untuk membolehkan pelawat menikmati keindahan keseluruhan tasik dengan latar belakang Bukit Chuping dan Bukit Keteri yang terkenal di Perlis.
Menara Pandang Indah untuk pelawat melihat panorama Tasik 1. |
Masa ini saya sampai di kawasan antara Tasik 1 dan Tasik 2 di mana Menara Tinjau berada.
Landskap di bahagian ini dihiasi dengan begitu cantik sekali dengan taburan pokok-pokok Bonsai.
Masih sedang hujan lagi masa itu, sekejap lebat, sekejap renyai. Saya redah sahaja. Kalau lebat sangat saya berteduh di Pondok Rehat yang ada di situ.
Itu pun dia, sudah nampak Tasik 2. Wah! Lagi penuh dengan bunga-bunga teratai 😃.
Pokok-pokok nipah, salah satu dari pelbagai spesis pokok yang ada di sini, turut menyumbang keindahan taman ini.
Pemandangan Menara Tinjau. Saya tak naik ke atas menara ini sebab nanti tak cukup masa since ada 2 lagi tasik yang hendak saya explore di taman ini. Moreover, saya sudah merancang nak ke satu lagi taman selepas taman ini.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment