السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Baik, lepas jalan di Tasik 1, saya ke Tasik 2 pula di Taman Rekreasi Tasik Melati ini. Ini peta lokasi Tasik 1 dan Tasik 2. Ketika itu saya berada di lokasi bola merah.
Ini peta perjalanan saya di Taman Rekreasi Tasik Melati bermula dari tasik 1 hingga ke hujung Tasik 2.
Ini Tasik 2.
Ada jalan berturap yang elok di sini untuk pejalan kaki and joggers.
Ada taman-taman kecil di persimpangan jalan ini. Kejap lagi kita ke sana.
Saya share dulu foto-foto pemandangan Tasik 2 yang sungguh indah ini. Ada beberapa pulau-pulau kecil dengan tumbuhan pokok-pokok di tasik ini. Nice!
Suasana lepas hujan menjadikan pemandangan di tasik ini nampak lebih segar.
Tasik ini juga adalah cukup luas seperti Tasik 1 tadi.
Ada banyak bunga-bunga teratai di tasik ini, mengindahkan lagi pemandangan.
Let's zoom-in on those beautiful pink blooms😃.
Cantik! Lotus petals with water droplets 😃.
Tak tahu apa nama burung ini. Mungkin Pucong Kuak.
Ada giant mushrooms! Fun place for the kids 😃. Lots of sitting places.
Eh... terkejut tiba-tiba ternampak ada gajah putih di bawah pokok tu. Dah la taman ni masa tu sunyi tak ada orang... hihi 😅.
Tak tahu kenapa gajah putih selain may be Perlis bersempadan dengan Thailand yang dikenali sebagai negara Gajah Putih. Or may be just fun stuff for children 😄.
Tu ada satu lagi patung binatang.
I have no idea patung binatang apakah ini 😅.
Jom kita kembali menyusuri Tasik 2.
Sebatang terusan kecil turut ditumbuhi pokok-pokok teratai. Tengok-tengok juga kalau-kalau ada frogs on lili pads untuk diambil gambar tapi tak ada pulak 😄.
Contohnya, kalau dapat shot macam ni ke, kan nice... hihi 😄.
Selain tumbuhan Teratai, di Tasik 2 ini juga ada tumbuhan terapung seperti Keladi Bunting atau water hyacinth.
Tumbuhan Keladi Bunting boleh membiak dengan banyak dan menyebar cepat di kawasan berair tenang seperti tasik. Ia adalah spesis tumbuhan air ceroboh (invasive aquatic plants) yang sukar dihapuskan. Tumbuhan ini boleh menutupi permukaan air lalu membantutkan pertumbuhan organisma dan alga dalam air dan ini mengganggu ekosistem di tasik. Oleh itu saya rasa mungkin salah satu tugasan penting JPS adalah mengawal pertumbuhan rumput akuatik ini. Dan dari pemerhatian saya jelas pertumbuhan ini adalah terkawal dengan taburan pertumbuhannya lebih kepada mencantikkan landskap tasik ini.
Keladi Bunting adalah salah satu rumpai akuatik yang paling berbahaya dan boleh 'membunuh' tasik ini jika dibiarkan terus merebak. |
Seperti foto di bawah, tumbuhan Keladi Bunting ini bersaing dengan tumbuhan air lain seperti pokok Teratai, Alga, Lumut Sutera dan Lumut Ekor Kucing yang ada di tasik ini bagi merebutkan sumber mineral, cahaya matahari dan sebagainya.
Tumbuh-tumbuhan air Keladi Bunting, Lumut Sutera dan Teratai berebut kawasan supaya boleh terus merebak. |
Tapi Keladi Bunting yang saya nampak di sini tiada berbunga. Ini foto bunga Keladi Bunting yang saya rakam di Empangan Timah Tasoh semalamnya.
Ok, jom kita jalan lagi pusing Tasik 2 yang besar ini.
Memang beruntung orang Perlis ada taman yang sebegini indah sekali.
Saya paling suka pulau-pulau kecil yang dibina dengan dihiasi tumbuhan pokok-pokok besar yang memberikan landskap tasik ini satu keistimewaan dan keunikan.
Baik, sambil kita jalan-jalan menikmati keindahan tasik ini, saya kongsi lagi beberapa maklumat menarik tentang tasik-tasik di Taman Rekreasi Tasik Melati ini.
Tasik Melati adalah kawasan wetland air tawar semula jadi di mana sumber air utamanya adalah dari mata air.
Terdapat saluran keluar air untuk mengawal paras air. Aliran air yang keluar akan terus mengalir ke dalam terusan dan kemudiannya ke Sungai Repoh. Dengan sistem dan pengurusan kawalan air ini, kawasan tasik ini sehingga kini belum pernah dinaiki air.
Selain itu, tasik-tasik di taman ini juga berfungsi sebagai kolam tadahan untuk kawasan perumahan berhampiran.
Terdapat lebih dari 150 buah pulau kecil dibangunkan oleh pihak JPS di sekitarnya yang boleh dilawati oleh pengunjung dengan menggunakan bot atau sampan.
Pulau-pulau kecil di tengah tasik yang indah dengan pokok-pokok dan pelbagai jenis pokok bunga ada yang menjadi tempat burung-burung bersarang.
Kawasan ini terdiri daripada hutan paya semula jadi yang mampu menyerap dan mengekalkan air.
Hutan di kawasan tasik ini adalah terdiri daripada ekosistem purba dan unik yang bercirikan kawasan tenggelam air. Ciri-ciri flora di Tasik Melati adalah dari tumbuhan air hingga tumbuhan tanah.
Sebahagian daripada tumbuhan yang terapung dan terendam di tasik-tasik di taman ini dipercayai adalah tumbuhan-tumbuhan endemik.
Tumbuhan terendam di sini dinamakan Lumut Sutera dan Lumut Ekor Kucing oleh penduduk tempatan.
Ini tumbuhan Lumut Sutera yang melitupi hampir keseluruhan bahagian tasik ini.
Ini pula contoh Lumut Ekor Kucing.
Tumbuh-tumbuhan Lumut Sutera dan Lumut Ekor Kucing berfungsi sebagai penyingkir bahan pencemar yang menggalakkan kitaran nutrien, pengekalan sedimen dan pergerakan bahan organik. Ia juga merupakan habitat untuk ikan-ikan kecil.
Fauna yang biasa ditemui di kawasan ini adalah mamalia, reptilia, burung dan amfibia. Terdapat haiwan-haiwan seperti tupai, monyet, lutong, merbuk dan tekukur termasuk burung-burung penghijrah.
Pertandingan memancing juga diadakan di tasik ini. Antara jenis ikan yang ada di sini adalah ikan tilapia, haruan, keli, toman, puyu, kap, lampam dan spesies ikan air tawar lain.
Gambar hiasan: Pertandingan Memancing di Taman Tasik Permaisuri, Cheras |
Gambar hiasan: Pertandingan Memancing di Taman Tasik Permaisuri, Cheras |
Gambar hiasan: Pertandingan Memancing di Taman Tasik Permaisuri, Cheras |
I must say never had I ever seen so many beautiful pink lotus blooms 😃.
Ciri yang sangat unik di kawasan tasik ini adalah flora dan 150 pulau pasirnya.
Apabila bahagian tanah rendahnya dipenuhi dengan air daripada hujan dan mata air, bahagian tanah yang lebih tinggi menjadi pulau-pulau pasir.
Pulau-pulau pasir ini biasanya akan menjadi kawasan pembiakan burung-burung.
Lama kelamaan sebahagian pulau-pulau pasir ini mula runtuh akibat hakisan dari pergerakan air yang berterusan. Peningkatan paras air juga mengakibatkan keadaan yang sama.
Aktiviti-aktiviti manusia seperti aktiviti berperahu dan penukaran landskap kawasan seperti penebangan pokok dan pembinaan bangunan yang mengakibatkan perubahan arah angin turut menyumbang kesan hakisan pada pulau-pulau pasir ini.
Lumut sutera melitupi permukaan tepian tasik ini dengan warna hijau daun pisang yang sangat cantik.
Di sebelah kanan laluan pejalan kaki yang sedang saya lalui ini ada sebuah lagi taman. The freshness due to the rain make it look so inviting. But I cannot stop la at every taman sebab after Tasik 2 ini, saya nak cover Tasik 3 also lah 😃. Moreover, masa tu pun sudah dekat pukul 11:00 pagi.
Lorong yang begitu scenic. Rasanya kalau saya duduk Kangar, every weekend saya akan ke taman ini 😃😁.
Pemandangan yang cukup indah dan tenang sekali. Ada pondok-pondok rehat dan titian, pulau-pulau yang rimbun dengan tumbuhan, pokok-pokok matang yang rendang, tepian tasik dengan tumbuhan pokok bunga lili putih dan permukaan tasik dilitupi chartreuse green moss.
Berangan kejap konon ambil gambar malam kelip-kelip di sini 😄😃.
Taman permainan kanak-kanak lengkap dengan pathway with paintings of numbers, alphabets and Disney cartoon characters.
Kelihatan dua orang pemancing di titian sana.
Rupanya Tasik Melati juga ada lagendanya sendiri. Jom baca.
Tentang Lagenda Paya Kercik.
Papan tanda Tasik Melati.
Peta Taman Rekreasi Tasik Melati.
Di bahagian Tasik 2 ini ada dataran for gatherings and events. Lokasinya berdekatan dengan pintu masuk jika pelawat datang ke taman ini ikut Jalan Santan.
Ada gazebo pentas yang most probably digunakan oleh aerobic instructors untuk acara senamrobik secara berkumpulan.
Teringat saya pada acara senamrobik yang saya dan isteri saksikan di Dataran Jam Gadang Bukittinggi, Sumatera Barat ini 😃😄.
Gambar hiasan: Dataran Jam Gadang, Bukittinggi, Sumater Barat, Indonesia |
Gambar hiasan: Dataran Jam Gadang, Bukittinggi, Sumater Barat, Indonesia |
Seriously, nampak macam surreal.
Di Tasik 2 ini ada dibina gazebo-gazebo di tengah tasik yang dihubungkan dengan titian-titian konkrit yang direkabentuk dan diwarnai menyerupai seperti tiang-tiang kayu. Nice 😃.
Beautiful reflections.
Naik perahu, berdayung dan berlabuh di pulau ini. Di bawah pohon rendang, bentang tikar dan berkelah bersama keluarga 😃.
Keindahan landskap Tasik Melati dengan backdrop Bukit Chuping.
Kelihatan Bukit Chuping dengan puncaknya dilitupi awan.
Gazebo utama di tepi tasik.
Maklumat tentang Tasik Melati.
How la to stop myself from taking more and more photos kalau sceneries cantik-cantik macam ni... hihi 😄.
I reckon it was a rather good idea being here in the morning during a weekday, exploring the park and taking photos when no one is around. Feels like I have the park all to myself... hihi 😃.
Saya pun teruskan eksplorasi Taman Rekreasi Tasik Melati yang cantik ini ke arah Tasik 3.
Menyusuri Tasik 2 ikut walkway tepi tasik sambil terus merakam keindahan.
Occasionally I would just stop clicking my camera, stood there by the lake and just let it all soaked in, immersing myself in the beauty that lay in front of me.
How do I express such beauty. Only way I know is by sharing what I managed to capture with my compact camera. And here are the rest of them 😃.
Kolam ini penuh dilitupi dengan Lumut Sutera.
Cantik sungguh hijaunya!
Sebenarnya by now, I was excited to be at Tasik 3 sebab di situlah ada the beautiful Chinese Pavillions in the middle of the lake like I've seen in the internet.
(Kisah Tasik 3 will be in my next entry 😃)
Kalau masa tu isteri saya ada bersama, mesti saya minta dia berposing di jambatan ini... hihi 😄.
I'd say one can be at so many amazing spots at this park for some awesome instagrammable shots 😄.
Baik, sebelum saya proceed ke Tasik 3, jom jalan-jalan sekajap di titian konkrit ini.
Masa jalan-jalan tadi saya berangan sitting on one of the benches and painting the wonderful sceneries. Daydreaming je la sebab tak pandai melukis pun... hihi 😄. Jadi saya converted la a few of the photos into paintings 😄.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment