السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Baik, seterusnya kami ke Dataran Empangan Timah Tasoh pula.
Dalam perjalanan menuju ke/dari Padang Besar kami ada melalui sekatan pemeriksaan Polis. Kata Pak cik Saadon, sejak sempadan Malaysia - Thailand ditutup disebabkan pandemik Covid-19, kenderaan-kenderaan diwajibkan berhenti di check point ini untuk tujuan pemeriksaan. Selalunya kenderaan yang ditahan adalah yang datang arah Thailand. One thing yang interesting yang Pak cik Saadon shared with us adalah kebolehan para petugas di check point untuk membezakan pemandu/penumpang Malaysia dengan yang dari Thailand walaupun muka mereka sama sahaja.
Masa dalam perjalanan we saw the hard to miss Bukit Chabang.
Ini sedikit maklumat tentang Bukit Chabang.
Di Perlis, batuan Formasi Batu Kapur Chuping yang berada di bahagian tengah Perlis, membentuk perbukitan bermorfologi karst batu kapur, bermula daripada Bukit Mata Air (berhampiran Padang Besar di utara), Bukit Chabang, Gua Sami, Bukit Chondong, Bukit Tungku Lembu, Bukit Keteri, Bukit Chuping, hinggalah Bukit Ngolang berhampiran dengan pekan Arau.
Dah nampak pun Tasik Timah Tasoh. Besar tasik ni.
Pak cik Saadon bawa kami ke Dataran Empangan Timah Tasoh di mana ada kawasan untuk pelawat jalan-jalan dan menikmati pemandangan yang indah. Di situ juga ada Tasoh Lake Resort by Tasoh TasikKu.
Nak masuk ke kawasan Dataran Empangan Timah Tasoh mesti lalu check point pemeriksaan keselamatan by the Stormtroopers 😃😄.
And there are dinosaurs too! Ada Tyrannosaurus rex dan Stegosaurus 😃.
Tasoh Lake Resort by Tasoh TasikKu.
Nampaknya sepi saja. Most probably due to the pandemic.
Pak cik Saadon pun turunkan kami di tempat parkir dataran ini.
Pemandangan bukit/gunung dari tempat parking.
Dari sini juga kita boleh nampak Bukit Chabang.
Lokasi kami dan Bukit Chabang.
Nak masuk mesti lalu khemah saringan ini.
Sebelum masuk ini sedikit maklumat tentang GeoTapak Timah Tasoh.
Ok, jom kita jalan-jalan tengok apa ada di dataran ini.
Kawasan dataran ini cukup luas, jadi kalau nak berbasikal bolehlah sewa di khemah ini.
Beautiful sprawling green grass with huge shady tree with umbrella-shape canopies.
Memang cantik sungguh pemandangan di sini.
Dan tentunya ada man-made selfie spots di tempat cantik begini.
Di sini juga ada bunga tulip 😃.
Walaupun bunga tulip plastik, tapi nampak cantik.
It was like a flowing river of multicolored tulip blooms.
Shot yang konon-kononnya di ambil ketika bercuti di Europe... hihi 😄.
Cantik cara bunga-bunga ini disusun ikut warna.
I must say they are quite lovely actually 😃.
Pokok ini waktu malam when lit up mesti nampak cantik.
Nampaknya di buaian ini ada dipasang tube lights pada rangkanya.
Silalah bergambar dengan patung-patung kartun kiut miut ni 😄.
Beautiful landscape. Boleh la feel macam berada di luar negara😄.
A couple of very interesting gothic futuristic chair. With a medieval robot in the middle. I don't know how these fixtures fits into the whole scene but I think the peculiarity is rather intriguing.
Ada colorful choo choo train tapi tidak beroperasi.
Tempat ni memang sesuai sangat bawa family jalan-jalan santai.
There are these mini vehicles for the kids to play with.
Empangan Timah Tasoh adalah sebuah tasik yang pada asalnya merupakan pertembungan Sungai Timah dan Sungai Tasoh. Pernah wujud sebuah kawasan perkampungan di dasar tasik ini satu ketika dahulu yang ditenggelamkan untuk buat sebuah empangan.
Ini peta menunjukkan lokasi-lokasi Sungai Timah dan Sungai Tasoh.
Selain menyediakan bekalan air kepada penduduk dan kilang, air dari empangan ini juga disalirkan ke kawasan-kawasan sawah padi yang membolehkan padi ditanam dua kali setahun di kawasan utara dan tengah Perlis.
Tasik buatan manusia ini adalah merupakan empangan saliran terbesar di Perlis. Ia kini popular sebagai salah satu tourist attractions di Perlis.
Boleh duduk berehat di buaian sambil menikmati keindahan pemandangan empangan.
Saya baca ada banyak juga aktiviti air di tasik ini yang boleh dilakukan seperti memancing, berakit, berkayak, perahu layar dan sukan air.
Di sini juga ada kawasan perkhemahan dan tempat aktiviti team building.
Jom kita tengok gerai-gerai di sini.
Gerai ini menjual kacang kukus.
Gerai ini namanya Kuma Rainbow Cheese Toast, I think originated from Ipoh.
Ada pilihan Original Cheese Toast dan Rainbow Toast.
Photos of the customers with rainbow colored stretchy cheese.
One the decoration fixture di dataran ini.
Ada gerai jual buah mangga potong, cotton candy dan kerepek ubi. Sesuai untuk dimakan sambil bersiar-siar di dataran ini.
Mmmm... they look so nice.
Tak tahan tengok mangga masak ranum ini, so must buy lah 😋.
Juga ada disediakan tempat duduk meja kerusi di bawah sebuah khemah besar bagi keselesaan pengunjung. Bolehlah duduk berehat dan makan minum di sini.
Those ABC look good!
Duduk makan minum di bawah rendang pohon besar sambil menikmati keindahan sekeliling.
Bergambar sekejap 😄.
Kelihatan students bergambar di sini in celebration of their graduation.
Keindahan Banjaran Nakawan boleh pengunjung lihat dari seberang sini tasik. Di sebelah sana banjaran adalah negara Thailand.
Ini peta menunjukkan lokasi Empangan Timah Tasoh dan Banjaran Nakawan serta sempadan Malaysia-Thailand.
Fun place for the kids.
And a relaxing place for the mums and dads.
Cantik landscapers dataran ini tanam deretan pokok-pokok kelapa di tepian tasik ini.
Very scenic.
More fun kid size brightly colored cartoon figurines strategically placed in this lake park.
Bright blue eyed pink cartoon sculpture.
Untuk pengunjung bergambar ada dibuat struktur 5 rangka pink heart shape bersambung ini.
Love shapes ini dililit dengan lampu kelip-kelip. Must be nice masa malam. Dataran ni boleh dilawat ke waktu malam? Boleh la kot.
Sumber: astroawani.com
Burung-burung berhijrah juga singgah di tasik Timah Tasoh ini semasa musim sejuk di hemisfera utara antara bulan Oktober hingga Mac setiap tahun, dan habitat di sini menyediakan makanan dan tempat tinggal sementara untuk burung-burung berhijrah itu.
Tasik Timah Tasoh terletak dalam laluan EAAF (East Asian Australasian Flyway) iaitu salah satu laluan hijrah penting daripada lapan laluan di dunia.
Kesesuaian Tasik Timah Tasoh ini sebagai habitat burung telah mendorong badan antarabangsa BirdLife International mengiktiraf kawasan ini sebagai tempat penting bagi burung-burung atau kepelbagaian biologi.
Sebanyak 135 hingga 145 spesies burung-burung pernah direkodkan di tasik Timah Tasoh. Ini menjadikannya sebagai tarikan peminat burung dan ahli fotografi yang penting.
Suasana mendung menjadikan keindahan Banjaran Nakawan kelihatan begitu dramatik.
Bukit Chabang.
Nun di sana, kelihatan hujan sedang turun dari sekelompok awan mendung.
SubhanAllah.
"Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Dia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan".
Surah AnNuur; Ayat 43
Masa sedang duduk at one of the benches, terperasan ada sekelompok bunga ini.
Let's zoom in. So beautiful.
These are water hyacinth flowers. Dalam bahasa Malaysia dipanggil Keladi Bunting.
Di tepi tasik ini di bawah pohon rendang ada juga disediakan beberapa outdoor execise equipment. I think those are called air walker exercise machine.
Jom kita jalan sikit lagi sebelum patah balik ke tempat parking.
Nampak subur menghijau sungguh pokok-pokok di sini.
Santai kayuh basikal bersama keluarga. Dengan suasana tepi tasik yang nyaman berangin, memanglah ideal for such activity.
Nak 3 seater bicycle pun ada 😃.
Siap ada non-cycling 4th seater.
Sampai di tempat parking kami pun telefon Pak cik Saadon untuk bawa kami balik ke Kangar.
Dinosaurs at the entrance.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment