Ini sungai yang mengalir di dalam Laluan Gua Kelam 1 yang kami tempoh tadi.
Ini lubang masuk sungai ke dalam gua.
Di kawasan ini pengunjung boleh berkelah dan bermandi manda di sungai.
Kami pun berjalan santai di footpath ini sambil menikmati keindahan suasana nyaman dan hijau.
Kelihatan taman ini dijaga dan bersih. Tahniah pada pengunjung yang turut bersama menjaga kebersihan taman ini.
Pemandangan pintu keluar Laluan Gua Kelam 1 dan sebahagian Banjaran Nakawan.
Came upon this hidden trail tapi kami tak larat la nak panjat.., hihi 😅.
Ada maklumat tentang Lebah Madu. Jom baca.
Jenuh mendongak ke pokok ini tapi tak nampak sarang lebah.
Ada tandas awam disediakan di sini untuk pengunjung. Bilik persalinan juga ada di sebelah tandas awam ini.
Tapak perkelahan di tepi sungai. Bentang tikar dan baring di bawah rendang pokok dengan bunyi deruan air sungai memanglah blissful 😌.
Ada begitu banyak pokok-pokok matang yang saya rasa memang dikekalkan semasa taman ini dibuat.
Pokok Kelempayan. First time saya dengar nama pokok ini. Spesis pokok hutan jenis kayu keras dan cepat matang ini bukan sahaja boleh digunakan sebagai bahan mentah industri papan lapis, tetapi setiap bahagian pokoknya boleh digunakan bagi tujuan perubatan, industri perabot dan kertas.
Wakaf-wakaf turut disediakan untuk keselesaan pengunjung. Nama wakaf ini adalah W2 - Wakaf Hujan-Hujan.
Then kami ternampak ada tumbuhan seperti akar-akar yang panjang dan besar. Saya tak pasti samada ianya adalah akar yang menjalar ke atas atau pokok-pokok jenis menjalar dan melilit pokok-pokok lain.
Kelihatan seperti pokok/akar ini melekat dengan membelit pada pokok-pokok lain.
Look just how amazing it is! SubhanAllah.
Yang uniknya akar/pokok ini berpintal-pintal.
Ada sebuah jambatan menyeberangi sungai di taman ini. Jom kita cross.
Pemandangan-pemandangan sungai dari jambatan.
Cantik cahaya pagi ketika itu. Masa ini lebih kurang pukul 11:00 pagi.
Kawasan berkelah dan mandi manda.
Tak dalam dan tak laju airnya. Sesuai untuk kanak-kanak.
Nun di atas sana, di Banjaran Nakawan ini ada tangga bertingkat-tingkat untuk ke pintu masuk/keluar Laluan Gua Kelam 2.
Huii.. tinggi benor... tak larat kami... hihi 😅.
Ada kami nampak beberapa orang remaja naik ke atas sana tapi then nampak mereka berpatah balik dan turun. Sebenarnya kalau nak masuk Laluan Gua Kelam 2 ini pengunjung dimestikan membuat tempahan dahulu dan mendaftar dahulu di kaunter di pintu masuk di main entrance which is on the other side of the Banjaran Nakawan. Juga dimestikan memakai helmet hard hat, ada lampu suluh dan wajib dibawa oleh cave guide.
Signboard Gua Kelam / Cave of Darkness.
Taman in memang sangat selesa dan ada banyak tempat berkumpul dan berehat yang lapang. Suasana redup dan nyaman.
Juga ada tempat berteduh yang besar ini. Ye la kan, in case hujan lebat ke.
Seterusnya kami ke bahagian Secret Garden.
Peta Lokasi Gua Kelam Perlis.
Ada Pantun Gua Kelam.
Bila sampai semula ke pintu keluar Laluan Gua Kelam 1 ini maka selesailah jalan-jalan kami di Taman Rekreasi Gua Kelam sebelah barat Banjaran Nakawan ini.
Baik, jom kita berpatah balik ke pintu masuk gua ini.
Gour Pools.
Beautiful sparkling minerals on the Gour Pools' wall.
Sampai dah ke pintu masuk Gua Kelam ini. Jalan dalam gua tadi cuma ambil masa lebih kurang 10 minit sahaja sebab tak henti-henti ambil gambar like earlier... hihi 😄.
Maka selesailah jalan-jalan kami di Gua Kelam.
Sebelum kami call Pak cik Saadon untuk ke destinasi seterusnya, kami nak tengok sekejap apa ada dalam bangunan ini.
Dan dalam galeri ini.
Dalam bangunan ini ada Kaunter Pendaftaran untuk masuk ke Laluan Gua Kelam 2. Jadi di sinilah pengunjung mendaftar kalau nak explore Gua Kelam 2. Tiada petugas di sini masa kami sampai.
Helmet hard hat ada disediakan. Turut disediakan adalah khidmat seorang cave guide.
Tangga naik ke pintu masuk Gua Kelam 2.
Juga ada anjung besar ini dengan pemandangan hutan Banjaran Nakawan yang sungguh indah sekali.
Pemandangan dari anjung besar.
Next kami nak ke Galeri ini tapi unfortunately tutup pula. Per the notice at the entrance, galeri ini dibuka setiap hari. Mungkin tutup sebab Covid 19 dan patuhi SOP. Saya rasa macam frust la juga sebab tentu dalam Galeri ini ada banyak maklumat dan pameran yang menarik tentang Gua Kelam. Saya ni dah la memang suka lawat dan spend time di muzium dan galeri. Apa nak buat, tak ada rezeki 😔.
Seterusnya kami berjalan ke tempat parking di mana Pak cik Saadon turunkan kami earlier. Tapi sebelum kami call Pak cik Saadon untuk ambil kami dan pergi ke destinasi seterusnya, kami singgah dulu ke gerai ini untuk minum sekejap. Haus penat berjalan tadi 😄.
Macam-macam minuman ada dijual di sini.
Sedap air limau asam boi ni 😋.
Jom jengok apa jajan yang dijual di gerai ini.
Macam-macam ada!
Kami juga perasan ada patung harimau tersadai di kerusi ini. Kami diberitahu ianya adalah untuk dijual. For kids ke? Rasanya untuk kanak-kanak pun boleh juga, tapi sebenarnya untuk dijual pada peladang-peladang. Peladang? Ya, patung-patung harimau ini diletakkan di ladang-ladang untuk menakutkan monyet-monyet yang sering 'mencuri' hasil tananam di ladang. Lokasi patung-patung harimau ini di ladang-ladang juga sering diubah-ubah oleh peladang supaya ianya nampak 'hidup' oleh si monyet.
Bergambar bersama sang harimau yang comel ini. Seperti saya, ia juga patuhi SOP dengan memakai pelitup muka. Bertambah lagi adorableness si sang harimau ini 😄.
Selesai minum, kami pun call Pak cik Saadon. Sementara dia sampai, kami jengok di gerai-gerai di sebelah sana pula.
Juga ada menjual pelbagai minuman dan jajan.
Encik ini sedang bersiap-siap nak bakar jagung.
Jom tengok pula apa yang auntie ni jual.
Rupanya dia jual jambu air.
Jambu air ini nampak fresh dan masak ranum. Baru petik kata auntie ni.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment