Monday, February 24, 2020

LANGKAWI - DAY 03 - PART 06 - LAMAN PADI

Seterusnya kami nak ke Laman Padi pula. 

Tapi sebelum tu lunch dulu di restoran Siti Fatimah ni. Kami beritahu uncle Kent kami nak makan nasi campur so dia bawa kami ke sini. Popular restoran ni kata dia. 


Begitu banyak sekali pilihan lauk pauknya. 

Lauk pauk tradisional pulak tu. Nice!

Memang sedap. Asam keladi tu sungguh sedap. Patut la popular restoran ni. Harga pun berpatutan. 

Lepas makan menuju ke Laman Padi. Fyi, kami tidak ke Langkawi Skycab ini since dulu sudah pun ke sana.


Passed by Pengkalan Nelayan Kuala Temonyong. Tapi tak nampak pulak jetinya.

Such a beautiful scenery.

Tiba di Laman Padi. 

Laman Padi terletak di Pantai Chenang. Seperti MARDI Agro Technology Park yang kami lawati semalam, ia juga adalah sebuah pusat agro-tourism. Dulu ada tiket dikenakan untuk melawat ke Laman Padi tapi kini kemasukan adalah percuma.

First off kami noticed tempat ni memang cantik. Then we also noticed laman ini tidak begitu dijaga. That's so unfortunate. Uncle Kent kata may be sebab dah bertukar parti pemerintah menjadikan tempat ini no longer one of the priority. 

But we feel this place is still definitely worth the visit. It is still beautiful despite the deterioration of some parts. 

Oh! Hello love 😊.

Info dari Laman Web Rasmi Lembaga Pembangunan Langkawi:
Laman Padi merupakan satu – satunya destinasi agro pelancongan yang terdapat di Langkawi yang menampilkan keunikan penghasilan padi secara tradisional. Kompleks ini terdiri daripada sawah, taman herba dan galeri atau muzium di mana proses dan evolusi penanaman padi & penuaian di Langkawi dipamerkan.

Jadi, jika anda suka pelancongan agro, kehijauan hijau dan ingin menghabiskan masa dengan alam semula jadi dan pada masa yang sama memahami bagaimana padi ditanam yang merupakan produk utama eksport untuk Malaysia, maka ini akan menjadi tempat yang baik untuk dikunjungi.

Info dari Portal Rasmi Majlis Perbandaran Langkawi:
Laman Padi adalah merupakan sebuah produk pelancongan yang berasaskan eco-pelancongan di mana budaya dan tamadun masyarakat Melayu di dalam aktiviti penanaman padi dikekalkan dan dilestarikann secara hidup. Laman padi siap di bina dan mula beroperasi pada tahun 1998. Berkeluasan 14.28 ekar merangkumi kawasan pertanian seluas 8.60 ekar yang berkonsepkan alam semulajadi perkampungan. Pelbagai aktiviti dikekalkan sebagai satu Muzium Hidup untuk diwarisi sebagai satu kaedah kepada generasi mendatang.

Ok, let's explore.


Ada pavillion putih yang cantik.

Dengan pemandangan sawah padi.

So beautiful.





Jalan-jalan di batas.





Memang cantik pemandangan di sini.

Looking back at the pavillion and complex building dari tengah sawah.

Di hujung sana tu ialah sebuah muzium. Kami rancang nak ke sana juga.


Ada pondok-pondok dengan laluan titi kayu. Nice.





Hello Mr. Buffalo 😊.



Wife ambil gambar saya ambil gambar kerbau.. hehe.


Kesian pulak tengok kerbau ni sekor-sekor. Tak de kawan ke? 




Ada jambatan. Kami rancang nak ke sana juga.


Mesin pembajak. Agaknya masa zaman kemuncak laman ini, ada orang menggunakan pembajak ini untuk tontonan pelawat. May be pelawat juga diajak menggunakan mesin ini. That would absolutely be a fantastic experience for tourists.

Nun jauh di sana, melepasi jambatan tadi ada sekor lagi kerbau dan itik-itik.

Dan burung bangau.



Tak tahulah adakah petak-petak sawah di sini sememangnya intentionally dibiar begini atau sudah tidak diurus. 







Jambatan yang kami lihat dari sawah tadi.


Pemandangan-pemandangan dari jambatan.















Beautiful murals.









Juga ada Laman Herba.



Jom masuk ke Galeri Padi pula. 

Elok la pun masuk ke galeri ni sebab dalam tu ada air-con.. hehe. 

Contoh-contoh beras dari seluruh dunia.
























































Syoknya dia tidur 😊.




Dengan itu maka selesailah lawatan kami ke Laman Padi. Lama dah kami nak ke sini sebenarnya. Overall, memang menarik laman ini. Scenery pun cantik dan nice untuk ambil gambar dan bergambar. Pada kita mungkin tempat ini biasa-biasa sahaja, tapi pada pelancong dari luar negara ia adalah menarik.

Laman Padi, sebuah Muzium Hidup. 

Seterusnya kami nak ke Pantai Cenang pula sebab nak ke Underwater World.






Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. yang banyak-banyak gambar kerbau tu sebenarnya kerbau yang sama eh ?

    cantiknya warna kucing tu !!

    macam tak terurus je kan Laman Padi ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually ada 2 kerbau. Yg dekat pondok sekor, sekor lagi di hujung across the bridge dengan itik2 tu.
      Indeed, kelabu luxurious...
      Unfortunately I had to agree with you. At some spots memang in dire need for some repairs and maintenance. Such a shame because both my wife and I really like the place.

      Delete