Baik, saya teruskan dengan cerita jalan-jalan Langkawi kami pada hari kedua ini. Tapi sebelum tu, recap balik tempat-tempat kami dah lawat dari pagi.
Dari Bayview Hotel (hotel penginapan kami) we went for the Eco Mangrove Tour yang membawa kami ke Pantai Tanjung Rhu, fish farm, eagle watching, mangrove cruise, monkey watching, Langkawi 'Grand Canyon' Mangrove Passageway, Crocodile Cave, Gua Kelawar dan Bakau Walk. Lepas tu kami teruskan Eco vacation kami ke MARDI Agrotechnology Park Langkawi. Next, kami nak ke Durian Perangin Waterfall pula.
Dari Bayview Hotel (hotel penginapan kami) we went for the Eco Mangrove Tour yang membawa kami ke Pantai Tanjung Rhu, fish farm, eagle watching, mangrove cruise, monkey watching, Langkawi 'Grand Canyon' Mangrove Passageway, Crocodile Cave, Gua Kelawar dan Bakau Walk. Lepas tu kami teruskan Eco vacation kami ke MARDI Agrotechnology Park Langkawi. Next, kami nak ke Durian Perangin Waterfall pula.
Masa ni dah pun pukul 4:30 petang.
We passed beautiful green paddy fields.
Ini Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahmad. Sekolah ini dibuka pada tahun 1936 yang merupakan sebuah bangunan kayu yang dibina oleh rakyat tempatan dengan diketuai oleh Tuan Penghulu Ahmad bin Hamid. Ketika itu sekolah ini diberi nama Sekolah Rakyat Ayer Hangat. Guru-gurunya menginap di rumah kayu yang disediakan oleh penduduk tempatan. Sekolah ini sudah berusia 83 tahun dari kiraan tahun ia dibuka.
Couple Arab tengah seronok tunggang ATV di jalan kampung 😊.
Up ahead, Durian Perangin.
Keindahan landskap inland Pulau Langkawi.
More ATV riders.
Bukan group sebenarnya, cuma pak Arab berdua yang di depan tu. Yang bermotosikal tu pengiring. The last ATV tu are the operators, in case one of the ATV used by their customers breaks down.
Dan yang bermotosikal di depan sekali tu adalah photographer untuk merakam the pak Arab's fun vacation moments. Nice!
Another Arab couple. Memang ramai pelancong Arab di Langkawi ni sehinggakan bulan-bulan Jun, Julai dan Ogos dipanggil 'Musim Arab' di Langkawi.
Selamat sampai ke Durian Perangin. Seperti yang kita tahu, di Pulau Langkawi dan pulau-pulau di sekelilingnya ada banyak pantai-pantai yang cantik. Dalam program jalan-jalan Langkawi kami setakat ini kami sudah pun lawat 2 pantai iaitu Pantai Cenang dan Pantai Tanjung Rhu. Jadi untuk mempelbagaikan program jalan-jalan kami, lawatan ke air terjun juga kami masukkan sekali.
Ada kedai-kedai pakaian dan restoran.
As you can see from this Coca Cola board, Langkawi ada banyak tempat-tempat menarik.
Selamat datang ke Hutan Lipur Durian Perangin.
Ada tangga batu, tak curam.
Di lereng bukit di tepi air terjun ada pokok-pokok durian. Tapi kata Uncle Kent, durian ini adalah durian hutan yang banyak ulat dan tak sesuai untuk dimakan. Dikatakan dari buah durian yang ada di situlah nama air terjun ini mendapat namanya.
Di kawasan air terjun ini ada disediakan beberapa gazebo/pondok untuk pelawat berkelah dan berehat. Juga ada dibina jambatan gantung untuk ke seberang sungai.
Air terjun ini ada 14 tingkat. Maknanya kalau kita panjat ke tingkat-tingkat itu, di setiap level kita akan dapat melihat pemandangan-pemandangan berlainan yang indah.
Jom jalan di jambatan gantung ini. Goyang-goyang sikit.
Pemandangan dari jambatan ini memang cantik sekali.
Cantik sungguh tingkat-tingkat air terjun ini. Di dasar setiap tingkat ada kolam semulajadi yang sesuai untuk bermandi manda.
Ikut pemerhatian kami, tempat ini adalah dijaga dengan baik. Fyi, masuk ke sini percuma, tiada bayaran.
Dan air sungai di sini adalah jernih dan bersih.
Gazebo/pondok juga dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
Tempat ini juga bersih dari sebarang sampah sarap.
Uncle Kent beritahu tempat ini sangat popular among the locals untuk beriadah dan berkelah.
Ewah... kera ni pun berkelah juga 😊.
Siap bawak bekal jajan dia sendiri... hehe.
Gazebo/pondok dibina di tepian sungai. Memang sesuai dan selesa sangat untuk berpiknik.
'Kolam' yang sesuai untuk anak-anak kecil.
Tempat memanggang juga disediakan kalau ada pengunjung yang nak berBBQ.
Laluan warna merah itu ialah laluan bertiti yang dibina di lereng bukit di tepi sungai.
Air terjun Durian Perangin ini terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Raya. Lokasi hutan lipur ini disempadani oleh beberapa kawasan perkampungan dengan dusun buah-buahan milik penduduk tempatan.
Ini lokasi Air terjun Durian Perangin dan Gunung Raya.
Kami terus berjalan menaiki bukit yang sangat cantik ini. Tidak curam dan ada concrete pavement dibuat untuk memudahkan pendakian.
Memang good idea betul bina laluan on stilts di tepi sungai yang berbatu-batu begini. Selain memudahkan pelawat jelajah kawasan air terjun ini, ia juga beri peluang pelawat menikmati keindahan di sini dari pelbagai sudut. Mereka yang suka ambil gambar macam kami berdua ni memang la seronok 😊.
Tak terasa ke nak merendam diri dalam sungai ni? Kami memang tak merancang nak mandi manda due to time constraint. Rancang banyak tempat nak lawat dan kami pula di Langkawi ni pun cuma a few days sahaja, maka tak boleh la nak berlama-lama sangat di satu-satu tempat lawatan.
Kadang-kadang tu bila sudah ada air terjun dan sungai yang indah, saya lupa pada keindahan hutan hijau di sekelilingnya. Padahal, they complement each other, they complete each other, creating an absolutely wondrous view. SubhanAllah.
Kami pun sampai di tingkat ini pula. Besar kolam di bawah air terjun ini. Spot yang best untuk mandi manda. Nampak tak satu lagi air terjun di tingkat atas tu?
Cantik dan besar air terjun di tingkat ini. Airnya pun banyak mencurah-curah. Saya baca kalau musim tak hujan, airnya akan berkurangan.
I wonder if it is safe untuk bergelonsor turun air terjun ini.. hehe.
Air terjun di tingkat atas dipandang dari level ini.
For sure masa weekend, spot ni penuh dengan pengunjung.
Dan tentunya bila berada di tempat begini, memang sepatutnyalah kita juga look back. I mean, just look at this amazing view! Laluan yang kami daki tadi adalah di sebelah kiri tu.
Cantik sungguh view ini. Lalu saya membayangkan bagaimanakah suasana di sini ketika awal pagi dengan suasana berkabus. Agaknya begini.
Batu-batu di air terjun ini adalah bersaiz epik!
Kami pun terus berjalan lagi. Kalau tadi pendakian agak landai, nak naik ke next level jalan makin curam.
View air terjun tadi dari sudut pandangan sisi.
Like I wondered earlier, kalau bergelonsor di air terjun ni mesti super fun. Duduk atas pelampung pink flamingo and slide down... hehe.
View ke bawah.
Bila mendongak ke atas, huiii... tingginya.
Dan tangga di bahagian ini tak even, licin dan berlumut. Macam bahaya. Also sunyi. Tambah pulak dengan nak kena mendaki 😅.
Also me so not fit.. hehe. Tak larat pak cik 😅. So I ajak le wife turun.
Menuruni tangga. Kena berhati-hati sebab basah dan licin.
Untuk balik semula ke entrance tadi kami decided untuk turun menggunakan walkway on stilts merah ini.
Menyeberangi sungai dengan jambatan ini.
Berjalan turun ke bawah dengan walkway ini. Just look at the view!
Bergambar kejap.
Itulah jambatan yang kami lalu tadi.
Sampai dah ke bawah.
Wife nak jalan-jalan dalam air pulak. I said, 'Go for it!' 😃.
Bersambung...
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
basah seluar !! hahahhaaa
ReplyDeleteand i was waiting for your photo pulak ..
nan ado !! hahahhaha
[ dah agak dah !! ]
ATV?!
next time nak buat lah..
check tadi
1/2 jam rm80 sejam 150
pelancong asing double the rate
and trek dia ada pergi waterfall Lubuk Sembilang
I wonder boleh stop and mandi tak...
kalau boleh best jugak tu..
musim arab ? hehehhehe
sampai gitu sekali !!
musim tanah besar china ada tak ?
cheh
kabus tipu !! :))
Hehehe... Entah la, dah tua2 ni jadi malas nak do fun stuff macam tu.
DeleteAlso malas sebenarnya sebab saya always pakai socks, so kalau kaki basah, nak kena lap la etc.
Kalau nak mandi manda, nak kena bawak towel la, pergi salin la etc etc. Eeee.. lecehnya! Hahahaha...
Kang dah mandi, mesti lapar. Dah nak kena bawak makanan/minuman/tikar dan berpiknik pulak.. hehehe...
Kang tgh piknik dtg pulak monyet2 tu kacau. Dah la saya sibuk pulak nak bertarung dgn monkeys tu.
Hu ha.. I am so good with coming up with all sorts of alasan. hehehe
Yes, I agree. mmg fun dan rasanya the trek tak la terlalu extreme. Tapi not sure trek yg ke waterfall tu.
I think kalau dah ke waterfall, surely ada di allocate time for mandi manda kan. Rugi la if not.
Yes, ada 'musim Arab'. Apparently org2 Arab mmg suka ke Langkawi. Kat sana agaknya ada byk dibuat promosi ttg Langkawi. I pernah tgk satu travel show oleh sebuah stesen TV Arab, hostnya wanita Arab, yg dtg ke Langkawi dan buat coverage.
Yg dari China tak ada musim sebab mereka dtg sepanjang tahun... hehe.
Good for tourism industry :).
Hehe.. indeed.. hehehe.. membayangkan keindahan jika berkabus.. :).