Friday, February 14, 2020

LANGKAWI - DAY 03 - PART 02 - BUFFALO PARK

Selepas spend time di puncak Gunung Raya, kami dibawa uncle Kent ke destinasi seterusnya.  

Next kami nak ke Buffalo Park pula. 

Masa dalam perjalanan tu kami lalu di kawasan sawah padi yang sangat luas. 

Saya ni kalau nampak sawah padi, mesti la nak ambil gambar. Jadi kami minta uncle Kent berhenti sekejap. 

Dah kami buat pakej private tour, makanya boleh la minta berhenti macam ni. Uncle Kent pun nampaknya macam gembira je kalau kami stop-stop macam ni.. hehe. In fact, dia pun ada kata kalau kami nak stop di mana-mana, bagitau je pada dia.

Sekarang ni kami berada di Mukim Ulu Melaka, Langkawi yang merupakan kawasan penanaman padi paling luas di Pulau Langkawi. 

Di pulau Langkawi, selain di Mukim Ulu Melaka, padi juga ditanam di beberapa kawasan lain termasuk Mukim Padang Mat Sirat, Mukim Kedawang dan Mukim Ayer Hangat.

Penanaman padi merupakan pertanian tertua di Malaysia, dan beras adalah sumber makanan asasi utama bagi keseluruhan penduduknya. 

Yang sedemikian beras adalah penting kepada keselamatan negara. Sehubungan dengan itu kerajaan memberi perhatian khusus dalam pengeluaran padi bagi menentukan tahap kecukupan sara diri yang wajar.

Pengeluaran beras di Malaysia menjangkau 1.8 juta tan setahun dengan penggunaan perkapita antara 90 - 92 kg. 

Negara berkeupayaan mengeluarkan 1.4 juta tan setahun, selebihnya diimpot bagi menampung keperluan pengguna.

Kerana masalah pengairan penamanan padi di Pulau Langkawi hanya dapat diusahakan satu musim setahun.

Kata uncle Kent, tak seperti kawasan penanaman padi yang lain di Malaysia, penanaman padi di Langkawi sangat bergantung kepada hujan. Ini adalah kerana di pulau ini tidak ada sistem pengairan tanaman seperti di tempat lain.

Oleh itu usaha sedang dijalankan untuk memohon daripada Kerajaan Negeri supaya sistem pengairan ditingkatkan bagi membolehkan padi diusahakan dua musim setahun.

Keseluruhannya, Langkawi memiliki sawah seluas 2,700 hektar dengan bilangan pesawah seramai 1,300 orang. 

Pendapatan seramai 140 petani dan 219 hektar tanah sawah di Langkawi terjejas selepas sawah mereka kering akibat kemarau antara Disember dan Mac lalu. 

Pada tahun lepas 2019, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah melancarkan projek penanaman padi pulut berskala besar di pulau Langkawi. Benih yang digunakan ialah benih padi pulut Siding. Sumber: www.bharian.com.my

Projek padi pulut ini dijangka  mampu memberi perolehan RM30 juta dalam tempoh tiga tahun pelaksanaannya. 

Kejayaan projek ini dijangka dapat membantu negara mengurangkan kebergantungan pada beras pulut dari negara jiran yang mencecah nilai import RM30 juta setahun.

Dengan projek ini juga Pulau Langkawi bakal menjadi pengeluar utama beras pulut.

Di samping itu, sawah padi pulut yang terbentang luas akan turut menjadi faktor penarik yang akan menyokong industri agropelancongan di Langkawi.


Pesawah di Langkawi kebanyakannya adalah juga bekerja di dalam bidang-bidang lain seperti di sektor pelancongan, perkhidmatan dan juga nelayan. 


Ok, jom sambung perjalanan ke Buffalo Park. Ternampak pula sign board 'Makam Purba' (Ancient Tomb) ini. Lokasinya di Ulu Melaka, kira-kira 10 km dari Kuah. 

Since kami tidak ke makam itu, saya jadi curious, so saya cari la info tentangnya.
Makam Purba (Kubur Purba) yang terletak di Hutan Buloh, kawasan yang dikelilingi oleh sawah padi di Mukim Ulu Melaka, Langkawi. Dua kubur yang dipercayai telah ada dari abad sebelumnya, adalah terpencil dari kubur lain di kawasan itu. Keunikan dan penampilan batu nisan ini membayangkan bahawa mereka mungkin tergolong daripada seseorang yang bertaraf tinggi. 
Sumber: Portal Rasmi Majlis Perbandaran Langkawi. 

Maklumat tentang makam ini pada info board yang ada di makam ini:
Makam ini terletak dalam Mukim Ulu Melaka, 13 km dari Pekan Kuah. Makam Purba ini telah ditemui pada bulan April 1975 oleh Ahmad bin Bulat semasa beliau mengorek tanah pongsu untuk membuat tapak rumahnya.
Makam ini panjangnya lebih kurang 236 cm, merupakan kubur lama dan batu nisannya ialah Batu Nisan Acheh. Setelah diteliti bentuk batu nisan Acheh itu didapati bahawa kubur itu adalah kubur seorang perempuan.
Kemungkinan makam lama ini ada kaitan dengan penempatan orang-orang Acheh di Pulau Langkawi pada zaman dahulu.

Teruskan lagi perjalanan. Sambil tu tak habis-habis lagi ambil gambar sawah... hehehe. 



Masuk ke jalan kampung.

Melalui Kampung Nyior Chabang.




Dan kami pun sampai ke Taman Kerbau atau Buffalo Park, Kampung Nyior Chabang, Mukim Bohor, Langkawi.

Jadi kenapa ke Buffalo Park ni? Sebab ianya adalah salah satu dari destinasi agropelancongan di Pulau Langkawi ini. Honestly, kami berdua jarang sangat pergi jalan-jalan cara eco-tourism atau agro-pelancongan ni so masa kami di Langkawi ni kami tak lepas peluang. Jadi itinerary eco/agro-pelancongan kami ada kami masukkan aktiviti lawatan seperti Eco Mangrove Tour, ke MARDI Agrotechonology Park dan Buffalo Park ini. Selain itu kami juga ada pergi ke gunung dan air terjun iaitu Gunung Raya dan Air Terjun Durian Perangin. Juga kami ada ke Laman Padi dan stop di tepi sawah padi. Juga ada ke Nusantara Maju Enterprise iaitu tempat buat minyak gamat. Dari segi sejarah dan lagenda Langkawi pula, kami ke Taman Lagenda dan Kota Mahsuri. Dan last sekali kami juga ke Underwater World which seemed rather suitable since Langkawi itself is an island.   

Luas tempat parkir di Buffalo Park ini.

Buffalo Park, Langkawi.

Ada kandang kerbau yang besar. Tak sabar kami nak tengok kerbau secara dekat.. hehe. 

Ayat 21 dari Surah Al-Mu'minuun.

Di Taman Kerbau ini ada sebuah cafe yang menjual pelbagai makanan dan minuman dari hasil susu kerbau. Kami memang plan nak rasa some of them later on.

Kita beli tiket di Kaunter Tiket ini dulu.

Kehadiran kami disambut oleh Puan ini. Dia mengendalikan penjualan tiket dan berperanan sebagai guide di Taman Kerbau ini. Dia juga menyediakan makanan yang dipesan oleh pelawat-pelawat di cafe ini.

The entrance fee.

Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelawat di sini. Nope, saya tak nak tunggang kerbau sebab takut.. hehe. Walau pun nampak selamat, disebabkan pengalaman saya tunggang kuda masa di Kashmir dulu, dah jadi macam fobia nak tunggang any animals.. hehe. 

Pernah dulu, ada peluang tunggang unta di Mesir, saya tak nak. Tunggang kuda di Bromo pun tak nak. Tunggang burung unta di Seremban lagi la tak nak.. hehe.

Puan Guide di Buffalo Park ini shared with us some fascinating facts tentang kerbau dan susu kerbau. Selain menternak dan menghasilkan daging kerbau, susu kerbau juga dihasilkan di sini. 

Puan Guide kata ada stigma pada susu kerbau di kalangan orang kita kerana ada yang mengatakan susu kerbau berbau menjadikan susu lembu atau kambing lebih disukai dan ada demand. Ini sama sekali tidak benar kata Puan Guide. Malahan kata dia khasiat sebenar susu kerbau adalah lebih tinggi berbanding susu lembu. Susu kerbau kaya dengan kalsium, karbohidrat dan rendah kolesterol mampu memberikan tenaga yang lebih kepada manusia. Sila rujuk pada data oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar di bawah ini.

Kerbau yang diternak di sini adalah dari baka Murrah dari India kerana kerbau jenis ini sangat popular di sana dan mudah didapati.
Sumber: Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Puan Guide juga menceritakan pada kami serba sedikit tentang Sejarah Penubuhan Buffalo Park Langkawi.

Maklumat tentang bagaimana Taman Kerbau ini bermula.





Puan Guide juga menerangkan selain susu kerbau, dadih dan ais krim juga ada dijual di Buffalo Park dengan menggunakan bahan asasnya iaitu susu kerbau tanpa dicampur dengan sebarang bahan pengawet. Lebih istimewa kata dia produk-produk tu dibuat guna resipi mereka sendiri. 

Kami juga ditunjukkan bilik (Processing Room) memproses susu kerbau jadi keju tapi tak ada proses pembuatan keju berlangsung ketika itu. Kalau nak tengok proses ini, nak tengok kerbau dimandikan dan diperah susunya, kena la datang ke Buffalo Park ini belah pagi, seawal pukul 8:00 am.

Pada kami memang sangatlah menarik dapat tahu yang keju mozarela juga boleh dihasilkan di Taman Kerbau ini, locally in Malaysia. Berbanding dengan susu-susu haiwan ternakan lain kata Puan Guide, susu kerbau paling sesuai digunakan untuk buat keju itu sebab kandungan lemaknya yang tinggi. 

Tambah Puan Guide lagi, keju dari susu kerbau yang dihasilkan di sini dihantar ke resort-resort terkemuka di Langkawi seperti Datai dan Andaman. Baguslah resort-resort ini membantu menyokong industri tempatan.
Produk-produk yang dihasilkan dalam Processing Room menggunakan susu kerbau.

Puan Guide kata nak hasilkan 1 kg keju perlukan 6 kg susu kerbau. Saya baca 1 kg keju itu dijual dengan harga RM100 atau 200 gram keju dengan harga RM25.  

Teknologi Pemprosesan.

Prosedur Pemprosesan.


Kalau nak beraktiviti begini, datang ke Taman Kerbau ini pada waktu pagi. Better still, perhaps to contact them first sebab kami pun tak sure aktiviti seperti Cart Riding tu ada ke tidak sebab kami sampai masa tu dah pukul 11 pagi.  

Salasilah Kerbau.


Seterusnya kami dibawa Puan Guide ke kandang kerbau. 

Unfortunately masa tu kandang kosong sebab Puan Guide kata kerbau dah dilepaskan untuk pergi berkubang. Inilah salah satu sebab kenapa kena datang awal pagi ke sini. Kata Puan Guide, pada masa ini Buffalo Park ini ada 49 ekor kerbau. 

Kata Puan Guide, kerbau-kerbau di sini akan dibenarkan keluar berkubang pada waktu yang sama setiap hari. Kalau kerbau-kerbau itu tidak keluar berkubang, mereka akan bising dan resah gelisah. Ikut kata Puan Guide lagi, berkubang adalah cara kerbau untuk menjaga kecantikan diri. Proses berkubang juga sangat diperlukan oleh kerbau untuk menjaga kulit mereka dari mengalami kegatalan. Patut mereka riuh kalau tak pergi berkubang.
Gambar hiasan.

Saya tanya masa pergi berkubang tu ada tak pekerja di sini yang jaga dan kawal kerbau-kerbau tu? Kata Puan Guide, tak seperti lembu, kerbau adalah haiwan yang cerdik. Mereka pandai menjaga diri dan tak perlu dikawal sentiasa. Kerbau di sini misalnya akan keluar dari kandang untuk berkubang pada pukul 10 pagi. Di mana nak berkubang pun mereka pilih sendiri tempatnya. Walau ke mana mereka pergi untuk berkubang, mereka akan pulang sendiri ke kandang sekitar pukul 2 petang setiap hari. Fascinating! SubhanAllah.
Gambar hiasan.

Dah tu kalau semua kerbau dah pergi berkubang, tak dapat la kami nak tengok kerbau.. hehe. Jangan risau kata Puan Guide sebab di kandang ini masa tu ada 4 ekor kerbau. Jom kita bagi mereka makan kata Puan Guide. Aktiviti bagi makan ini dipanggil 'Hand Feeding Activity'. 

Kata Puan Guide, kerbau-kerbau di sini diberi makan sejenis rumput bernama Napier Leaf atau Pakchong yang pada asalnya diimport dari Thailand. Tentunya sekarang sudah banyak ditanam di sini.

Everyone! Let me introduce to you this handsome fella! This is Tony! 🐃 😊. Amboii.. nama omputih.. hehe. 

'Tony-the buffalo' ni sudah berusia 13 tahun. 
Just for info:
Kelakuan mengawan yang berhasil boleh berterusan sehingga kerbau itu mencecah umur 12 tahun. Seekor kerbau jantan yang bagus dapat membuntingkan lebih kurang 100 ekor kerbau betina dalam setahun. Terdapat pengaruh bermusim yang kuat terhadap pengawanan. Tekanan haba mengurangkan libido. - Wikipedia

Tony is hungry.. awww... more food for him please! Suap lebih-lebih sikit! 😊

Kuat betul Tony tarik daun Pakchong tu kata my wife.. hehe.

Iya, kata Puan Guide kami boleh gosok-gosok kepala Tony sebab dia dah biasa dengan kehadiran pelawat-pelawat. Tapi Puan Guide kata jangan pula kami cuba sentuh kerbau-kerbau yang dijumpa di tepi jalan atau di tempat-tempat lain kerana kerbau hanya hormat dan jinak pada tuannya sahaja dan akan bersikap garang pada orang yang mereka tak kenal.

Tony ni memang dah biasa dengan pelawat. Bila ada aktiviti 'Buffalo Riding' si Tony inilah yang akan ditunggang. Dia juga la yang bergambar ketika aktiviti 'Photographing'. Kalau dah kacak gitu la peranan yang diberikan.. hehe.  

Tony in action! 😊

Just for info, kerbau-kerbau di Malaysia tidak mengawan dengan kerbau-kerbau spesis lain jadi yang ada di sini adalah kerbau-kerbau baka tulen. Jadi tiada berlaku pembiakbakaan. 

Kasar rasa bulu di kepala si Tony ni 😊.


Then we were introduced to these precious baby buffalo, Marcus, Maryam and Rollo 😊. 

Well not exactly babies la, more like adolescents.. hehe. 

And they were really hungry too. Poor babies.. hehe.

Feeding them fresh green Napier Leaf. 


Antara sebab kenapa kerbau Murrah jadi pilihan sebagai ternakan kerbau di sini adalah kerana ia mempunyai daya ketahanan terhadap penyakit dan cuaca panas.


Me with the super adorable baby buffalo Marcus, Maryam and Rollo 😊. I know... I know they were looking at me and were like, 'Feed us!' Hehehe.. 

Then it was time for us to go. Bye Marcus, Maryam and Rollo!

Bye Tony and take care!

The 'Hand Feeding Activity' was surely very exciting for us. We had never been so close to a buffalo let alone touching one.

Lepas tu sebelum bertolak ke destinasi seterusnya, kami nak cuba makanan di cafe ini dulu.  

Ada beberapa sajian based on susu kerbau. 

Puan Guide juga adalah the cafe owner. 

Tentulah kami nak cuba a dish yang ada mozzarella cheese. 

Ais krim pun kami nak cuba juga.

Buffalo Milk Ice Cream. 

Macam-macam perasa ada seperti mocha, chocolate, vanilla, strawberry dan corn.

We had the vanilla and strawberry flavors. Delicious! It's light and smooth. Dan tak terlalu manis.

Dan keju mozarela ni pun rasa sedap. Tak ada bau pun. Sangat sesuai makan dengan roti + tomato + fresh vegetable. 

Actually rasanya sedap sungguh sampai saya nak order lagi tapi cancel sebab kejap lagi lepas ni kami nak lunch. 

Pokok Napier Leaf / Pakchong di tanam di sekitar Taman Kerbau ini.

Overall, walau pun taman ini tidak besar (at least the areas we were taken to) pada kami Buffalo Park ini merupakan salah satu destinasi agro-pelancongan yang menarik di Pulau Langkawi. Selain dapat mengenali kerbau dan melakukan pelbagai fun activities dengan kerbau, Taman Kerbau ini juga berfungsi sebagai pusat pendidikan bermaklumat yang sesuai dilawat oleh pelbagai peringkat usia dan warganegara. Pada kami, lawatan ke sini telah mempelbagaikan lagi program lawatan kami menjadikan our overall vacation that much more interesting. Me personally, I love it that now I know more about kerbau than I ever did before 😊.

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. kemain nama !!
    omputehs !!
    bapak dia si Tony ke ?

    unta , kuda , buffalo , gajah tu semua kata nasib baik abang tu tak nak naik..
    buatnya tetian dia panik attack kat atas tu macamanalah dia melompat terjun nanti !!

    saya pun tak pernah sempat nak nengok makam lama tu bila ke langkawi
    nengok batu nisan pun dah tahu dari Acheh
    design dia unik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Bapaknya? Tak pulak kami terfikir nak tanya Puan guide tu. Perhaps, since there are other kerbau jantan dalam flock di situ.

      Hahaha... mmg nasib baik mereka tu semua :).
      Mmg panik!! For me it's more of the unfamiliarity of it all. Not knowing what's it's going to be like. Will the animal behave? Will they run amok? Will I get hurt in the process? I think things like that la.. hehe.

      Yes, Acheh. Dah boleh kenal kan design mcm tu.

      Delete
  2. assalam,admin..saya ingin ketahui kejayaan buffalo paark nii..saya kene buat forum😭harapnya admin ada seberapa kejayaan park tersebut..saya cri tk jumpa..🫂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.
      Fyi, semua info yang saya ada tentang Buffalo Park adalah seperti dalam blog ini. Sorry, saya tak ada sebarang laporan rasmi tentang kejayaannya.

      Delete