Monday, February 3, 2020

LANGKAWI - DAY 02 - PART 07 - MARDI AGROTECHNOLOGY PARK LANGKAWI - PART 01

Selesai Eco Mangrove Tour kami tidak dapat diturunkan di Pantai Tanjung Rhu i.e di lokasi kami mula mangrove tour sebab ombak kuat masa tu. So we were dropped off at a fishmen jetty nearby. Jadi kami pun hubungi tour guide kami untuk ambil kami di jeti tersebut. 

Pantai Tanjung Rhu.






Oh ya, ini Uncle Kent. Dialah Tour Guide kami untuk segment jalan-jalan di Pulau Langkawi ni. Uncle Kent adalah bekas pegawai kerajaan yang pernah kerja di Radio Televisyen Malaysia (RTM). Dia sangat fasih cakap Bahasa Melayu dengan loghat Kedah. And he is a very funny guy 😃. Memang tak jemu kami sembang-sembang dengan dia sepanjang perjalanan-perjalanan kami ke semua places in our itinerary.  


Seterusnya kami nak ke MARDI Agrotechnology Park.





Berarak bersama piala kemenangan.



MARDI Agrotechnology Park letaknya di kaki Gunung Raya. Gunung Raya adalah gunung yang tertinggi di Langkawi.

Ini lokasi MARDI Agrotechnology Park dan Gunung Raya.

Dah dekat MARDI Agrotechnology Park. 

MARDI Agrotechnology Park adalah sebuah stesen penyelidikan pertanian milik MARDI yang juga dibuka untuk kunjungan pelawat.  

Itulah Gunung Raya kata Uncle Kent.

Kata Uncle Kent, kalau nak hiking memanjat ke Gunung Raya, ada 1,000 anak tangga yang boleh didaki dari Kampung Buku ini.

TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI LANGKAWI
"PENGHUBUNG PENGETAHUN & KOMUNITI"
Your Ideal Destination To Experience The Exotic Taste Of Tropical Fruits

Dah pun sampai ke entrance MARDI Agroteknologi Park. 

Ada big info board.
"Let enjoy our service in wonderful tropical fruits farm"
"Our Trams are ever ready to serve you visit around the farm"
"You will never forget your happening experience with us"

"Fruits are natural candy".

Selamat Datang.
Taman Teknologi Agro ini telah dibangunkan pada tahun 1990. Ia berfungsi sebagai pusat pemindahan teknologi dan penyebaran maklumat berkaitan industri agro. Taman ini juga direka sebagai tempat eko-pelancongan bagi pengunjung ke Langkawi. Ia terletak di kejiranan Taman Rekreasi Lubuk Semilang dengan pemandangan panoramik kawasan hutan Gunung Raya.

Info dan attractions di pusat penyelidikan ini.

Peta tour.

Harga Tiket dan Masa Operasi. Hari Ahad tutup.

Tahukah Anda?

Kemudahan yang ada di sini.

Fruits Trivia and Activities.

Harga tiket cuma RM10 (with MyKad) dan dah termasuk guided tour dan makan di buffet buah-buahan.

According to website MARDI Agroteknologi Park Langkawi, below adalah buah-buahan yang ada di sini. Tapi ikut musim le. Me so excited lah 😋.

Sumber: http://tatml.mardi.gov.my/index.php/fruit-varieties

Memang cantik pusat penyelidikan ini. Tempat ini juga ada akses untuk kerusi roda. 

Teratur, bersih dan hijau.

Untuk pusing-pusing ladang ini, tram disediakan. Jom kita ke tempat menunggu tram.

Memandangkan ini adalah sebuah pusat penyelidikan, tentulah pelawat-pelawat tak boleh suka hati jalan sana sini on their own without a guide. Lagi pun ladang ni besar so naik tram dengan giude adalah lagi lebih baik from exploring the place on your own.

Bergambar kenangan. 

Inilah tempat menunggu tram/farm tour shuttle. Selesa.


Suasana di keliling tempat menunggu.


Ada air terjun keluar dari buah kelapa gergasi. 

Buah-buah kelapa, durian dan manggis raksasa. 



Jualan souvenir.

Ada info board tentang Common Malaysian Fruits untuk bacaan pelawat especially from abroad. 


Peta agroteknologi park ini.


Lokasi office complex, fertigation, herbs garden dan ladang-ladang buah.


More interesting info.

Info berjenis-jenis buah, siap tunjuk cara macam mana nak kupas, kerat dan hidang. Nice!












Buah-buahan nadir. Rare fruits. 
I do not know most of these fruits! Fascinating!




Ada lebih 20 jenis pokok buah-buahan bermusim dan tidak bermusim at the orchard garden. 

Sejarah Taman Agroteknologi MARDI Langkawi.


Tak ada pelawat lain masa tu.

Jalan masuk ke taman.

Gerbang yang dihias dengan 'buah-buahan'. Nice!





Dan pastinya surau juga ada disediakan untuk kegunaan pelawat. 

Haaa... farm tour shuttle dah sampai.

Farm tour ini bermula di sini dan berakhir di sini juga. Sedang turun tu ialah kumpulan pelawat yang baru selesai farm tour mereka.

Ayuh kita mulakan tour 😊. Bersama kami ada satu keluarga Melayu dan an Arab couple.

Ladang pokok manggis. 

Ladang ini meliputi kawasan seluas 14.2 hektar (40% daripada jumlah kawasan tanah) dengan lebih daripada 20 jenis buah, baik bermusim dan tidak bermusim.

Spesies kebun termasuk buah belimbing, jambu batu, sitrus, mangga, rambutan, pulasan, durian, cempedak, nangka, longan, manggis, dokong, duku langsat dan lain-lain. Pengunjung ke ladang buah di sini boleh mengalami rasa buah-buahan tropika segar selain peluang untuk memperoleh pengetahuan mengenai pelbagai spesies yang ada.

Sebelah ladang pokok manggis ialah ladang pokok nangka. Kenapa buah nangka ni pakai sunglass pulak? I think most of you know already la.. hehe. Kalau tak tau, later I'll tell 😊.

Ladang kelapa. 

Di taman ini juga ada banyak kolam-kolam. 

Cantik landskapnya.

Masa ni lebih kurang pukul 3:30 petang, so memang panas. Tapi ok je sebab berangin naik tram.



Ladang Pomelo.



Ladang mangga. 

Since kawasan ini adalah di kaki Gunung Raya, maka jalan-jalan di sini ada sedikit mendaki dan bengkang bengkok. 



Sampai di ladang jambu batu pula. 

Ladang rambutan.

Ladang belimbing.


Tiba di kafe bufet buah-buahan. Yay!

Kami pun berhenti di sini untuk makan buah-buahan.

Jom masuk. Lega rasanya sebab panas petang tu.

More interesting facts about our local fruits.

Durian dan nangka. Dalam sebiji nangka boleh ada sampai 500 seed/ulas! Wah!

Jambu air dan mangga.

Nanas dan papaya. 

Kenderaan Lawatan Ladang yang kami naiki. 



Tuuu.. dah nampak dah bufet table.. hehe..

Joyful moment.. hehehe. 


Macam-macam buah ada! All freshly cut, boleh makan terus 😋.

Percuma sebab dah masuk dalam harga tiket.

Buah-buahan yang ada mostly yang tidak bermusim. Kalau kena musimnya, agaknya durian pun ada dihidangkan. 

Buah-buahan yang dihidang berasal dari ladang ini sendiri.


Sedap!


Nak fresh fruit juices pun ada. From actual buah, bukan dari kotak. Tapi yang ni kena bayar la. Tak ingat berapa, tapi tak mahal.

Dekat kafe buah-buahan ini juga ada sign "I 💙 MARDI Langkawi" untuk pelawat bergambar. Fun Photography.


Since ada masa lagi nak tunggu yang lain habis makan buah, kami pun diajak bergambar oleh tour guide. Tu dia! Berat betul nanas raksasa ni! Hehehehe..

Sebenarnya beginilah cara foto tu diambil.. hehe. Kreatif! 

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. ada asam boi tak disediakan makan denagn buah-buahan tu ?

    buah tu pakai cermin mata gelap sebab panas ...

    piala apa tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak de. U mean asam boi yg kecut kering tu ke?
      Buffet tu buah segar je.
      Indeed... hehe.
      Bola.

      Delete
  2. tak..
    serbuk asam boi yang selalu orang tabur atsa buah-buahan tu

    ReplyDelete