Bila jengok keluar tingkap bilik hotel, cuaca nampak ok, Alhamdulillah. Untuk hari ke 3 kami di Langkawi ini kami sudah pun ada itinerary yang dibuat sebelum ke sini.
Pulau Dayang Bunting nampak berbalam-balam off the Kuah township.
Isi perut dulu sebelum memulakan touring pada hari ke 3 ni.
Our breakfast.
Sajian sarapan di hotel Bayview ini adalah sedap dan banyak pilihan. Alhamdulillah.
Check weather... cloudy but no rain. Still kami dah siap-siap bawak disposable raincoats.
Tepat pukul 9 pagi, uncle Kent pun sampai to take us to the places that we had planned to visit.
Like I stated in previous entry, uncle Kent ni fasih berbahasa Melayu dengan loghat utara. Orangnya memang kelakar. Bila kami komen yang Langkawi ni laid back dan tiada traffic jam, dia kata kalau Langkawi ini ada traffic jam maknanya matahari sudah terbit dari barat. Ha kau.. gitu extreme sekali perumpamaan yang dia buat.. hehe.
Tempat pertama yang kami nak lawat ialah Gunung Raya. Gunung Raya adalah gunung tertinggi di Langkawi dengan ketinggian 881 meter.
Lokasi Bayview Hotel dan Gunung Raya.
Menuju ke arah Ulu Melaka.
Pernah berlaku kejadian tanah runtuh di kawasan ini kerana hujan lebat yang berterusan hence this road sign.
Menurut uncle Kent gunung ini dilitupi dengan hutan tebal yang penuh dengan flora dan fauna yang luar biasa. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Rizab hutan ini luasnya lebih 5,000 hektar. Ia dipenuhi dengan pelbagai jenis hutan asli yang sangat indah. SubhanAllah.
Kepelbagaian biologi yang tinggi di kepulauan ini terdiri dari empat jenis hutan iaitu hutan batu kapur, hutan batu pasir, hutan granit dan hutan bakau. |
Sebenarnya masa dalam perjalanan ini kita boleh nampak pemandangan panorama yang indah bila terdapat clearings. Tapi bila kabus tebal macam ni susah la nak nampak.. hehe.
Memandu ke puncak adalah mudah kerana jalannya tidaklah terlalu curam but have to be very careful due to oncoming vehicles kerana jalannya yang bengkang bengkok dan berselekoh agak tajam at some places.
Jalan mendaki Gunung Raya bermula dari Jalan Ulu Melaka di kaki gunung sebelah barat. Jalan bengkang bengkok terutamanya berada antara di ketinggian 400 meter dan 600 meter.
Tebal sungguh kabus masa ni.
Pemanduan ke puncak akan ambil masa kira-kira 25 hingga 30 minit bermula dari kaki gunung sejauh lebih kurang 13 km.
Fyi, we hardly came upon any other vehicles. Sungguh sunyi sekali. Mungkin Gunung Raya jarang dilawati. Mungkin masa kami lalu ni masih awal pagi. Mungkin hari tu hari Selasa i.e hari kerja. Mungkin juga jarang dikunjungi pelawat kerana satu ketika dulu ia adalah kawasan larangan, kata uncle Kent.
Bila kami nampak pemandangan berkabus tebal begini we thought most likely di puncak pun sama. Oh well, but definitely lah kami teruskan juga perjalanan since dah nak sampai atas tu.
Uncle Kent kata ada dua cara nak ke puncak Gunung Raya iaitu dengan cara memandu atau hiking. Cara hiking tu kena panjat beribu-ribu anak tangga. So no thank you lah.. hehe. Tak larat pak cik 😅.
Uncle Kent also informed us yang hutan rizab ini mempunyai banyak hidupan liar seperti leaf monkeys, flying foxes, macaque monkeys, squirrels, mountain hawk eagles, white bellied sea eagles and hornbills.
Uncle Kent juga beritahu kami di puncak Gunung Raya ni ada Viewing Tower tapi sudah ditutup.
Dah kelihatan puncaknya.
Kelihatan pekerja-pekerja sedang menebas di lereng.
Dan kami pun selamat sampai ke puncak Gunung Raya, gunung tertinggi di Pulau Langkawi. Kabus tebal dan suasana cukup nyaman dan agak sejuk juga.
Dan ini peta perjalanan kami dari Bayview Hotel ke puncak Gunung Raya.
Kata uncle Kent ada beberapa bangunan di sini seperti viewing tower, resort, MEASAT satellite control center, taman, muzium, restoran dan sebuah bangunan kerajaan (strictly off-limit). Tapi nampaknya macam semua samada tutup atau dilarang masuk.
Bangunan viewing tower.
Nampak not well maintained.
Oh! Hello love. What beautiful eyes you have. Cejuk ke? I wished I had some cat food with me masa tu.
Then came that kereta biru. A Chinese couple. We spoke a bit. The man was quite disappointed as it is not the same up here with what he had read and seen in photos. Also sebab kabus tebal dan tak nampak pemandangan. Oh well.
Pada kami itu semua ikut rezeki masing-masing la. Pada kami sungguh pun tak nampak pemandangan Pulau Langkawi (dan Thailand) dari puncak ni, tapi pemandangan berkabus ini tetap indah dan unik. Ciptaan Allah SWT yang mana yang tidak indah, ye tak? Dan kami juga bersyukur kerana pada masa itu juga tidak hujan.
We did, however bincang dengan uncle Kent if we could just wait a bit more. Mana la tau kot kabus ni clear up. Looking at the thick fog we know it was highly unlikely though.. hehe. Uncle Kent ok je sebab ada banyak lagi masa kata dia.
Ada info board! Yes! We like!
Maklumat tentang Geotapak Sisa Bumbung Gunung Raya.
Fascinating facts!
Bagaimana Gunung Raya terbentuk.
Lokasi Gunung Raya bersebelahan dengan Taman Georimba Kilim Kars.
Puncak Gunung Raya.
Penghuni tetap puncak Gunung Raya. Ini adalah Cicak Batu Roti Canai dan Katak Tanduk Kecil.
Cicak Batu Roti Canai... hehe.. macam mana la dapat nama macam tu. Tapi bila letak side by side macam di bawah ni, ye la.. tompok-tompok pada badan cicak tu macam roti canai extra crispy... hehe.
Batuan termetamorf membentuk sisa bumbung.
Haaa... mujur la ada info board ni. Boleh la kami dapat tengok pemandangan dari puncak ini ketika langit cerah.
Boleh nampak panorama Laut Andaman dan sebahagian daratan Thailand masa cuaca cerah. We can only imagine je la.. hehe.
Ini yang saya jumpa di internet. Cantik sungguh!
Tapi realitinya masa kami di puncak ni, beginilah suasananya.. hehe.
Seperti tempat-tempat lain di Pulau Langkawi ini, Gunung Raya juga ada cerita lagendanya. Disebabkan ada pelbagai versi kisahnya, maka saya ambil ceritanya mostly dari Portal Rasmi Majlis Perbandaran Langkawi.
Mat Chinchang dan Mat Raya adalah diantara keluarga gergasi yang tinggal di pulau utama di Pulau Langkawi. Disebabkan oleh saiz mereka yang besar serta kekuatan tenaga luar biasa yang dimiliki oleh mereka, bentuk mukabumi Langkawi telah berubah dengan dramatik.
Lagenda mereka bermula apabila Mat Raya bercadang untuk mengadakan kenduri bersempena dengan pertunangan anak perempuannya dengan anak lelaki Mat Chinchang. Pada hari majlis itu berlangsung didapati anak lelaki Mat Chinchang telah berlaku sumbang dengan seorang dara dan ini telah mencetuskan kemarahan Mat Raya.
Akibatnya, persahabatan di antara kedua keluarga ini terputus dan mereka bertempur ketika majlis pertunangan sedang berlangsung sehingga berlakunya pertumpahan darah dan kehilangan nyawa.
Pergaduhan di antara dua keluarga ini telah mengubah kawasan pulau utama ini di mana tempat cincin pertunangan itu jatuh selepas dicampakkan dinamakan sebagai Tanjung Cincin.
Semasa pergaduhan berlaku, keganasan semua orang telah mengakibatkan periuk belanga dan pinggan berterbangan. Apa sahaja yang mereka boleh capai, semua dilempar termasuklah binatang ternakan juga menjadi mangsa kemarahan mereka.
Sehinggakan periuk belanga besar yang penuh dengan kuah telah pecah dan kuah lauk habis tumpah di atas tanah.
Periuk belanga besar turut pecah.
Tempat yang ditumpahi kuah lauk itu dikenali sebagai Kuah dan tempat periuk belanga pecah itu pula dikenali sebagai Belanga Pecah. Sekawah air panas turut tumpah ke tanah dan tempat itu dikenali sebagai Ayer Hangat.
Mat Raya dan Mat Chinchang pula telah bertukar menjadi gunung batu yang dikenali sebagai Gunung Raya dan Gunung Chinchang. Manakala Mat Sawar yang menjadi orang tengah bagi menyelesaikan masalah pertelingkahan mereka berdua ini telah bertukar menjadi sebuah bukit yang menjadi pemisah kepada dua gunung ini.
Mat Raya vs Mat Chinchang - A Legendary Epic Battle.

Bentuk mukabumi Langkawi sekarang. |
Lagenda mereka bermula apabila Mat Raya bercadang untuk mengadakan kenduri bersempena dengan pertunangan anak perempuannya dengan anak lelaki Mat Chinchang. Pada hari majlis itu berlangsung didapati anak lelaki Mat Chinchang telah berlaku sumbang dengan seorang dara dan ini telah mencetuskan kemarahan Mat Raya.
Mat Raya berang! |
Akibatnya, persahabatan di antara kedua keluarga ini terputus dan mereka bertempur ketika majlis pertunangan sedang berlangsung sehingga berlakunya pertumpahan darah dan kehilangan nyawa.
Pergaduhan di antara dua keluarga ini telah mengubah kawasan pulau utama ini di mana tempat cincin pertunangan itu jatuh selepas dicampakkan dinamakan sebagai Tanjung Cincin.
Semasa pergaduhan berlaku, keganasan semua orang telah mengakibatkan periuk belanga dan pinggan berterbangan. Apa sahaja yang mereka boleh capai, semua dilempar termasuklah binatang ternakan juga menjadi mangsa kemarahan mereka.
Sehinggakan periuk belanga besar yang penuh dengan kuah telah pecah dan kuah lauk habis tumpah di atas tanah.
Periuk belanga besar turut pecah.
Tempat yang ditumpahi kuah lauk itu dikenali sebagai Kuah dan tempat periuk belanga pecah itu pula dikenali sebagai Belanga Pecah. Sekawah air panas turut tumpah ke tanah dan tempat itu dikenali sebagai Ayer Hangat.
Mat Raya dan Mat Chinchang pula telah bertukar menjadi gunung batu yang dikenali sebagai Gunung Raya dan Gunung Chinchang. Manakala Mat Sawar yang menjadi orang tengah bagi menyelesaikan masalah pertelingkahan mereka berdua ini telah bertukar menjadi sebuah bukit yang menjadi pemisah kepada dua gunung ini.
Pertempuran antara Mat Raya dan Mat Cinchang yang ditenangkan oleh Mat Sawar. |
Lokasi Gunung Raya, Gunung Mat Chinchang dan Bukit Sawar. Fyi, lokasi Bukit Sawar tu dalam peta adalah 'Bukit Sawak'. |
Mat Raya vs Mat Chinchang - A Legendary Epic Battle.
Bergambar kenangan dengan kabus tebal di puncak Gunung Raya 😊.
It really was quite lovely being in the cool weather.
Visibility lebih kurang beberapa ratus meter sahaja. Beyond that, heavy fog.
Uncle Kent juga kata dia hairan kenapa tiang-tiang besi ni boleh berkarat. My guess was since they are out in the open like this, faktor cuaca panas dan hujan serta kabus yang menyebabkan ia berkarat. Uncle Kent suspect sebab udara di sini ada garam, udara dari laut.
Bergambar lagi. Bayangkan je la pemandangan cantik di belakang tu... hehe.
We could hardly see the telecommunication tower.
Dan kalau dah berkabus tebal begini, tentu la tak nampak the mountain inhabitants like the majestic eagles and hornbills soaring through the beautiful Langkawi sky. On a clear day boleh nampak kata uncle Kent.
Frustrated, couple Chinese tadi pun beredar dari puncak ni. The man did tell me that they plan to come again when the sky is clear. Good for him.
Dan kami pun beredar juga tak lama selepas itu when we saw no signs the place will be fogless any time soon.
Dalam perjalanan turun, Uncle Kent bercerita yang pemandu teksi selalunya tak mahu naik ke Gunung Raya kerana tempat ini dikatakan ada 'penghuni-penghuni lain'. Dah nak turun ni baru uncle Kent beritahu... hehehe. Resah juga kami dengar cerita-cerita seram tentang penampakan dan sebagainya especially bila lalu jalan yang sunyi begini dan berkabus tebal pulak tu.
Masa turun dari gunung kami ternampak look out point ini jadi kami minta uncle Kent berhenti sekejap. Uncle Kent ok je since pakej jalan-jalan kami ni private tour. In fact, dia dah pun beritahu kami earlier kalau kami nak berhenti di mana-mana, beritahu saja pada dia.
Di lookout point ni pun berkabus tebal. Uncle Kent suspect yang 'kabus' ini adalah sebenarnya jerebu kerana pada level ini tak sepatutnya ada kabus. Tapi kami tak de la pulak terbau jerebu atau asap yang menyesakkan pernafasan. Sejuk nyaman dan segar je.
Info board! We like! 😊
Jom baca. Terbentuk pada 550 juta tahun yang lalu! Mind boggling indeed! Meaning Langkawi adalah tempat kelahiran bumi Malaysia.
Jujukan batuan di pulau ini ibarat buku sejarah yang menunggu untuk dibaca. |
Batu granit gunung Raya.
Tak ada rezeki nak tengok pemandangan dari lookout point ini.
Info tentang Hentaman Meteor Pulau Tepor.
Hampir separuh Pulau Tepor hancur.
Pulau Tepor dipercayai telah mengalami masa lampau yang 'huru hara'.
Lokasi Pulau Tepor.
Pulau Tepor, sebelum dan selepas dihentam meteor.
Sekadar gambaran sahaja. |
Selepas dihentam meteor Pulau Tepor dikatakan menyerupai bentuk dolphin. Depending on how you see it la.. hehe.
Lokasi Pantai Cenang dan Pulau Tepor.
Pulau Tepor. Gambar diambil dari Pantai Cenang.
Info Pulau Tepor. Or rather the cerita rakyat about Pulau Tepor.
Lokasi Pulau Singa Besar, Pulau Beras Basah, Pulau Tepor, Pulau Rebak Besar dan Pantai Kok.
Salah satu versi kisah Mat Chincang.
Geotapak Granit Gunung Raya.
Jom baca.
Pada info board ni pulak Mat Chinchang dan Mat Raya disumpah menjadi gunung oleh Sang Gedembai. Macam-macam versi! |
Gunung Raya dikelilingi oleh Hutan Simpan; Hutan Simpan Kilim, Hutan Simpan Kisap dan Hutan Simpan Bukit Sawak.
Gunung Raya dan Pantai Pasir Hitam.
Lang Gunung dan Hutan Bukit diterokarp (Hill dipterocarp forest).
Enggang Papan dan Tuberculated gecko.
Mendengar cerita dari Uncle Kent tentang kisah lagenda 2 orang gergasi yang bernama Mat Raya dan Mat Chinchang.
This is our ride selama kami di Langkawi. Since cuma kami berdua sahaja dalam pakej private tour ini, we thought the travel agent would be using a car.
Melihat ke atas ke puncak Gunung Raya yang masih diselubungi kabus tebal.
Di lookout point ini juga ada 'Tangga Helang Seribu Kenangan'.
Trek pendakian gunung Raya bermula di Hutan Lipur Lubuk Semilang. Trek pendakian gunung ini melalui anak tangga yang dikenali sebagai Tangga Helang Seribu Kenangan. Tangga ini dibina oleh Pejabat Hutan Daerah Langkawi dan ia melalui di kawasan tengah gunung.
Sepanjang pendakian, trekkers dapat menikmati keindahan pemandangan panorama alam semulajadi yang masih terpelihara dengan baik. Ada sebanyak 4,287 anak tangga untuk sampai ke puncak Gunung Raya dengan jangkaan masa selama 2 jam 15 minit, sejauh 3.1 km. Kalau tak larat macam kami ni (obviously 😊), boleh pandu ke puncak.
4,287 anak tangga !! 😵. Belum start dah perlukan immediate medical attention.. hahahaha.
Maklumat tentang Tangga Helang Seribu Kenangan. |
4,287 anak tangga !! 😵. Belum start dah perlukan immediate medical attention.. hahahaha.
Suasana indah berkabus tebal di salah satu lookout point di lereng Gunung Raya.
Selesai ambil gambar dan dengar penerangan dari uncle Kent, kami pun beredar. Sungguh pun keadaan masa itu berkabus tebal, visibility di jalanraya adalah baik.
Ini saluran air yang dibina all the way up ke puncak bagi membekalkan air ke resort, bangunan kerajaan dan lain-lain facilities di sana.
Pelbagai sejarah dan legenda berasal dari Gunung Raya. Kayu rangka binaan Balai Besar di Alor Setar dikatakan banyak yang diambil dari hutan Gunung Raya.
Hutan di Gunung Raya juga menjadi puncak rezeki kepada penduduk tempatan. Ada yang datang ke hutan ini untuk mengutip kayu candan, kayu ramuan minyak wangi yang mahal harganya. Ada juga yang datang untuk mencari rotan dan manisan lebah.

Gunung Raya juga dijadikan nelayan-nelayan Pulau Langkawi sebagai petunjuk arah untuk balik ke jeti semasa pulang dari laut.
Di samping itu, kebanyakan sungai di Pulau Langkawi bermula dari Gunung Raya. Antara sungai yang hulunya terletak di Gunung Raya itu ialah Sungai Hulu Melaka, Sungai Kisap, Sungai Kilim, Sungai Batu Asah dan Sungai Korok.
Air dari sungai-sungai ini pula sering dikaitkan dengan perjodohan gadis di Langkawi. Apabila seseorang teruna berkahwin dengan gadis Langkawi, teruna itu dikatakan sudah terminum air Gunung Raya.
Dan sebagai penutup entry Gunung Raya ini saya kongsi foto-foto Gunung Raya yang sempat saya rakam sepanjang percutian kami di Langkawi.
Foto ini diambil dari Taman Lagenda.
Yang ini dirakam semasa Eco Mangrove Tour.
Gunung Raya dirakam semasa kami dalam perjalanan MARDI Agrotechnology Park Langkawi.
Dan yang ini semasa kami melawat Dataran Lang.
Bersambung...
Gunung Raya dilihat dari Dataran Lang. |
Di samping itu, kebanyakan sungai di Pulau Langkawi bermula dari Gunung Raya. Antara sungai yang hulunya terletak di Gunung Raya itu ialah Sungai Hulu Melaka, Sungai Kisap, Sungai Kilim, Sungai Batu Asah dan Sungai Korok.
Eco Mangrove Tour di Sungai Kilim. |
Air dari sungai-sungai ini pula sering dikaitkan dengan perjodohan gadis di Langkawi. Apabila seseorang teruna berkahwin dengan gadis Langkawi, teruna itu dikatakan sudah terminum air Gunung Raya.
Dan sebagai penutup entry Gunung Raya ini saya kongsi foto-foto Gunung Raya yang sempat saya rakam sepanjang percutian kami di Langkawi.
Foto ini diambil dari Taman Lagenda.
Yang ini dirakam semasa Eco Mangrove Tour.
Gunung Raya dirakam semasa kami dalam perjalanan MARDI Agrotechnology Park Langkawi.
Dan yang ini semasa kami melawat Dataran Lang.
Bersambung...
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
now you are making me stressed
ReplyDeletekucing tu nak makan apa kat atas sana tu ?
mana ada orang duduk kat atas tu ..
mana ada pejabat bukak
mana ada cafe
apa dia nak makan ?
kesiannya dia
kenapa tak ada orang selamatkan dia
dah lah comel sangat !!
eh chop..
betul ke kucing tu ?
atau ' bukan kucing ' ?
kalau kucing betul macamana dia survive kat atsa tu
sihat , cantik , gemuk pulak tu
macam ada ' orang ' jaga ..
o'orang ' atau orang
this Worrier Virus is contagious !!
Hahahaha...
DeleteWe are such concern people, what can I say.. hehe.
I also think mcm tu. Risau mana dia nak dpt makanan. But then I fikir, insyaAllah, rezeki utk dia sudah ditentukan.
Kan.
**cue spooky music***
Kalau 'bukan kucing', boleh ke fotonya diambil?
Kalau ada 'sapa2' yg bela bagi makan, bagus la.
Like u said, the cat look healthy, tu yg important.
Hahaha... yes ma'am.. hehehe...
nak explore gunung raya jugaklah. thanks for sharing encik syed amran:)
ReplyDeleteSama-sama. Harap masa Alia ke sana, kabus tak ada dan pemandangan nampak jelas.
DeleteBest betul review tuan....harap2 Covids berakhir.....cadang honeymoon bawa suami n anak2...
ReplyDeleteTerima kasih Puan Siti.
DeleteSama-sama la kita berdoa semoga segera ada vaccine.