Lepas spent time at Buffalo Park, kami ke Nusantara Maju Enterprise pula. Sebenarnya tempat tu tak ada dalam itinerary kami, tapi since we were talking about it in the coach with uncle Kent, he asked if we'd like to go there. Kami ok je. Kami berdua pun tak pernah pergi ke tempat buat minyak gamat walau pun minyak gamat tu dah sinonim dengan Pulau Langkawi.
Keindahan hamparan kehijauan sawah padi dengan berlatarbelakangkan pergunungan di Langkawi.
Keindahan hamparan kehijauan sawah padi dengan berlatarbelakangkan pergunungan di Langkawi.
I wonder what's it like di Kompleks Kraf dan Ayer Hangat Village tu.
Out of these 4 destinations, kami tak pergi ke Galeria Perdana masa Langkawi vacation kami kali ini.
Tiba di Nusantara Maju Enterprise.
Ada botol giant Minyak Gamat.
The complex.
Nusantara Maju Enterprise: Mengeluar, Menjual dan Mengedar Ubat-ubatan Tradisional dari Gamat dan Herba.
Kami terus je ke tempat memasak minyak gamat.
Ramuan untuk menghasilkan minyak gamat.
Begitu unik sekali ramuan-ramuannya. Sometimes I wonder macam mana la agaknya orang yang mula-mula buat minyak ini tahu nak guna ramuan apa, berapa sukatan/timbangan bagi setiap bahan, berapa lama nak masak etc etc. Berapa banyak trials and errors yang dibuat to get the perfect blend? Dalam lain perkataan, how did they come up with the recipe?
Semua ramuan ini tak pernah saya dengar pun. Pastinya ada orang yang pakar untuk masuk hutan dan kenal setiap pokok / tumbuhan untuk dapatkan ramuan ini. Kena ada suppliers of these ingredients.
Lagi saya fikir sampai tertanya adakah pencarian dan pengutipan ramuan-ramuan ini dilakukan secara sustainable supaya pokok/tumbuhan ramuan ini terus ada dan tidak pupus. Mungkin sudah ada ladang untuk pokok/tumbuhan itu.
Ini ruang bilik memasak minyak gamat. Panas berbahang dalam ni. Jadi kami tengok dari luar sahaja. Ada papan amaran: "Untuk Keselamatan Anda, Anda Perlu Melihat Di Luar Sahaja".
Bila gamat asli dimasak selama 3 hari, ia akan menghasilkan Minyak Gamat yang boleh digunakan untuk mengubat luka dan berbagai penyakit lain.
Di rumah kawah ini ada dua kuali besar yang sedang mendidih minyak.
Dikatakan kalau celup jari ke dalam minyak gamat yang tengah mendidih, jari kita tak akan melecur atau cedera dan rasa hanya sedikit panas. Tapi ada warning sign seperti di bawah ini demi keselamatan.
Lagi pun kalau ramai orang dok celup-celup, tercemar dan jadi tak tulen la minyak tu.
Proses memasak Minyak Gamat ini dibuat menggunakan kayu api. Tak tahu apa jenis kayu yang digunakan.
Kayu api yang digunakan untuk memasak Minyak Gamat di belakang rumah kawah.
Jom kita ke showroom/kedai kompleks ini. Pusat minyak gamat ini adalah yang terbesar di Langkawi. Ia menawarkan pelbagai produk kecantikan dan rawatan dalaman yang berasaskan gamat dan herba.
Kompleks pusat ini dilengkapi dengan kemudahan tandas, surau dan kafe sebagai tempat hentian rehat bagi pelancong yang kepenatan setelah seharian berjalan.
Uncle Kent sedang makan nasi lemak 😊. |
Di sini juga ada dipamerkan herba-herba yang menjadi ramuan utama dalam memproses minyak gamat.
Ibu gamat.
Isteri nak cari sabun gamat. Lepas beli di Melaka dan guna sabun gamat tu over a period of about a week, dia terasa keberkesanan sabun gamat and naturally she wants to buy more. Unfortunately, kedai gamat di sini sudah kehabisan stok sebab ramai yang memborongnya. Kata staff di sini sabun gamat memang sangat popular dan bila letak saja di kedai ini cepat sekali habis. Yang membuat order secara call-in dan on-line juga ramai. Mungkin lepas 2 minggu baru ada stok baru, kata staff tu.
Inilah sabun gamat yang isteri beli di Karyaneka shop di Mudzaffar Hotel, Melaka.
Minyak Gamat yang popular di Langkawi.
So many products.
Ada Sabun for Men, Sabun Herba Sihat dan Sabun Papaya.
Lotion Moringa & Rice Milk.
Jeli Ibu Gamat Bermadu Anggur dan Oren.
Minyak Serai Wangi Gamat dan Pati Minyak Gamat Herbanika.
Sabun Gamat dan Sabun For Men.
Sekejap saja kami di Nusantara Maju Enterprise ni. Tak sampai setengah jam. On to the next destination.
Bersambung...
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
kesiann..
ReplyDeleteibu dia je ada
mana ayah gamat nya ??!!
sabun for men ?
err..
nak sabun tang mana ?
ohh..
muka
hahhahaha
patutnya ada lah sorang staff yang celup jari dalam munyak tu , tunjukkan keasliannya .. :)
tau tak moringa tu apa?
kacang kelor . yang mamak mamak selalu letak dalam gulai / kari
yang panjang , liat tu
kalau ke langkawi saya mesti beli minyak serai wangi
so effective !!
pak malau !!!!!!
Hahahaha.. kan :).
DeleteEh.. wait, gamat ada jantina ke doc?
Ada satu haiwan yg boleh guna both 'ibu' dan 'bapak' which is 'ibu ayam' dan 'bapak ayam'.. hehe.
Ya lorr... muka lorr.. hehehehe..
Sabun kecantikan lelaki sebab lelaki pun nak cantik, dan ada juga para isteri yg nakkan laki mereka cantik.. hehe..supaya setandinglah dgn diri mereka yg juga cantik.. hehe. Kot la laki dia ada banyak jerawat kan.
Anyway, ok je kalau nak menjadikan penampilan lebih elok. Asal jgn jadi narsis dah le.. hehe.
Agreed. Buat la demo, ye tak.
Saya sendiri nak buat tak berani!
Oic... sayur kacang rupanya.
Dulu kami ada beli, last2 simpan je tak pakai pun sebab lupa.
Pak Malau? Yg nasi dagang tu ke doc?
Dlm foto mana? Yg last tu ke?
ha ah
ReplyDeletenasi dagang pak malau
last tu
sedappp sangat !!!
kalau saya .. masa tengah makan lagi dah plan nak makan balik kat situ esok pagi dan nak tapau bawak balik.
pumyalah sedap... kecur air liur ingat hahahhaha
If only I knew sedap gitu sekali! :)
Delete