Ok, sambung cerita jalan-jalan kami di MARDI Agrotechonology Park Langkawi.
Lepas makan di bufet buah-buahan, kami sambung farm tour naik tram yang dipandu tour guide. Ini ketika kami passing by ladang Buah Naga.
Lepas makan di bufet buah-buahan, kami sambung farm tour naik tram yang dipandu tour guide. Ini ketika kami passing by ladang Buah Naga.
Ladang pokok pisang.
Pemandangan landskap berbukit di kaki Gunung Raya.
Ladang pokok Durian.
Dan ladang pokok mangga.
Masa tengah farm tour ni teringat saya pada Taman Dusun Bandar near my house. Di situ juga ada ditanam pelbagai pokok seperti avocado, asam gelugor, binjai, berangan, duku, durian, jambu susu, kedondong, langsat, longan, mangga, manggis dan banyak lagi. Semua sekali ada 29 jenis pokok.
There are many body of water seperti kolam ini di pusat penyelidikan MARDI ini.
Inilah Taman Dusun Bandar dekat rumah saya. |
There are many body of water seperti kolam ini di pusat penyelidikan MARDI ini.
Passed by ladang pokok nangka ini sekali lagi.
Kali ini tram berhenti sekejap di sini.
Short stop to see this jackfruit with sunglasses... hehe.
Stop supaya pelawat boleh bergambar bersama Mr. Jackfruit.. hehe. Meanwhile, the young Arab couple duduk je dalam tram dengan muka tak happy tak nak turun bergambar. Saya pun tunjuk la pada mereka foto-foto di bawah ni and told them it was just a fun photo thing. Terus mereka jadi interested dan turun bergambar.. hehe.
Sambung lagi farm tour.
Ladang pokok Rose Apple.
Di ladang ini juga ada viewing tower, namanya Shukran Tower.
Then kami stop di rumah tanaman anggur.
Jom masuk.
Info board about grape. Yang ditanam di sini adalah buah anggur yang berasal dari semenanjung Arab.
Rumah pokok anggur ini nampak bersih dan kemas aturannya.
Since Perlis boleh menghasilkan anggur subtropika ini, jadi usaha yang sama dilakukan juga di Langkawi.
Pada mulanya hanya 30 pokok anggur sahaja yang ditanam. Lepas hasil yang bagus, maka diperbanyakkan lagi. Currently ada 8 jenis anggur yang ditanam di pusat ini antaranya Kit Fong, Cardinal, Isabella, Blackcurrent, Musacat, IAC dan Black Opal. Kalau tak silap yang kami lihat ini ialah IAC grapes.
Tak tau apa rasa anggur ni. Masam ke manis? |
Rumah ini dipanggil rumah pelindung hujan dan ianya adalah sangat panjang. Rumah pelindung hujan ini asalnya digunakan untuk menanam sayur, cili dan tembikai. Rumah ini perlu sempurna pengudaraannya untuk menghasilkan buah lebih bersih dan menarik. Jadi bumbungnya perlu dibuat tinggi.
Kalau datang ke sini masa musim menuai, pelawat boleh membeli buah anggur ini pada harga berpatutan.
Buat masa ini MARDI masih belum lagi mempunyai teknologi penanaman anggur secara khusus. Untuk menarik pelancong tempatan, MARDI memperkenalkan pengurusan tanaman anggur di Langkawi.
Comel je saiznya. May be belum matang lagi.
Memang rimbun.
Nampak pulak dental filling nanti... hehe.
Lepas 9 hingga 12 bulan ditanam, pokok anggur ini boleh dipangkas bagi mengeluarkan pucuk baru dan dalam masa 10 hari dan seterusnya ia akan berbunga. In juga bertujuan untuk menghasilkan buah yang lebat. Dan boleh dituai selepas antara 90 hingga 100 hari. Since buah anggur ini bukan buah bermusim maka pokok berbuah bergantung kepada masa pemangkasan.
The only other time kami berada dalam ladang anggur dengan buah anggur berjuntaian macam ni ialah masa kami bercuti di Jepun pada tahun 2009. Ini foto-foto anggur di sebuah ladang anggur di Tasik Kawaguchi.
Dalam rumah pelindung hujan ini tak pulak kami nampak anggur merah. Hijau semua. Yang merah mungkin di rumah lain.
Anggur hijau begini ada juga saya nampak di Ampang ni, di pagar sebuah sekolah. Foto-fotonya di bawah ni.
The grapevines.
Sambung lagi farm tour.
Next kami dibawa ke ladang sayuran. Farm Shuttle kami berhenti di ladang kundur pula.
Pemandangan luar of what looks like structures of rebar arbor for vine plants. Nampak macam greenhouse.
Pemandangan di dalam. Ada banyak buah kundur bergantungan.
Tram parked di tepi jalan.
Let's read a bit about kundur, shall we. Info below adalah dari uctc.upm.edu.my. Such fascinating facts!
Kundur adalah dari keluarga 'Cucurbitaceae' (seperti melon, timun, labu, dan tembikai). Ia juga dikenali sebagai beligu, ‘tung kua’, ‘petha’. Nama Inggerisnya ialah winter melon, wax gourd atau ash gourd. Orang Melayu turut mengenali buah kundur sebagai beligu, beligo atau belonceng.
Bergambar di 'rumah kundur' π. Memang menarik ambil gambar dalam 'sokongan para kundur' ini.
Kundur merupakan sejenis tanaman di bawah kategori sayuran jenis berbuah sama seperti labu, timun dan lain-lain. Ia mudah ditanam secara melata di atas tanah atau menjalar pada tiang sokongan seperti di MARDI Agrotechnology Park Langkawi ini. Ia juga tanaman yang mudah diuruskan.
Buah kundur mampu membesar dan mencapai berat sehingga 15 kilogram sebiji. Terdapat satu lapisan putih atau ‘lilin kundur’ di bahagian luar kulit buah kundur dan ianya menunjukkan bahawa buah tersebut telah mencapai tempoh matang dan sesuai untuk dituai.
Ini keratan rentas kundur.
Tanaman kundur tidak mempunyai masalah penyakit yang serius dan amat kurang masalah daripada serangan serangga. Akar pokok buah kundur dianggap dapat menahan pelbagai jenis penyakit yang berpunca dari tanah. Jadi ramai petani mencantumkan pokok tembikai, tembikai madu atau semangka dengan batang kundur supaya pokok itu kurang diserang penyakit.
Buah kundur mempunyai pelbagai jenis bentuk sama ada berbentuk bulat, bujur mahupun oval. Kundur jenis bulat banyak ditanam di negeri Johor, Selangor dan Pahang. Manakala, kundur bentuk oval pula banyak ditanam di negeri Kelantan, Sarawak, Perak dan Kedah. Kundur jenis bujur juga banyak ditanam di negeri Kedah.
Selain itu, kaedah sokongan para turut digunakan oleh para petani. Kaedah ini lebih tersusun kerana sulur kundur akan memanjat naik mengikut para yang disediakan dan buah yang terbentuk akan terjuntai ke bawah. Buah yang besar perlu diikat dengan tali sebagai sokongan. Kaedah ini memudahkan petani untuk menguruskan tanaman semasa pembajaan dan penuaian hasil. Walau bagaimanapun, kaedah ini memerlukan kos kewangan yang lebih sedikit untuk penyediaan para.
Macam sesuai untuk berpiknik di sini π.
Berada di sini tiba-tiba teringat trip kami ke Hobbiton Movie Set di New Zealand ni.
Bermula daripada pucuk kundur hinggalah ke akarnya, kesemuanya boleh dipelbagaikan untuk buat produk sama ada untuk industri makanan, bukan makanan, perubatan ataupun pertanian.
Ada di kalangan orang Melayu zaman dulu yang percaya bahawa buah kundur dapat menjauhkan hantu seperti pontianak. Jadi mereka meletakkan buah kundur di dalam rumah untuk memerangkap hantu. Ada juga yang percaya air buah kundur boleh membantu 'membersihkan' badan orang yang termakan makanan yang disihir.
Masyarakat Cina juga percaya buah kundur ditakuti oleh hantu dan syaitan. Buah kundur turut digunakan untuk menangkap hantu dan perahan air buah kundur direnjis untuk membersihkan rumah. Bentuk kundur yang seperti angka 8 pula dikatakan dapat membawa tuah kepada kehidupan mereka.
Masyarakat India di Malaysia yang beragama Hindu pula menggunakan buah kundur yang bersaiz kecil dalam lingkungan 300 gm hingga 500 gm di dalam upacara keagamaan dan perayaan seperti Thaipusam dan Deepavali. Buah ini diletakkan berdekatan patung tuhan mereka dan di atas pintu rumah bagi menghalau hantu.
“Kalau orang dulu-dulu kata jika pakai bedak banyak-banyak, macam kundur” π.
Buah kundur merupakan buah yang sangat sensitif pada pergerakan di sekitarnya. Jika kita berjalan di atas batas sawah yang ada di tanam dengan kundur, kita mestilah berjalan dengan perlahan-lahan supaya buah kundur tidak 'terperanjat'. Menurut orang tua dahulu, jika buah kundur 'terperanjat', tangkainya akan mereput dan busuk serta akhirnya buah kundur akan tertanggal dari pokoknya dengan sendiri.
Ok, jom sambung lagi farm tour.
Di ladang-ladang ini ada banyak tempat-tempat rehat yang rendang dan redup.
Juga ada parit air jernih seperti ini.
Ladang pisang.
Seterusnya tour guide buat satu lagi hentian di tepi kolam besar ini. Ini adalah hentian terakhir dalam program farm tour ini.
Cantik persekitaran di kolam ini dengan background gunung.
Teratai tak kembang.
Di persinggahan terakhir ini pengunjung dijemput memberi makan ikan di kolam ini.
Banyak betul ikan keli dalam kolam ni!
Berebut-rebut! Ganas! Fascinating!
Makanan ikan ada disediakan dan diberi kepada pengunjung secara percuma.
Ada man-made mini waterfall.
Bergambar kejap.
Then naik semula farm shuttle untuk balik semula ke tempat kami mula tour tadi. Passed by ladang nanas.
Maka berakhirlah our eco farm tour kami di MARDI Agrotechnology Park Langkawi ini.
Bergambar dengan our tour guide/driver farm shuttle, En. Nizwan. Fyi, En. Nizwan ni boleh bercakap dalam bahasa Arab. Bagus la sebab pelancong dari Arab ramai yang datang ke taman MARDI ini. |
To exit the park, macam biasa kena lalu kedai-kedua souvenir.
Overall, memang kami enjoy the farm tour. Saya rasa memang sangat bagus di Malaysia ada tempat begini yang dibuka untuk orang awam lawati. Disamping membuat penyelidikan, dibuat sekali pendedahan dan fun farm tour for tourists local and abroad. Dan tentunya best also sebab ada fruit buffet ππ. Boleh kenal bagaimana rupa pokok-pokok buah-buahan tropika kita and know more about the fruits. The tour itself is well organized and the guide is very knowledgeable. Pada kami including this visit telah mempelbagaikan program jalan-jalan kami di Langkawi ni, something that we had always emphasis masa buat plans nak bercuti.
Alhamdulillah.
Next nak pergi tengok air terjun pula.
Bersambung...
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
' tanjat Boboi !! kata Si Kundur ....:))
ReplyDeleteapesal semua mengaitkan kundur dengan halau hantu !! :)
kalau mak saya .. dia kata ..bedak putih sangat macam tepung gomak!!
tau tak tepung gomak tu apa ?
lari ikan keli dengar en syed nyanyi !!!!
Hehehe...
DeleteHmm... tak tau la kenapa dan apakah asal usul kisah kundur dgn halau hantu tu. But, as in all folklore, tentunya ceritanya menarik.
Yes, I heard that too. Bukan ke tepung gomak tu kuih yang dibuat guna tepung kacang hijau, yg intinya kelapa?
Ooo.. lama dah saya tak makan kuih tu!
Mereka kelaparan, so nak tak nak, kena juga dtg.. hahaha.. kesian... :).
Bukan je ikan2 keli tu, burung2 dan semua haiwan ternakan di ladang tu juga lari.. hahahaha...
en syed. saya dari MARDI Langkawi. Boleh tak saya nak promote blog ni di FB kami Taman Agro Teknologi MARDI Langkawi.
ReplyDeleteterutama part gambar en syed lukis ikan keli tu.
Boleh En. Taqyuddin.
DeleteFyi, the cartoons were made up of composites of a few images I found in the internet.
Saya dan isteri memang seronok masa lawat ke Taman Agro tu. I hope many more tourists will visit the park.