Wednesday, February 20, 2019

MELAKA - DAY 02 - PART 09 - MUZIUM SAMUDERA

Ok, sambung cerita percutian di Melaka.

Masa naik Menara Taming Sari semalam, ada kami ternampak kapal kayu besar ini. Ia adalah replika kapal Portugis Flor de la Mar yang dibina di tepi Sungai Melaka. Ia adalah sebenarnya sebahagian dari Muzium Samudera Melaka. So kami decided untuk melawat muzium ni selepas Melaka River Cruise.

Dah berdiri depan terasa besar sungguh kapal ni.

Open for public since 1994. Anda dah masuk muzium ni? Kami baru la ni nak lawat 😊.

Memang grand kapal replika Flor de la Mar ni at close up.

Flor de la Mar (Bunga Laut) adalah kapal jenis nau milik Portugis yang boleh menjangkau berat sehingga 400 tan. 

Ia direkodkan telah menyertai pelayaran lebih dari 9 tahun di Lautan Hindi sehingga akhirnya dilaporkan karam pada November 1511. Kapal tersebut dibuat di Lisbon pada 1502. 




Pelayaran pertama Flor de la Mar adalah di bawah arahan pengemudian Estavao da Gama (abang kepada Vasco da Gama). Namun pada pelayaran kedua, kapal ini telah dibawa ke India oleh pihak Portugis pada tahun 1505. 

Pada pelayaran balik, ia telah belayar di sekeliling pantai Tanjung Harapan di Afrika sebelum kembali ke Mozambique untuk diperbaiki. Selepas diperbaiki, Ia menyertai ekspedisi penjajahan Ormuz pada tahun 1507.

Flor de la Mar turut menyertai ekspedisi pertempuran Diu pada tahun 1509 dan berjaya menawan Goa pada tahun 1510. 

Kapal Flor de la Mar turut menjadi saksi tentang pelayaran Afonso de Albuquerque yang menawan kota Melaka pada 1511.

Selepas berjaya menawan Melaka, Flor de la Mar dipenuhi dengan pelbagai barangan berharga dan harta yang melimpah ruah termasuk emas, tembikar dan khazanah manuskrip yang dianggarkan bernilai berbillion-billion pound untuk dipersembahkan kepada Raja Portugis. Namun dalam pelayaran akhir tersebut, kapal ini telah karam dan tenggelam di Selat Melaka berhampiran Pulau Sumatera.

Ada beberapa bilik/ruang muzium menarik di dalam kapal Flor de la Mar ini. Kita mulakan dulu dengan melawat ke Bilik Kapten yang terletak di depan kapal. Dari bilik inilah dulu Laksamana Portugis Alfonso de Albuequerque mengemudikan kapal ini mengetuai penaklukan kota Melaka.

Bilik Kapten ini kecil saja sebenarnya dan kita cuma boleh melihatnya dari luar.

Maklumat yang ada di Bilik Kapten ini.


Bilik di seberang Bilik Kapten pula dijadikan Bilik Peta. Di bilik ini ada pameran menarik mengenai peta-peta zaman dahulu yang digunakan oleh Portugis untuk sampai ke Melaka.

Suasana di dalam Bilik Peta.

Teropong klasik yang digunakan ketika itu.

Peta Bandar Melaka dan Daerah Sekitarnya.

Peta Asia Tenggara Tahun 1568 Masehi oleh Fernao Vaz Dourado.

Lakaran Kubu Pertahanan Portugis di Kota Melaka.

Peta Fortaleza De Malaca. 

Peta Dunia tahun 1597-1612.


Lampu sebagai alat navigasi.

Seterusnya kami masuk ke ruang pameran utama dalam Muzium Samudera ini.

Ini info Sejarah Binaan Muzium Samudera.

Objektif penubuhan Muziu Samudera.

Di ruang masuk bahagian pameran ini saya sangat tertarik pada artikel Harian Metro ini. Terus saya minta kebenaran pada petugas di situ untuk menurunkan artikel berbingkai ini ke satu meja di situ supaya dapat saya ambil gambarnya. 

Silalah baca, menarik sangat! Ada harta bernilai RM6.5 billion tapi usaha menjejaknya gagal sebab pertelingkahan.



Spesifikasi Flor De La Mar.

Kos apung kapal Flor De La Mar dianggar RM96 juta.

Pergerakan Flor De La Mar 1502-1511.


Satu lagi artikel menarik oleh Sinar Harian tentang Flor De La Mar.

Orang Melayu ketika itu sudah pun mempunyai kemampuan membina magnificent sea vessels. 




Bagus kan artikel di atas tu. 

Ok jom explore bahagian lain muzium ini.

Diorama Panglima Awang - Magellan Melayu. 


Kisah Magellan Melayu ni lagi la menarik!!



Lagi kisah Enrique of Malacca or Henry the Black.. 



Info Penubuhan Melaka.

Penubuhan Pasar kemudian Emporium.


Peranan Pulau Besar.

Pengendalian Perdagangan di Pelabuhan Melaka.

Sistem Pertukaran Barangan.

Diorama Pelabuhan Melaka.


Melaka  - Pelabuhan dan Bandar yang Lesu.

Perdagangan Belanda di Melaka.

Melaka di bawah Belanda.

Serangan Belanda ke atas Portugis.

Melaka pada 1726 T.M.

Jenis-jenis kapal yang datang ke Melaka.

Jong China.

Kapal dagang India.

Kapal Perang Belanda.

Lukisan Melaka oleh Gasper Correa, 1513/1550 T.M.

Ronund the World.

Pelayaran Mengelilingi Dunia.

Kesan Kependudukan Portugis di Melaka.

Penentangan Johor terhadap Portugis.

The Portuguese.

Penjelajah Portugis.

Senjata pertahanan dan peperangan.

Bola meriam lama. 

Butiran peluru lama musket.

Kunjungan De Sequiera ke Melaka.


Kejatuhan Melaka 1511 M.


Sistem Perdagangan Portugis di Melaka.

Pentadbiran Portugis di Melaka.

Kedatangan Portugis.

Sepanyol dan Portugis.

Patung Afonso De Albuquerque.


Kapal Portugis.

Kapal Portugis 'Caravela'.

Kapal Portugis 'Galeao'.

Kapal Portugis 'Barinel'.

Pengaruh Belanda terhadap orang Melayu.

Serangan Belanda ke atas Melaka. 

Bilik Tahanan.

Pelabuhan Melaka pada 1843.

Pentadbiran Inggeris di Melaka.


Peti-peti zaman Belanda.

Kapal Perang Inggeris.

Perekonomian Melaka di bawah Inggeris.

Aktiviti Perdagangan di Melaka. 



Bahagian duit lama.



Koleksi Model Kapal.

Kapal Melayu Jong.

Kapal Melayu Pesisir Pantai Lancha.

Kapal Acheh.

Kapal Melayu Pesisir Pantai Lancha.

Kapal Melayu Lanchara.

Peranan Angin Monsun.

Laksamana Hang Tuah.

Perahu Katir bernama Kora-Kora.

Huii.. selesai dah cover story jalan-jalan kami di Muzium Samudera yang hebat ini. I know, I blogged way too much information, like overloaded gitu kan.. hehe. But to me there are just too fascinating to just shrug off 😊. 

Pemandangan di luar muzium. 

Ini Terminal Feri yang berulang-alik dari Melaka ke Dumai di Sumatera, Indonesia.


Maka selesailah catatan jalan-jalan kami di Melaka ni. Alhamdulillah, puas kami explore. Of course there are still so much more to see in Melaka, tapi cukup la setakat yang kami buat ni. 

Balik ke bilik hotel, tengok luar tingkap, tengah nak sunset.




Malam tu kami dinner di food trucks depan hotel.  

Macam-macam ada sampai tak tau nak makan apa.. hehe.



Ada beberapa Food Truck yang menyediakan makanan panas. Makanan yang dipesan dimasak di dalam Food Truck sendiri. Tapi konsepnya layan diri. Makanan tak dihantar ke meja dan kita kena ambil sendiri makanan yang dipesan.

Seating ada disediakan di tepi food truck atas curb. 

Konsep Food Truck Park. Ada bilangan terhad kerusi dan meja yang disediakan berhampiran Food Truck. Makanan dihidangkan menggunakan bekas pakai-buang. Jadi lepas makan kita kena kemaskan sendiri meja dan membuang sisa makanan ke tempat buang sampah yang disediakan. Sesuatu yang kami perhatikan ialah ada pekerja yang akan datang dengan kerap mengutip sampah yang dibuang ke dalam bekas sampah ini. Jadi tidaklah sampah bersepah dan melimpah. Bersih! 

Inilah hidangan makan malam kami. Sedap dengan portion yang generous. 

Curious, tak pernah makan keropok sagu boom special ni. 

So kami pun try la... mmm.. sedap 😋.

With that maka selesailah cerita percutian kami di Melaka. Terima kasih kerana sudi baca :).

Next, New Zealand... insyaAllah.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

6 comments:

  1. hehehhehhe..

    boleh dah turunkan placard !!

    ada program Bermalam di Muzium Samudera tau !
    biasanya dekat dekat 31 ogos nanti
    best kan.. bentang sleeping bag .. malam malam ronda muzium tu..
    school kids only tapi

    interesting nya pasal Enrique tu..
    habis saya baca satu persatu !
    you know me .. hehehhee

    64000 kg emas !!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo.. bloh header tu ya? Hehehe... sepatutnya saya tukar esok... hehe.

      Mcm2 program for school kids nowadays kan. Time I dulu mana ada. Gi camping tu pun dah mcm exciting sgt dah! :)

      I know you'd like it. Tu pasal I painstakingly edited and cropped the articles so that easy to read. The original shots were less than desirable sebab it was an old newspaper clip and was in a frame.

      I wonder dah pernah ada ke filem dibuat about Enrique...

      Indeed! 64K. So brape RM tu sekarang?

      Delete
  2. apa ni.. main teaser teaser banner kat atsa tu!!!
    marah ni...
    :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silap.. hehe.. suppose tukar esok... hehe. Malas nak tukar balik.. hahaha...

      Delete
  3. memang lengkap giler maklumat. thanks for sharing!

    ReplyDelete