Monday, February 4, 2019

MELAKA - DAY 01 - PART 02 - MELAKA DUCK TOURS

Lepas explore Taman Bunga Merdeka, kami nak pergi naik Melaka Duck Tours pulak. 

Transpod dan lokasi nak bertolak betul-betul tepi Taman Bunga Merdeka and next to Menara Taming Sari.

Harga tiket RM42 for adults untuk trip selama antara 45 minit ke sejam.

The route. Laluannya tak lalu any historical sites, terus menuju ke arah Selat Melaka dan ke Pulau Melaka (Pulau Jawa) dan lepas tu berlayar di Selat Melaka; berlepas/naik balik dari/ke darat berhampiran Masjid Selat. Pelayaran sampai ke Marina Melaka, lepas tu patah balik. 

Melaka Duck Tours is the first and only amphibious vessel which could travel on both land and sea in Malaysia.




Earlier masa kami beli tiket Duck Tours ni, lengang je kaunter. Time nak jalan, eh.. ramai pulak. Kami pilih naik trip pukul 5 petang. Agaknya ramai pilih time ni sebab nak tengok sunset di Selat Melaka. 

Pemandangan di dalam amphibious vessel ni.

Tak la penuh. Rasanya the next trip penuh sebab masa tu betul-betul sunset. Kapasiti bot ini ialah 35 orang atau 35 Duckies. Yes, penumpang vessel ini dipanggil duckies.. hehe.. cute.

Ada lukisan menarik di siling kenderaan ini.


Pak cik ini adalah pemandu kenderaan ini semasa di laut nanti. Jadi ada 2 drivers, seorang untuk laluan darat dan seorang lagi untuk laluan laut. Mesti mereka ada special driving license nak bawak 'itik' ni.

Fyi, tingkap tak ada cermin, open air gitu. Quite breezy and warm.

Uncle driver darat Duck Tours.





Perjalanan ke laut was quite uneventful. Dan itik ni pun tak boleh gerak laju. Bila stop di traffic light it gets quite hot. Needless to say we drank a lot of water lah.

Menyeberang ke Pulau Melaka.

The Riviera, Pulau Melaka




Itik ni stop kejap dan tukar driver. Nak belayar kejap lagi.

Selat Melaka up ahead.

Inilah Masjid Selat atau juga dipanggil masjid terapung Melaka.

Excited masa nak mula cecah air laut.. hehe.

Haaa.. berlayar dah.. 😊.

Pemandangan ke belakang, laluan turun ke laut.

Masjid Selat ini dibina menggunakan gabungan senibina Timur Tengah dan Melayu.

Sebuah resort di Pulau Melaka. Rasanya namanya ialah Arab City Melaka.

Masjid ini siap dibina pada 2006 atas pulau buatan, Pulau Melaka. 



Ada yang sedang memancing.




Masa zaman kegemilangannya, Pelabuhan Melaka adalah sebuah pelabuhan yang sibuk dengan kapal dagang yang datang dari seluruh dunia. 

Berikut adalah pemandangan di Selat Melaka pada hari ini, off the coast of Melaka.











Sampai semula ke Pulau Melaka di tempat vessel ini mula belayar tadi.





Selepas naik ke darat, kenderaan in berhenti sebentar untuk disembur air bagi mencuci air garam laut yang terlekat pada bahagian bawah yang kena air laut. May be kalau dibiarkan akan merosakkan body vessel ini dan mungkin juga boleh merosakkan jalanraya. 

Berjalan balik semula ke Transpod.


Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. i can feel the level of worryness[ is there such a word ? :)) ] in you when the duck is about to enter the water :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually I was feeling excited. Still at the same time I was wondering where the heck are the life vests.. hehehehe...

      Delete