Wednesday, February 6, 2019

MELAKA - DAY 01 - PART 04 - MELAKA RIVER CRUISE - NIGHT CRUISE

Seterusnya kami nak naik Melaka River Cruise - Night Cruise pulak. Dah pernah dah naik day cruise, so nak try night cruise pulak lah. 

Berjalan-jalan di kawasan bangunan bersejarah warna merah, asalnya bangunan Belanda yang sudah melalui pembaikan dan pembaharuan di bawah pemerintahan British. Sekarang, kebanyakkannya dah dijadikan muzium. 

Ini Muzium Islam Melaka. 

Muzium Islam Melaka ini pernah menjadi bangunan Majlis Agama Islam Melaka. Ada pendapat mengatakan bahagian bawah bangunan ini dibina oleh Belanda manakala bahagian atas bangunan ini pula ditambah bina oleh British.

Tangga naik ke Bukit St Paul.

Muzium Senibina Malaysia.




Aldy Hotel.


Ada mural pulak di jalan ni. Intricate sungguh!

Di tempat menunggu nak naik Melaka River Cruise. 

Pokok-pokok ni dah dinyalakan.

Let's board the boat. 

Bot ada banyak, jadi tak perlu tunggu lama. Cantik warna langit masa tu.

Yang nak naik cruise ni pun biasanya ramai so juga tak payah tunggu lama nak penuhkan bot ni. 


The blue hour.

Sign 'sungaimelaka' menyala terang.

Ramai yang nak naik cruise malam ni sehinggakan kami start cruise ini bersama dengan satu lagi bot yang juga penuh dengan passengers.

Suasana dalam bot. Penuh tapi selesa. Bahang petang masih terasa, tapi sedikit demi sedikit jadi nyaman dengan angin malam sungai Melaka.

Jom kita berlayar.



Hotel Casa del Rio di tepi Sungai Melaka. Berapa agaknya rate semalam dok hotel ni.

Banyak foto-foto kami tak begitu sharp sebab malam dan goyang-goyang dalam bot. Also shoot pakai compact camera je.. hehe.

Welcome To Historic City Of Melaka. Ini jambatan Tan Kim Seng. 

Hard Rock Cafe Melaka.

Bersama bandaraya George Town di Pulau Pinang yang kita lawati dulu, Melaka juga telah diisytiharkan sebagai UNESCO World Heritage pada tahun 2008. Ada banyak bangunan lama dan bersejarah di bandaraya ini terutama di sepanjang Sungai Melaka kerana sungai ini adalah sebuah pelabuhan yang sibuk di dunia pada masa dahulu.

Ramai orang di sini sebab ada mural yang besar, cantik berwarna warni oleh Kiehl di Jonker Street. 

Memang cantik suasana cruise malam sungai Melaka ni.

Banyak bangunan lama di tepi Sungai Melaka ini yang telah diubahsuai menjadi kafe dan hotel-hotel kecil/boutique hotels. So it's nice to hang out with friends, duduk bersembang sambil minum di tepi sungai ni. Very relaxing. 


Cruise ni juga jadi menarik bila waktu malam jambatan-jambatan yang merentangi Sungai Melaka ini dipasang lampu-lampunya. Ini Jambatan Chan Koon Cheng. 



Antara mural yang dapat kami capture. Blur pun blur la.. hehe.

Ini pula Jambatan Kampung Jawa.

Bila melalui bahagian Sungai Melaka yang lebar macam ni, suasana terasa lebih nyaman.  

Ini Jambatan Old Bus Station. 

Kaler lampu jambatan ini bertukar-tukar.

Ini pula ialah Melaka River Pirate Park (Taman Lanun). Ferris Wheel ini juga dikenali sebagai Eye On Melaka.

Swiss Garden Hotel Melaka.

Jambatan Datuk Mohd Zin.

Passed by Kampung Morten.

Monorail.


Jambatan Kampung Morten.



Patah balik ke jeti.



Jambatan Hang Tuah.

Mural-mural menarik.




Overall, memang menarik Melaka River Cruise - Night Cruise ni. Pemandangan memang lain dengan the day cruise. Nampaknya  establishments di sekitar tepi sungai Melaka ini diminta supaya 'mencahayakan' premis mereka supaya pada waktu malam persekitaran sungai Melaka transforms beautifully and becomes 'alive'. Also we like sebab it was cooler masa malam 😊. 

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. tak sampai ke jeti yang hujung sekali eh?
    nampak macam tak lalu kat tepi Kampung morten je ..

    penduduk kampung morten tu ada diberi kalau tak silap saya bil letrik percuma setiap bulan, sebab nak mereka pasang lampu lampu pada luar rumah mereka dan kat laman mereka sepanjang malam ,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak. Sampai Kg Morten tapi foto blur so tak letak.. hehe.

      Oh yea? Good idea! Biar nampak meriah!

      Delete