Lepas menikmati semangkok cendol yang sedap di Gerai Cendol Jam Besar, next kami nak do riverside walking tour on our own. Been wanting to do it since the last time I was in Melaka cuma masa tu keadaan tak mengizinkan. So kali ni plan betul-betul dan allocate enough time to do so.
Lepas riverside walking tour, kami will proceed to walk around Jonker Street juga. Tak panas ke? Ooo... panas sampai mercik peluh.. hehe. Tapi kami santai je, selow-selow je jalan, dan rest kejap-kejap here and there.
Lepas riverside walking tour, kami will proceed to walk around Jonker Street juga. Tak panas ke? Ooo... panas sampai mercik peluh.. hehe. Tapi kami santai je, selow-selow je jalan, dan rest kejap-kejap here and there.
Tak rumit, just susur je tepi Sungai Melaka ni.
Rujuk la peta seperti yang disediakan ini untuk merancang jalan-jalan bersiar anda.
Petanya lengkap dengan segala macam maklumat dan landmarks.
Dulu masa saya di Melaka ni, saya naik Melaka River Cruise dari sini. Masa tu pelancong boleh naik cruise bot di beberapa jeti seperti ini. Now ni dah di centralised di satu jeti khas.
As you know, ada banyak mural di dinding bangunan-bangunan di tepi sungai ni. Super hard though to capture the entire drawing when you're standing betul-betul depannya.. hehe.
Lebih kurang 20 tahun yang lalu, operasi bot pelancong ini dihentikan oleh kerajaan negeri selama lebih seminggu untuk membolehkan kerja-kerja pembersihan dibuat selepas ada pelancong yang kata sungai Melaka ini kotor dan busuk. Pada masa itu kualiti air sungai ni dikategorikan sebagai 'tercemar' dan faktor utama pencemaran adalah bahan buangan tempatan, sisa industri dan kesan projek pembangunan tanah.
A few years ago memang saya sendiri pun ada terhidu bau busuk semasa naik bot cruise ini tapi hanya di beberapa area tertentu sahaja, tidak di sepanjang perlayaran. Tapi pada kali ini selepas menaiki bot cruise ini pada both day cruise dan night cruise, saya tidak lagi terhidu sebarang bau busuk. Mind you, masa tu keadaan adalah panas. Jadi, tahniah pada Kerajaan Negeri Melaka dan semua pihak yang terlibat dalam membersihkan sungai bersejarah ini.
Masa jalan tu we came upon a brick exposed building. Cantik pulak rupanya. Ini antara bangunan-bangunan lama yang dibina dari batu-bata Belanda.
Ada papan penerangan mengenai batu-bata Belanda pada dinding ini.
Batu-batanya leper dan panjang dari yang biasa kita lihat. Ini adalah batu-bata yang asal, digunakan hampir 400 tahun yang lalu.
Terus lagi jalan dan ada sebuah gereja lama. Penjajah Portugis turut mengembangkan agama Kristian di Melaka. Di bandaraya ini, masih terdapat beberapa buah gereja lama peninggalan mereka. Salah sebuah di antaranya ialah Gereja St Francis Xavier ini yang dibina di atas tapak sebuah gereja Portugis dahulu.
Bangunan yang kelihatan sekarang walau bagaimanapun adalah sebuah bangunan baru yang dibina oleh mubaligh dari Perancis pada tahun 1845.
Papan tanda di depan Gereja St Francis Xavier.
Bandaraya Melaka diisytiharkan oleh UNESCO sebagai World Heritage City pada tahun 2008 bersama-sama Pulau Pinang yang telah kami lawati di awal tahun dulu. Kedua-dua bandaraya ini banyak peninggalan sejarah penjajahan. Jika Pulau Pinang dulu ada banyak peninggalan penjajah British, Melaka pula kaya dengan peninggalan penjajah Portugis dan Belanda.
Haaa.. peninggalan sejarah ini yang saya fascinated sangat ni. Di hadapan Gereja St Francis Xavier ada bekas sebuah kubu lama Portugis yang kini dikenali sebagai Bastion Victoria. Binaan ini pada asalnya adalah Kubu St Domingo yang membentuk sebahagian dari kota pertahanan Fortaleza de Malacca.
Peta Fortaleza de Malaca.
Penyelidikan arkeologi Tembok Kota Melaka Bastion Victoria.
Beberapa tahun yang lalu lokasi ini adalah sebuah parking lot. In fact, di sinilah saya park kereta semasa jalan-jalan di Melaka masa tu. Tak sangka di bawahnya ada peninggalan bersejarah berusia lebih 350 tahun.
Kubu ini walau bagaimanapun telah dimusnahkan oleh Gabenor British yang bernama William Farquhar. Di sana-sini di sekitar kota Melaka hari ini, termasuklah di Bastion Victoria ini, kita dapat melihat beberapa kesan kubu pertahanan yang telah digali dan ditemui semula oleh Jabatan Warisan Malaysia. Bayangkanlah betapa hebatnya pemandangan kota Melaka hari ini jika Fortaleza de Malacca tidak dimusnahkan oleh British.
Sejarah Bastion Victoria.
Spesifikasi Teknikal Bastion Victoria.
Pelan Kota Melaka 1588, 1744 dan 1792.
Terima kasih kepada Jabatan Warisan Negara kerana turut menyediakan informasi penting tentang peninggalan bersejarah ini untuk bacaan pelawat dan juga kerana maklumat-maklumat dipaparkan dengan jelas dan mudah dibaca.
Lokasi sebuah perigi lama yang mungkin digunakan oleh pihak Portugis dan Belanda sebagai sumber air untuk tentera di dalam kota.
Jajaran Tembok Kota Melaka, where it once stood protecting the inhabitants inside the fortress dari serangan dari arah utara dan timur.
Ok, jom sambung balik dengan our riverside walking tour.
Ini Jambatan Chan Koon Cheng, dibina pada 1908.
Jambatan Chan Koon Cheng ini dulunya adalah sebuah drawbridge untuk membenarkan kapal besar lalu. Which means, very likely dulu sungai Melaka, at least di area jambatan ini adalah besar dan dalam, makanya boleh dilalui oleh kapal besar. Sampai jambatan yang dibina ialah jenis drawbridge.
Ada Flea Market / Pasar Karat di sini.
Kawasan di sekitar Sungai Melaka adalah penempatan-penempatan tradisional yang telah wujud sejak di zaman penjajah. Salah sebuah penempatan tradisional ini ialah Kampung Jawa yang mengikut rekod sejarahnya telah wujud sewaktu Portugis menjajah Melaka pada tahun 1511. Portugis panggil kampung ini 'Campon Jaio'.
Ini Jambatan Kg. Jawa. Penduduk setempat memanggilnya "Ghost Bridge" kerana semasa pemerintahan Jepun (1942-1945), ketua-ketua peniaga-peniaga Cina tempatan yang dibunuh oleh polis tentera Jepun dipenggal lehernya dan kepala-kepala mereka digantung di sepanjang tiang-tiangnya.
Tetapi sebelum itu pun, jambatan pejalan kaki yang berusia lebih 300 tahun ini sudah dianggap sebagai tempat yang menyeramkan kerana banyak berlakunya kejadian bunuh diri. |
Jambatan ini adalah sebuah jambatan pejalan kaki.
Namanya Kampung Jawa, jadi masih ada ke lagi keturunan orang Jawa yang asalnya menetap di sini dulu? Sekarang ni mainly Chinese yang tinggal di sini. Pada zaman Belanda, penduduknya kebanyakan adalah peniaga, nelayan dan buruh harian yang bekerja di pelabuhan. Orang Jawa di sini akhirnya diasimilasikan ke dalam populasi Melayu tempatan tetapi dengan pembangunan semula kawasan itu, sangat sedikit anggota masyarakat yang tinggal di kawasan itu. Kelompok besar orang Jawa yang terakhir meninggalkan kawasan ini untuk memulakan penempatan baru di Kampung Morten.
Bot Melaka River Cruise passing by Kampung Jawa.
Restoran Line Clear di Kampung Jawa.
Ada sebuah madrasah di sini. Ini Madrasah Kg Jawa.
Di dalam Madarasah Kg Jawa.
Sememangnya di sepanjang walking tour kami di tepi sungai Melaka ni ada deretan bangunan lama yang telah direstored cantik dengan ciri-ciri original mereka. Contohnya seperti tingkap-tingkap kayu dihias dengan langsir, serta tiles design dulu-dulu. Jadi, kalau jalan-jalan di sini do stop for a while here and there to observe the little details that make this a special place, thus making your walking tour a memorable one.
Laluan pejalan kaki yang dibina di tepi Sungai Melaka ini adalah lebar dan selesa dan juga bersih.
Dan tentunya ada banyak sekali mural dinding yang cantik!
Pedestrian walk tepi sungai ni juga lalu satu kawasan yang dibiarkan secara semulajadi. Ada rumah-rumah papan kampung yang masih dapat dilihat di situ bersama pokok-pokok bakau. Nice!
Seekor biawak air tengah berjemur pun ada di situ.. hehe.
Boleh je sambil duduk ambil gambar.
Sebenarnya adalah lagi best ambil gambar mural from the other side of the river. Barulah dapat frame and capture the whole mural. If you stand right in front of the mural, tak muat nak capture the whole thing.
Mural makanan orang India. |
Mural makanan orang Cina. |
Mural makanan orang Melayu. |
Representing Sabah and Sarawak. |
Traditional performance art: Indian, Punjabi and Chinese. |
Macam uncle tu tengah tengok tarian tu in a big screen tv.. hehe.
Traditional performance art: Malay. |
Sabah dan Sarawak yang kaya dengan nilai-nilai budaya.
Malaysia; multiracial, with its many different ethnic groups.
Beautiful.
Tiba dekat Jambatan Pasar.
Landskap taman di sepanjang jalan pesiar kaki ini memang cantik.
Since dah pun tengahari, kami decided untuk menyeberang ke seberang sana sungai menggunakan Jambatan Pasar untuk cari restoran for lunch.
Jambatan Pasar.
View dari Jambatan Pasar.
Pada bangunan ini juga ada mural besar gambar sebuah kapal layar.
Mural gambar kapal-kapal layar dahulu kala.
On the opposite side juga ada sebuah lagi mural besar pada dinding tepi blok bangunan ini.
Tapi tak jumpa pulak kedai makan yang sesuai. But we came uopn Masjid Kampung Hulu yang dikatakan masjid yang tertua di Malaysia. Binaan masjid ini juga unik kerana ia menggabungkan elemen senibina Melayu dan Cina pada bangunannya. Jom ambik gambar kejap. Tak masuk ke dalam sebab dah lapar.. hehe.
Masjid Kampung Hulu.
Senibina yang unik.
Sambung jalan mecari restoran.
Bersambung...
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
cantik cantik kan murals nya
ReplyDeletebanyak yang baru
ya lah.. it was years ago masa saya explore sini dulu..
kalau berani jalan lah kat atas jembatan tu malam-malam!! :)
mesti tak pergi kampung morten kan???
penat tunggu ! :)
*angkat balik placard*
Mmg cantik. Saya lagi la tak tau yg mana baru, yg mana lama. I guess yg dah lusuh2 tu yg lama la kan. Anyway, love their effort to make Melaka more memorable for visitors.
DeleteHuishh... serammmm....
Tak pergi doc. Mcm to far to walk there. Panas terik masa tu pun.
Hehehe.. ok, ok... esok first entry :).