Terus lagi dengan walking tour. Ini adalah Bastion Middelburg.
Tapi sebelum tu jom kita baca info board ini.
Ada beberapa gambar lukisan lama Pelabuhan Melaka semasa zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, Portugis, Belanda dan Inggeris dari 1508 hingga 1820an. What an amazing collection of drawings yang menggambarkan keadaan Pelabuhan Melaka sepanjang tempoh lebih 300 tahun!
Sejarah Pelabuhan Melaka dan Sungai Melaka. Bermula dengan sebuah pelabuhan yang hebat hingga menjadi mundur kerana amalan monopoli dan cukai yang tinggi.
Ok sekarang jom kita ke Bastion Middelburg ni.
Setelah menewaskan Portugis, pemerintah Belanda telah berusaha membaiki tembok kota peninggalan Portugis yang rosak teruk akibat peperangan serta membina struktur pertahanan tambahan seperti Bastion Middelburg dan Bastion Santiago bertujuan untuk menambah kekuatan di bahagian yang menghala ke laut Selat Melaka.
Tangga masuk ke Bastion. |
Kedua-dua Bastion ini juga telah dimusnahkan oleh British tetapi Bastion Middelburg yang terletak di tepi Sungai Melaka telah dibina dan dipulih kembali oleh Jabatan Warisan Malaysia mengikut rekabentuk asalnya di zaman Belanda.
Lapisan-lapisan pada tembok bastion ini dibina pada masa-masa yang berlainan |
Bastion Middelburg dibangun pada tahun 1600-an di tepi Sungai Melaka. Kedudukannya berada di diantara Stadthuys dan Quayside yang merupakan sebuah replika kincir air Kesultanan Melaka.
Pada tahun 2006, tapak Kota Melaka ditemui semula hasil usaha yang dijalankan oleh Jabatan Warisan Negara yang menjalankan penyelidikan ekskavasi arkeologi. Struktur Kota Melaka berjaya dijumpai semula dan didedahkan kepada umum pada tahun 2008.
Kubu Middleburg didirikan semula hasil dari kajian ekskavasi arkeologi, dokumen, laporan dan perbincangan dengan pelbagai pakar bidang arkeologi, sejarah, arkitek dan geologi dari dalam dan luar negara.
Pertahanan Melaka berkait rapat dengan Kota Melaka. Kota Melaka dijadikan sebagai kompleks pentadbiran dan juga perdagangan dan pertahanan Melaka. Portugis telah meningkatkan keselamatan dan pertahanannya dengan membina 8 buah kubu pertahanan dan semasa Belanda pula, sebuah lagi kubu pertahanan dibina iaitu Kubu Middleburg.
Pasukan tentera yang besar bilangannya telah ditempatkan di atas Kubu Middleburg bersama dengan alat senjata dan meriam.
Dengan itu keselamatan Kota Melaka, Pelabuhan Melaka, Sungai Melaka dan Bandar Melaka dapat dipantau dengan mudah oleh pasukan tentera ini.
Dengan sistem keselamatan yang amat kukuh yang dibina oleh Belanda pada 1641 hingga 1784, setiap serangan dapat dipatahkan. Justeru itu, sistem pertahanan Belanda di Melaka amat kukuh dan berjaya mengawal sebarang percubaan untuk menawannya.
Batu merah atau laterit digunakan sebagai bahan binaan - bahan yang banyak terdapat di kawasan berhampiran bandar Pelabuhan Melaka seperti Pulau Upeh, Pulau Melaka, Tanjung Kling, Sebatu dan Bukit Piatu.
Terdapat juga sebuah turet atau menara tinjau. Turet juga merupakan sebahagian dari sistem pertahanan Kota Melaka yang terdapat di rangkaian tembok Kota Melaka.
Pemandangan Bastion Middleburg dari taman antara Jalan Merdeka dan Sungai Melaka.
Sejarah Kota Melaka dari zaman Kesultanan Melaka hingga Inggeris.
Maklumat tentang pertahanan Kota Melaka.
Bastion Middleburg, salah satu Warisan Kebangsaan Negara.
Ok, selesai di Bastion Middleburg, kami jalan lagi menuju ke jeti nak naik Melaka River Cruise yang day cruise. Semalamnya tu kami naik yang night cruise.
Passed by Dataran Quayside.
And we came upon 'Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka'. Mana rodanya? Sedang dibaikpulih.
So yang kami nampak masa tu cuma bingkai batu ni.
Ada info board. Nice!
Maklumat Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka.
Nearby ada kami ternampak poster tourism Melaka yang ada roda kincir air ni.
Jadi saya 'pasang' gambar roda dari poster tu ke bingkai batu ni.. hehe. Agaknya gini la lebih kurang rupa replika the whole kincir air ni.
Ok jom do the Melaka River Cruise - Day Cruise. Nak tengok pemandangan siang pulak masa cruise ni. Siang malam, kami perasan ramai yang nak naik cruise ni.
Boarding the boat.
Antara mural bersaiz giant yang boleh dilihat masa cruise ni.
Beautiful ladies.
Ok sana sini saya selit sikit fakta sejarah ya.
Dalam era Kesultanan Melayu Melaka, pelabuhan Melaka adalah pelabuhan utama dunia disebabkan kejayaan Kerajaan Melayu Melaka mengawal keselamatan di Selat Melaka dan menguasai arah aliran dagang dunia. Pelabuhan Melaka dikawal oleh Shahbandar dan Undang-Undang Laut Melaka membantu menjamin keselamatan pedagang-pedagang ke sini.
Kiehl's Wall Mural.
Jambatan Kampung Jawa yang mempunyai sejarah yang ngeri dan menyeramkan.
Once jambatan lama yang ada di sini adalah tempat popular untuk bunuh diri. Also masa zaman Jepun, leher ketua-ketua peniaga Cina yang dibunuh dipenggal dan kepala-kepala mereka digantung pada tiang-tiang jambatan lama tu. Well, not exactly the kind of history one would want to associate to a 'heritage' place like this kan.
Melaka masih merupakan pelabuhan yang sibuk di zaman pemerintahan Portugis dan Belanda. Namun pada penghujung abad ke-18, Sungai Melaka menjadi cetek dan sempit dan tidak sesuai untuk kapal-kapal besar masuk ke muara. Oleh itu kapal kecil dan tongkang menjadi perantara untuk memunggah barang dagangan dari kapal besar ke darat dan sebaliknya.
Hampir 20 tahun lalu sungai ini dikategorikan sebagai 'tercemar' sampai ada pelancong buat aduan kata kotor dan berbau busuk. Dan aduan tu sampai pada pak menteri dan beliau stop operasi cruise ni selama lebih seminggu untuk buat kerja pembersihan. Sekarang, over many years later, Alhamdulillah dah bersih.
Di bawah pemerintahan Portugis dan Belanda, perdagangan bebas tidak lagi diamalkan seperti di zaman Kerajaan Melayu Melaka. Mereka mengamalkan perdagangan monopoli dan mengenakan cukai yang tinggi sehingga menyebabkan pelabuhan Melaka mundur. Ketika British memerintah Melaka pula, mereka lebih memberi tumpuan kepada Pulau Pinang dan Singapura sehingga Melaka tidak lagi menjadi perhatian dunia dan tiada kapal yang singgah di pelabuhannya.
Jambatan Hang Tuah.
Di Jambatan Hang Tuah ni ada replika besar keris dan sarungnya. Taming Sari agaknya.
Colorful di bawahnya.
Jambatan Old Bus Station.
Panggung Bangsawan adalah satu landmark menarik yang dilalui dalam Melaka River Cruise. Sebelum diubahsauai menjadi Panggung Bangsawan yang memaparkan persembahan bangsawan dan teater, ia adalah panggung wayang gambar Cathay yang terletak di bandar Melaka.
Bangunan-bangunan berhampiran Panggung Bangsawan Melaka.
Melaka River Pirate Park.
Jambatan Datuk Mohd Zin.
Perlayaran Melaka River Cruise berakhir di Kampung Morten.
Walaupun dinamakan sempena seorang pegawai tanah berbangsa British, Kampung Morten adalah sebuah kampung Melayu tradisional.
Salah sebuah rumah tradisional di perkampungan ini yang dinamakan Villa Sentoasa boleh dilawati untuk membolehkan pengunjung lebih mengenali budaya Melayu di Melaka.
Monorail.
Jambatan Kampung Morten.
Bot Melaka River Cruise berpatah balik di sini.
Jambatan Hang Jebat.
Wall Art yang menggambarkan sejarah Melaka.
Jambatan Chan Koon Cheng dan Gereja St Francis Xavier.
Bersambung....
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
monorel tu bergerak tak?
ReplyDeletemakcik yang tengah cross jambatan tu pakai kain batik eh ?
Tak gerak doc masa kami passed by tu. Perhaps just for show kot.
DeleteA'aa.. dia pakai pakaian kebaya nyonya Melaka.