Next kami nak naik Menara Taming Sari pulak. Selalu dah nampak menara ni tapi dari jauh je.
Dari official website mereka:
Saksikanlah panorama Indah dan keseluruhan tempat bersejarah di Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO pada ketinggian 80 meter. Anda pastinya akan teruja melihat keindagan dan keunikan tempat bersejarah seperti Bukit St Paul, Dataran Pahlawan, Sg Melaka dan Selat Melaka. Disamping itu, anda bepeluang melihat kepesatan pembangunan di negeri Melaka, Bandaraya Warisan Dunia. Pastinya pengalaman anda ke Melaka akan menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan.
Dari official website mereka:
Saksikanlah panorama Indah dan keseluruhan tempat bersejarah di Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO pada ketinggian 80 meter. Anda pastinya akan teruja melihat keindagan dan keunikan tempat bersejarah seperti Bukit St Paul, Dataran Pahlawan, Sg Melaka dan Selat Melaka. Disamping itu, anda bepeluang melihat kepesatan pembangunan di negeri Melaka, Bandaraya Warisan Dunia. Pastinya pengalaman anda ke Melaka akan menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan.
Platform Menara Taming Sari sedang turun masa ni.
Jom masuk beli tiket.
Harga tiket dengan MyKad RM 17 untuk dewasa dan RM 15 untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun. Also dapat sebotol air mineral percuma. Alhamdulillah! Panas hari tu, so we need to drink a lot of water.
Nampaknya tak lah begitu ramai orang.
Just nice, tak perlu beratur lama. Turun je group ini, kami pun dah dapat masuk.
Menara Taming Sari ini adalah satu-satunya binaan Gyro Tower yang terdapat di Malaysia. Ia membawa pengunjung melihat keindahan Melaka dari aras 80 meter dari aras laut.
Pada Menara Taming Sari ini ada platform panorama. Upon reaching ketinggian 80 meter, platform menara ini akan berputar 360°. Jadi pengunjung bolehlah menikmati pemandangan keseluruhan Bandaraya Melaka. The whole thing lasted for about 7 minutes.
Maklumat tentang Menara Taming Sari.
Tower Specifications
Tower Name | Menara Taming Sari (360 degree viewing tower) |
Cost | RM 24 million together with support building (Melaka house) |
Height | 110 meter |
Passenger Capacity | 66 passengers |
Technology | Switzerland |
Ride Duration | 7 Minutes |
Operation Hour | 10.00 am to 11.00 pm – Daily |
Masa tu dah nak lewat petang. We were hoping dapatlah a few sunset shots.
And up and up we went.. hehe. Excited pulak. Sambil tu baca la doa.
Tak gayat ke? Sikit-sikit tu ada la.
Tu sunset ke nak hujan?
Platform pun berputar.
Replika kapal Portugis Flor de la Mar/Muzium Samudera di tepi Sungai Melaka.
Kawasan bersejarah Melaka dan St Paul's hill.
Dataran Pahlawan.
Pembangunan Bandaraya Melaka yang pesat dengan pemandangan Selat Melaka.
Kelihatan juga jambatan Jalan Syed Abdul Aziz yang merentasi Sungai Melaka.
Pemandangan Selat Melaka nak dekat sunset.
Ini Malacca International Ferry Terminal, ke Dumai.
Jom bergambar.. hehe.
Beautiful sunset over Selat Melaka dengan ray of light.
Kapal-kapal berlabuh di Selat Melaka.
Kolam Renang Mbmb.
Turun dah.
All in all, it was quite a nice experience especially bila dapat lihat Bandaraya Melaka dari atas dan secara panorama pula. Kira macam view dari drone la.. hehe.
Bersambung...
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
ehehhehehhe..
ReplyDeletei was like ..
la..
sekejapnya ...
Kan. Well, nothing much to do bila dah pusing 360 darjah tu... hehe..
Delete