Wednesday, February 13, 2019

MELAKA - DAY 02 - PART 04 - STADTHUYS DAN DATARAN BELANDA

Di samping menambah baik kota pertahanan, Belanda turut membina bangunan sebagai pusat pentadbiran mereka yang dikenali sebagai Stadthuys, kediaman Gabenor dan pembesar-pembesar mereka di dalam Kota Melaka. Jadi selepas kita melawat ke Gereja St Paul, kita melawat pula ke Bangunan Stadthuys yang didirikan oleh Belanda ini.

Berjalan menuruni Bukit Melaka ke area Stadthuys. 

Dahulu Stadthuys digunakan sebagai bangunan pentadbiran Belanda. Kini ia menempatkan beberapa buah muzium di dalamnya mengenai Sejarah Melaka. Bangunan ini sekarang ialah Galeri Laksamana Cheng Ho.

Galeri ini diilhamkan daripada kisah tokoh pelayar agung China iaitu Laksamana Cheng Ho (Zheng He) yang telah dilahirkan pada 1371 di Hodai, sebuah kampung di Daerah Bao San di Yunnan. Galeri ini memaparkan kisah pelayaran beliau ke lautan selatan di samping kejayaan beliau memupuk perhubungan persaudaraan di antara China dengan Negara-negara Afrika dan Asia serta membuka pintu untuk menjalankan perdagangan yang adil.



Turut dipamerkan di Bangunan Stadthuys adalah sebuah kereta bomba lama yang pernah berkhidmat di bawah Ketua Polis Melaka pada tahun 1939.

Juga dipamerkan sebuah jentolak.

Bangunan Stadthuys juga menempatkan Muzium Sejarah, Ethnografi dan Sastera. Muzium Ethnografi memberikan penekanan khusus kepada corak hidup masyarakat tempatan yang terdiri dari pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina, India, Baba Nyonya, Chetti dan Portugis. Muzium Sejarah Malaysia pula menceritakan sejarah Malaysia hari ini bermula dari pembukaan Melaka ke era penjajahan Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun sehingga negara mencapai kemerdekaan.

Pintu masuk ke Muzium Sejarah, Ethnografi dan Sastera.


Bastion Middelburg juga boleh dilihat dari Stadthuys.


Pokok Melaka.

Turun tangga di tepi bangunan Stadthuys menuju ke Dataran Belanda.

Dataran Belanda di hadapan Stadthuys adalah pusat tumpuan pelancong ke Melaka. Di sini kita dapat melihat dengan jelas Bangunan Stadthuys dan Gereja Christ Melaka yang didirikan oleh penjajah Belanda.

Semasa pemerintahan Belanda di Melaka, Stadthuys seperti semua bangunan pentadbiran Belanda yang lain di Asia Tenggara juga dicat putih. Melalui perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824, Melaka telah diserahkan oleh Belanda menjadi tanah jajahan British. 
Menara Jam Tan Beng Seng yang dibina pada tahun 1886.

Pada tahun 1911, British mengecat bangunan Stadthuys dan Gereja Christ dengan warna merah yang masih dikekalkan warnanya sehingga ke hari ini.

Ramai betul tourists masa ni.


Di hadapan Dataran Belanda terdapat Pancutan Air Victoria dan Menara Jam Tan Beng Seng yang dibina pada tahun 1886. 

Pancutan Air Victoria ini dibina oleh British pada tahun 1901 dan masih berfungsi sehingga ke hari ini. Ia dibina bagi meraikan Jubli Intan pemerintahan Queen Victoria yang juga diraikan di seluruh Empayar British pada ketika itu.


Sebuah lagi bangunan bersejarah yang terdapat di Dataran Belanda adalah Christ Church yang siap dibina oleh Belanda pada tahun 1753. Jika Gereja St Paul merupakan gereja Katholik tertua di Asia Tenggara, Christ Church Melaka pula adalah salah sebuah gereja Protestant yang tertua di luar Eropah.

Gereja ini tidak boleh dimasuki ketika itu kerana ada upacara ibadat yang sedang berlangsung. 
Gereja ini menyambut ulang tahunnya yang ke-250 pada 13 Disember 2003.

Christ Church Melaka juga adalah Warisan Kebangsaan Malaysia.

Cadangan pembinaan Christ Church bermula sewaktu Belanda meraikan ulang tahun ke-100 penaklukan Melaka dari Portugis pada tahun 1741. Bagi meraikan kejayaan ini, sekumpulan bangsawan Belanda bercadang membina sebuah gereja baru untuk menggantikan gereja St Paul (dipanggil Bovenkerk oleh orang Belanda) yang telah usang. Batu asas pembinaan gereja ini telah diletakkan oleh seorang kapten Belanda yang bernama Abraham de Wind mewakili ayahnya Claas de Wind yang berkhidmat sebagai Timbalan Gabenor Melaka. Bangunan gereja ini siap dibina 12 tahun kemudian pada tahun 1753 dan diletakkan di bawah pentadbiran Dutch Reformed Church.

Bila Melaka dijadikan jajahan British di bawah Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, pentadbiran gereja ini diletakkan di bawah Kerajaan Negeri-negeri Selat. Aturan ibadat Dutch Reformed Church juga ditukar mengikut aturan Anglican (Church of England) oleh Bishop of Calcutta yang bernama Daniel Wilson. Gereja ini masih kekal digunakan sebagai sebuah gereja Anglican sehingga ke hari ini. Nama gereja juga telah ditukar dari Dutch Reformed Church kepada Christ Church oleh pentadbir British. 

British juga telah meletakkan sebuah mata angin berbentuk ayam jantan pada bumbung gereja ini sebagai alat kaji cuaca. Ia dipasang menghala ke beberapa baris kedai perniagaan milik masyarakat Baba Melaka. Perkara ini sangat tidak disenangi Baba Melaka ketika itu kerana dianggap melanggar aturan Feng Shui yang boleh membawa kerugian di dalam perniagaan.


Kedai-kedai souvenir di tepi Christ Church


Then kami bercadang nak buat Melaka River Walk. Tak sibuk jalanraya masa ni. 

Melaka 0 mile.  

Replika kincir angin Belanda dan Pelanduk Putih perhaps representing Pelanduk Putih yang menendang anjing buruan Parameswara ke dalam sungai sewaktu pembukaan kota Melaka.

Ok, sebelum jalan-jalan tepi sungai Melaka tu, kami makan cendol dulu. 

Nama gerai cendol ini ialah Cendol Jam Besar. Popular gerai ni nampaknya.

Mujur masa kami sampai tak ramai orang. About 15 minutes kami di situ, seats ni semua penuh!

Masa tengah tunggu cendol siap (self service), saya tanya berapa ratus mangkuk cendol sehari yang mereka jual? This guy kata, 'Beribu bang'. Uwahhh... 

Ini orders kami. Saya suka yang original. My wife nak yang ada ice cream. 

Dua-dua sedap! 😋
Pastikan kalau anda ke Dataran Belanda singgahlah ke gerai ini for a super nice cendol.

Bersambung....

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

3 comments:

  1. terima kasih atas penerangan yang begitu teliti, ini memang banyak membantu saya untuk mengulangkaji dan persediaan menduduki peperiksaan kursus pemandu pelancong. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Encik Syed Amran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Lim :).
      Terima kasih pada Lim juga kerana beri maklum balas tentang isi blog saya ini.
      Wish you all the best for your coming exams :).
      Meanwhile, jaga diri dan jaga keluarga Lim ya masa pandemik ni.

      Delete
    2. Terima Kasih, Encik Syed.Jaga diri baik-baik ye, lepas covid nanti, harap2 dapat membaca blog Encik yang baru ye.. :)

      Delete