Monday, November 13, 2017

PHYSIOTHERAPY

Ehh.. apeni? Can opener? Hmm... ni la penyebab kenapa saya perlukan physiotherapy. 
Gini ceritanya. One day I invited my family for makan-makan and one of my tugas was to prepare dessert, fruit cocktail. Hence, involved opening several canned fruit cocktails. And opening them dengan can opener yang tumpul ni adalah sangat mencabar. 

So ended up tendon/muscle ibu jari sakit. But sakitnya cuma came about a week later. It got worst sampai nak pasang butang baju pun jadi susah. Nak bukak tutup botol boleh jadi sampai keluar airmata. Nak pegang berus gigi jadi kepayahan yang amat sangat. In other words, anything yang saya buat guna ibu jari tangan kanan jadi extremely painful and frustrating. Nasib baik korek hidung tak pakai ibu jari. 

Seriously though, in fact, kalau saya accidently banged my thumb sikit je pun, sakitnya macam kena kejutan elektrik! The shooting pain was so excruciating! MasyaAllah.   

Kesian tengok penderitaan saya so my wife pun suggested saya get treatment physiotherapy. Dia cadang saya ke center ni, which is just about 10 minutes walk from our house. Here's a bit of info about YapChanKor Pain Treatment Center.  

Macam-macam pain treatments boleh dibuat di center ni.

Using both ancient and modern healing techniques. Below are the 5 centers locations and operating hours. 

Many crucial treatments. 

Using herbs.

Also suitable for treating muscle pains resulting from martial arts and sports activities.

From Kung Fu Grandmaster from China.

Lobby di center Ampang Waterfront.

Patients/pelawat boleh baca dari folder ni testimonies from YapChanKor's previous patients. 

Previous patients adalah dari pelbagai bangsa dan usia yang memerlukan macam-macam treatments. 

Contoh patient's stories.

More about YapChanKor. 

Ok, ni the treatment prices which depends on condition of injuries and the number of sessions needed. Diagnose adalah percuma. Kalau agreed within 3 days after the diagnose, boleh dapat diskaun. 

Physiotherapists' credentials.

I like the 'non-invasive and non-surgical' alternative.

Some of the exercise equipment available.

Bilik treatment.




Sebelum diagnose, my physiotherapist Puan Sue terangkan the 'Pain-Spasm Cycle'. Ni penting to understand.

Puan Sue juga terangkan pada saya tentang soft tissue injury recovery phases. All these are so fascinating to me!! Like, seriously! 

Selepas saya ceritakan kisah 'can-opener incident' dan dibuat diagnosis, Puan Sue kata saya suffer from 'De Quervain's tenosynovitis'. Apa tu?
"De Quervain's tenosynovitis is inflammation of tendons on the side of the wrist at the base of the thumb. These tendons include the extensor pollicis brevis and the abductor pollicis longus tendons, which extend the joints of the thumb".


Jadi rasa sakit tu disebabkan tendon di sekitar pangkal ibu jari saya dah bengkak. Dan bengkak tu menyebabkan sarung yang menutupi tendon meradang (inflamed). Dan ini effect muscle ibu jari saya sampai nak pegang handphone jadi sakit sangat-sangat.

Alhamdulillah, finally saya tahu apa masalah sebenarnya selepas suffering lebih seminggu.

My Assessment Form.

2017-08-02 - SESSION 01
And the treatments began. Urutan to relieve the muscle and increase blood circulation using herbs. 

Lepas tu tangan saya di wrap dengan herbal patch yang dibuat dari 100% tumbuh-tumbuhan. Bau herbs tu ok je, bau herba biasa. Quite pleasant actually. 

Lepas tampal herbal patch, dibalut dengan bandage. So movements adalah limited. Tentu la tak boleh kena air maka berwuduqlah dengan cara yang sesuai. 

Herbal patch ni mesti dipakai selama antara 13 hingga ke 15 jam. Saya pakai 15 jam. Biar dapat full effect. Bila dibuka, gini la rupanya. Herbs tu dah keras. Yang dah keras tu tak de la melekat pada tangan. Yang masih soft ada melekat sikit buat was easily washed away with water. Oh ya, saya suka pakai herbs patch ni sebab rasa 'berangin' dan gave such a nice warm feeling to the inflamed area of my hand.

2017-08-04 - SESSION 02
Two days later, I went for the second session. Sesi 02 ni dimulakan dengan urutan dengan minyak herba untuk relaxkan muscle. Lepas tu treatment ultrasound. Kata Puan Sue ni alat ultrasound therapy machine. Ultra sound waves dari alat ni boleh tembus sedalam 1.6 inci ke dalam tisu badan. Tujuannya ialah untuk memulihkan kecederaan tisu badan, otot dan tendon, langsung merawat kesakitan, kekejangan dan keradangan. 

Kata Puan Sue, saya akan rasa panas sikit tapi tak menyakitkan. Sebab prosesnya melibatkan pemanasan tisu dan melancarkan aliran darah untuk mempercepat proses pemulihan.

Also sound ni adalah beyond our normal range of hearing, jadi tak de la dengar bunyi apa-apa. 

Masa treatments, macam-macam la saya tanya Puan Sue.. hehe. I was so curious lah.. hehe. And she was so kind to answer all my questions. 

Ok, sebelum guna alat ultrasound tu, kena sapu ECG gel ni dulu sebagai pengantaraan untuk benarkan sound wave dari ultrasonic masssager tu tembus masuk badan.  

Saya siap requested Puan Sue pose pegang alat ultrasound therapy yang dah diletak ECG gel untuk saya ambik gambar.. hehe.

Alat ni ada settingnya. Agaknya setting untuk pulse release atau vibration rate dan juga time.

Betul macam kata Pua Sue, lama-lama ada rasa panas sikit tapi tak la sampai rasa sakit. Just a slight warming on my skin. 

I feel very comfortable throughout the treatment process. It was after all a very simple process and I like it like that. And all was explained by Puan Sue very clearly and patiently. Semua my curiosity telah terjawab.. hehe. 

Dan tangan saya dibungkus lagi dengan patch herba ni.    

Btw, herba ni dibuat dan diproses sendiri centrally oleh YapChanKor dan diedar ke setiap cawangan. Ia datang dalam bentuk serbuk berwarna putih. Disiapkan dengan campur air dan dididihkan. Dah siap didih, dibiarkan hingga suam sebelum diratakan pada bandage patch. Lepas baru tampal pada patient. Macam mana saya tau ni semua? Saya ikut Puan Sue ke dapur center ni dan menyibuk nak tengok macam mana dia prepare the patch sambil tanya itu ini.. hahaha.. Puan Sue kata saya ni la patient pertama dia yang masuk dapur.. hahaha. And of course saya berpada-pada la dan menghormati, dan tak ambik gambar.

Berbalut lagi selama 15 jam. Tak gatal ke? Hmm.. ada jugak. Jolok dan garu je dengan pensil ke apa ke 😊. 

2017-08-07 - SESSION 03
Beberapa hari lepas tu saya ke Sesi 03 pulak. Dan hari tu, I was treated with a different kind of apparatus. This one is called the Electronic Acupuncture Treatment Instrument. Tangan saya ditampal dengan elektrod stimulasi elektrik. 

So I guess this is a kind of electric shock treatment la kan.. hehehe. Masa treatment ni, bila the electricity pulsed through pada lengan dan pergelangan tangan, jari-jari saya pulak bergerak-gerak dengan sendiri sebab otot-otot kena shock.. hehehe.  

So ok, Puan Sue guna Electronic Acupuncture Treatment Instrument ni untuk rangsang saraf dan otot tangan saya yang terlibat dengan kawasan yang cedera tu. Ia kombinasi teknik moden dan akupuntur tapi tak pakai jarum akupuntur la. Tapi guna nadi frekuensi rendah untuk merangsang the points of human body dengan menyesuaikan ketegangan tisu otot saraf dan menggalakkan peredaran darah.

Dan kena balut lagi 😊.

Betul setiap pagi saya mandi, tapi before going for treatments saya mesti pastikan saya mandi dulu sebab bila dah berbalut ni, tak boleh kena air selama 15 jam. Boleh kata Puan Sue, sarungkanlah dengan beg plastik kalau nak mandi. Alaaa... leceh la.. dan tak puas mandi... hehe. 

Jauh malam masa orang lain tengah sedap tidur dibuai mimpi, saya sibuk peeling off my bandage.. hehehe. 

2017-08-11 - SESSION 04
Sesi 04. Pagi tu I was hooked up to yet another therapeutic machine.

More electric shocks.. hehe.

Me looking happy being electrically tingled so early in the morning.. hehehe. 

So ok, mesin ni namanya 'Middle Frequency Electrical Therapeutic Device'.  

Mesin ni ada pelbagai 'Mode' untuk masalah-masalah tertentu. 

Contohnya, untuk masalah slipped disc, 'Mode'nya ialah no. 10 to 13. 

'Mode' yang Puan Sue setting untuk saya ialah no. 16 untuk masalah 'Muscle inflamation'. Ini mode with constant pinprick + intermittent kneading + muscle contract and release. Yes, indeed! Memang rasa prickly, kneading and muscle de/contractions! What a nice feeling especially bila rasa sakit pada inflamed area mula subsiding bit by bit.  

Like previous session, tangan saya kena bungkus lagi. Ni saya share rupa tangan saya lepas tanggal herbal patch tu after 15 hours. Habih pruning mengecut.. hehe. And discolored and a bit sensitive to touch. Tak lama macam tu, cuma dalam sejam. 

2017-08-14 - SESSION 05
Sesi 05. Seperti biasa, Puan Sue akan bertanya ada ke saya masih rasa sakit? Adakah sesakit 1st day? Bagaimana masa buat daily chores? Apakah level of pain I experienced since I last saw her? At that stage I guess it was still too early to expect any marked improvements. Puan Sue pun dah bagi tau awal-awal saya tak boleh expect immediate result, which I totally understand and accept and willing to go through and complete all the sessions.

Tapi pagi tu saya sangat tersiksa! Puan Sue urut pakai bola golf! Ya Allah, sakitnya! Mengucap-ngucap saya sambil beristighfar tak henti. Tak malu saya admit sampai keluar airmatalah menahan sakitnya. Tapi sempat lagi tu ambik gambar 😂.   

Tentu la bila nampak saya tengah kesakitan macam tu, terus Puan Sue nak hentikan urut bola golf tu tapi saya yang insisted that she continue. Kan no pain, no gain. And she did but a bit more gentler. Tak sampai 15 minit pun tapi it felt like forever. 'Tahan sikit Encik Syed, tahan sikit...', kata Puan Sue bagi saya semangat dan support. 

Tapi lepas tu saya requested la baik-baik kata kalau boleh saya tak nak la lagi diurut dengan bola golf tu. 'Boleh... nanti kita cuba cara lain...', kata Puan Sue. Lega.

Lepas tu saya diurut tangan. Even though tak sesakit urut bola golf tadi, still urut tangan sakit juga. Tahannnn.... 

Lepas tu treated dengan ultrasound therapy machine ni yang promote peredaran darah dan aliran oksigen dan kelonggaran tisu untuk meningkatkan mobiliti dalam tendon dan sendi.

Hooked up again to Middle Frequency Electrical Therapeutic Device.  


Selalunya treatment ni berlaku selama 15 ke 20 minit. Since just duduk je, dalam bilik air-con pulak, makanya saya pun took a nap la.. hehe.

Selesai treatment electric shock, Puan Sue proceeded dengan urutan tangan. For this session Puan Sue juga ajar saya beberapa hand exercises for me to practice at home. Penting kata dia that I do these exercises diligently. Tapi to be cautious not over do it to avoid further inflammation. 

These exercises included pulling my thumb and gently stretching it to the point when it started to hurt a bit. Do not push too hard she reminded me again. And the next, to touch my thumb with the other 4 fingers and to put more efforts on touching my little finger. Nak sentuh jari kecik tu lah yang paling sakit! 

Next exercise and quite possibly the most painful, was to touch the palm at the base of the small finger. Uwahhh.. sakitnya! Juga to pull back my thumb like in the photo below. Sakit also! 

Oh ya, memang saya minta izin ambik gambar tangan Puan Sue doing the exercises sebab bila dah balik rumah bukannya saya ingat. 

Dan dibalut lagi dengan herbal patch.

2017-08-18 - SESSION 06
Lepas urut tangan, tangan saya diultrasound lagi. 

Lepas tu dihooked up dengan Electronic Acupuncture Treatment Instrument.


Dan diherbal patched lagi. Fyi, Tam Tam, kucing kami, syok betul kalau saya gosok badan dia dengan bandage ni. Entah lah tak tau kenapa. Mungkin sebab the rough texture of the bandage. Mungkin juga sebab bau herba tu. Tu lagi satu, sebab cats have a more acute sense of smell than humans, kucing kan sensitive pada bau yang kuat. Tapi Tam Tam tak kisah pun dengan bau herba patch ni. He was not repelled at all by the smell. Like I said earlier, bau patch herba tu ok je. 

2017-08-21 - SESSION 07
Dalam Sesi 07 ni, Puan Sue treated me with dengan satu lagi therapeutic method menggunakan Infra-red Rays of Physiotherapy Heat lamp. 


Kata Puan Sue lampu ni boleh cegah dan kawal rasa sakit dan ketegangan sendi. Saya baca therapy cara ni telah terbukti secara saintifik untuk mengurangkan keradangan, melegakan kesakitan dan menggalakkan peredaran darah. Adalah alat terapeutik yang kini digunakan secara meluas oleh ahli akupunktur, terapi fizikal, kiropraktor, dan pengamal penjagaan kesihatan yang lain.

Panas lampu ni. Kalau mula-mula setting dah betul pun, lama-lama panas jugak jadinya. Tapi saya tahankan juga. Of course kata Puan Sue, kalau tak tahan, boleh je alih tangan tu sekejap dan letak semula tangan bawah lampu tu after a few minutes, but not more than that. 

Lepas tu diurut tangan. Since ni dah Sesi 07, urutan tangan Puan Sue jadi makin kuat dan kurang belas kasihan... hehe. Sakit tapi saya tahankan jugak!

Of course masa sesi-sesi ni sambil-sambil tu kami bersembang la on a variety of subjects. Yang paling saya suka dengar ialah bila saya tanya tentang kisah-kisah Puan Sue semasa dia praktikal di hospital dan pengalaman-pengalaman dia sebagai seorang physiotherapist. Macam-macam ceritanya!

Dipasang pada mesin electronic acupuncture for 20 minutes.

Nap time! Hehehehe... 😫

Zzzzz.... 😪

Lepas tu Puan Sue ajar saya beberapa cara senam tangan yang sangat penting saya lakukan di rumah. And I did them diligently. Fyi, yang buat bentuk 'C' tu yang paling painful pada my thumb!

And yang ni pun sakit juga especially bila ibu jari dibengkok dan ditekan like in below photos! 

Wrap lagi.


2017-08-23 - SESSION 08
Sesi 08 dimulakan dengan treatment infra-red ray.


Diikuti dengan urut tangan. Perlu saya share di sini semasa urut tangan Puan Sue akan menekan beberapa point di ibu jari dan tapak tangan saya to determine the pain level and pin point the painful areas. It was quite a painful process actually.

Lepas tu diultrasound.

Lepas tu hooked up to this Middle Frequency Electrical Therapeutic Device.  

Last sekali dibalut. 

2017-08-26 - SESSION 09
Dalam Sesi 09 ni Puan Sue mulakan dengan seperti biasa assessment of the painful areas dan gerakan-gerakan ibu jari saya sambil bertanya beberapa soalan penting seperti kegiatan harian saya and if I am still experiencing any excruciating pain. Dan mesti dia tanya ada tak saya buat senaman jari yang dia ajar tu. Adaaaa saya jawab! 

Dalam sesi ni juga, Puan Sue test my abilities to pick up these marbles. Let me tell you, masa sebelum the treatments nak cubit guli macam ni adalah nearly impossible for me to do due to the pain. Alhamdulillah lepas 8 sesi, saya berjaya triumphantly walaupun dengan bersusah payah! 😊 Hanya mereka yang pernah lalu apa yang saya alami ini je yang boleh faham how important this achievement is. 

Diteruskan dengan ultrasound therapy.

Dan dengan Middle Frequency Electrical Therapeutic Device.

Lepas balut herbal patch, Puan Sue nasihatkan saya lepas tanggalkan patch ni, supaya rendam tangan saya dalam air suam, at least twice a day. Bukan rendam setinggi pergelangan tangan, tapi sampai paras siku. Sebabnya otot lengan juga terlibat. 

2017-08-28 - SESSION 10
Another session.

Diurut.

As I progressed through the treatments and doing the exercises, Puan Sue mula buat tests for me to determine how much I had recovered and if the treatments had been helpful. Kalau dalam sesi sebelum ni dia suruh saya cubit and pick up marbles, dalam sesi ni pulak she introduced to me this green blob. Ini adalah salah satu therapy tool called the Putty Slime. 

How interesting lah! Slime ni lembik tapi tough. Like slime it 'melted' but slowly yet it is not easily stretched. Test untuk saya ialah untuk mencubit the putty and stretch it. Looks easy to do but with my inflammation it is totally not. Menggeletar tangan nak pinch and pull. It was fun though 😊.

Dan inilah the result.. hehe. 

Hooked up again to this Middle Frequency Electrical Therapeutic Device for some electric shock treatment.


2017-09-11 - SESSION 11
Sesi 11: Urut tangan dan ultrasound therapy.

Electrical stimulations. 


Patched up.

2017-09-18 - SESSION 12
Yet another session. Betul la, physioterapi ni kita kena diligent. Kena rajin datang treatments sessions. Kadang-kadang terasa menguji kesabaran. Tapi saya sering ingatkan diri, kan ni dah Allah swt berikan avenue to solve my health problem, so apa masalah saya? Yes, I can be strict on myself like that.. hehe. 

Infra-red ray treatment. 

Urut tangan.

Ultrasound treatment.

Hand and fingers exercises. 

Dan dalam sesi ni Puan Sue introduced satu lagi exercise yang boleh saya buat di rumah. Find a stretchable material and exercise my thumb like in photo below.  

Balut lagi.

2017-09-25 - SESSION 13
Lepas urut tangan, Puan Sue uji saya dengan stress ball. Stress ball ni bentuknya lonjong dan keras. Also kecik so bila genggam dan squeeze it was painful to my thumbs. I mean, the ball was actually designed to really test and put the stress on affected area. Like, wow. 

Puan Sue test saya with one more ujian. Dia suruh saya tulis. While it was not so painful, I was not able to control the pen. Batang pen kan kecik, so bila my thumb nak hold the pen, it gets painful, hence unable to control the pen like usual. Maka jadi gini lah tulisan saya... hehe. Menggeletar nak pegang pen tu sebab nak tahan sakit. 

Puan Sue juga bagi saya assignment untuk buat di rumah. Dia suruh saya tulis banyak-banyak. Dan dia kata kalau susah nak pegang pen, tebalkan batang pen tu dengan membalut pen tu dengan kain supaya jadi tebal dan senang sikit saya nak pegang dan control. Dan inilah homework saya. Huru hara! 😂 

More infra-red ray treatment.

Dan ultrasound and electrical treatments. 

2017-10-02 - SESSION 14
Infra-red ray treatment.

Urut tangan.

Middle Frequency Electrical Therapeutic Device treatment.

Ultrasound therapy.

Dan herbal patch.

2017-10-09 - SESSION 15
Infra-red ray treatment.


Electrical therapeutic treatment.

2017-10-16 - SESSION 16
Ultrasound therapy.



Urut tangan.

Electrical therapeutic treatment.  

Patched.

Cukup la sekadar itu sessions yang saya share. Sebenarnya ada a few more sessions and the treatments were the same. 

Now obviously the big question is, adakah saya telah sembuh?
Alhamdulillah, saya sudah pun sembuh walaupun tak 100%. If I need to put it in percentage, lebih kurang dalam 98% sembuh. Which is of course more that I had hoped for. SubhanAllah.

Panjang entry ni walaupun boleh dibuat pendek sebab proses terapi adalah panjang. No quick fix. Semoga saya tak lupa. 

I had learned so much about physiotherapy walaupun cuma yang bersangkut paut dengan masalah saya. And having to go through it myself, made if even more significant. Very valuable ilmu for me indeed.

Allah swt boleh tarik nikmat dari kita bila-bila masa sahaja. Semoga kita akan sering beringat dan bersyukur. 

Syukur Alhamdulillah.


No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

9 comments:

  1. suatu ketika dahulu saya hapal semua muscle , nerve , arteries , veins dalam badan..
    seperti yang dalam gambar gitu tu ..
    sekarang dah hampir luput dari ingatan ..:))

    banyaknya sessi physio en syed..
    alhamdulillah hampir sembuh sepenuhnya..
    rajin rajin buat exercise kat rumah tau!!

    nak klik shutter ok tak? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg byk doc. 14 sessions semuanya. Kena rajin hadir!
      Yep, even now pun eventhough dah ok, still from time to time I do the exercise.
      Hehe... mmg payah nak pegang camera!

      Delete
  2. lupa..
    dah buang dah tin opener tu?
    :)

    ReplyDelete
  3. Tuan Syed,
    Terima kasih berkongsi sesi fisio. Hanya yg mengalaminya saja tau sakitnya di situ. Saya dah kena. Saya dipanggil snuffbox pain (Dr Singa tlg betulkan jika salah). Dua bulan menderita. Nak pakai kain pelikat seksa. Nak keringkan badan dgn tuala lagi seksa. Alhmadulillah, sekarang dah pulih. Cuma masih teringat2 dgn kesakitan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome En. Mohd.
      Betul tu. Kalau tak lalui, very likely tak tahu mcm mana sakitnya. Saya suap nasi pun seksa!
      Alhamduillah dah ok.
      Same here! Saya pun masih lagi teringat2 :).

      Delete
    2. ha ah encik sukri ..
      snuff box..nama area tu
      sebab orang mat saleh dulu dulu selalu letak serbuk tembakau kat situ , lepas tu depa sniff it..
      lepas tu bertahun kemudiannya .. dapat canser :)

      Delete
  4. i baru kene de quervain both hands and now already 2 months fisio at pantai hospital...most of my treatment fisio n yours its quite same except the patch..kat hospital xde..i nk jgk cuba kat tmpat u since i xbaik2 lg coz i xnk smpai operation...but my question its..klu patch tu kene pkai smpai 15 jam..cmne klu kt nk ambik air sembahyang,blh buka x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah.. kedua-dua belah? Saya yang sakit sebelah pun dah siksa rasanya. Bersabar la ya.
      Betul, kalau boleh elok elak surgery. Saya setuju kalau anda cuba di YCK ni.
      Jangan dibuka kerana herba itu perlu melekat terus pada effected area for that duration.
      Berwuduqlah seperti seorang pesakit yang berbalut tangannya.

      Delete