Showing posts with label sri lanka. Show all posts
Showing posts with label sri lanka. Show all posts

Saturday, March 22, 2025

RAMADAN SERIES 2025 - MASJID & PUSAT ISLAM - MASJID 57 & 58

Assalamualaikum. 
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

MASJID 57 - MASJIDHUR RAHMAAN JUM'AAH MOSQUE - SRI LANKA
MASJID 58 - SHAIKH USMAN WALIYULLAH SHRINE AND MASJID - SRI LANKA

MASJID 57 - MASJIDHUR RAHMAAN JUM'AAH MOSQUE - SRI LANKA

🔵Semasa percutian kami di Sri Lanka, kami sempat bersolat di sebuah masjid di sana. Namanya Masjidhur Rahmaan Jum'aah Mosque yang terletak di Ganethenne, Hingula.

🔵Masjid ini juga mempunyai senibina yang cantik. 
🔵Kata Terence (tour guide kami), semua rumah ibadah di Sri Lanka dibina atas pembiayaan dari masyarakat setempat. 
🔵Kerajaan Sri Lanka tidak memberikan bantuan untuk membina rumah-rumah ibadah bagi mana-mana agama pun, termasuklah agama Buddha.



🔵Pintu masuk ke masjid.


🔵Suasana di dalam masjid di Sri Lanka adalah lebih kurang sama sahaja seperi masjid-masjid di Malaysia.

🔵Ruang solat utama.




MASJID 58 - SHAIKH USMAN WALIYULLAH SHRINE AND MASJID - SRI LANKA

🔵Menurut Shane, pemandu tuk tuk dan tour guide kami di Sri Lanka, Shaikh Usman Waliyullah Shrine & Masjid adalah sebuah masjid yang di dalamnya ada sebuah shrine (makam) seorang wali Allah. 
🔵Makam ini tambah Shane lagi dilawati oleh pelbagai penganut agama to pay respect to the shrine and pray to it.

🔵Nama masjid ni ialah Shaikh Usman Waliyullah Shrine and Masjid. Masjid ini juga dikenali sebagai Dewatagaha mosque. 
🔵Sudah berusia 150 tahun. Ada yang kata 200 tahun. 






🔵Di perkarangan masjid yang banyak sungguh burung merpati.

🔵Saya baca memang ada dibina sebuah pigeon house di dalam kawasan masjid ini.



🔵Di tepi pagar ada mangkuk ini yang berisi abu dari bakaran incense oleh penganut agama Buddha yang datang melawat makan Shaik Usman.




🔵Kami diminta menyerahkan kasut-kasut kami kepada pak cik ini sebelum masuk ke dalam masjid. 


🔵Pada pagar metal ni ada beberapa simpulan kain yang telah ditulis di dalamnya permintaan dan hajat ditujukan kepada makam Shaik Usman. 
🔵Ritual begini adalah sesuatu yang biasa dilakukan oleh penganut agama bukan Islam di Sri Lanka.


🔵Pak cik ini menyambut kami bila kami mula sampai tadi. Terus dia bercakap dalam bahasa Melayu dengan kami. Terkejut juga kami walaupun sudah tahu memang ada orang Melayu di Sri Lanka. Tak sangka pula kami akan bertemu dengan seorang. 
🔵Pak cik ini kata dia berketurunan Melayu Sri Lanka dan keluarga dia datang ke Sri Lanka pada masa zaman perang. Tapi agak susah nak faham Melayu dia. 

🔵Terdapat lampu minyak dengan hiasan bulan sabit dan bintang di atasnya.
🔵Minyak dituang dan lampu ini dinyalakan sambil pengunjung berdoa.

🔵Itulah makan Shaik Usman.

🔵Kami kemudian dibawa oleh pak cik tadi ke bahagian dalam dan berjumpa dengan muazzin masjid ini yang kemudiannya membawa kami berjumpa Iman masjid. 
🔵Kami berbual-bual seketika dan kemudian dibawa ke makam Shaik Usman.

🔵Imam masjid.

🔵Inilah makan Shaik Usman yang telah dianggap keramat oleh penduduk tempatan dari pelbagai penganut agama di Sri Lanka. Saya pun menyedekahkan Al-Fatihah. 
🔵Oh ya, wanita tidak dibenarkan masuk ke bahagian ini jadi isteri saya hanya di luar looking in through a glass window. 

🔵Nama penuh Shaikh Usman ialah Seyedina as-Sheikh Usman Siddique Ibn Ahdurrahman, yang dikatakan telah datang ke Ceylon dari Arafat, Arabia dan dia telah melawat Adam's Peak dan makam Dafter Jailani (Rock Cave Mosque - meditation centre of Islam's greatest saint Qutub Mohiyaddin Abdul Cader Jailani who mediated selama lebih 10 tahun) di Balangoda, and later resided in what was later known as Cinnamon Gardens.

🔵Mengikut lagenda, sekitar tahun 1800an ada seorang wanita Sinhalese yang sedang membawa sebelanga minyak telah tersadung akar pokok lalu belanganya jatuh dan pecah dan minyak tertumpah. 
🔵Kerana kesedihan yang amat kerana punca rezeki telah hilang, wanita itu menangis sampai tertidur. 
🔵Dia dikejutkan dengan satu suara menyuruhnya supaya jangan bersedih. Suara itu adalah dari seorang lelaki berjubah hijau yang dikatakan adalah Shaik Usman. 
🔵Lelaki itu pun menyuruh wanita tadi untuk pergi dapatkan belanga baru. Lelaki itu kemudian menekan kakinya ke tanah dan minyak pun keluar dan belanga itu pun dipenuhi. 
🔵Lelaki itu juga menyuruh wanita itu memberitahu kejadian itu pada semua pelanggan Islam dia. Later, makam untuk Shaik Usman dan masjid dibina. 

🔵Dari apa yang saya baca, disebabkan penganut agama-agama lain (Hindus, Buddhists and Christians) juga dibenarkan ke situ untuk berdoa dan meminta dari makam Shaik, jadi bila mereka dapat apa yang dihajat, ada antara mereka yang memberi sumbangan dalam bentuk wang kepada pihak masjid sebagai tanda berterima kasih.

🔵Mengikut cerita, telah ada usaha untuk membesarkan masjid, pelan dibuat dan ramai yang menderma. 
🔵Tapi projek ini telah dihentikan kerana the chief trustee telah bermimpi dia dilarang oleh Shaik Usman menyentuh wang yang telah diderma orang itu. 
🔵Bila ditanya kenapa, the trustee kata, "Lihat apa akan terjadi bila diangkat bundle ni". Bila diangkat dengan tongkat dia, terkeluar blood and matter dari duit itu. "Duit ini adalah kotor dan didapati dengan cara haram. Jangan dibina masjid dengannya". 
🔵Kejadian ini sebagai tanda mengatakan duit yang 'kotor' tidak boleh digunakan oleh pihak masjid dan tidak boleh digunakan sebagai cara untuk membersihkan diri si penderma dari dosa.

Wallahu a’lam...

🔵Bersama saya ketika itu ialah lelaki ini dan anak dia yang berdoa dan meletakkan kalungan bunga di atas makam dengan dibantu oleh staff masjid. 



🔵Selepas itu kami masuk semula ke bahagian ini dan berdoa dengan doa dibacakan oleh muazzin tadi. 
🔵Selesai berdoa, the Imam suggested that kami beri sedekah kepada muazzin. 


🔵Beberapa lagi bekas untuk membakar incense sticks.

🔵Ini adalah lelaki tadi bersama anak dan isteri sedang menolong anak mereka mencurah minyak kelapa pada lampu minyak.

🔵Ada seorang wanita Islam bertudung labuh (staff masjid) yang bantu keluarga ini dengan memberi penerangan dan mengajar apa yang patut dibuat dan bagaimana cara yang betul untuk melakukan ritual ini. 


🔵Pure white coconut oil.

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

Wednesday, December 2, 2015

SRI LANKA - GOING HOME - DAY 05

Ini entry terakhir percutian di Sri Lanka... going home... :)

For breakfast, pastinya saya pilih kiribath [nasi lemak bentuk kotak tu] and the vegetarian noodles :).

Bersarapan dengan view ini. I'm sure going to miss this hotel!

Sebab cantik view ni, maka 'terpaksa' la saya ambik beberapa snaps lagi.. hehe..




Dari laman taman berjalan ke pantai. Masih ada masa lagi sebelum check out dari hotel.



It was a beautiful morning. Kami berdoa semoga cuaca terus baik semasa waktu kami berlepas balik ke Kuala Lumpur nanti.











Manjula, security guard Pegasus Reef Hotel that I had a chat with the night before, sedang mengambil foto guests. 

Bye Laut Hindi...

Pukul 8 pagi Terrence dah di lobi hotel nak bawa kami ke airport.

Melintasi Pelabuhan Perikanan Handala sewaktu meninggalkan Pegasus Reef Hotel menuju ke Lapangan Terbang.

Tak sangka masa dalam perjalanan ke airport sempat juga dapat ambik gambar2 macam ni. Syukur Alhamdulillah. 












Cahaya pagi tu cukup indah. 



Kata Terrence, mereka ni adalah students going to Sunday schools at a church.



Kami nampak ada beberapa penjual daging di tepi jalan. 




Awww... super cute lah! :)

Belok kanan ke airport. Titik dan detik terakhir percutian kami di Sri Lanka. Masa tu dah mula terfikir macam mana nak buat blog. Pening memikirkan jumlah foto yang beribu2 tu.. hehehehe...   

We thanked Terrence for such a wonderful time in Sri Lanka. Macam biasa kami diminta isi borang evaluation of the trip including on Terrence as well. Needless to say our reviews were glowing lah.. hehehe... 
Terrence kata dia free hari tu tapi esoknya dia akan bertugas semula bawak sepasang suami isteri dan anak kecik mereka dari Bahrain pergi tour satu Sri Lanka. 
And btw, yes, we tipped Terrence quite handsomely too lah :).

Ternampak lukisan the last King of Sri Lanka ni. Awesome! 

Di airport masa tu ada lawatan pelajar2 sekolah. 

Pemandangan landasan Lapangan Terbang Bandaranaike. 

Foto2 ni saya ambil dari dalam bangunan selepas lalu imigresen. Tengah2 ambik gambar, tiba2 security guard airport kata, 'Not allowed to take photos from here'. Haaa....? Tapi tak de pulak any signs stating no photography. Hmm... cannot say anything la kan, since dah rule mereka gitu. Saya ok je sebab dah sempat ambik pun foto2nya.. hehehe...



Isteri saya beli teh lagi. Yang ni nak letak di office kata dia :).

Jenis2 teh yang dibeli. 


Menuju ke Gate 07.


Tak de guards masa ni, so ambik lagi gambar.. hehehe... 


Kami stopped by this little cafe for sandwich and juice. 

Yang dijual di cafe Relaks Inn. 

Saya ada balance duit rupee Sri Lanka, so terus je tukar ke USD di airport ni. 

Di Gate 07.

Suasana dalam kapal terbang. Syukur Alhamdulillah, tenang sepanjang penerbangan.

Thanks doc for monitoring our flight and for these flight paths :).

Penerbangan pulang dari Colombo ke Kuala Lumpur memakan masa 3 jam 30 minit. 

Home sweet 'jerebu' home.... 

Tak larat nak jalan kami naik buggy ni.. hehe... 

And we had dinner at KLIA2 before heading home.

Ok, sebagai penutup kepada percutian kami di Sri Lanka, saya buat satu video summary :). Enjoy!


Syukur Alhamdulillah.

Tammat.

Di bawah ni saya senaraikan kesemua links untuk entries Sri Lanka saya:

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.