Dari Candi Singosari kami teruskan perjalanan ke Gunung Bromo tapi singgah dulu ke Pasar Nongko Jajar. Sepanjang perjalanan kami melalui kawasan perkampungan dengan views yang cantik-cantik.
More people/street shots masa dalam perjalanan.
Dah mula masuk ke kawasan perkampungan.
Sawah bertingkat. Pekerja-pekerja ladang.
Pekebun sedang packing sayuran untuk jualan.
Sempat juga saya dapatkan shoot view ni :).
Dan kami pun tiba di Pasar Nongko Jajar.
Ada pelbagai jualan pertanian di sini. Bulat mata saya tengok semua ni dan ambik banyak foto...hihi.
Pak Iskandar minta izin untuk dia beli petai nak bawak balik rumah kerana katanya sayuran di sini memang the best. Semua segar dan elok-elok. Saya dan abang ipar pun join la sekali nak ronda sementara isteri dan kakak saya menunggu je dalam van.
Sambil jalan-jalan tentunya saya ambik gambar. Kalau berjalan tentunya dapat ambik shots yg better dari dalam kereta yang bergerak :).
Kata Pak Iskandar saya boleh je ambik gambar dan ternyata orang-orang di situ don't mind me taking photos.
Walau pun saya dapat that occasional stares, saya akan senyum je pada mereka atau lambai dan mana yang dekat saya salam je. Semua dapat respond yang baik dari mereka. Apa-apa pun saya stay dekat-dekat Pak Iskandar dan abang ipar.. hehe.
Pasangan suami isteri yang sedang menyediakan jualan tani mereka.
Cuaca pagi tu di Pasar Nongko Jajar ni begitu elok sekali dengan langit yang cantik biru.
Di hujung sana tu ialah Masjid An-Nur Nongkojajar.
Tengok la petai yg cantik dan segar tu! Saya ni suka ulam-ulaman especially petai :)
Tembikainya bulat macam bola :). Actually mereka berdua ni dah nampak saya dan tahu saya tengah ambik gambar mereka. Tu yang mereka tersenyum je tu.. hehe.
Pak Iskandar tengah pilih petai. Lupa pulak saya nak tanya harga petai tu.
Buah2 mangga yang gemok. Nyum!
Pak Iskandar masih lagi tengah memilih petai.
So since Pak Iskandar pun tengah sibuk tu, saya pun took the opportunity to ronda a bit. Of course before I wonder off saya beritahu dulu Pak Iskandar dan abang ipar.
Then saya jumpa mak cik ni yang tengah duduk berpayung menjual ayam hidup.
Ayam-ayam tu mak cik tu selimut dengan kain guni sebab masa tu dah mula agak panas.
Saya pun berjalan terus ke arah masjid tapi tak la sampai sana.
Then jumpa lelaki ni yang tengah jual mangga dalam bakul. Saya senyum dan minta izin nak ambik gambar. Dia kata, 'Boleh' dan senyum. Tapi dalam foto ni dia serious pulak...hehe.
Akak ni jual rambutan dan nenas among other fruits. Sangat banyak choices for fresh fruits.
Then saya noticed ada orang ramai keluar masuk dari 2, 3 lorong di banggunan pasar. Belah dalam banggunan pasar tu ada lagi kedai jualan. Saya pun beritahu abang ipar yang saya nak ke dalam round kejap.
Ni lorong jual pakaian dan lain-lain barangan.
Tapi saya tak minat nak ambik gambar di lorong ni. So saya check out the other lorong to the right.
Ha.. lorong ni best sebab sini ada jualan barangan pertanian.
Dan saya suka lighting di lorong ni. Cantik :).
Ada jualan ayam segar yang dah siap sembelih dan dibersihkan.
Cili hidup segar.
Dan yang bestnya akak-akak dan mak cik-mak cik di situ semuanya ramah-ramah belaka.
Ramah-ramah pun saya senyum, bagi salam dan minta izin dulu nak ambik gambar. Mereka ok je :).
Saya siap pergi ke belakang meja jualan mengadap laluan pelanggan nak dapatkan sudut yang lain sikit...hehe.
Baik betul nenek tu tegur saya. Unfortunately saya tak faham apa dia kata so saya senyum je lebar-lebar dan lambai...hehe.
More fresh chicken.
Then akak baju pink ni tegur saya [jerit actually] dari lorong tempat dia berjual dan mengusik saya. Terkejut saya... haha. Dia usik tanya tak nak ke ambik foto dia. Saya kata boleh saja. Tu yg dia posing tu...hehe.
Dan saya pun dengan bersopan santun approached them and introduced myself. Saya kata saya dari Kuala Lumpur dan tengah bercuti. 'Oooooo....' jawap mereka..hehe. Saya tanya tak pe kan saya jalan-jalan ambik gambar? Cepat je akak tu jawab kata boleh. Me so happy :). Lama jugak kami bersembang. Macam-macam soalan mereka tanya saya... hehe.
Then saya terjumpa kedai jual daging ni. Seronok betul saya.. hehe.
Takut juga la nak ambik gambar di sini.
Satu lagi shot dari sudut pandangan penjual. Ni gerai depan kedai daging tu.
Saya pun ambik juga shot ni. Brader tu tengah kikis daging dari tulang tu.
Then dia dongak, saya senyum dan beri salam. Dia pun balas senyum dan jawab salam saya dan sambung kerja dia. Lega.. :).
Then tersempak pula dengan nenek ni. Kebetulan masa tu dia tengah lalu bawah cahaya ni. Saya suka shot ni :).
Saya datang dekat-dekat nak dapatkan shot ni. Akak tu tak kisah pun. Dia senyum je. Agaknya pelik apa la yang saya fascinated sangat nak ambik gambar dia tengah siang ayam... hehe.
Lepas tu saya termasuk lorong yang jual barangan. Saya tak minat dan patah balik..hehe.
Ada macam-macam jenis sayuran.
Mak cik ni tengah berurusan jual beli.
One last shot before I left the market. Tak lama saya di situ. Ada la dalam 20 ke 30 minit. Terus saya ke van untuk ke Gunung Bromo.
Overall, walau pun sekejap, saya manfaatkan masa yang ada di Pasar Nongko Jajar sebaik mungkin. Seronok rasanya sebab dah memang saya idamkan dapat peluang ambik gambar di pasar begini. Dan yang bestnya juga peniaga-peniaga di situ semuanya baik-baik belaka. Murah senyuman dan tak kisah pun saya ambik gambar :).
Alhamdulliah.
Bersambung...
Di bawah ni saya senaraikan links untuk semua entries KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO saya:
1. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 01 - THE DEPARTURE2. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 02 - THE WEDDING PART 01
3. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 03 - THE WEDDING PART 02
4. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 04 - THE WEDDING PART 03
5. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 05 - SARI ATER
6. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 06 - DARI KOTA SUBANG KE BANDUNG
7. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 07 - DARI BANDUNG KE SURABAYA
8. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 08 – COBANRONDO
9. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 09 - WISATA PETIK APEL
10. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 10 - LUNCH-BRAWIJAYA-RAMAYANA-SUNSET
11. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 11 - SUNRISE DI KOTA MALANG DAN CANDI SINGOSARI
12. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 12 - PASAR NONGKO JAJAR
13. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 13 – BROMO
14. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 14 - PERMATA TANGGULANGIN AND GOING HOME
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.














